Khamis, 17 Jun 2010

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Pemimpin Pakatan Rakyat tidur ke ?

Posted: 17 Jun 2010 02:24 AM PDT


Kalau nak menang hati pengundi Malaysia, hati pengundi Melayu, pemimpin Pakatan Rakyat terutama di parlimen perlu lebih banyak mengetengahkan dan membela nasib rakyat pada masa kini. Antaranya ialah masalah saman ekor seperti di bawah ini. Jangan sibuk nak berpolitik sahaja, siapa nak jadi calon, siapa yang akan lompat parti. Masalah saman ekor ini sepatutnya dibahaskan di parlimen.

Sumber dari http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&file=article&sid=5770

KERAJAAN sedang perah rakyat..........

"Petang semalam aku sekali lagi ke balai polis untuk menyemak saman salah seorang kawan kerana tidak dapat membaharui road tax akibat disenarai hitamkan.Ada tiga saman yang tidak dilangsaikan yang berjumlah kesemuanya RM1,010-00 di mana salah satunya berjumlah RM750-00.Aku tidak tahu saman apakah ini sehingga kompaunnya berjumlah RM750-00 tetapi apa yang menarik perhatian aku ialah seperti semasa aku ke balai polis dulu, kali ini ada pula seorang hamba ALLAH yang menerima berita samannya berjumlah RM900-00 kerana blacklist juga.

Kali ini aku boleh mengesahkan cerita seorang kawan tidak lama dulu bahawa sekarang saman ekor juga diblacklist kerana jumlah saman hamba ALLAH tersebut juga hasil saman ekor seperti disahkan oleh kerani kaunter bayaran saman.Ini adalah secebis kisah saman menyaman polis dan JPJ terhadap pesalah pesalah jalanraya yang nampaknya terpaksa memikul beban membayar kompaun tanpa belas kasihan lagi dari kerajaan.Kerajaan sedang memerah keringat rakyat yang sebahagiannya turut melibatkan pengundi pengundi yang memberi undi kepada mereka kerana dana khas sebanyak RM300-00.
Memang sah kerajaan sekarang kekeringan duit dan memag sah kerajaan sedang menggunakan apa jua cara untuk memungut duit dari rakyatnya.Setiap hari kalau ke balai polis atau ke pejabat JPJ,pasti kita akan mendengar kisah kisah blacklist dan jumlah kompaun yang mesti dijelaskan oleh pesalah jalanraya tanpa ada perundingan lagi seperti masa masa yang lalu.Ada duit ker, tak ada duit ker saman mesti dijelaskan seperti ditetapkan.Ambik kau, rakyat Malaysia yang cuai dan baik hati.

Seperti kisah hamba ALLAH yang aku ceritakan tadi, senarai saman ekor yang diterimanya berjela jela, cuma 3 daripadanya sahaja diblacklist dan mesti diselesaikan untuk membolehkannya membaharui road tax.Aku tersenyum sendirian apabila beliau bertanya kerani kaunter saman tentang saman saman ekornya yang lain di mana kata kerani tersebut saman itu masih belum diblacklist dan tak perlu dibayar untuk membaharui roadtax, yang mesti ialah membayar saman yang dibalcklist itu sementara saman saman yang lain tu akan diblacklist kemudian.Ini bermakna, hamba ALLAH ini perlu menyusun semula pendapatannya dan bersedia untuk membayar saman saman yang lain yang pada jangkaan aku berjumlah ribuan ringgit melihat senarai semakan saman yang diterimanya.

Baiknya rakyat Malaysia kepada kerajaan berbaju batik lengan panjang dan berperut gendut.Pada bila bila masa kerajaan memerlukan duit, ada jalan mudah untuk memperolehinya.Kerana itu, polis trafik dan penguat kuasa JPJ diberikan qouta harian dan bulanan saman untuk dipenuhi.Yang gagal memenuhi qouta dianggap tidak cekap dan tidak membuat kerja dengan baik.

Barangkali inilah masanya untuk semua rakyat bersedia untuk memberi duit dengan lebih banyak kepada kerajaan berbaju batik berlengan panjang dan berperut gendut kerana tidak lama lagi negara akan menjadi negara berpendapatan tinggi di mana semuanya tinggi, harga gula tinggi, harga minyak tinggi dan harga mas kahwinpun tinggi.Yang jadi rendah ialah taraf hidup rakyat.Selamat menyerahkan RM(ringgit Malaysia) kepada kerajaan baju batik lengan panjang dan berperut gendut wahai RM(rakyat Malaysia).

Dari RM kerana RM untuk RM.....

Dah tiga tahun jalan Batu Pahat Johor tak siap siap

Posted: 16 Jun 2010 07:54 PM PDT


Projek menaik taraf jalan raya Batu Pahat-Parit Raja sejauh 20 kilometer ini khususnya pembinaan pembahagi jalan telah bermula lebih tiga tahun lalu. Persoalan yang timbul, bilakah projek ini akan disiapkan. Kami mendesak projek ini disiapkan kerana sebenarnya kos pembinaan projek ini adalah ditanggung boleh rakyat, sama ada ia daripada sumber kekayaan negara yang merupakan milik kita bersama atau pun daripada cukai yang dibayar oleh rakyat.

****************************

Utusan Malaysia 17 Jun 2010

Jalan raya sudah siap atau belum?

SEPANJANG bulan Mei 2010 saya telah menyaksikan tidak kurang daripada sepuluh kemalangan jalan raya yang berlaku di jalan raya Batu Pahat ke Parit Raja. Ini tidak termasuk bilangan kemalangan yang tidak dalam makluman saya. Ia meningkatkan lagi status laluan ini sebagai antara jalan yang paling bahaya di Malaysia berdasar kepada kekerapan kemalangan yang berlaku.

Statistik daripada sebuah akhbar tempatan baru-baru ini menyebut Jalan Kluang, yang menghubungkan Batu Pahat, Parit Raja dan Air Hitam merupakan penyumbang terbesar kemalangan yang berlaku di daerah Batu Pahat. Dalam empat bulan pertama 2010 sebanyak 395 kemalangan berlaku dijalan ini mengakibatkan 16 kematian. Ini merupakan peningkatan dibanding dengan 371 kemalangan dalam tempuh yang sama tahun 2009.

Antara punca berlakunya kemalangan yang tinggi ini adalah sikap pemandu dan juga keadaan jalan raya. Fakta-fakta di atas telah merangsang keprihatinan saya sebagai rakyat serta pengguna yang kerap menggunakan jalan raya berkenaan.

Projek menaik taraf jalan raya Batu Pahat-Parit Raja sejauh 20 kilometer ini khususnya pembinaan pembahagi jalan telah bermula lebih tiga tahun lalu. Persoalan yang timbul, bilakah projek ini akan disiapkan.

Ia seperti telah siap oleh kerana tidak ada lagi kerja-kerja yang dilakukan kecuali satu atau dua pekerja pada hari-hari tertentu. Ia mungkin belum siap sebab banyak lagi bahagian-bahagian jalan, di tempat tertentu yang dikorek dan ditinggalkan, serta sekatan dan halangan jalan di sana sini. Rakyat biasa pun boleh membuat kesimpulan bahawa projek pembinaan ini tidak dirancang dan dilaksanakan dengan teratur dan besar kemungkinan tidak mengikut piawai jalan raya masa kini serta keselamatan yang ditetapkan.
Keadaan jalan raya yang tidak siap ini juga menyebabkan lampu-lampu yang dipasang di sepanjang jalan ini tidak boleh berfungsi sekian lama. Ini juga menambah kesukaran kepada pengguna bahkan semakin membahayakan keadaan jalan terutama pada waktu malam atau pun hujan.

Mungkin pihak-pihak yang bertanggungjawab merasakan rakyat biasa seperti kami tidak perlu mengetahui masalah yang berlaku. Tidak mengapalah, tetapi kami mendesak projek ini disiapkan kerana sebenarnya kos pembinaan projek ini adalah ditanggung boleh rakyat, sama ada ia daripada sumber kekayaan negara yang merupakan milik kita bersama atau pun daripada cukai yang dibayar oleh rakyat.

Ini bermakna kami juga adalah pemegang saham kepada projek pembangunan dan naik taraf jalan raya tersebut. Kerajaan dalam konteks ini adalah pengurus yang dipilih oleh rakyat untuk mengurus kewangan dan aset negara.

Kami berharap mendapat ulasan daripada pihak bertanggungjawab dan yang terlibat dalam pelaksanaan projek ini. Mungkin kita memerlukan kehadiran Timbalan Perdana Menteri atau pun Perdana Menteri sendiri untuk meninjau keadaan jalan ini atau juga menantikan kedatangan satu pilihan raya kecil di kawasan ini sebelum isu dapat segera diselesaikan.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0617&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_01.htm

SUKMA Melaka penganjur samseng peniaga dibelasah

Posted: 16 Jun 2010 07:49 PM PDT


Karnival Sukma tempat mereka menjalankan aktiviti perniagaan menjadi medan tempur akibat pihak penganjur didakwa menjalankan pengurusan ala samseng. Keadaan itu menimbulkan rasa tidak puas hati dan membangkitkan rasa takut peniaga sehingga dikatakan sebahagiannya meninggalkan tapak berkenaan meskipun Sukma berbaki tiga hari lagi.

*****************************
Kecoh karnival bertukar ganas
Sinar Harian 17 Jun 2010

Peniaga dakwa ibarat berada di medan pertempuran gara-gara pengurusan bertindak ala gengster

KRUBONG - Mereka ke Melaka untuk mencari rezeki, namun tidak pernah menyangka, kunjungan sempena kemeriahan Sukan Malaysia (Sukma) ke-13 di negeri ini mengundang episod hitam yang tidak mungkin dilupakan.

Semuanya gara-gara karnival Sukma tempat mereka menjalankan aktiviti perniagaan menjadi medan tempur akibat pihak penganjur didakwa menjalankan pengurusan ala samseng.

Itulah keadaan yang didakwa sebilangan peniaga yang menyewa tapak perniagaan di pekarangan Stadium Hang Jebat, Kompleks Sukan Krubong di sini terhadap penganjur aktiviti berkenaan sepanjang temasya Sukma yang sedang berlangsung kini.

Penganjur dikatakan menggunakan khidmat petugas kaki pukul untuk berurusan dengan peniaga di situ.

Keadaan itu menimbulkan rasa tidak puas hati dan membangkitkan rasa takut peniaga sehingga dikatakan sebahagiannya meninggalkan tapak berkenaan meskipun Sukma berbaki tiga hari lagi.

Peniaga makanan, Laisah Laing, 38, mendakwa, dia dicederakan beberapa petugas pihak penganjur.

"Kira-kira jam 10.30 malam, 13 Jun lalu, saya didatangi seorang perempuan dipercayai kakitangan pihak penganjur untuk meminta baki bayaran sewa tapak yang masih tertunggak.

"Namun, saya tidak membawa wang ketika itu dan meminta supaya bayaran tersebut ditangguhkan, sehingga keesokan harinya, namun, tidak dipersetujui petugas terbabit," katanya.

Laisah kemudian diminta membayar sedikit wang yang menyebabkan berlaku pertengkaran antaranya dengan petugas terbabit.

Keadaan bertambah tegang dan Laisah mendakwa, petugas tersebut tiba-tiba 'naik hantu' dan menterbalikkan meja jualannya serta cuba membaling objek ke arahnya.

"Dia seolah-olah hilang akal dengan menarik tudung saya hingga tertanggal dan menumbuk muka saya di sebelah kiri.

"Dalam keadaan kecoh, muncul seorang lelaki yang juga petugas penganjur dan turut menumbuk saya di lengan kiri," katanya.

Menurutnya, selepas itu, mereka melarikan diri dan dia cuba mengejar, tetapi dihalang peniaga lain.

Kesan daripada kejadian tersebut, peniaga wanita berkenaan mengalami beberapa kesan kecederaan di bahagian muka dan lebam di lengan.

Berikutan itu, dia membuat laporan polis di Balai Polis Tanjung Minyak.

Sementara itu, peniaga mi sup yang enggan dikenali mendakwa, ditumbuk di bahagian muka hanya berpunca daripada aduan kejadian gangguan bekalan elektrik di gerai sewa mereka.

"Berlaku sedikit kekecohan antara peniaga dan pengurusan kerana elektrik terganggu malam itu.

"Bagaimanapun, esoknya saya dipanggil ke pejabat penganjur untuk memberi keterangan berhubung kekecohan yang berlaku, namun diserang beberapa lelaki," katanya.

Beberapa lelaki dikatakan menumbuknya di bahagian muka sehingga cermin matanya pecah, namun dia enggan membuat laporan kerana tidak mahu perkara berkenaan diperbesar-besarkan.

Peniaga itu mendakwa, setelah beberapa hari menjalankan aktiviti perniagaan di situ berlaku kira-kira tujuh kes pergaduhan antara pihak peniaga dengan penganjur sehingga ke peringkat ugut-mengugut serta keselamatan mereka terjejas.

"Saya serik untuk berniaga di sini terutama dengan pihak penganjur yang mengamalkan pengurusan seperti ini dan mengabaikan kebajikan penyewa mereka.

"Ini amat menjejaskan imej Melaka sebagai negeri pelancongan yang popular, apatah lagi di saat penganjuran sukan besar seperti ini," katanya.

Sementara itu, Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah mengesahkan menerima beberapa laporan mengenai kejadian berkenaan, tetapi menjelaskan kes terbabit kemudiannya dapat diselesai secara aman antara kedua-dua pihak.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7825484.asp

Roboh rumah jika tidak setuju

Posted: 16 Jun 2010 07:45 PM PDT


Sinar Harian 17 Jun 2010

ALOR GAJAH – Keengganan pemilik dua Rumah Mesra Rakyat di sini menandatangani surat penyerahan surat dan kunci rumah menyebabkan mereka diberi kata dua.

Pemiliknya, Abdul Gapar Salam, 40, mendakwa, pihak berkenaan bertindak kurang wajar apabila memaklumkan akan merobohkan semula rumah tersebut jika mereka masih berdegil.

Menurutnya, dia menunggu lebih setahun untuk menduduki rumah dijanjikan.

Dia mendakwa, struktur pembinaan rumah itu yang berada dalam keadaan membimbangkan membuatkannya berasa tidak selamat.

"Saya ragu-ragu dengan kualiti bahan digunakan untuk membina rumah ini," katanya ketika ditemui Sinar Harian, semalam.

Dakwa Abdul Gapar, bahan menyokong struktur rumah tidak kukuh dan dikhuatiri membahayakan jika tidak diselenggara segera.

"Jumlah kayu yang menyokong bumbung rumah sangat kurang dan sudah lama. Apabila datang kontraktor lain untuk membaiki, mereka cuma menambah dan memaku semula kayu tersebut.

"Itu yang menyebabkan apabila cuaca hujan, siling rumah akan mula melembap dan berkemungkinan runtuh pada bila-bila masa," katanya.

Pemilik lain, Ziti Salwa Abdul Rahman, 40, mendakwa, mereka sekeluarga bimbang untuk tinggal di rumah itu kerana terdapat banyak masalah dalaman.

"Lantai retak yang sangat teruk hingga menyebabkan tiga kali ia dipecahkan dan disimen semula," katanya.

Menurutnya, lampu juga tidak berfungsi dan wayar elektrik tidak diselenggarakan dengan baik.

Dia mendakwa kecewa kerana aduan kepada pihak berkenaan tidak diambil tindakan sewajarnya.

"Dia datang cuma mahukan tandatangan. Jika kita terus menerima, mereka mungkin lepas tangan dan biarkan keadaan rumah ini terus begini," katanya.

Salwa berkata, dia bukan mahu merungut tetapi inginkan pembelaan supaya semua pihak berasa puas hati.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7824316.asp

Krisis gula, adakah berpunca duit subsidi habis ?

Posted: 16 Jun 2010 06:32 PM PDT



Pada 1 Januari 2010 harga gula telah dinaikkan sebanyak 20 sen satu kilogram ke RM1.65 di Semenanjung Malaysia dan RM1.75 di Sabah dan Sarawak. Dah naik 20 sen pun sekarang ini hampir satu Malaysia tiada gula. Kenapa ? Adakah kerajaan tiada duit untuk bayar RM1.008 Billion subsidi gula untuk tahun ini ?

Kalau kerajaan tak bayar subsidi dan harga gula tidak boleh dinaikkan, pekilang nak jual ke mana ? Jual dalam Malaysia tanpa subsidi pekilang akan rugi. Peruncit dan pemborong tidak akan rugi.

Adakah pekilang terpaksa jual gula ke Thailand kerana harga gula di sana RM 2.50, atau ke Singapura kerana harga di sana RM3.05 atau ke Indonesia kerana harga di sana RM3.40 atau ke Filipina negara pengeluar tebu utama dunia kerana harga di sana RM3.62 ????

Atau pekilang yang mogok ???

Agaknya kalau harga gula di Malaysia dinaikkan RM2.45 sekilogram , esok semua kedai, semua pasaraya sudah ada gula gamaknya ?

***********************************

PUTRAJAYA: Sugar will cost 20 sen more per kg from today, with the new price being RM1.65 in the peninsula and RM1.75 in Sabah and Sarawak, it was announced yesterday.

He said the new sugar price, after the 20-sen increase, was relatively low compared with prices in other Asean countries such as Thailand (RM2.50 per kg), Singapore (RM3.05), Indonesia (RM3.40) and the Philippines (RM3.62).

He said the increase in the sugar price was necessitated by the rise in the price of raw sugar in the world market, and that the government still subsidised the price at 80 sen per kg or RM1.008 billion for the year.

http://www.theborneopost.com/?p=2220

Geraja dapat RM0.5 juta, masjid dibiar bocor

Posted: 16 Jun 2010 06:05 PM PDT


500 jemaah Masjid Kampung Pokok Asam, Klebang, Melaka terpaksa menunaikan solat di dalam masjid yang dibasahi air hujan gara-gara bumbungnya yang sudah lama bocor. Setiap kali hujan lebat, jemaah terpaksa menadah air hujan dari celahan bumbung yang bocor menggunakan besen dan baldi. Apabila hujan lebat, ketiga-tiga ruang ini tidak dapat digunakan akibat basah dan lebih menyedihkan apabila ada jemaah terpaksa pulang kerana kebanyakan ruang solat basah

Juga kisah masjid malang di Sabah http://amkns.blogspot.com/2010/05/kerajaan-tak-prihatin-siling-masjid.html

********************************
Jemaah kecewa tiada tindakan baiki masjid

Utusan Malaysia 17 Jun 2010

MELAKA 16 Jun - Permohonan telah dibuat, rayuan juga telah dikemukakan, namun sehingga kini masalah sama berlarutan malah kini semakin teruk.

Itulah dilema dihadapi kira-kira 500 jemaah Masjid Kampung Pokok Asam, Klebang di sini yang terpaksa menunaikan solat di dalam masjid yang dibasahi air hujan gara-gara bumbungnya yang sudah lama bocor.

Mereka mendakwa, permohonan menaik taraf masjid berusia 120 tahun itu sudah dibuat sejak November tahun lalu, namun belum mendapat sebarang jawapan.

Para jemaah mendakwa, rayuan masalah sama juga pernah dikemukakan kepada Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), namun hanya pelan struktur dikeluarkan tanpa memaklumkan bila kerja baik pulih akan dilakukan.

Salah seorang jemaah, Mahat Jais, 62, berkata, apa yang dibimbangkan keadaan masjid kini semakin uzur sehingga menyukarkan penduduk menunaikan ibadat.

"Bayangkan setiap kali hujan lebat, jemaah terpaksa menadah air hujan dari celahan bumbung yang bocor menggunakan besen dan baldi.

"Lebih teruk, ada jemaah dari luar yang tumpang bersolat di sini basah kuyup apabila hujan kerana tidak tahu keadaan bumbung yang bocor," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Seorang penduduk kampung berhampiran, Johan Ketot, 58, berkata, keadaan menjadi lebih tidak selesa apabila waktu solat Jumaat kerana hampir 500 jemaah menunaikan ibadat di situ.

Menurutnya, kecewa dengan aduan, rayuan dan permohonan yang seperti tidak diendahkan, pihak pengurusan masjid hanya mampu membaiki kerosakan itu sedikit demi sedikit menggunakan wang tabung masjid hasil sumbangan orang ramai.

"Saya amat berharap dan merayu kepada pihak berkenaan supaya dapat meninjau dan segera menyelesaikan masalah kami di sini," katanya.

Hashim Ayob, 53, pula mendakwa, antara bahagian masjid yang terjejas teruk ialah ruang solat hadapan, ruang solat wanita dan ruang imam.

"Apabila hujan lebat, ketiga-tiga ruang ini tidak dapat digunakan akibat basah dan lebih menyedihkan apabila ada jemaah terpaksa pulang kerana kebanyakan ruang solat basah," katanya.

Seorang lagi jemaah, Md. Tahir Ahmad, 50, berkata, permohonan pernah dibuat menerusi Perbadanan Muzium Melaka (Perzim).

Katanya, permohonan kepada Perzim dibuat ekoran masjid berkenaan yang dibina pada tahun 1820 itu telah diwartakan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 dan juga Enakmen Pemuliharaan dan Pemugaran Warisan Budaya Negeri Melaka 1988 (Pindaan 1993).

"Pelan untuk menaik taraf masjid sudah pun disempurnakan dan kami diberitahu memerlukan sekurang-kurangnya RM800,000 untuk memulakan kerja-kerja menaik taraf masjid.

"Setakat ini, kami mendapat reaksi positif daripada beberapa pihak yang bertanggungjawab tetapi sehingga kini tiada sebarang tindakan membaik pulih masjid dilakukan walaupun sudah hampir empat kali dilaporkan oleh pihak media," katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0617&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_03.htm

Sabtu Januari 9, 2010
GERAN BANTUAN SETENGAH JUTA TEMPATKAN SEMULA GEREJA - PM


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak hari ini mengumumkan geran bantuan berjumlah RM500,000 kepada Gereja Metro Tabernancle bagi menempatkan semula gereja berkenaan.

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/1/9/mstar_berita/20100109174041&sec=mstar_berita%5B/url%5D

Tiada ulasan: