Rabu, 8 Disember 2010

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA


Saya tak mahu Speaker Dewan dibeli Umno BN

Posted: 08 Dec 2010 12:59 AM PST

KUALA LUMPUR, 8 Dis: Ahli Parlimen Pakatan Rakyat bertindak keluar dewan sebagai tanda protes terhadap keputusan Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menolak usul tergempar meminta penjelasan berhubung hasrat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen menggantung Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tanpa diberi peluang membela diri.

Usul di bawah peraturan mesyuarat 18 (1) itu dibawa oleh Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak).

Beliau dalam sidang media sejurus keluar dari dewan, mempersoal keputusan Pandikar yang didakwa bercanggah dengan kenyataannya di Dewan Rakyat pada 22 April lalu.

"Keputusan Tan Sri Speaker ini melanggar keputusan yang dibuat beliau sendiri pada 22 April 2010 dalam hansard di mana Tan Sri Speaker menegaskan bahawa seseorang yang dirujuk ke jawatankuasa akan diberikan hak untuk memberikan keterangan dan memanggil saksi-saksi.

"Ini adalah keterangan yang dibuat oleh speaker sendiri dalam Dewan Rakyat namun keputusan ini pun dilanggar oleh Pengerusi Jawatankuasa Hak dan Kebebasan," kata beliau yang juga Timbalan Pengerusi PKR.

Menurutnya juga, beliau berhak meminta penjelasan berhubung keputusan itu memandangkan Anwar dan saksi-saksi langsung tidak dipanggil untuk memberikan keterangan.

Yang paling mengejutkan kami ialah apabila Tan Sri Speaker menggunakan peraturan mesyuarat 83 (11) di mana berbunyi, jawatankuasa itu jika baik pada timbangannya boleh enggan mendengar apa-apa keterangan yang tiada perkaitan sedangkan keterangan yang akan diberikan oleh Permatang Pauh berkaitan terus dengan pertuduhan yang dibuat ke atas beliau.

"Bagaimana tafsirannya boleh begitu jauh menyimpang daripada apa yang ditetapkan oleh peraturan mesyuarat dan berkata mendengar cakap saksi yang degil sedangkan belum pun tertuduh dan saksi dipanggil untuk memberi keterangan tetapi jawatankuasa telah menghukum bahawa keterangan itu tidak relevan," katanya lagi.

Sementara itu, Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) berkata, berlaku 'conflict of interest' dalam perkara berkenaan kerana Pandikar yang merupakan speaker sendiri yang mempengerusikan jawatankuasa berkenaan.

Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) pula menyifatkan keputusan itu sebagai mencemar nama baik Parlimen.

"Sepatutnya jawatankuasa perlu memperlihatkan satu prinsip demokratik. Bukan menghukum Anwar tanpa memanggil beliau memberi keterangan," katanya yang juga Naib Presiden PAS.

Azmin di dalam dewan sebelum itu membidas Pandikar kerana menolak saksi, bukti dan dokumen yang membantu Anwar membela dirinya di Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.

Katanya, Dewan Rakyat sama-sekali tidak boleh bersetuju dengan tindakan jawatankuasa yang sengaja melanggar prosedur dan prinsip 'natural justice'.

"Kalau hakim boleh dibeli, doktor boleh dibeli beri keterangan palsu, saya tidak mahu Speaker Dewan dibeli oleh Umno Barisan Nasional," kata Azmin yang menimbulkan kekecohan apabila wakil Barisan Nasional meminta beliau menarik balik kenyataan itu.

Kekecohan itu menyebabkan lima wakil Pakatan digantung dari persidangan sehingga jam 2.30 petang.

Selain Azmin mereka ialah Tian Chua (PKR-Batu), Yusmadi Yusuf (PKR-Balik Pulau), Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai), Azan Ismail (PKR-Indera Mahkota).

Minggu lalu, Jawatankuasa Hak dan Kebebasan dilaporkan tidak akan mendengar lagi keterangan saksi, termasuk dari Anwar dan akan membuat rumusan berdasarkan sepucuk surat penjelasan oleh firma perhubungan antarabangsa, Apco Worldwide.

Kerajaan pada April lalu mendesak tindakan diambil ke atas Anwar kerana membidas slogan 'Satu Malaysia' yang diilhamkan oleh Apco, diodakwanya ditiru dari konsep 'One Israel' yang digunakan oleh perdana menteri Israel, Ehud Barak pada 1999.

Pada 3 Disember lalu, Karpal yang juga anggota jawatankuasa itu berkata ahli-ahlinya diberikan sepucuk surat dari Apco bertarikh 19 Ogos dan memutuskan telah membuat rumusan mereka.


Sumber: Harakah Daily

Nik Aziz sakit tenat, fitnah

Posted: 08 Dec 2010 12:55 AM PST


KOTA BHARU, 8 Dis: "Selesai mengerjakan solat Zohor berjemaah di pejabat. Insya Allah sekejap lagi akan menghadiri majlis menandatangani perjanjian Projek Nukleus Green Valley Lojing di Langgar," tulis Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam laman twitter kira-kira jam 2.00 petang ini.

Katanya, perjanjian itu antara Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad dengan Fresh Momentum Sdn Bhd.

Sebelum ini, Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan, Wan Nik Wan Yussof, menafikan khabar angin yang mendakwa Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, sakit tenat.

Beliau yang menghubungi HarakahDaily pagi tadi memberitahu, dakwaan itu bukan sahaja tidak benar, sebaliknya berunsur fitnah.

Menurutnya, Tuan Guru Menteri Besar Kelantan hanya kepenatan selepas menghadiri majlis besar dua hari berturut-turut ditambah pula sejak pulang dari Makkah menunaikan fardu haji baru-baru ini beliau belum berehat.

"Kerana itu beliau kepenatan, dakwaan mengatakan beliau ke hospital malam tadi kerana sakit tenat dan dikejarkan dengan ambulans hanya palsu semata-mata," ujarnya.

Menurutnya lagi, pagi tadi Tuan Guru menunaikan solat Subuh di Masjid Pulau Melaka sebagaimana biasa.

Wan Nik seterusnya berkata, beliau dimaklumkan oleh Setiausaha Sulit Khas MB, Rushdi bahawa Tuan Guru ingin ke pejabat hari ini sebagaimana biasa, apa lagi dua majlis sedang menunggu beliau.

"Bagaimanapun, beliau dinasihatkan supaya berehat di rumah sahaja," ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan supaya orang ramai bertenang dan jangan menelan bulat-bulat khabar angin tersebut.


Sumber: Harakah Daily

Subsidi: Langkah Putrajaya bakal keringkan saku rakyat, ramal The Economist

Posted: 08 Dec 2010 12:54 AM PST


KUALA LUMPUR, 8 Dis — Harga barangan dan perkhidmatan dijangka mengalami kenaikan mulai 2011 hingga 2015 ekoran langkah pentadbiran Najib memutuskan untuk mengurangkan subsidi secara berperingkat dan merapatkan jurang defisit bajet, demikian menurut laporan The Economist di sebalik spekulasi pilihan raya umum akan berlangsung awal tahun depan.

The Economist sendiri menolak cakap-cakap bahawa pilihan raya umum awal meskipun ia meramalkan kerajaan Barisan Nasional (BN) kemungkinan akan kehilangan lebih banyak kerusi dalam pilihan raya umum ke-13 ekoran kemerosotan sokongan orang Melayu muda dan moderat.

Mandat semasa hanya akan berakhir Mac 2013.

"Usaha kerajaan untuk merasionalkan skim subsidi negara yang dikatakan terlalu besar akan menyebabkan pengaruh kenaikan dalam harga sepanjang tempoh ramalan (2011 hingga 2015)," kata laporan Intelligence Unit majalah itu mengenai Malaysia dalam edisi terbaru Disember.

Harga bahan api dan gula mengalami kenaikan mulai 4 Disember lalu — kali kedua selepas Julai lalu ekoran dasar pelarasan subsidi oleh pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak secara berperingkat-peringkat mesipun sebelum ini seorang menteri Kabinet mengatakan bahawa tidak akan ada kenaikan harga sehingga hujung tahun ini.

Minggu lalu, Putrajaya mengumumkan pengurangan subsidi sebanyak lima sen bagi setiap liter petrol RON 95 dan diesel, lima sen setiap kilogram (kg) bagi Gas Asli Cecair (LPG) dan 20 sen satu kg bagi gula.

Berikutan pengurangan subsidi itu, harga petrol RON95 ialah RM1.90 seliter, diesel RM1.80 seliter, LPG RM1.90 satu kg dan gula RM2.10 satu kg.

Langkah pertama program rasionalisasi subsidi dilaksanakan pada 16 Julai lalu apabila subsidi bagi petrol RON95 petrol dan diesel dikurangkan sebanyak lima sen seliter, 10 sen bagi satu kg untuk LPG dan 25 sen bagi satu kg gula.

Putrajaya berkata rasionalisasi subsidi perlu dilakukan kerana kerajaan mendapati ia perlu terus mengurus kedudukan fiskalnya dengan cara meningkatkan jumlah kutipan hasil dan, pada waktu yang sama, mengurangkan perbelanjaan.

Program Transformasi Ekonomi (PTE) bertujuan meningkatkan per kapita pendapatan kepada AS$15,000 (RM46,500) menjelang 2020, kata Putrajaya.

Semalam, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mendakwa kenaikan harga bahan asas ini pasti akan membawa padah terutama kepada kaum pekerja yang berpendapatan rendah. "Apabila harga barang keperluan asas ini naik, ia bermakna gaji kaum pekerja menurun.

"Kuasa beli yang dimiliki melalui upah gaji pada hakikatnya semakin merosot. Dua puluh sen harga gula naik ertinya dua puluh sen pula duit gaji kita semua turun," katanya.

MTUC juga berkata, harus disedari bahawa walaupun yang dinaikkan hanya harga hanya gula dan bahan bakar petroleum tetapi yakinlah barangan lain juga akan turut sama naik.

Laporan itu juga menjangkakan bahawa kerajaan akan memperkenalkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dalam beberapa tahun lalu dan meramalkan inflasi tahunan sebanyak 3.4 peratus antara 2011 hingga 2015.

"Risiko inflasi juga akan diakibatkan oleh GST, di mana kerajaan akan berusaha untuk memperkenalkan di bahagian awal tempoh itu," kata laporan tersebut.

"Tetapi pengaruh-pengaruh bukan inflasi juga akan kuat," kata laporan itu dengan merujuk kepada pemansuhan halangan-halangan perdagangan dan integrasi ekonomi serantau yang lebih kukuh.

Malah laporan itu juga meramalkan pertumbuhan lima peratus bagi Malaysia dari 2011 hingga 2015, yang seiring dengan jangkaan Bank Pembangunan Asia sebanyak lima peratus bagi tahun depan.

Bagaimanapun matlamat Najib mahu menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi menjelang 2020 memerlukan pertumbuhan enam peratus.

Penganalisis-penganalisis mendakwa Model Baru Ekonomi, yang bahagian kedua diumumkan Jumaat lalu kurang memperlihatkan pendekatan-pendekatan khusus untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi.

Laporan itu juga menambah, suku ketiga tahun ini menyaksikan pertumbuhan perlahan, yang dijangka akan berterusan pada suku keempat.

Ekonomi Malaysia mengalami pertumbuhan 5.3 peratus pada suku ketiga tahun ini selepas suku kedua yang lebih kukuh ekoran permintaan luaran yang lembab dan pengurangan perbelanajaan kerajaan.

Ekonomi bertumbuh 10.1 peratus pada suku pertama dan 8.9 peratus pada suku kedua.

Laporan itu meramalkan pertumbuhan 6.8 peratus bagi Malaysia tahun ini iaitu kadar enam hingga tujuh peratus yang dianggarkan oleh kerajaan.

Ia juga menekankan pelaburan dan penggunaan swasta akan menjadi penggerak utama pertumbuhan dalam lima tahun akan datang.

Malah laporan itu juga meramalkan ringgit akan mengalami peningkatan nilai hampir 10 peratus pada kadar purata tahun 2010.

"Perbezaan kadar faedah positif dengan Amerika Syarikat akan wujud di peringkat awal tempoh kajian (2011-2015), yang mana secara berterusan akan menyediakan sokongan kepada ringgit.

"Oleh itu, kami menjangkakan kadar pertukaran akan kekal sama, mencecah purata tahunan RM2.95:AS$1 pada 2015," kata laporan itu.

Di samping itu laporan tersebut juga menekankan bahawa Bank Negara Malaysia dijangka membenarkan ringgit didagangkan di luar pesisir pada tempoh terkemudian sepanjang 2011 dan 2015, ekoran perkembangan susulan ke arah integrasi ekonomi serantau.


Sumber: Malaysian Insider

Rasis: Najib perlu bertindak pada Muhyiddin

Posted: 08 Dec 2010 12:50 AM PST


KUALA LUMPUR, 8 Dis: Datuk Seri Najib Razak seharusnya menasihati timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin agar dapat bermuhasabah diri atau melakukan introspeksi terhadap kelemahan diri, seperti yang disarankan dalam ucapannya di Konvensyen Barisan Nasional, Ahad lepas.

Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin berkata, tindakan sewajarnya harus dikenakan terhadap Muhyiddin yang jelas seorang anti nasional kerana sering kali membuat kenyataan berunsur rasis dan menimbulkan amarah dan kebencian rakyat.

Justeru, katanya dakwaan Najib yang sewenangnya menyelar pemimpin Pakatan Rakyat sebagai "sangat merbahaya dan anti nasional" sewaktu konvensyen itu adalah suatu tindakan yang biadap dan tidak mencerminkan ketokohannya sebagai seorang Perdana Menteri.

Menurutnya, hasutan dan fitnah yang dilemparkan sama sekali tidak berasas kerana telah dibuktikan dalam Deklarasi Pakatan Rakyat bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat akan sentiasa mendukung prinsip kenegaraan dan patriotisma sebagai elemen utama perjuangan.

"Sebagai pentadbir nombor 1 negara, PM seharusnya lebih memfokuskan kepada kerjanya, namun sebaliknya, Najib asyik bermain retorik dan fitnah dengan harapan agar rakyat akan lupa pada segala perlakuan sumbang dan penindasan Umno BN selama ini," ujarnya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, siri fitnah PM itu adalah suatu strategi desperado PM bagi mengalih tumpuan dari kemarahan rakyat akibat 'pakej kenaikan harga 4 dalam 1 PM Najib Razak" (Air, Gula, Ron 97, Ron 95) dan isu dalamannya sendiri, seperti konspirasi penangguhan pemilihan Umno dan rombakan Kabinet yang akan berlaku tidak lama lagi.

Tambahnya, penghinaan kepada kapasiti rakyat sebagai pendukung kerajaan apabila PM sendiri tidak menghormati kehendak dan pandangan rakyat, sebaliknya hanya membuat keputusan dengan mementingkan dan menjaga keuntungan kelompok kronisme semata-mata.

Baginya, ingatan Najib kepada empat "penyakit" yang sering melanda parti yang sudah lama berkuasa, iaitu khayalan, kelupaan, kejumudan dan keangkuhan adalah suatu pendedahan dan pengakuan kepada kebobrokan dan kepincangan Umno BN selama ini.

"Andai benar ini petanda awal kepada tarikh Pilihanraya Umum Ke-13, pemimpin Pakatan Rakyat akan bersedia untuk menghadapinya, kerana nampaknya Najib sendiri sudah sedar bahawa rakyat semakin membenci Umno-BN dan keyakinan pada pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat terus meningkat.

"Lebih lama Umno BN di Putrajaya, lebih banyak rasuah, kronisme dan salah guna akan berlaku," katanya yang juga Ahli Parlimen Ampang.

Sumber: Harakah Daily

Ambiga: Penambahan Undi Pos Hanya Tambah Masalah

Posted: 08 Dec 2010 12:45 AM PST


SHAH ALAM 8 DIS: Pengerusi Gabungan untuk Pilihanraya yang Adil dan Bersih (BERSIH 2.0), Ambiga Sreenevasan terkejut mendengar cadangan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) untuk memasukkan golongan profesional ke dalam daftar pengundi pos.

Baru-baru ini, SPR telah mencadangkan untuk memasukkan doktor, jururawat, juruterbang dan wartawan sebagai pengundi pos dengan alasan membantu pekerja bidang ini yang sentiasa sibuk dan waktu kerja mereka juga tidak menentu.

"Kita amat terkejut dengan cadangan mereka (SPR). SPR sepatutnya 'membersihkan' sistem undi pos tetapi sebaliknya mereka (SPR) mahu menambah lagi senarai undi pos," kata Ambiga kepada TV Selangor.

Sebelum ini, Bersih 2.0 pada 9 November lalu telah mengadakan perjumpaan dengan wakil SPR di pejabat mereka di Putrajaya bagi menyerahkan memorandum melibatkan 11 perkara utama ke arah reformasi sistem pilihanraya.

Salah satu daripada 11 perkara tersebut adalah satu reformasi dalam pengundian pos dengan memansuhkan senarai pemilih berasingan yang sedia ada bagi pengundi pos serta menjadikan sistem indu pos lebih fleksibel bagi semua pengundi.

"Sistem undi pos yang ada sekarang sudah cukup bermasalah dan pertambahan nama dalam senarai ini hanya akan menambahkan lagi masalah yang ada," jelas beliau lagi.

Beliau seterusnya menegaskan keseluruhan sistem pengudian pos perlulah diubah dan Bersih 2.0 akan mengetengahkan isu ini serta mengadakan perjumpaan dengan SPR bagi membincangkan berkenaan isu ini.


Sumber: TVSNEWS

Kes Pelajar UM Untuk Alih Isu Harga Barang Naik

Posted: 08 Dec 2010 12:40 AM PST


KUALA LUMPUR 8 DIS : Keputusan pihak pendakwaraya membuat rayuan terhadap keputusan Hakim Mahkamah Sesyen berhubung kes 'Rosmah Puaka'membabitkan lima mahasiswa Universiti Malaya, meragukan.

Portal Harakahdaily.net melaporkan, peguam salah seorang responden, Razlan Jalaludin berkata, kes rayuan tersebut ditetapkan hari ini namun nota kehakiman masih belum diterima.

Sementara itu, Presiden Gerakan Solidariti Mahasiswa (SMM),Shazni Munir berkata, Peguam Negara seolah-olah telah ditekan oleh pihak tertentu untuk berbuat demikian sedangkan keputusan sudah dibuat di Mahkamah Sesyen.

Beliau juga mempersoal mahkamah yang hanya memanggil semula tiga daripada kesemua mereka yang sebelum ini didakwa atas kesalahan cubaan melakukan perbuatan khianat, pencerobohan jenayah dan vandalisme.

"Kita amat kecewa dengan keputusan ini dan seolah-olah di peringkat peguam negara menerima tekanan dariapda pihak-pihak tertentu untuk membuka kembali kes ini," kata beliau dalam sidang media di lobi mahkamah pagi ini.

Mereka yang dipanggil semula ialah Shazni Munir Mohd Ithnin (22 tahun), Muhammad Aizat Roslan (21), Muhammad Saufi Jelani (21) manakala Mohd Izzuddin Hilmi Mohd Zaini (21) dan Mohd Syahruldeen Ahmad Rosli (21) masih belum menerima sebarang perintah dari mahkamah.

Hakim Mahkamah Sesyen, Rozana Ali Yusoff pada 24 September lalu yang membebaskan lima mahasiswa terbabit daripada pertuduhan jenayah di bawah Seksyen 427, 436, dan 447 Kanun Keseksaan tanpa dipanggil membela diri.

Hakim memutuskan demikian setelah mendapati tiada bukti keraguan (prima facie) yang menunjukkan lima pelajar itu terbabit dalam kejadian tersebut.

Shazni juga tidak menolak kemungkinan kes itu sengaja dibuka kembali untuk mengalihkan pandangan mahasiswa daripada isu-isu semasa yang berlaku dalam negara seperti kenaikan harga minyak dan barang keperluan yang lain.

"SMM berharap mahasiswa tidak terlalu menumpukan kepada kes ini sehingga tidak peka terhadap isu-isu semasa yang berlaku dalam negara," katanya.

Beliau turut menegaskan, mahasiswa khususnya mereka yang dipanggil semula tiak akan mengaku kalah dan akan berjuang habis-habisan membela diri yang disifatkan menjadi mangsa keadaan.

"Kalau pihak pendakwaraya bersungguh-sungguh mahu lawan kita dalam kes ini, kita juga bermati-matian akan melawan bagi memastikan nasib kami terbela," katanya.


Sumber: TVSNEWS

Nurul Izzah : Demokrasi Tidak Wujud Dalam Umno BN

Posted: 08 Dec 2010 12:35 AM PST


GEORGETOWN 8 DIS : Malaysia belum mengamalkan demokrasi sepenuhnya jika dibandingkan dengan negara-negara lain yang sudah lama melaksanakan amalan tersebut.

Menurut portal Harakah Daily Online, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar itu berkata demikian semasa menyampaikan pandangan beliau dalam majlis Forum Bersih 2.0 anjuran Suaram di sini, semalam.

Katanya lagi, amalan demokrasi juga tidak pernah wujud dalam parti pemerintah seperti Umno dan Barisan Nasional (BN).

"Dalam pemilihan PKR baru-baru ini, walaupun kita diberi pandangan negatif oleh media arus perdana milik Umno dan BN, tetapi PKR mengamalkan demokrasi secara menyeluruh.

"Semua ahli diberi peluang untuk memilih siapa sahaja pimpinan yang mereka rasakan layak untuk memimpin. Bermula dari akar umbi sehinggalah kepada pimpinan tertinggi parti, semua ahli dibenarkan memilih pimpinan mereka," tegasnya lagi.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai menggesa Umno dan BN membuktikan mereka juga mengamalkan demokrasi secara sepenuhnya dengan memberi ruang kepada ahli untuk memilih pucuk pimpinan.

Tegasnya lagi, Umno dan BN tidak mampu untuk melaksanakan pemilihan secara demokrasi sepertimana yang dilaksanakan oleh PKR kerana tidak yakin dengan sistem demokrasi yang sebenar.

Dalam forum tersebut juga para peserta menzahirkan luahan rasa mereka dengan menuntut supaya pihak kerajaan membuat reformasi dalam sistem pilihan raya yang sedang diamalkan dalam negara.


Sumber: TVSNEWS

Dakwa PR Anti Nasional, Tindakan Biadap PM- Zuraida

Posted: 08 Dec 2010 12:30 AM PST


SHAH ALAM 8 DIS : Dakwaan Datuk Seri Najib Razak yang sewenang-wenangnya menyelar pemimpin Pakatan Rakyat sebagai 'sangat merbahaya dan anti nasional' sewaktu konvensyen Barisan Nasional (BN) baru-baru ini merupakan tindakan biadap dan tidak mencerminkan ketokohannya sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin berkata hasutan dan fitnah yang dilemparkan sama sekali tidak berasas kerana telah dibuktikan dalam Deklarasi Pakatan Rakyat bahawa kerajaan Pakatan Rakyat akan sentiasa mendukung prinsip kenegaraan dan patriotisma sebagai elemen utama perjuangan.

"Sebagai pemimpin nombor satu, Najib seharusnya lebih memfokuskan kepada kerjanya, namun sebaliknya, beliau sendiri asyik bermain retorik dan fitnah dengan harapan agar rakyat akan lupa pada perlakuan sumbang dan penindasan Umno-Barisan Nasional selama ini.

"Beliau seharusnya menasihati timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin agar beliau dapat bermuhasabah diri atau melakukan introspeksi terhadap kelemahan diri, seperti yang disarankannya sendiri dalam ucapannya di konvensyen tersebut," katanya.

Tambahnya, tindakan sewajarnya juga harus dikenakan terhadap Muhyiddin yang jelas dilihat sebagai seorang anti-nasional kerana sering kali membuat kenyataan berunsur rasis dan menimbulkan amarah dan kebencian rakyat.

Siri fitnah tersebut kata Zuraida merupakan strategi dan tindakan desperado Najib bagi mengalih tumpuan dari kemarahan rakyat akibat 'pakej kenaikan harga 4 dalam 1" dan isu dalamannya sendiri, seperti konspirasi penangguhan pemilihan Umno dan rombakan Kabinet yang akan berlaku tidak lama lagi.

"Penghinaan kepada kapasiti rakyat sebagai pendukung kerajaan apabila beliau sendiri tidak menghormati kehendak dan pandangan rakyat, sebaliknya hanya membuat keputusan dengan mementingkan dan menjaga keuntungan kelompok kronisme semata-mata.

"Andai benar ini petanda awal kepada tarikh Pilihanraya Umum Ke-13, pemimpin Pakatan Rakyat akan bersedia untuk menghadapinya, kerana Najib nampaknya menyedari bahawa rakyat semakin membenci partinya sementara keyakinan rakyat kepada pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat terus meningkat," ujar Zuraida yang juga merupakan Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat.


Sumber: TVSNEWS

Umno-BN Sanggup 'Sembelih' Khir Toyo Tunjuk Serius Lawan Rasuah

Posted: 08 Dec 2010 12:30 AM PST

azan15KUALA LUMPUR 8 Dis - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sanggup mengorban 'tiga empat kerat' pemimpin Umno-Barisan Nasional dan peganwai tinggi kerajaan menjelang pilihan raya umum ke-13 demi menunjukkan kepada rakyat bahawa beliau serius menangani gejala rasuah yang bermahajalela dikalangan pemimpin parti dan pentadbiran beliau.

Ahli Parlimen Indera Mahkota Azan Ismail melalui pendekatan Machiavellian 'matlamat menghalalkan cara' Umno-BN tidak teragak-agak menyeret beberapa tokong mereka hatta termasuk bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Aman serta Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail sekiranya difikirkan perlu bagi menyelamatkan tampuk kekuasaan mereka.

Justeru kata Azan, tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menahan bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Khir Toyo semalam adalah sandiwara Umno-Barisan Nasional semata-mata untuk mengaburi mata rakyat bagi mengalih pandangan sebenar iaitu kerakusan rasuah beberapa pemimpin tertinggi.

"Memang sudah dijangkakan Umno-BN akan melakukan ini ketika saat-saat pilihan raya umum semakin hampir. Bagi mereka mengorbankan Khir Toyo, Musa Hassan malah Gani Patail tidak pernah menjadi masalah besar. Lihat apa yang berlaku kepada bekas Presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik. Umno-BN tidak peduli betapa besar sumbangan rakan kongsi mereka dalam BN kerana jika keadaan terdesak seperti sekrang ini mereka berani lakukan sampai ke tahap 'menyembelih' kawan dan rakan kongsi sendiri.

"Jadi Pakatan Rakyat tidak sedikit pun terkejut dengan apa yang berlaku. Institusi kehakiman dan Jabatan Peguan Negara di bawah cengkaman mereka, jadi macam-macam boleh dilakukan untuk mensensasikan lagi skrip drama yang ditulis dari Putrajaya," jelas Azan.

Malah apa yang sepatut dibuat oleh SPRM sekiranya mereka benar-benar serius membanteras rasuah di negara ini ialah menjalankan siasatan terperinci ke atas dakwaan rasuah yang membabitkan Perdana Menteri, anggota Jemaah Menteri serta mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Skandal besar seperti disiasat seperti melepaskan batuk di tangga. Begitu juga dengan skandal rasuah RM540 juta komisyen jual beli kapal selam Scorpene sehingga membawa kepada kematian serorang wanita Mongolia, rasuah dalam pembelian jet pejuang Sukhoi, pengambilalihan tanah Pengkalan Udara TUDM di Sg Besi oleh syarikat kroni anak Najib dan banyak lagi kes yang sengaja di sapu di bawah karpet," tegas beliau.

Azan menasihati rakyat supaya tidak terperangkap dengan permainan psikologi Umno-BN yang cuba mewujudkan faktor selesa atau 'feel good factor' bagi membuai pemikiran rakyat walhal pada hakikatnya kebobrokan dan kepincangan Umno-BN terus menerus berlaku tanpa sebarang penyesalan.

Malah Ketua Oposisi Datuk Seri Anwar Ibrahim juga menganggap tindakan terhadap Dr Khir Toyo merupakan wayang Umno untuk membersihkan imejnya di mata rakyat menjelang PRU13.

Kata Anwar apa yang dilakukan Umno-BN hanyalah sekadar mengulangi taktik lama untuk mengkhayalkan rakyat dengan pelbagai imbuhan dan tindakan tetapi sikap perkauman, rasuah dan penyelewengan kuasa masih kekal.

"Yang kita tak boleh bagi itu 'piece meal' kerana nak buai mereka menjelang pilihan raya atau rasuah, ada tuduhan puluh-puluh yang serius itu diketepikan, diambil satu kes seperti yang berlaku kepada Eric Chia sebelum pilihan raya yang lalu," katanya.

"Ini semua gimik pilihan raya, sedikit bagi orang Cina, sedikit bagi orang India, tindakan rasuah. Ini gimik pilihan raya, piliha raya tentu dekat. Apa beza Pakatan Rakyat, ini bagi kita dasar kita, kalau masalah mengangkat kedudukan orang Melayu, atau memberikan ruang kepada orang Cina dalam segi pendidikan untuk India, Iban, Kadazan, itu dasar kita," ujar beliau lagi.


Sumber: Suara Keadilan

Selproa Kecam Kekerasan Polis Terhadap Orang Awam Semasa Perhimpunan Bantahan Kenaikan Harga Air

Posted: 07 Dec 2010 11:28 PM PST

Persatuan Pegawai-pegawai Wakil Rakyat Pakatan Rakyat Negeri Selangor (Selproa) merakam rasa kecewa terhadap tindakan pihak Polis yang menggunakan kekerasan secara keterlaluan semasa menyuraikan perhimpunan rakyat di hadapan Masjid Negara dan stesen KTM pada Ahad 5 Disembar lepas. Selproa juga menyarankan agar pihak polis tidak menjadi 'alat' pihak UMNO / BN untuk menghalang gelombang penentangan rakyat terhadap regim UMNO/BN.

Disertakan 4 keping foto yang menunjukkan pihak Polis bersikap kasar dan bertindak keterlaluan terhadap Sdra Azmizam Zaman Huri, seorang ahli Majlis Perbandaran Klang (MPK). Beliau adalah salah seorang daripada 60 orang yang ditahan pihak Polis pada hari tersebut.

Sementara itu Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) menganggap tindakan polis menembak gas pemedih mata dan menghalang peserta demonstrasi 'Kembalikan Hak Air Kepada Rakyat' di Masjid Negara sebagai keterlaluan.
Pesuruhjaya Suhakam, Muhammad Sha'ani Abdullah yang hadir meninjau keadaan di sini melahirkan rasa kesalnya dengan tindakan polis.

"Mereka (polis) perlu dilatih lagi. Tugas mereka bukan mendera atau maki hamun orang ramai. Ini tidak dilakukan dengan betul dan mereka sepatutnya profesional menanganginya."

Selproa berpendapat bahawa pihak Polis akan terus dicemuh oleh orangramai dan keadaan ini akan mengambil masa yang lama bagi rakyat menyakini 'keboleh percayaan' mereka terhadap pihak Polis.



ABDUL RAZAK BIN ISMAIL
Presiden
SELPROA

Tiada ulasan: