ANGKATAN MUDA keADILan CABANG PARIT SULONG |
SIASATAN JENYAH : PENDEDAHAN PEGAWAI KANAN POLIS Posted: 07 Nov 2010 12:02 PM PST SAC II Dato Mat Zain Ibrahim, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah PDRM Kuala Lumpur menulis surat panjang Oktober lalu kpd Datin Kalsom Taib, pengarang buku The Shafee Yahaya Story – Estate Boy To ACA Chief.
Dalam mana saja sistem yang telus dan adil, surat sebegini pasti menggemparkan kerana tampak menjejaskan sistem siasatan jenayah polis; perana BPR (kini SPRM); Jabatan Peguam Negara dan badan Kehakiman. Dato Mat Zain menegaskan lagi kebenaran keterangan saya dalam suratnya kepada Timbalan Ketua Polis Negara. Malah beliau menyoal: "siapa yang menyebabkan sistem keadilan jenayah kita menjadi kucar kacir…?" Saya menggesa saudara semua meneliti surat tersebut dalam semangat ayat al Quran yang disebut oleh Datin Kalsum dan diulang oleh Dato Mat Zain. "Dan jgnlah kamu campuradukkan kebenaran dgn kebatilan; dan jgnlah kamu sembunyikan kebenaran, sedangkan kamu mengetahuinya" –Al Baqarah: 42 ANWAR IBRAHIM |
You are subscribed to email updates from ANGKATAN MUDA keADILan CABANG PARIT SULONG To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan