Rabu, 15 Disember 2010

blog.yusmadi.com

blog.yusmadi.com


Parlimen: Soalan Saya berkaitan APEX

Posted: 15 Dec 2010 06:54 AM PST

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff [Balik Pulau]: Yang Berhormat Menteri, mohon sikit penjelasan. Tadi Menteri mengatakan mengenai antara asasnya ialah mengenai aspek development di dalam kayu ukur APEX tadi. Soalan saya, apakah penilaian Universiti APEX ini terhadap satu lagi pendekatan iaitu impak sosial setempat. Sejauh mana setakat fakta yang Menteri ada ianya memberi impak sosial kerana pada pandangan saya, impak sosial terhadap Balik Pulau, separuh daripada Pulau Pinang itu tempat kelompok masyarakat yang agak marhaen, agak kurang terserlah. Mohon penjelasan.

Dato' Saifuddin bin Abdullah: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dalam mana-mana literature review dengan izin, tentang keupayaan dan keberkesanan universiti penyelidikan, impak sosial daripada penyelidikan itu sangat mustahak. Sebagai contohnya, kajian yang dibuat oleh Charles and West dan beliau terbitkan sebuah buku tentang The American Research University mengkaji perkembangan apa yang dipanggil The Great University of The US dengan izin, daripada perang dunia kedua sampai ke sekarang. Satu daripada komponen utama yang menyerlahkan keupayaan universiti itu ialah sejauh mana research itu dapat meninggalkan impak secara langsung kepada komuniti tempatan.

Dalam konteks ini ada dua perkara Tuan Yang di-Pertua, pertama ialah dalam pengetahuan saya, USM memang dalam mission statement nya itu ada program outreach, bukan
outreach yang dilakukan oleh mahasiswa seperti Bakti Masyarakat tetapi outreach yang memastikan kerja-kerja yang dilakukan oleh para pensyarah dan fakulti itu ada dampaknya kepada masyarakat. Saya tidak dapat hendak sebutkan dengan detail tetapi saya tahu.

Yang keduanya mereka ada program di bawah konsep kelestarian yang termasuk soal green technology dengan izin dan juga soal alam sekitar. Mungkin tak kena Balik Pulau sangat tetapi mungkin di kawasan yang lain sebab saya tahu misalnya ada komuniti tempatan yang mempunyai hubungan yang agak akrab dengan USM. Kalau USM boleh melahirkan beberapa program utama negara daripada segi konsepnya seperti Amanah Ikhtiar Malaysia dan TEKUN, maka yakinilah bahawa USM sentiasa ada kesinambungan daripada segi idea dan pelaksanaannya kerja-kerja yang ada impak dan dampak sosial.

Ketiganya Tuan Yang di-Pertua ialah kita di KPT meminta setiap universiti untuk bekerjasama dengan kolej komuniti untuk menjadikan kolej komuniti itu sebagai jambatan yang akan membawa hasil-hasil penyelidikan yang bersesuaian untuk dipraktikkan secara langsung dalam komuniti tempatan. Terima kasih.

Tiada ulasan: