Jumaat, 12 November 2010

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


No Phantoms, Just Errors, Says Dr Xavier

Posted: 12 Nov 2010 01:15 AM PST

SHAH ALAM: Selangor state executive councillor Dr Xavier Jayakumar today denied that there were phantom voters in the PKR Kota Raja polls, which resulted in his victory as division head after 66 hours of vote counting.

Quizzed by reporters here, he said the duplication of names and addresses was the result of a technical error originating at party headquarters.

Yesterday, FMT reported that the electoral list for the division contained 150 dubious voters. Names and addresses were duplicated, and so were the MyKad numbers except for two digits.

"Even though there is a duplication of names in the list, that does not mean that those people voted twice," Jayakumar said. "Everybody voted once and went off.

"If you give me your IC number and it is different in the list although your name is the same, you are still not allowed to vote."

He said the relevant documents had been with the headquarters since the party was formed and that it was its responsibility to clean up the lists.

Nevertheless, he added, he was prepared to be investigated by the party.

"I won with a huge majority of more than 900 over votes. It's not like I won by three or five votes. So they can go and investigate. No problem. I am open to an investigation, but I am sure they will find that there is a technical error."



Source: FreeMalaysiaToday

‘Jom Kerja’: Sebanyak 20,000 Peluang Pekerjaan ditawarkan di Selangor

Posted: 12 Nov 2010 01:10 AM PST

SHAH ALAM, 12 Nov - Persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS) di sini hari ini diberitahu bahawa sebanyak 20,000 peluang pekerjaan ditawarkan di Selangor sempena promosi program 'Jom Kerja' yang bermula November tahun lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Khas Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Theresa Kok berkata, statistik itu diperoleh daripada Persatuan Pekilang-pekilang Malaysia (cawangan Selangor).

Beliau berkata, sepanjang lima siri program 'Jom Kerja' yang diadakan bermula November tahun lepas sehingga Oktober tahun ini, seramai 5,562 calon datang mendaftar dan seramai 2,441 pemohon berjaya ditemu duga.

"Program jelajah 'Jom Kerja' ini diadakan dari satu daerah ke satu daerah dan menerima sambutan memberangsangkan daripada rakyat Selangor yang tiada pekerjaan dan ada juga di kalangan mereka mencari peluang pekerjaan baru," katanya semasa menjawab soalan Dr Ahmad Yunus Hairi (PAS-Sijangkang).

Ahmad Yunus ingin tahu jumlah peluang pekerjaan yang ditawarkan dan sambutan rakyat Selangor terhadap peluang pekerjaan di negeri itu.

Kok berkata, daerah Klang mencatatkan penyertaan tertinggi calon yang menghadiri temu duga, iaitu seramai 2,060 orang.

Sumber: Selangorkini

Tiada lagi pembalakan haram dikesan

Posted: 12 Nov 2010 01:07 AM PST

SHAH ALAM, 12 Nov – Tindakan tegas kerajaan negeri membanteras kes pembalakan haram di negeri Selangor menyebabkan aktiviti terbabit tidak berulang dan tiada kes mengenainya dikesan berlaku hingga kini.

Bermula tahun ini kerajaan negeri memutuskan tiada lagi aktiviti pembalakan dibenarkan manakala kuasa kelulusan juga terletak di bawah tanggangjawab Exco berkaitan.

Dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) di sini hari ini, Exco Permodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan, Yaakob Sapari berkata, bagi mengatasi aktiviti pembalakan haram yang berlaku sebelum ini kerajaan negeri mengambil tindakan tidak membenarkan lagi ia dijalankan di negeri ini.

Beliau berkata, kuasa meluluskan sebarang aktiviti pembalakan juga telah dipindahkan daripada Pengarah Perhutanan kepada Exco yang dipertanggungjawabkan.

"Kerajaan negeri memutuskan tiada lagi pembalakan dibenarkan di negeri Selangor bahkan kuasa Pengarah Perhutanan telah diserahkan kepada Exco, manakala bagi mana-mana pembalakan yang hendak dilaksanakan di Selangor hendaklan mendapat kebenaran daripada Exco," katanya.

Jelasnya, keputusan kerajaan negeri itu dilihat berkesan kerana setakat ini tiada kes pembalakan haram didapati berlaku di Selangor di sepanjang tahun ini.

"Terdapat tiga kes pembalakan tanpa kebenaran berlaku pada tahun dua ribu sembilan manakala bagi tahun 2010, tiada kes pembalakan haram dikesan," jelasnya.

Menurutnya, pemantauan berterusan akan dilakukan bagi menangani kes pembalakan tanpa kebenaran itu daripada berlaku di negeri Selangor.

"Kebanyakan pembalakan haram yang dikesan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Selangor melibatkan pemindahan kayu yang berada pada alat pengangkutan, di mana pemilik kenderaan gagal untuk membuktikan pemilikan hasil pembalakan ini dengan dokumen yang sah," jelasnya lagi.

Yaakob berkata, salah satu daripada tujuan Kerajaan negeri mengadakan moratorium pembalakan ialah untuk mengkaji semula keberkesanan pembalakan secara selektif di Hutan Simpan Kekal (HSK) di negeri Selangor sama ada ia benar-benar dapat menghasilkan darian pokok matang yang mencukupi untuk pusingan tebangan seterusnya dalam jangka masa 30 hingga 55 tahun akan datang.

Bagi hutan bakau pula, katanya, tempoh moratorium akan membolehkan pengurusan hutan jenis ini disusun semula bagi menentukan kawasan mana yang boleh dibuka bagi memenuhi keperluan industri dan kawasan mana perlu dipelihara bagi menjamin kestabilan alam sekitar.

Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) pula akan mengkaji kawasan penempatan atau kampung, projek kerajaan dan Lesen Pendudukan Sementara (TOL) yang telah dikeluarkan oleh Pejabat Tanah Daerah dalam HSK bagi tujuan pertimbangan.

Bagi kawasan penerokaan haram, JPNS akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak yang didapati terlibat dengan aktiviti tanpa kebenaran itu.

Sumber: Selangorkini

Pelabur Minat Melabur di Selangor

Posted: 12 Nov 2010 01:04 AM PST

SHAH ALAM, 12 Nov – Pertumbuhan ekonomi dan aktiviti pelaburan menggalakkan di negara ini, khususnya di Selangor berjaya menarik minat para pelabur untuk memulakan atau menambah pelaburan di negeri ini.

Keupayaan membawa masuk pelaburan berbilion ringgit ke Selangor mendapat pandangan positif pihak pelabur dan kerajaan negeri melaksanakan pelbagai program supaya situasi sebegini dapat dikekalkan dan dipertingkatkan dari masa ke semasa.

Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Teresa Kok Suh Sim berkata, keyakinan para pelabur untuk melabur adalah petanda positif terhadap kemajuan industri pelaburan dan pertumbuhan ekonomi yang kukuh di Selangor.

Dalam Sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) di sini hari ini, beliau menjelaskan kerajaan negeri akan terus memastikan iklim pelaburan yang kondusif melalui pelaksanaan dasar pelaburan yang pragmatik dan telus bagi memberi keyakinan kepada pelabur asing.

Bagi mengenal pasti segala masalah yang dihadapi pihak pelabur, jelasnya, Konsep Mesra Pelabur diterapkan dengan mengadakan lawatan dan perjumpaan dengan pihak berkaitan secara berkala bagi mendapatkan maklum balas mengenainy, seterusnya bertindak cepat mengatasinya.

Katanya, kerajaan negeri juga menaiktaraf infrastruktur di kawasan perindustrian serta menyediakan kawasan perindustrian yang selesa seperti di Selangor Science Park.

Selain itu tambahnya, proses kelulusan permohonan juga dipercepatkan seperti Permohonan Sijil Layak

Menduduki(CF), Permohonan Kelulusan Pelan Bangunan dan kelulusan lain yang diperlukan pihak industri atau pelabur menerusi One Stop Centre (OSC) yang ditubuhkan di setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

"Jawatankuasa pelaburan peringkat negeri dan daerah ditubuhkan bagi memantau perlaksanaan projek-projek pelaburan serta mempromosikan peluang pelaburan di setiap daerah di negeri ini.

"Kita juga mempertingkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan di semua peringkat termasuk di peringkat PBT dan penambahbaikan fungsi SSCI bagi memantapkan keupayaan dalam memberi perkhidmatan," katanya.

Tambahnya, antara pendekatan lain adalah pemantauan lebih kerap dijalankan untuk projek-projek yang sedang dilaksanakan, 'hand hold' program serta penganjuran dan penyertaan dalam misi pelaburan ke luar negara.

Sumber: Selangorkini

Misi Pelihara Sungai Jaga Kualiti Air

Posted: 12 Nov 2010 01:01 AM PST

SHAH ALAM, 12 Nov – Semalam kerajaan negeri melancarkan Program Satu Negeri Satu Sungai dengan matlamat mencapai kualiti air peringkat IIB menjelang 2015.

Menteri Besar, Tan Sri Khali Ibrahim berkata, program itu juga bertujuan menjadikan sungai dan kawasan sekitarnya sebagai kawasan rekreasi semula jadi dan tumpuan ramai.

"Sungai merupakan aset negeri yang perlu dipilihara kerana ia sangat bernilai, sekiranya sungai diurus dengan baik ia mampu memberi pulangan bagi menjana ekonomi negeri.

Menurutnya, program itu juga bertujuan bagi memastikan sungai bebas daripada sampah-sarap serta mendapan yang boleh mengakibatkan banjir.

"Program yang diadakan ini boleh dijadikan contoh kepada lembangan sungai yang lain," katanya ketika merasmikan program tersebut di Bangunan Setiusaha Kerajaan Negeri (SUK).

Terdahulu, Abdul Khalid turut melancarkan laman wab Penchala-GIS, bertujuan membangun dan melaksanakan sistem pengurusan sungai untuk Sungai Penchala bagi menyokong strategi perlaksanaan program tersebut.

Hadir sama, Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong dan Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu.

Sumber: SelangorKini

Elizabeth Wong: Hari Tanpa Beg Plastik Bakal Ditambah Sehari

Posted: 11 Nov 2010 12:30 AM PST

SHAH ALAM 11 Nov – Kempen Hari Tanpa Beg Plastik akan ditambah sehari lagi, kata Exco Kerajaan Negeri, Elizabeth Wong di Sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini.

Sebelum ini lebih 4 juta beg plastik berjaya diselamatkan melalui polisi yang melarang penyediaan beg plastik percuma pada hari Sabtu dalam usaha ke arah alam sekitar yang bersih dan hijau.

"Kerajaan negeri juga akan menambah satu hari lagi untuk kempen itu," katanya.

"Kerajaan Pusat melalui kementerian yang berkaitan dengan Hal Ehwal Perdagangan Dalam Negeri akan menguatkuasakan Hari Tanpa Beg Plastik mulai Januari depan, kata Wong ketika Sidang DNS

Sehingga bulan lalu, 74 pasar raya dan kedai runcit menyertai kempen ini," katanya lagi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lanjan itu juga berkata, kajian pada Jun lalu oleh badan bebas Merdeka Center menunjukkan kira-kira 83 peratus menyokong polisi antibeg plastik.

"Mengikut kajian Merdeka Center pada Jun lalu, kira-kira 83.6 peratus menyokong usaha kerajaan Selangor melancarkan kempen 'Hari Tanpa Beg Plastik pada setiap Sabtu," kata Wong.

Sementara itu di Pulau Pinang, polisi Hari Tanpa Beg Plastik dikuatkuasakan bermula Januari tahun depan, menurut Ketua Menteri Lim Guan Eng ketika membentangkan Belanjawan 2011 di sidang DUN Pulau Pinang baru-baru ini.

Kempen ini dijalankan sebagai usaha memelihara alam sekitar kerana kebanyakan beg plastik sukar dilupuskan. Malah beg plastik yang boleh dilupuskan tidak akan mereput tanpa kelembapan, cahaya dan oksigen di tempat pembuangan.

Plastik merupakan bahan yang diperbuat daripada sumber yang amat berharga – minyak. Lebih banyak plastik kita gunakan hari ini, berkuranglah bekalan minyak pada masa hadapan.

Sewaktu beg plastik dihasilkan, satu bahan karsinogen, benzen, dihasilkan. Sekiranya dibakar, ia membebaskan karsinogen, satu bahan penyebab kanser.

Sekiranya ditanam, bahan toksin di dalamnya boleh memasuki sumber air minum. Manakala binatang yang menyangka beg plastik makanan boleh mati apabila makan beg plastik tersebut. Selain itu beg plastik juga menyebabkan berlaku peresapan air yang menyebabkan banjir, dan merosakkan kesuburan tanah.


Sumber: SelangorKini

Tiada ulasan: