BULETIN RAKYAT |
PELUANG UNTUK PELAJAR MISKIN DI UNIVERSITI ANTARABANGSA MADINAH Posted: 15 Dec 2010 09:17 AM PST Yayasan Universiti Antarabangsa Madinah menawarkan sejumlah 770 tempat untuk pelajar yang berkelayakan melanjutkan pelajaran di Universiti Antarabangsa Madinah cawangan Malaysia. Kelulusan STA diperlukan. Golongan berpendapatan rendah diutamakan. Untuk maklumat lanjut sila hubungi Pengarah Yayasan Universiti Antarabangsa Madinah, Ust Dato' Nazry @ Bahrudin Abd Rahman, 019-3578811. |
ANWAR DI NAFIKAN HAK BERKENAAN USUL GANTUNG 6 BULAN Posted: 15 Dec 2010 09:05 AM PST PARLIMEN KUALA LUMPUR: Para pemimpin utama Pakatan Rakyat kesal dan kecewa dengan tindakan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang didakwa gagal mengawal perjalanan sidang Dewan Rakyat hari ini. Mereka juga mendakwa Pandikar kerap membuat keputusan yang tidak konsisten termasuk menerima usul yang dibuat menteri sesuka hati atas alasan menggunakan kuasa Speaker. Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Speaker seolah-olah tidak berpendirian teguh dengan membiarkan prosedur parlimen diperalatkan oleh kuasa majoriti. "Prosedur parlimen dipermainkan oleh kuasa majoriti," katanya dalam sidang media di lobi parlimen hari ini. Ketua Umum PKR itu berkata, beliau tidak diberi peluang menjawab terhadap usul menggantung beliau selama enam bulan kerana membangkitkan isu Apco dan Umno. Dinafi hak pertahan diri "Saya tidak diberi hak untuk mempertahankan diri sedangkan saya telah siap dengan hujah-hujah," katanya. Ketua Pembangkang parlimen juga mendakwa keputusan yang dibuat oleh Speaker sentiasa berubah. "Hari ini beliau menerima usul untuk mengantung tiga ahli Parlimen iaitu R Sivarasa (PKR – Subang); Karpal Singh (DAP – Bukit Gelugor) dan Azmin Ali (PKR – Gombak) dengan hujah-hujah yang tidak munasabah. "Kalau tindakan di ambil ke atas mereka kerana bercakap dengan blogger dan media, apa salahnya panggil mereka untuk memberi keterangan. Panggil mereka, ambil keterangan dua jam," katanya. |
You are subscribed to email updates from BULETIN RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan