The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah |
Piket Bantahan Berjaya Tangguh Pindaan Akta Kerja Posted: 08 Dec 2010 09:15 PM PST Pada 12hb Oktober 2010 yang lalu Parti Sosialis Malaysia dan Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) telah mengadakan piket diseluruh negarta membantah rancangan Kerajaan BN untuk meminda Akta Kerja 1955, Akta Perhubungan Perusahaan, 1967 dan Akta Kesatuan Sekerja. Pindaan-pindaan ini dicadangkan tanpa rundingan yang mendalam dengan pihak Kesatuan dan pekerja. Pindaan yang dicadangkan akan menghakis hak pekerja kerana : *Menjejaskan hubungan kerja antara majikan utama dan pekerja apabila peranan sub-kontraktor yang membekalkan pekerja diutamakan. Kontraktor pembekal pekerja menjadi majikan utama. *Ramai pekerja bergantung kepada gaji OT untuk menyara hidup kerana gaji asas (basic) yang rendah. Kini jika majikan dibenarkan melewatkan pembayaran gaji OT sehingga 30 hari maka ianya akan menyukarkan kehidupan ribuan pekerja. *Pekerja percubaan dirampas haknya untuk mendapatkan keadilan jika ianya diberhentikan kerja kerana pindaan akan menghalangnya menfailkan kes di Jabatan Perhubungan Perusahaan. Ini adalah jelas bertentangan dengan hak rakyat individu untuk mendapatkan keadilan di mahkamah. *Memberikan peluang kepada majikan menuntut pengiktirafan kesatuan dinilai semula selepas 5 tahun. Ianya jelas berniat jahat dan merupakan suatu cubaan untuk membubarkan kesatuan. Piket tersebut dirancang untuk diadakan pada jam 5.00 petang 12hb Ogos 2010. Tiba-tiba pada tengah hari tersebut, Timbalan Menteri Sumber Manusia, Dato Maznah mengumumkan bahawa kertas cadangan pindaan Akta Kerja ditarik balik agenda Parlimen. Ini merupakan suatu kejayaan kepada warga pekerja kerana tindakan piket dan bantahan rakyat dapat mendesak Kerajaan untuk menghentikan pembentangan Akta di Parlimen. (petikan dari Buletin Pejabat ADUN Kota Damansara) |
You are subscribed to email updates from The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan