Khamis, 9 Disember 2010

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Bina saja kuil Hindu sebelah Surau Kg Kerinchi, KL

Posted: 08 Dec 2010 11:07 PM PST

Senang je nak elak DBKL merobohkan Surau Al Falah di Kg Kerinchi, Kuala Lumpur. Minta penganut Hindu bina kuil sebelah surau tersebut, kita tengok berani tak DBKL nak roboh kuil tersebut. Tak percaya, baca kisah benar nasib masjid di Negeri Sembilan di http://amkns.blogspot.com/2010/11/bina-kuil-hindu-sebelah-surau-masjid.html

Persatuan Mahasiswa UM Bantah Pencerobohan Surau Al-Falah

Kuala Lumpur: Beberapa persatuan mahasiswa kampus Universiti Malaya hari ini menyatakan bantahan terhadap usaha pihak tertentu untuk merobohkan sebuah Surau yang terletak di Kampung Kerinchi.

Surau itu didakwa akan dirobohkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyebabkan penduduk dan mahasiswa yang tinggal di sekitar Pantai Dalam menyatakan bantahan terhadap usaha tersebut.

Minggu lalu, isu ini tercetus apabila satu surat telah dikeluarkan oleh DBKL mengarahkan agar surau tersebut dikosongkan sebelum tarikh 9 Disember ini bagi untuk kerja-kerja perobohan dilakukan.

Akibatnya, beberapa penduduk khususnya penduduk asal Kampung Kerinchi mula membuat bantahan bagi mempertahankan surau yang telah dibina melebihi 20 tahun ini.

Menurut YDP PMIUM, Saudara Ahmad Syazwan Muhammad Hassan menyatakan bahawa perbincangan secara terperinci harus dilakukan oleh pihak terbabit dengan penduduk kampung.

"Pihak yang ingin merobohkannya harus berbincang, tanya kepada penduduk di sana mengapa tak nak dirobohkan surau itu, semestinya ada sebab tertentu yang amat penting yang sepatutnya didengar.", jelasnya.

Tambahnya, "Ini hak rakyat, rakyat bebas membuat keputusan berdasarkan hak mereka dan demi kesejahteraan masyarakat setempat. Surau itu semestinya ada sejarahnya tersendiri dan pihak terbabit patut melihat pro kontranya (merobohkan surau)."

Menurut kenyataan YDP Persatuan Mahasiswa Kedah UM (PERMADAH UM), Saudara Mohd Fazrin Mustaffa, beliau tidak bersetuju dengan usaha untuk merobohkan Surau Al-Falah itu.

"Saya memang menentang usaha itu kerana bagi saya isu pembangunan yang dimainkan pihak terbabit tidak releven kerana di ibu kota ini sudah maju dan sepatutnya pihak terbabit memikirkan pembangunan di sekitar luar bandar yang masih ternanti-nantikan 'kedatangan' mereka."

"Surau ini pernah cuba dipindahkan ke PPR Kerinchi, namun surau yang baru itu hanya mampu menampung 50 orang sahaja dalam satu-satu masa. Sebab itulah mereka (masyarakat Pantai Dalam) mahu pertahankan sebab surau yang lama ini dapat menampung lebih ramai.", jelasnya.

Sementara itu, wakil MPMUM, Saudara Mohd Syahid Mohd Zaini menyatakan MPMUM turut sama membantah usaha yang cuba dilakukan pihak terbabit.

"Saya mewakili mahasiswa Islam menyatakan pendirian tidak bersetuju dengan usaha yang cuba dilakukan untuk merobohkan surau tersebut."

"Saya dapat tahu masyarakat di sekitar sana memang selalu mengadakan sesuatu program dan aktiviti di surau terbabit termasuk yang terbaru Majlis Korban Perdana. Jadi, aktiviti seperti itu amat baik terutama kepada generasi muda dan anak-anak kecil demi perpaduan dan kesejahteraan masyarakat setempat.", ujarnya.

Arahan merobohkan surau tersebut telah dikeluarkan oleh Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin atas alasan projek pembangunan yang akan dilakukan.

Namun menurut beberapa penduduk di sekitar sana, pemaju yang bertanggungjawab membangunkan projek tersebut menyatakan bahawa projek tersebut masih dalam perancangan dan tidak akan dilakukan dalam masa terdekat.

Malah pemaju juga pernah berjanji akan menaiktaraf semula surau yang telah sedia ada selaras dengan pembangunan yang akan dilaksanakan.

Surau Al-Falah antara surau yang awal didirikan di kawasan penempatan awam di Kampung Kerinchi. Pada tahun 2008, semua penempatan penduduk di sekitar surau telah dirobohkan dan penduduk telah dipindahkan ke PPR Kerinchi.

Dengan pelbagai usaha dilakukan, Surau Al-Falah tersebut dapat dipertahankan sehingga kini dan berita tentang usaha untuk merobohkan surau tersebut ternyata tidak menyenangkan penduduk sekitar. – UMtoday.

http://umtoday.blog.com/2010/11/30/persatuan-mahasiswa-um-bantah-pencerobohan-surau-al-falah/

Lebuh Raya PLUS Dekat Rembau Berhantu?

Posted: 08 Dec 2010 06:20 PM PST

Dari Blog Singalautmetro
LEBUH RAYA DEKAT PLAZA TOL LINGGI-PEDAS BERHANTU?
17 MATI DALAM TEMPOH 60 HARI! TELAH menjadi lelucon di kalangan sesetengah orang konon lebuhraya berdekatan Plaza Tol Pedas-Linggi berhantu.

(Mungkin pemimpin negara perlu buat solat hajat di lebuhraya ini sepertimana pemimpin negara ini buat solat hajat sebelum terowong dirasmikan , gambar di sini http://tehranifaisal.blogspot.com/2010/12/hukum-solat-dalam-terowong-smart.html )

Sementara mereka yang pernah cedera kerana terbabit di dalam kemalangan di kawasan berkenaan pula dikatakan paranoid, sehingga penduduk berdekatan kawasan berkenaan mula menggelar kawasan itu sungai maut!

Secara kebetulan menarik dilihat berdasarkan jumlah 17 yang terkorban akibat nahas maut di kawasan itu dalam tempoh 60 hari sehingga semalam.

Kes terbaru membabitkan kematian berlaku malam tadi apabila seorang penumpang kenderaan pacuan empat roda terbunuh apabila kenderaan dinaiki terbabas dan terbalik ke dalam longkang tidak jauh dari plaza tol itu.

Pada 4 Disember lalu pula, tiga lagi menjadi mangsa kemalangan di kawasan itu apabila kereta jenis MyVi yang dinaiki melanggar belakang treler yang membawa jengkaut. Ketiga-tiga mangsa turut rentung apabila kenderaan dinaiki terbakar.

Jumlah angka paling ramai terkorban masih dalam ingatan kita pada pertengahan Oktober lalu. seramai 13 orang termasuk seorang mati di hospital apabila sebuah bas ekspress terbabs dan terbalik lalu merintang jalan bertentangan.

Sehingga kini, berdasarkan laporan akhbar tidak kurang 40 tercedera kerana terbabit dalam kemalangan di kawasan itu dalam tempoh lebih kurang 60 hari.

Dengan angka kematian sebanyak 17 orang dan 40 tercedera, benarkah plaza tol Pedas-Linggi berhantu, atau sebenarnya kita sebagai pemandu yang memandu melulu!?

Posted by SINGALAUTMETRO at 9:25 PM 8 Dec 2010 http://singalautmetro.blogspot.com/2010/12/lebuh-raya-dekatt-plaza-tol-linggi.html

Tiada ulasan: