Khamis, 17 Jun 2010

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN


Zahrain Punyai Nilai Moral Rendah Sebagai Pemimpin

Posted: 17 Jun 2010 05:06 AM PDT


Oleh Faizal Ezzany


KUALA LUMPUR 17 Jun - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar Ahli Parlimen Bayan Baru supaya mengemukakan bukti sekiranya dakwaan beliau mengenai kewujudan video lucah yang kononnya dikaitkan dengan Exco Selangor, Elizabeth Wong.
Anwar membuat gesaan itu ketika ditanya media mengenai kenyataan Datuk Zahrain Mohd Hashim semalam tentang video lucah yang didakwa melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Lanjan, Elizabeth Wong.


Anwar memberitahu perkara tersebut adalah soal peribadi seseorang dan tidak perlu mengaibkan Exco tersebut.


"Tentang soal Elizabeth itu tidak perlu kita ungkitkan, kalau ada bukti dedahkan kepada kita untuk diambil tindakan. Kes tersebut telah lama berlaku dan selama itu kita menunggu bukti tetapi sehingga sekarang tiada siapa yang dapat memberi bukti tersebut terutamanya video tersebut.


"Saya melihat tindakan Zahrain ini hanya bersifat peribadi, beliau bertanya kepada saya tentang video tersebut, saya tidak pernah lihat apa yang diperkatakannya. Zahrain ini bila masuk Umno baru melihat video luncah sepatutnya beliau yang perlu keluarkan video tersebut, apa bukti kemukakan untuk kita ambil tindakan.


"Menyerang seseorang pemimpin tanpa ada pembelaan adalah satu sikap yang tidak adil, jika kenyataan itu dikeluarkan oleh pemimpin juga ia menggambarkan nilai moral yang rendah kepada seorang pemimpin yang dipilih oleh rakyat. Saya sendiri pun tidak mahu layan dengan kenyataan yang bersifat tidak bertamadun itu dan itulah sikap seseorang bila berada di dalam kumpulan Umno," kata Anwar lagi.

Gigit polis: Tian Chua 'selamat', kekal MP Batu

Posted: 17 Jun 2010 04:15 AM PDT


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak rayuan ahli parlimen Batu, Tian Chua kerana menghalang tugas polis dengan menggigit seorang anggotanya di luar bangunan parlimen tiga tahun lalu tetapi mengurangkan denda kepada RM2,000 atau penjara dua bulan.


Berikut keputusan itu, Tian yang nama sebenarnya Chua Tian Chang, akan kekal sebagai ahli parlimen Batu kerana hukuman yang dijatuhkan itu tidak mempengaruhi kedudukannya sebagai ahli parlimen.


Hakim Datuk Ghazali Cha ketika membacakan penghakimannya berkata pihaknya tidak akan mengubah keputusan bersalah yang dijatuhkan oleh Mahkamah Masjistret."Walaupun hukuman ditentukan oleh majistret, namun ini adalah kesalahan pertama.""Membiarkannya beliau hilang kelayakan akan menyebabkan satu lagi pilihan raya kecil dan ini akan membabitkan dana yang besar."


Tian didakwa mengikut Seksyen 332 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.

Pemimpin PKR dilantik pengarah Perangsang

Posted: 17 Jun 2010 04:02 AM PDT

YB Dato' Kamarul Baharin Abbas

YB Sivarasa Rasiah

Dua pemimpin kanan PKR dilantik menganggotai lembaga pengarah syarikat berkaitan kerajaan Selangor - Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (KPSB).

Mereka ialah naib presiden PKR, R Sivarasa (kiri) dan anggota Majlis Pimpinan Tertinggi PKR Datuk Kamarul Bahrin Abbas. Sivarasa dan Kamarul dilantik memegang jawatan pengarah bebas dan bukan eksekutif dalam KPSB, sebuah syarikat infrastruktur dalam Kumpulan Darul Ehsan Bhd.Pelantikan mereka diumumkan dalam kenyataan KPSB kepada Bursa Malaysia semalam.

Pelantikan mereka menarik perhatian kerana ia dibuat selepas perwakilan di Kongres Nasional PKR hujung bulan lalu, menggesa kerajaan Selangor melantik lebih ramai pemimpin parti dalam syarikat berkaitan kerajaan negeri.

Sivarasa adalah ahli parlimen Subang manakala Kamarul Bahrin (kanan) merupakan ahli parlimen Teluk Kemang.

Sivarasa juga merupakan seorang peguam manakala Kamarul Bahrin, berpengalaman dalam sektor korporat.Kamarul Bahrin memulakan kariernya sebagai eksekutif pemasaran di syarikat Nestle dan pernah menjadi pengerusi eksekutif syarikat Tenaga Ehsan Sdn Bhd pada 1987.

Tiada ulasan: