Anwar Ibrahim |
- Laporan Sydney Morning Herald Dan Kandungan Kabel Diplomatik Singapura: KEADILAN Menolak Pendapat Peribadi Yang Disensasikan
- Isu Maklumat Perisikan Singapura dan Wikileaks
- Fitnah Jelek SB Malaysia dan Agensi Perisikan Singapura
- Kes Berprofil Tinggi: Penasihat SPRM Gesa Gani Patail Beri Penjelasan
- Media Arus Perdana Digesa Bersikap Adil
- Pekung Dalam Industri Pertahanan
Posted: 12 Dec 2010 10:57 AM PST KEADILAN memandang serius cubaan memanipulasikan maklumat yang didedahkan oleh Wikileaks mengenai komen-komen bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew and agensi perisikan negara tersebut berkenaan fitnah sodomi yang dilemparkan terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim. Pertamanya, rakyat perlu faham kaedah operasi dan fungsi Wikileaks untuk menilai sama ada komen-komen tersebut boleh diterimapakai. Wikileaks adalah sebuah laman yang memberi ruang kepada orang ramai menghantar maklumat-maklumat sulit yang dirahsiakan dari pengetahuan orang ramai. Orang ramai bebas menghantar apa-apa jenis maklumat pun, jadi ada maklumat yang datangnya dari kajian terperinci, ada juga hanyalah rakaman perbualan di antara ahli-ahli diplomat. Maklumat yang didedahkan kali ini dan dipetik akhbar hanyalah catatan komen-komen peribadi yang dibuat oleh ahli diplomat Singapura, Lee Kuan Yew and agensi perisikan negara itu. Laporan The Sydney Morning Herald ditulis berdasarkan catatan pendapat peribadi ahli diplomat Singapura mengenai jiran serantau di dalam ASEAN, Jepun, China dan India. Ia adalah pendapat peribadi mereka, bukannya fakta. Untuk memahami dengan lebih dekat bahawa catatan tersebut adalah pendapat peribadi mereka yang disensasikan, rakyat perlu juga meneliti secara keseluruhan maklumat-maklumat lain yang turut didedahkan olehWikileaks yang terkandung di dalam kabel yang sama merakamkan pandangan peribadi pegawai-pegawai diplomatik Singapura: Bilahari Kausikan Mengenai kepimpinan Barisan Nasional pula, kata beliau: "Masalah utama Malaysia adalah tiadanya pemimpin yang berwibawa. Najib Razak perlu menang dalam pertarungan politik untuk mengelakkan didakwa", secara jelas mengaitkan Perdana Menteri dengan skandal pembunuhan perempuan Mongolia Altantuya Sharibu. Dia mengulangi pendapatnya bahawa "Najib Razak terancam disebabkan kes pembunuhan itu". Dia juga memanggil bekas Perdana Menteri Thailand Thaksin Shinawatra seorang yang mengamalkan "rasuah", "sama seperti yang lain termasuklah pembangkang di Thailand". Ujarnya dalam kabel itu lagi, Thaksin "membuat kesilapan berbuat baik dengan Putera Mahkota Thailand apabila Thaksin membayar hutang judi putera itu". Katanya , putera itu "tidak keruan dan sangat mudah dipengaruhi". Komen-komen yang lain termasuklah kenyataan beliau "lebih selesa dengan Korea Utara sebagai kuasa nuklear berbanding jika Iran mempunyai senjata nuklear". Beliau juga mengkritik Russia, yang menurutnya "berekonomi dunia ketiga dan sistem kesihatan Russia pula kucar-kacir". Peter Ho Menurutnya, "Khairy Jamaludin akan ditikam di dalam Umno kerana tiada orang yang sukakannya (Khairy) kerana Khairy naik dalam politik akibat pertalian keluarga". Seperti juga rakan sekerjanya, En Ho mengulangi tuduhan yang mengaitkan Perdana Menteri dengan pembunuhan Altantuya Sharibu. Katanya, "Najib adalah seorang yang suka mengambil kesempatan. Walaupun setakat ini dia masih belum mengkritik Singapura, dia tidak teragak-agak sekiranya tindakan itu menguntungkannya. Masa depan politik Najib akan terus dihantui oleh skandal pembunuhan (Altantuya)". En Tommy Koh Dia menggelarkan Jepun sebagai "orang gemuk yang kalah dan merajuk" apabila membandingkan hubungan China dan ASEAN yang makin rancak. Dia juga menyalahkan keadaan itu kepada "kepimpinan Jepun yang bodoh, lemah dan tidak ada wawasan". Pandangannya terhadap India juga buruk, melalui gambarannya bahawa "kawan India yang bodoh dan teragak-agak untuk berkecimpung dengan ASEAN". Justeru, kabel sulit yang mengandungi pandangan peribadi Lee Kuan Yew dan perisikan Singapura mengenai fitnah terhadap YB Dato' Seri Anwar Ibrahim perlu dilihat di dalam konteks yang sama dan sebetulnya, iaitu komen-komen peribadi yang menghina semua pihak di Malaysia tanpa mengira parti dan latar belakang. KEADILAN mengulangi pendirian parti bahawa pandangan-pandangan tersebut, walaupun terkandung di dalam kabel sulit diplomatik yang dibocorkan oleh Wikileaks, adalah pandangan peribadi individu-individu tersebut yang tidak disokong oleh fakta. Untuk berlaku adil kepada semua pihak, komen-komen itu perlu dianggap sebagai cakap-cakap kosong dan pendapat peribadi mereka. Jika tidak, Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak sendiri yang perlu berhempas pulas menjawab dakwaan demi dakwaan yang terkandung di dalam kabel sulit yang sama; yang mengaitkan beliau dengan pembunuhan Altantuya Sharibu. Akhirnya, kita kena kembali kepada perkara pokok yang meruntun negara dan rakyat iaitu integriti sistem kehakiman yang dinodai sehingga menidakkan keadilan. Ini dapat diselesaikan dengan mudah sekiranya Dato' Seri Anwar Ibrahim diberikan ruang sepenuhnya membela diri tanpa manipulasi atau campur tangan politik; agar beliau mendapat perbicaraan yang adil dan telus. Fitnah terhadap beliau dan keluarga telah mengheret seluruh negara ini diselubungi igauan sejak tahun 1998 lagi. Igauan tersebut boleh dihentikan sekiranya integriti dan kredibiliti institusi kehakiman dipulihkan. Makanya, KEADILAN akan mengalu-alukan mana-mana maklumat (sulit atau tidak) dari mana-mana pihak yang boleh menegakkan kebenaran, asalkan maklumat itu adalah tepat dan berasaskan fakta. Malangnya, komen-komen yang terkandung di dalam kabel sulit yang dibocorkan itu tidak lebih dari maki hamun terhadap semua perkara yang bukan Singapura, bertepatan dengan rekod hubungan diplomatik yang dingin di antara Malaysia dan Singapura. ====
SYDNEY MORNING HERALD'S REPORT ON LEAKED DIPLOMATIC CABLES: KEADILAN views seriously any attempt by any parties to make political capital out of the leaked US State Department cable published by WikiLeaks on Singaporean intelligence officials' views on sodomy allegation levelled at Dato' Seri Anwar Ibrahim. Most importantly, one has to understand the nature of operation of WikiLeaks. WikiLeaks provides an avenue for whistle-blowers to share classified information with the public. The nature of the information or documents shared with the public varies from case to case. The articles published by The Sydney Morning Herald revolve around a set of US State Department cables on opinions made by Singaporean Foreign Ministry officials on the neighbouring countries in ASEAN, Japan, China and India. These are their opinions and were reported as such by the US State Department officials in the cables. To illustrate the sensationalism and a high degree of personal opinions that was involved, KEADILAN would like to draw the public's attention to the other comments made by three of Singaporean Foreign Ministry officials that also form part of the leaked cables: Mr Bilahari Kausikan On Barisan Nasional's leadership, he said "a lack of competent leadership is a real problem for Malaysia. Najib Razak needs to prevail politically in order to avoid prosecution", linking the Prime Minister to an alleged involvement in the murder of a Mongolian woman Altantuya Sharibu. "Najib Razak has his neck on the line in connection with a high-profile murder case", he said further. On Thailand's political elite, he labelled Thaksin Shinawatra as "corrupt" along with "everyone else, including the opposition". He opined that Thaksin "made a mistake pursuing a relationship with the Thai crown prince by paying off the crown prince's gambling debts". He felt the crown prince was "very erratic and easily subject to influence". His other notable comments include his opinion that he would be "more comfortable with a nuclear-capable North Korea than a nuclear-capable Iran". He didn't mince his words on Russia either, criticising Russia's economy as "third world and its health system a shamble". Mr Peter Ho "The political knives will be out for Abdullah's son-in-law, Umno politician Khairy Jamaluddin, whom nobody likes because he got where he is through family ties," recorded the cable on Mr Ho's opinion. Similar to his colleague, he echoed the allegation linking Prime Minister Dato' Seri Najib Tun Razak with the 2006 murder of Altantuya Sharibu: "As for Najib Razak, he is an opportunist. Although he has not been critical of Singapore, he will not hesitate to go in that direction if it is expedient for him to do so. Najib's political fortunes continue to be haunted by the … murder scandal". Mr Tommy Koh He described Japan as "the big fat loser" in the context of improving ties between China and ASEAN. He attributed his perceived Japan's reducing influence in the region to Japan's "stupidity, bad leadership and lack of vision". Mr Koh also spared no bad words for India, describing his "stupid Indian friends" as "half in, half out of ASEAN". Therefore, the leaked cable of Lee Kuan Yew's and Singapore intelligence's opinion on Dato' Seri Anwar Ibrahim should be viewed in the context of the broad criticism of its foreign officials against Malaysia, with nobody being spared. KEADILAN maintains that those views and assessments are their own personal views that do not contain any facts – otherwise Prime Minister Dato' Seri Najib Tun Razak will have a tough time explaining similarly damaging allegations against him made by the same Singaporean officials and leaked by the same set of cables. At the heart of it, we must allow the natural course of justice to take place. This means a fair and just trial accorded to YB Dato' Seri Anwar Ibrahim to settle the case once and for all. Malaysians have been dragged into this mud-slinging for a generation and are very keen to move on. The bigger struggle in this nation is to restore confidence and order in the judiciary system that has been crippled by continuous emasculation by the ruling government. As such, we would have welcomed the leaked cable if it in anyway provides new evidence or factual insights that can guarantee justice will be preserved in a fair and just trial. Unfortunately, it is nothing but a series of tirades against anyone or anything that is not Singapore that continues a long history of vituperation against Malaysia coming from the Singaporean establishment. YB SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL |
Isu Maklumat Perisikan Singapura dan Wikileaks Posted: 12 Dec 2010 10:52 AM PST Pendedahan Wikileaks bahawa fitnah liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan satu rekayasa Polis Cawangan Khas Malaysia tidak boleh dipandang enteng dan mengesahkan kenyataan bahawa ianya adalah satu konspirasi peringkat tertinggi. Lebih memeranjatkan menurut pendedahan Wikileaks, pimpinan tertinggi Singapura dan agensi perisikan negara itu sengaja serta dengan bersahaja mengiyakan fitnah tersebut kepada agensi perisikan Australia; Office of National Assessment (ONA). Penglibatan Cawangan Khas Malaysia dan agensi perisikan Singapura bersekongkol memfitnah Anwar menguatkan curiga rakyat tentang sebab sebenar kerjasama ini. Apatah lagi Ahli-Ahli Parlimen Australia seperti ramai lagi anggota masyarakat antarabangsa telah mempersoalkan kebebasan pendakwaan terhadap Anwar. Harus diingat Wikileaks mendedahkan maklumat pihak ketiga yang dikutip oleh pihak perisikan Australia dan disampaikan kepada pihak Jabatan Negara Amerika Syarikat. Pelbagai jenis maklumat termasuk pandangan peribadi dan khabar angin dikutip menerusi kabel-kabel diplomatik ini. Saya berharap risikan teknikal yang disebut dalam Wikileaks dapat didedahkan pada umum memandangkan itu yang disebut menjadi sandaran pihak perisikan Singapura dalam membuat kesimpulan mereka. Jelas, pendakwaan kali kedua terhadap Anwar mengekalkan corak yang sama dengan pendakwaan pertama dahulu: ketempangan proses perbicaraan serta kenyataan pakar perubatan yang lemah di pihak pendakwa, membuktikan bahawa tuduhan ini merupakan konspirasi pihak tertinggi. NIK NAZMI NIK AHMAD === The Singapore Intelligence and WikiLeaks Disclosures The online site Wikileak's disclosure of the sodomy charges against Datuk Seri Anwar Ibrahim fabricated by the Malaysian Special Branch is a serious matter as this is the surest sign yet that the persecution stems from a conspiracy at the highest levels. What is more shocking is the fact that the leadership of the Republic of Singapore has chosen to partake in this deception by deliberately spreading disinformation to an Australian intelligence agency, the Office of National Assessments (ONA). We must ask why the Singaporean intelligence services chose to collude with Malaysia's Special Branch in spreading such lies about Anwar. The fact that Australian Members of Parliament, along with other members of the international community have been questioning the independence of the persecution of Anwar heightens such suspicions. It should furthermore be pointed out that the cables exposed by Wikileaks are essentially information collected by third parties – like Australia – that were then shared to the US State Department. As a result, the cables contain all manner of information – including personal opinions and hearsay and hence are far from reliable. I hope the 'technical intelligence' mentioned in Wikileaks could be revealed to the public since that was the basis that the Singaporean intelligence claimed led to their conclusion. At the end of the day, the current campaign of persecution and vilification against Anwar is no different from the first: both rely on the abuse of the judicial process and only the reliance of flimsy medical evidence by the persecution. This, if nothing else should prove that this case is politically motivated and engendered by a conspiracy at the highest levels. NIK NAZMI NIK AHMAD |
Fitnah Jelek SB Malaysia dan Agensi Perisikan Singapura Posted: 12 Dec 2010 10:50 AM PST Pendedahan WikiLeaks yang dipetik oleh akhbar Australia, The Sun Herald membuktikan bahawa fitnah liwat terhadap Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim merupakan usaha jahat Cawangan Khas Polis Malaysia untuk menjatuhkan kredibiliti serta karier politik Anwar. Menurut laporan tersebut, pimpinan tertinggi Singapura dan agensi perisikan negara itu dengan sengaja mengiyakan dan memanjangkan fitnah ke atas Anwar kepada agensi perisikan Australia, Office of National Assessment (ONA). Sumber dhaif dan palsu yang dirujuk oleh agensi perisikan Singapura bersandarkan maklumat daripada Cawangan Khas Polis Malaysia membuktikan bahawa UMNO begitu terdesak melakukan apa sahaja untuk menghalang kebangkitan rakyat. Namun begitu, petikan laporan tersebut menunjukkan bahawa Office of National Assessment Australia (ONA) yakin bahawa tuduhan terhadap Anwar merupakan satu perangkap sekaligus menolak kenyataan jahat pimpinan tertinggi serta agensi perisikan Singapura. Pandangan ini adalah hasil daripada pantauan secara dekat oleh peguam senior Australia, Mark Terence Trowell QC serta kenyataan Senator Nick Xenophon, Ahli Parlimen Benas Australia Selatan yang mewakili 61 Senator Australia mempertikai prosedur perbicaraan kes fitnah terhadap Anwar yang jelas melanggar prinsip prinsip asas keadilan. Kita sedar bahawa agensi perisikan Singapura dan Cawangan Khas Polis Malaysia sudah bekerjasama sekian lama, tetapi kerjasama tersebut tidak menumpukan kepada keselamatan serantau tetapi menjurus untuk keuntungan politik kedua pimpinan tersebut. Pimpinan Singapura termasuk Menteri Mentor Lee Kuan Yew tidak dapat menerima kepimpinan Anwar Ibrahim dan tidak mahu melihat Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya kerana ianya akan menjejaskan kedudukan mereka di rantau ini. Mereka lebih rela pimpinan UMNO-BN memerintah negara kerana pimpinan korup ini dengan mudah melutut kepada segala tuntutan Singapura. Fitnah tidak akan bertukar menjadi kebenaran walau diulang hatta dalam media cetak atau elektronik. KEADILAN dan Pakatan Rakyat yakin dengan kematangan rakyat untuk mempertimbangkan perkara yang benar dan yang bathil. MOHAMED AZMIN ALI |
Kes Berprofil Tinggi: Penasihat SPRM Gesa Gani Patail Beri Penjelasan Posted: 11 Dec 2010 10:56 PM PST Dari TV Selangor Panel Penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM), Tan Sri Robert Phang secara terbuka menggesa Peguam Negara agar membuat penjelasan berhubung dakwaan-dakwaan mengaitkannya dengan personaliti korporat berprofil tinggi, yang turut menimbulkan persoalan komitmen Putrajaya melawan rasuah, lapor The Malaysian Insider. Pengerusi Yayasan Sosial Penyayang Robert Phang itu berkata, cakap-cakap mengenai hubungan rapat Tan Sri Abdul Gani Patail mencalar kedudukan beliau selaku penasihat perundangan tertinggi negara, yang secara tidak langsung membawa kepada persepsi bahawa kerajaan mengamalkan pendakwaan selektif. Jaksa Pendamai ini menggariskan beberapa kes sebagai contoh, antara ketiadaan tindakan mahkamah di pihak kerajaan ke atas bekas pengerusi Penerbangan Malaysia (MAS) Tan Sri Tajudin Ramli berhubung dakwaan skandal kewangan yang membawa kepada kerugian RM8 bilion. Phang juga mempersoalkan keputusan terbaru untuk mendakwa bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo berhubung isu pembelian dua lot tanah dan banglo di bawah Kanun Keseksaan berbanding akta baru SPRM yang membawa hukuman lebih berat. Mohamad Khir, 45, didakwa telah mendapatkan untuk dirinya dan isteri Datin Seri Zahrah Kechik, 45, suatu barang berharga dengan suatu balasan yang beliau ketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah di Jalan Suasa 7/1 L, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarah syarikat itu, Shamsuddin Hayroni, dengan harga RM3.5 juta sedangkan hartanah itu telah dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta. "Malangnya jika Peguam Negara sendiri menjadi halangan kepada langkah kerajaan dan SPRM dalam usaha memperlihatkan kerajaan yang Bersih, Cekap, Amanah," kata beliau dalam satu kenyataan. "Orang awam perlu diberi kepuasan berhubung usaha kerajaan mendapatkan kembali keyakinan publik bahawa ia serius dalam menangani rasuah dan dalam usaha mendapatkan keadilan bagi semua," tegas beliau. Gambar-gambar percutian Abdul Gani bersama Shahidan Shafie – yang dikatakan sebagai proksi Tan Sri Tajuddin Ramli- yang disebar luas menerusi Internet dan saluran-saluran lain, mendesak pihak berkuasa agar membuka semula kes membabitkan kerugian RM8 bilion MAS pada 2001. Kes itu pernah dibawa oleh Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub baru-baru ini. "Selagi wujud perasaan was-was mengenai tatalaku peribadi Peguam Negara Gani Patail sebagaimana digambarkan dan ia tidak ditangani, kesemua usaha ikhlas di pihak kerajaan dan SPRM akan sia-sia," kata beliau. "Ia hanya akan dianggap sebagai satu usaha hubungan awam ataupun slogan semata-mata," kata Phang. Dakwaan membabitkan Abdul Gani muncul di portal berita Malaysia Today, yang dikendalikan oleh blogger Raja Petra Kamarudin. Phang mengeluarkan kenyataan itu hari ini ketika negara dikejutkan dengan surat terbuka pegawai polis kanan Datuk Mat Zai kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berhubung isu insiden mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim. Putrajaya akan mengumumkan keputusan final Isnin ini sama ada perlu membuka semula kertas siasatan berkaitan insiden mata lebam itu yang berlaku 12 tahun lalu, ekoran dakwaan wujudnya bukti terbaru sebagaimana didedahkan oleh Mat Zain. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz memberitahu The Malaysian Insider kelmarin bahawa beliau akan menjawab gesaan pembangkang di Parlimen minggu depan berhubung isu itu dan keputusan yang bakal diumumkan adalah "muktamad". Nazri berkata, penjelasan telah diperoleh daripada Abdul Gani berhubung dakwaan terbaru bahawa beliau telah memalsukan keterangan dalam siasatan kes Anwar dipukul ketika ditahan di lokap Bukit Aman pada September 1998. Beliau sedang meneliti butiran berkaitan isu tersebut. Pada 24 November lalu, Nazri berkata, kerajaan akan menyiasat surat terbuka Mat Zain yang mendakwa Peguam Negara mempunyai peranan dalam insiden mata lebam Anwar yang berlaku 12 tahun lepas. |
Media Arus Perdana Digesa Bersikap Adil Posted: 11 Dec 2010 10:53 PM PST Dari TVSelangor Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa media arus perdana supaya bersikap adil dan tidak memulau pendedahan-pendedahan oleh Pakatan Rakyat mengenai rasuah dan penyelewengan kuasa di negara ini. Anwar berkata bukti-bukti bahawa pemimpin Umno menyeleweng atas nama Ketuanan Melayu tidak dilaporkan oleh media kawalan Umno. Sebalik tuduhan-tuduhan Umno kononnya pembangkang mengkhianati orang Melayu diberi ruang yang luas walaupun fitnah semata-mata. ‘Kemudian dia ada kita khianat Melayu bila kita jawab serah kontrak, komisen berjuta-juta tak disiarkan. Jadi ini satu sikap pemimpin yang tak ada kewibawaan bercakap benar dan mengadakan wacana bebas. Dia terus menerus dengan fitnah menggunakan media. Kita jawab tak siar. Sekarang. Siapa yang gadai tanah negara? Siapa yang gadai bukit bukau? berapa puluh kali kita jawab tak disiarkan,” Khamis lalu Anwar di Dewan Rakyat mendedahkan bagaimana seorang pemimpin Umno dari Perak mendapat kontrak bernilai dua billion ringgit menerusi tender-tender tanpa rundingan Kementnerian Pertahanan sejak tahun 2008. Kontrak diberikan menerusi beberapa syarikat yang didaftarkan atas nama beliau. Bagaimanapun visual atau laporan mengenai pendedahan ini tidak disiarkan oleh mana-mana media arus perdana termasuk RTM, TV3 dan utusan malaysia. Sementara itu Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata media harus memainkan peranan untuk menyuburkan demokrasi di negara ini. Antara lain media perlu menggesa keperluan pemerintah menetapkan tarikh pilihanraya lebih awal sesuai dengan amalan nmegara-negara lain. “Boleh ke tidak media mainkan peranan agar negara ini jadi macam negara lain. Setahun sebelum dah tau pilihan rakyat. Ini selalu ramalan 2-3 minggu baru tahu tarikh dia. Inikah dia demokrasi sebenar.Selalu dibuat dengan cara dia selesa, itu bukan demokrasi,” katanya. |
Pekung Dalam Industri Pertahanan Posted: 11 Dec 2010 09:12 PM PST Dari Malaysiakini Perbelanjaan pertahanan melonjak selepas Perdana Menteri Najib Razak – yang dianggap sebagai ‘kuasa penggerak’ di sebalik program pemodenan ketenteraan Malaysia melalui ‘Fokus dalam Polisi Luar Negara’ – menjadi menteri pertahanan pada 2000 – penggal keduanya menerajui kementerian berkenaan. Senarai perbelanjaannya termasuk pembelian kereta kebal tempur dari Poland, peluru berpandu permukaan-ke-udara buatan Russia dan Britain dan jambatan bergerak tentera, peluru berpandu anti-kereta kebal dari Pakistan, jet pejuang F / A 18, kapal selam dari Perancis serta pesawat pejuang Sukhoi Su-30 Russia. Kerajaan BN memang jauh dari ketelusan dalam pembelian senjata tersebut. Daripada mengeluarkan tawaran yang kompetitif untuk kontrak pembeliannya, kerajaan sebaliknya, melakukannya melalui perundingan swasta kerana pertimbangan keselamatan. Kontrak sering diberikan kepada syarikat yang mempunyai kaitan dengan pemimpin politik. Pegawai yang meluluskannya, atas alasan yang jelas, meluluskan projek yang dipohon oleh saudara mara atau rakan-rakan pemimpin politik. Sesekali, perkara itu didedahkan oleh kakitangan awam dan anggota tentera yang bersara. Sebagai contoh, pada 8 Ogos 1996, sehari sebelum persaraan pilihannya, Panglima TUDM, Lt-Jen Abdul Ghani Aziz menegur bekas pengawai tentera yang menjadi pembekal peralatan pertahanan, kerana menjual peralatan yang tidak sesuai dan usang, dan dengan demikian membahayakan keselamatan bekas rakan-rakan mereka. Kisah tentang bagaimana DCNS International dari Perancis dan syarikat pembuat kapal dari Sepanyol, berjaya mendapat kontrak membina dua kapal selam kelas Scorpene untuk Tentera Laut Malaysia adalah contoh tidak ketelusan dalam pemberian kontrak pertahanan dan kepentingan kaitan politik dalam mendapatkan kontrak berkenaan. |
You are subscribed to email updates from Anwar Ibrahim To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan