Ahad, 7 November 2010

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


Tahun 2013 : Penembusan Internet Seluruh Selangor

Posted: 06 Nov 2010 09:00 PM PDT

SHAH ALAM, Tahun 2013 disasarkan oleh Kerajaan Selangor untuk keseluruhan negeri ini menerima penembusan Internet.

Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail berkata, dia akan membentangkan kertas kerja sasaran itu pada bajet 2011 yang akan berlangsung esok hingga 16 November depan.

Rodziah Ismail berkata, 'digital lifestyle' adalah kemestian di Selangor bagi memastikan rakyatnya dapat menerima informasi dengan tepat dan bebas, sesuai dengan Enakmen Kebebasan Informasi yang sedang dibentangkan.

Semasa Pakatan Rakyat mendapat mandat memerintah dua tahun lalu, jumlah penebusan Internet ketika itu hanya 23.4 peratus, kini telah meningkat dengan cepat.

"Pada suku ke 4, 2008, ia telah meningkat ke 33.3, manakala 2009, 49.1 peratus dan tahun lepas kita letakkan 57 peratus tanda aras KPI Selangor," kata Rodziah.

Beliau berucap di Pelancaran Wi-fi Selangor percuma di Dataran Shah Alam malam tadi.

Beliau berharap wi-fi percuma yang diberi oleh kerajaan Selangor dapat dimanfaatkan oleh orang ramai yang menggunakan laptop atau telefon bimbit untuk menerima dan menghantar informasi dengan lebih baik.

Selangor Sumbang RM100 Ribu Pada Kedah

Posted: 05 Nov 2010 11:00 PM PDT

SHAH ALAM, 6 Okt – Ekoran daripada banjir besar yang melanda Kedah, Kerajaan Negeri Selangor meluluskan sumbangan sebanyak RM100,000 kepada Kerajaan Negeri Kedah bagi membantu mangsa banjir di negeri itu.

Bantuan itu diluluskan dalam mesyuarat Exco baru-baru ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri, Dr Halimah Ali.
 
Sementara itu, PAS menganggap kenyataan Tan Sri Muhyidin Yasin satu fitnah apabila mengatakan kerajaan Kedah tidak buat apa-apa terhadap mangsa banjir di negeri itu.

Menurut Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, tinjauan beliau di kawasan mangsa banjir di mana petugas PAS dan kerajaan negeri bertungkus lumus membantu tanpa mengira ideologi parti dan agama.

Katanya, pihak kerajaan Kedah, pejabat daerah, pejabat zakat, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Kesihatan, pihak polis, bekerjasama dengan baik untuk membantu di pusat perpindahan.

Yayasan Amal dan Unit Amal yang dianggotai oleh ahli PAS bercekang mata membantu mangsa banjir dengan tulang empat kerat tanpa diupah.

"Memang ada pusat yang dikendalikan oleh ahli Umno, yang tidak perlulah kita hendak ceritakan bagaimana rungutan mangsa banjir kepada kami.

"Bukan masanya untuk kita hendak mendedahkan keburukan yang dilakukan oleh pelaku ahli Umno sewaktu mengendalikan pusat banjir," katanya.

Sehubungan itu katanya, PAS menasihatkan Muhyiddin janganlah membuat fitnah dan mendengar taklimat daripada ketua cawangan Umno.

"Usahlah berpolitik ketika rakyat ditimpa dengan banjir. Air banjir tidak kenal apa anutan ideologi," ujarnya.

'Skim Kesihatan Percuma' Kepada Rakyat Selangor

Posted: 05 Nov 2010 09:00 PM PDT

BERANANG, 6 NOV:  Wanita adalah aset penting dalam pembangunan sesebuah negara, memandangkan golongan ini ramai yang berkerja untuk menyara keluarga.

Justeru Skim Kesihatan Wanita ini merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Selangor yang prihatin terhadap kesihatan rakyat, khususnya golongan wanita.

"Antara manifesto Kerajaan Selangor adalah melalui 'Skim Kesihatan Percuma' kepada rakyat Selangor, khususnya golongan wanita dan bagi tujuan itu kerajaan negeri meluluskan RM5.2 juta bagi memastikan paling tidak, satu juta wanita Selangor sihat," kata Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi Selangor, Rodziah Ismail.

Ujarnya, melalui skim ini, seramai 56,000 orang wanita akan diberikan peluang untuk menjalani pemeriksaan mammogram secara percuma.

"Skim ini penting memandangkan faktor utama pembunuh wanita akhir-akhir ini adalah kanser payu dara, walaupun skim yang sama wujud sebelum ni, tetapi tahap kesedaran masih berkurangan," katanya sewaktu melancarkan skim tersebut di Kampung Sesapan batu Minangkabau, Beranang hari ini.

Sehubungan itu menurut Rodziah, usaha Kerajaan Negeri Selangor ini diharap mendapat sambutan daripada golongan wanita bagi melahirkan warga Selangor yang sihat dan cergas.

Perayaan Deepavali Peringkat Klang disambut Meriah

Posted: 04 Nov 2010 04:30 PM PDT

KLANG, Hampir 3,000 orang membanjiri jalan Tengku Kelana semalam bagi meraikan sambutan perayaan Deepavali peringkat daerah Klang.

Majlis anjuran kerajaan negeri Selangor dengan kerjasama Majlis Perbandaran Klang, Selangor Shines dan Persatuan Penusahawan Little India Klang.

Little India di Jalan Tengku Kelana, iaitu sebuah kawasan perniagaan yang terletak di Klang Selatan.

Menteri Besar Selangor,Tan Sri Abd Khalid Ibrahim tiba tepat jam 5 petang pada bagi merasmikan sambutan itu.

Turut hadir Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar, Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu, Ahli Parlimen Klang Charles Santiago dan Yang Di-Pertua MPK Mislan Tugiu.

Kehadiran Khalid disambut dengan paluan kompang, tabla serta tarian singa. Kombinasi tiga budaya ini jelas memngambarkan keharmonian dan kesejahteraan hidup dalam masyarakat majmuk yang semakin akrab dan erat semenjak Pakatan Rakyat mengambil alih tampok pemerintahan di Selangor.



Khalid dibawa meninjau setiap premis perniagaan di sepanjang Little India yang mana majoritinya diusahakan oleh peniaga dan usahawan kaum India dan Benggali.

Khalid dalam ucapannya melahirkan rasa terharu dengan sambutan rakyat bersama-sama meraikan perayaan ini. Beliau berharap keamanan dan kesejahteraan antara kaum dapat dipertingkatkan lagi untuk masa akan datang.

Dalam ucapannya, Khalid menyatakan kerajaan negeri ingin menjadikan Bandar Klang kembali bersinar seperti satu ketika dahulu sebagai sebuah pusat ekonomi dan budaya yang ulung dirantau ini.

Klang mempunyai kapasiti penduduk seramai 1 juta, justeru ia harus dibangunkan untuk mengembalikan kegemilangan bandar utama yang suatu masa dahulu mempunyai shahbandarnya sendiri.

Sementara itu Dr Xavier berkata, sambutan Deepavali ini adalah permulaan perubahan besar dalam keharmonian masyarakat di dalam Selangor.


Tiada ulasan: