Zulkifli Noordin |
Posted: 06 Dec 2010 06:43 PM PST Salam 2 all. Hari ini Selasa 01 Muharram 1432, bersamaan dengan 07 Disember 2010, hari yang disambut oleh umat Islam sebagai mengenang peristiwa hijrah Rasulullah dari Makkah ke Madinah. Hijrah demi menyelamatkan aqidah dan syariat, bukan demi kuasa dan kedudukan! Alhamdulillah kebetulan di hari menyambut Ma'al Hijrah 1432 ini, bersamaan dengan artikel ke 1000 teman menulis dilaman www.zul4kulim.blogpspot.com. Dan teman memilih untuk mengups tentang konsep hijrah sebagai penulisan ke 1000 ini insyallah. Rasulullah di utus membawa risalah tauhid, memperbetulkan aqidah manusia yang telah sesat. Bukan kaum musyrik tidak menyembah ALLAH, malah ALLAH adalah tuhan yang dipertuhankan mereka. Tetapi mereka mensyirikkan ALLAH dengan ketuhanan lain, menghalalkan apa yang ALLAH haramkan, mengharamkan apa yang ALLAH halalkan! Mereka membina patung Latta wal 'Uzza dirumah ALLAH, mereka menghalalkan pembunuhan dan penghapusan anak perempuan, mereka memperdagangkan wanita, mereka menghalalkan arak, mereka mereka bersekongkol dengan Yahudi untuk menjahanamkan risalah Rasulullah, mereka mengharamkan hubungan dengan Rasulullah kerana ketaksuban kepada kesukuan dan pemimpin mereka, mereka membezakan manusia kerana taraf kedudukan dan assabiyyah kesukuan, dan mereka menolak kebenaran kerana gilakan kekuasaan dan kepimpinan. Mereka menawarkan kepada Rasulullah wanita tercantik sebagai teman, mereka menawarkan harta kekayaan sebesar Uhud, dan mereka menawarkan Rasulullah mahkota kekuasaan. Malah mereka menawarkan Rasulullah untuk Islam dan kesyirikan hidup harmoni berganding bahu bersaling tangan. Hanya dengan satu syarat, tinggalkan perlaksanaan Islam secara syumul, tinggalkan ketauhidan hanya kepada ALLAH, pendekkata tinggalkan Islam yang sebenarnya!! Alhamdulillah Rasulullah tidak memilih berselindung disebalik topeng siasah syara'iyyah untuk bersekongkol dengan musyrikin untuk mencapai matlamat Islam. Alhmadulillah Rasulullah tidak mengamalkan sikap "nikah dulu berbalah kemudian". Alhamdulillah Rasulullah tidak terkagum denhan kilauan kekuasaan dan kedudukan. Alhamdulillah Raulullah berpegang tegas kepada Al Quran dan perintah ALLAH. Alhamdulillah Rasulullah tidak mengiyakan mereka mencemar nama ALLAH dengan kesyirikan hanya untuk mendapat sokongan mereka. Alhamdulillah Rasulullah tidak gadaikan anak perempuan dan isterinya untuk pertaruhan kedudukan. Alhamdulillah Rasulullah tidak menangguk untuk mereka terus membina patung kesyirikan atas nama politik perpaduan. Alhamdulillah Rasulullah tidak memilih bersekongkol dengan musyrikin demi mengejar impian kekuasaan. Sebaliknya apa jawab Raulullah! "Andai mereka memberikan matahari ditangan kanan ku, dan bulan ditangan kiriku, namun meninggalkan perjuangan Islam tidak sama sekali!". Rasulullah berpegang kepada firman ALLAH, "Tegaskanlah kepada kaafiruun itu wahai Muhammad, aku tidak sembah tuhan yang engkau sembah, engkau tidak sembah tuhan yang aku sembah, aku tidak beribadah cara engkau beribadah, engkau tidak beribadah dengan cara aku beribadah. Untuk engkaulah cara agama engkau, untuk aku cara beragama aku!!". Begitu ketegasan Rasulullah berdasarkan Al Quran dan perintah ALLAH, walaupun dari segi politik siasah syara'iyyah tindakan Rasulullah kelihatan saperti merugikan. Apa salahnya bersekongkol dulu dengan kaafirun itu, dapatkan kuasa dan kedudukan dulu, lepas itu kita sembang lain pasal Islam. Buat masa ni kita jadi setan bisu dulu. Jangan cakap pasal Islam, jangan pakai kopiah serban oun, nanti namoak macam oolitikus kolot dan kekampungan. Biar style dengan kot & tie. Tidak, Rasulullah berpegang keopada firman ALLAH. "Kamu tidak berjumpa (wahai Muhammad dan umat Islam) akan suatu kaum (atau kumpulan atau perti) yang mengaku beriman kepada ALLAH, tetapi memilih untuk berkasihsayang dengan orang (atau kumpulan atau parti) yang menentang ALLAH dan RasulNya, sekalipun orang (atau kumpulan atau parti itu) adalah bapak-bapak mereka, atau anak-anak atau saudara-saudara ataupun ahli keluarga mereka (termasuk laki atau bini mereka)". Firman ALLAH selanjutnya, "tidakkah kamu perhatikan orang-orang yang menjadikan satu kaum (kumpulan atau parti) yang dimurkai ALLAH sebagai kawan? Mereka itu bukan dari golongan kamu, dan kamu oula bukan dari golongan mereka. Dan mereka bersumpah (berpakat) untuk memperkuatkan poembohongan mereka, sedang mereka mengetahui!". Dan Nabi saw berpegang kepada amaran ALLAH, "Syaitan telah meguasai mereka lalu menjadikan mereka lupa mengingati ALLAH (termasuk lupa kepada perjuangan Islam), mereka itulah golongan syaitan. Ketahuilah bahawa sesungguhnya golongan syaitan itulah golongan yang merugi!". "ALLAH telah menetapkan: Aku dan rasul-rasul Ku pasti menang". "Sesungguhnya orang-orang yang menentang ALLAH dan RasulNya termasuk orang-orang yang sangat hina!" (Rujuk surah Al Mujaadilah 14-22). Dan Rasulullah tidak menerima "Pakatan Syaitan" itu. Walaupun "Pakatan Syaitan" itu akan memberikan Rasulullah kedudukan, kekuasaan dan kekayaan. Rasulullah tidak menopengkan perjuangan Baginda disebalik gendang "siasah syara'iyyah". Rasulullah memilih untuk berhijrah. Berhijrah daripada kejahilan, kebatilan, ketaksuban dan kesyirikan kepada kebenaran, keilmuan, dan perhambaan hakiki hanya kepada ALLAH swt. Yang baik dan hak itu datangnya dari ALLAH, yang tidak itu datangnya dari kelemahan teman sendiri. Moga ALLAH memberikan petunjuk, hidayah, istiqomah dan keampunan. Ameen ya robbal 'alameen. Salam hijrah. Afsyussalaam..sebarkanlah salaam. Wassalalmmu'alaikum warahmatullah wabarokaatuh. Zulkifli Bin Noordin Selasa 01 Muharram 1432 07 Disember 2010 |
You are subscribed to email updates from ZULKIFLI BIN NOORDIN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan