Khamis, 9 Disember 2010

www.telokkemang.blogspot.com/

www.telokkemang.blogspot.com/


Perbadanan Aset Keretapi - Laporan Audit

Posted: 09 Dec 2010 06:15 AM PST


Perbadanan Aset Keretapi (PAK) telah ditubuhkan di bawah Akta Keretapi 1991 (Akta 463) yang berkuatkuasa pada 1 Ogos 1992. Akta ini merupakan undang-undang yang mengantikan Ordinan Keretapi 1948 dan dikawal selia oleh Kementerian Pengangkutan. Penubuhan PAK adalah bertujuan untuk menjayakan program penswastaan pentadbiran Keretapi Tanah Melayu (KTM) kepada Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Selepas KTM dikorporatkan/diswastakan pada tahun 1992, hak pentadbirannya telah diletakhak kepada Perbadanan Aset Keretapi. Selain itu, PAK bertanggungjawab untuk mengurus, mentadbir dan menyenggara semua harta KTM selaras dengan seksyen 92 Akta Keretapi 1991 manakala seluruh operasi keretapi diletakhak dibawah KTMB.

Sehingga bulan Disember 2009, PAK mempunyai 1,257 lot tanah dengan keluasan tanah 29,690.39 ekar bernilai RM8.63 bilion di seluruh Semenanjung Malaysia tidak termasuk projek sambungan laluan keretapi baru seperti Tanjung Pelepas, Johor; Pulau Indah, Selangor dan Terminal Butterworth Utara, Seberang Perai, Pulau Pinang. Ini adalah berdasarkan penilaian yang dibuat oleh konsultan pada tahun 2005. Di samping itu, PAK juga mempunyai 6,169 unit bangunan yang telah dibangunkan di atas lot tanah tersebut terdiri daripada 811 kuarters, 599 gudang/stor, 306 stesen keretapi dan 37 pejabat.

RUMUSAN DAN SYOR AUDIT

Pada keseluruhannya, penubuhan PAK tidak mencapai objektif yang telah ditetapkan seperti peruntukkan di bawah Akta Keretapi 1991. Pengurusan tanah dan bangunan yang tidak diurus dengan cekap dan teratur telah menyebabkan PAK mengalami kerugian besar kerana segala hasil sepatutnya diterima oleh PAK telah dikutip oleh dikutip oleh KTMB. Oleh itu, PAK tidak mampu menyelesaikan hutang tertunggak KTM berjumlah RM1.07 bilion setakat 31 Disember 2008 kepada Kerajaan. Pihak Audit mengesyorkan perkara berikut diberi pertimbangan bagi memperbaiki kelemahan yang dibangkitkan:

1. Selaras dengan Akta Keretapi 1991, PAK hendaklah mengambil tindakan segera untuk urusan perletakhak tanah dan bangunan KTM kepadanya supaya tidak berlaku pencerobohan tanah dan kehilangan hasil.

2. PAK perlu mengambil tindakan lanjut terhadap pindah milik tanah yang tidak sah oleh KTMB kepada pihak ketiga selaras dengan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 21 januari 2010.

3. PAK perlu merancang pembangunan tanah dan bangunan yang terbiar bagi menjana pendapatannya dan mengurangkan beban kerajaan melalui peruntukan yang tinggi bagi menyediakan kemudahan keretapi.

4. PAK hendaklah mengambil alih semua urusan terimaan dan perbelanjaan di bawah tanah rizab dan tanah hak milik keretapi yang diuruskan oleh KTMB supaya hasil Kerajaan danap diuruskan dengan cekap dan teratur mengikut peraturan kewangan kerajaan.

5. Akauan Amanah Tanah Rezab Keretapi hendaklan ditutup dan pengurusan hasil diserahkan kepada PAK termasuk penyewaan bangunan dan tanah. PAK perlu menyediakan perjanjian penyewaan baru dengan semua penyewa yang sebelum ini diuruskan oleh KTMB kerana perjanjian tersebut adalah tidak sah dan tidak mematuhi seksyen 92(2) dan 93 Akta Keretapi 1991.

6. PAk perlu mewujudkan mekanisme pemantauan supaya pengurusan aset keretapi dapat dilaksanakan dengan cekap dan teratur.

PAK Telah Kehilangan Tanah Bernilai RM335.32 juta Kerana Kelulusan Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi (KTPK) Tanpa Pemakluman Kepada Jemaah Menteri mengenai kewujudan Akta Keretapi 1991.

1. Lokasi tanah : Bukit Tunku, Kuala Lumpur; Pemaju : Bolton Berhad ; Pajakan : 99 tahun
2. Lokasi tanah : Port Dickson, Negeri Sembilan ; Pemaju : Reliance Pacific Berhad ; Pajakan 99 thn
3. Lokasi tanah : Prai, Pulau Pinang ; Pemaju : Prima Prai Sdn Bhd ; Pajakan : 99 tahun
4. Lokasi tanah : Sentul, Kuala Lumpur ; Pemaju : YTL Corporation Berhad ; Pegangan Bebas
5. Lokasi tanah : KL Sentral, Kuala Lumpur ; Pemaju : MRCB ; Pegangan Bebas


RM28,541,775.32 Pinjaman 'UK Malaysia Aids' Oleh Perbadanan Aset Keretapi

Posted: 08 Dec 2010 10:05 PM PST

Menteri Pengangkutan hari ini menjelaskan bahawa jumlah sebenar pinjaman 'UK Malaysia Aids' oleh Perbadanan Aset Keretapi (PAK) adalah sebanyak RM28,541,775.32 dan pinjaman tersebut sehingga sekarang belum lagi dibayar sepenuhnya.

Menjawab kepada soalan jawab lisan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Telok Kemang, Dato' Kamarul Baharin Abbas mengenai jumlah sebenar pinjaman 'UK Malaysia Aids' oleh Perbadanan Aset Keretapi sehingga kini serta kenapakan pinjaman tersebut tidak dibayar mengikut jadual dan baki hutang tertungga sehingga kini pada sesi parlimen pagi ini.

Menteri Pengangkutan menjelaskan pinjaman persebut masih belum dibayar adalah kerana semasa pengstrukturan semula pinjaman yang dilakukan sekitar tahun 1996 oleh Perbendaharaan Malaysia, pinjaman berkenaan masih belum mencapai tempoh matang iaitu 1 Jun 2010.

Memandangkan 'UK Malaysia Aids' tidak diambilkira sebagai salah satu pinjaman yang diletakkan di bawah program penstrukturan semula, maka pinjaman tersebut tidak dapat dibayar mengikut jadual sebagaimana pinjaman-pinjaman lain yang dijelaskan oleh PAK seperti Relending Loan dan juga pinjaman komersial. selain itu, pinjaman ini juga merupakan bentuk pinjaman 'Kerajaan kepada Kerajaan' di mana PAK tidak mempunyai peruntukkan untuk membuat bayaran balik pinjaman tersebut.

Menteri juga menjelaskan dengan baki terkini keseluruhan tunggakan pinjaman yang berjumlan RM28,541,775.32 dan PAK telah memohon peruntukan kepada Kementerian Kewangan melalui Kementerian Pengangkutan pada 5 Ogos 2010 bagi membayar balik pinjaman berkenaan.

Pendapat Admin

Kalau melalui PAK terdapat hutang yang berjumlah jutaan ringgit masih boleh dikira pinjaman yang tidak perlu dibayar dan belum pasti jawapan menteri ini menyatakan bahawa pinjaman itu akan dibayar sepenuhnya atau tidak.

Melalui satu agensi PAK sudah mempunyai nilaian hutang berjumlah RM28,541,775.32 bagai mana pula dengan agensi yang lain berada pula hutang yang diklasifikasikan sebagai hutang pinjaman yang tidak perlu dibayar. Perkara ini perlu dibongkar keseluruhannya kerana rakyat ingin tahu berapakah duit rakyat digunakan dan kemana duit tersebut diperuntukkan.

Tiada ulasan: