Pengikut

Nuffnang

Isnin, 29 November 2010

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

sumber :-

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


HAK KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU

Posted: 29 Nov 2010 09:51 PM PST

Hak Keistimewaan Orang Melayu adalah suatu topik yang banyak dibincangkan, namun tidak merojok kepada peruntukan-peruntukan yang ada didalam Perlembagaan Malaysia. Justeru, perbincangan-perbincangan itu lebih berkisar kepada emosi dan lari dari landasan undang-undang serta menimbulkan kontrobesi yang boleh menggugat perpaduan kaum.
Politikus-politikus Melayu khususnya dari UMNO menjadikan peruntukan-peruntukan yang tidak jelas didalam Perlembagaan Malaysia sebagai satu "ransom" untuk membuat dan mendapatkan sesuatu seperti lesen-lesen, permit-permit dan peluang-peluang.
Orang-orang bukan Melayu pula beranggapan bahawa orang-orang Melayu sudah diberikan keistimewaan yang tidak diperolehi oleh mereka dan menganggap "keistimewaan" ini sebagai diskriminasi terhadap mereka.
Melayu dan bukan Melayu berbalah diatas perkara yang tidak ada, yang jelasnya Melayu atasan bersekongkol dengan bukan Melayu atasan mengaut harta kekayaan Negara untuk kepentingan mereka.
Sebenarnya, apa yang diperuntukkan didalam Perlembagaan Malaysia mengenai "Hak Keistimewaan Orang Melayu" itu adalah peruntukan umum dan tidak berbentuk khusus, dan tidak mutlak.
Mendiang Tun Tan Siew Sin, didalam Majlis Permesyuaratan pada tahun 1956 menyatakan seperti berikut:
"Pertamanya, prinsip berhubung dengan kedudukan istimewa orang-orang Melayu telah pun diperuntukkan didalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu. Orang-Orang Melayutidak perlu dikehendakii melepaskan apa yang telah mereka ada seperti juga mereka tidak mengharapkan masyarakat lain itu melepaskan hak-hak yang ada pada mereka..."
Kedudukan untuk Orang Melayu yang tidak perlu dilepaskan oleh Orang-Orang Melayu adalah seperti berikut:
1. Tanah Rezab Orang Melayu
Perkara 89 Perlembagaan Malaysia memperuntukkan bahawa jika mana-mana tanah disesuatu negeri yang menjadi tanah rezab orang Melayu sebelum Hari Merdeka mengikut undang-undang yang ada maka tanah itu boleh terus-menerus menjadi rezab orang Melayu......dengan proviso bahawa tanah seluas itu perlu diganti jika tanah rezab Melayu itu digunakan untuk lain-lain tujuan, dan tanah-tanah yang direzabkan ini tidak boleh melebihi tanah-tanah yang diberikan kepada umum.
Tanah untuk Rezab Melayu ini sesungguhnya adalah terlalu kecil jika dibandingkan dengan tanah-tanah yang diberikan kepada umum, sebagai contoh tanah-tanah yang diberikan kepada Guthrie, Sime Darby, Harrison & Crossfield sahaja sudah jauh...jauh lebih besar dari tanah Rezab Melayu.
Di Semenanjung Malaysia, tanah orang-orang Melayu hanyalah ada 37% sahaja berbanding dengan tanah-tanah yang dimiliki oleh orang-orang bukan Melayu/bukan warga Negara sejumlah 63%.
Tanah-tanah Rezab Melayu ini sebahagian besarnya berada di luar bandar dan nilai ekonominya tersangatlah rendah jika dibandingkan dengan tanah-tanah yang dimiliki secara "geran putih" (suatu deskripsi untuk pemilikan bebas).
Jika untuk tujuan mendapatkan modal dari institusi-institusi kewangan, tanah-tanah ini diberikan nilai yang sangat kecil dan tidak semua bank yang boleh menerimanya sebagai kolatoral. Begitu juga jika didirikan bangunan-bangunan diatas tanah-tanah itu, nilai bangunan itu jauh lebih rendah dari tanah-tanah yang lain.
Ini membawa erti bahawa Tanah Rezab Melayu ini hanyalah memberikan pemilikan kepada orang-0rang Melayu namun nilainya amatlah rendah.
Tetapi telah berlaku penyelewengan bahawa Tanah Rezab Melayu ini telah dilepaskan Rezabnya tetapi tidak digantikan oleh pihak Kerajaan dengan keluasan tanah yang sama untuk direzabkan.
2. Perkara 153 - Perbezaan Kuota Mengenai Perkhidmatan, Permit, dsb untuk Orang Melayu
Perkara inilah yang disibukkan oleh pemuka-pemuka Melayu mengatakan bahawa Perlembagaan Malaysia memperuntukkan Hak Keistimewaan Orang-Orang Melayu. Mari kita tengok Artikel 153 ini samada ia memperuntukkan Hak Keistimewan Orang Melayu atau hanya sekadar memberikan sedikit kelebihan didalam perkara-perkara yang diperuntukkan.
Perkara ini menghendakki Yang Di Pertuan Agong menentukan perezaban bagi Orang Melayu mengenai jawatan didalam perkhidmatan awam, mengenai biasiswa, permit-permit perniagaan dan lesen-lesen dan pengrezaban untuk kemasukan ke institusi pengajian tinggi.
Perkara 153 membawa maksud bahawa orang-orang Melayu diberikan perlindungan dengan perezaban berhubung dengan perjawatan didalam perkhidmatan awam (tidak termasuk swasta), biasiswa, bantuan dan lain-lain berkaitan pelajaran dan latihan, dan permit dan lesen tetapi tidak sekali-kali bertujuan mengurangkan hak, kepentingan, kedudukan dan perjawatan kaum-kaum lain.
Perkara 153 ini telah digunakan oleh UMNO/BN untuk meraih sokongan orang Melayu sehingga menjadi bahan ugutan kepada orang Melayu bahawa supaya memberikan sokongan kepada UMNO/BN seolah-olahnya jika orang Melayu itu tidak bersetuju dengan UMNO/BN hak-hak ini lucut dari orang Melayu itu, walhal, peruntukan ini telah disalahgunakan oleh UMNO/BN semata-mata untuk memperkayakan segelintir manusia Melayu; namun disalah tafsirkan oleh orang-orang bukan Melayu kononnya orang Melayu (kesemuanya) dilindungi oleh Artikel 153 ini dan menyebabkan hubungan kaum retak kerana ini.
Sebenarnya, hak keistimewaan Orang Melayu yang dilindungi oleh Perkara 153 ini tidak membawa erti besar kepada golongan terbesar orang Melayu, dan apabila dipergiatkan Dasar Ekonomi Melayu selepas 13 Mei, penyelewengan yang paling besar telah berlaku apabila segelintir manusia Melayu merompak kekayaan Negara atas nama Hak Istimewa Orang Melayu.
Melalui Dasar Ekonomi Melayu segelintir Orang Melayu berjaya menjadi jutawan dan korporat, dan kejayaan mereka itu hanyalah boleh dijadikan lambang kononnya Orang Melayu juga boleh berjaya dan boleh menjadi jutawan, walhal golongan Melayu yang ramai masih berada ditahap yang sukar dibidang ekonomi.
Hak Keistimewaan Orang Melayu telah berjaya menjadikan pemimpin-pemimpin UMNO sebagai golongan kapitalis dan korporat untuk dibanggakan kononnya itulah pencapaian bagi orang-orang Melayu.
Perkara 3 didalam Perlembagaan Malaysia
Perkara ini memperuntukkan kedudukan Ugama Islam sebagai Ugama Persekutuan yang tidak membawa erti bahawa Islam itu menjadi ideologi atau pegangan Negara.
Dengan peruntukan Artikel 3 ini tidak membawa erti bahawa Malaysia menjadi sebuah Negara Islam yang berpandu kepada Quran dan Hadith, tetapi kekal sebagai Negara sekular seperti yang dinyatakan oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Hajj seperti berikut:
"Saya suka menjelaskan bahawa Negara ini bukanlah sebuah Negara Islam sebagaimana difahamkan secara umumnya, kita cuma memperuntukkan Islam hendaklah menjadi agama rasmi bagi Negara".
Dan Suruhanjaya Reid pada tahun 1956 menerima memorandum dari Parti Perikatan (UMNO, MCA, MIC) berbuynyi:
"Agama bagi Malaya adalah Islam, kepatuhan kepada prinsip ini tidaklah menjadikan halangan kepada orang-orang bukan Islam bagi menyibar dan mengamalkan Agama mereka dan tidak boleh ditakrifkan bahawa Negara ini sebagai Negara bukan sekular".
Bahawa Negara ini adalah Negara sekular adalah jelas dan tidak perlu diperjelaskan, maka jika UMNO mengatakan bahawa Negara ini adalah Negara Islam dan bukan Negara sekular, UMNO hanya bermaksud memperbodohkan Orang Melayu untuk meraih sokongan politik semata-mata.
Perkara 152 - Kedudukan Bahasa Melayu
Bahasa Kebangsaan adalah Bahasa Melayu (bukan Bahasa Malaysia) adalah diperuntukkan dibawah Perkara 152 Perlembagaan dan tiada sesiapapun boleh dilarang atau ditahan daripada menggunakan atau mengajar atau belajar apa-apa bahasa yang lain. Artikel ini adalah jelas mengenai kedudukan Bahasa Melayu.
Perkara 32, 33, 38 - Kedudukan Raja-Raja Melayu
Kedudukan Raja-Raja Melayu dan Yang Di Pertuan Agong diperuntukkan didalam beberapa Peruntukan termasuk sabitan kuasa-kuasa didalam pelbagai bidang, Perkara 32 memperuntukkan kedudukan Kepala Utama Negara Bergelar Yang di Pertuan Agong, Perkara 33 jawatan Timbalan Yang Di Pertuan Agong, Perkara 38 peruntukan mengenai Majlis Raja-Raja, peruntukan-peruntukan ini dikatakan "entrenched" dan tidak boleh dipersoalkan.
Maka, apakah yang riuh-rendah "keriau" mengenai "Hak Istimewa Orang-Orang Melayu itu" seolah-olah boleh menggugat kestabilan Negara dan perpecahan kaum?
Tiada siapa di Negara ini yang mempersoalkan peruntukan Perlembagaan mengenai kedudukan Orang-Orang Melayu; Parti Keadilan Rakyat bersama sekutunya PAS dan DAP telah menandatangani suatu Memorandum Bersama bahawa parti-parti itu mempertahankan semua peruntukan bersabit kedudukan Orang-Orang Melayu khususnya mempertahankan peruntukan-peruntukan mengenai Bahasa Melayu, Raja-Raja Melayu dan Kedudukan Istimewa Orang-Orang Melayu.
Hanya UMNO yang pernah menggugat Peruntukan Perlembagaan mengenai Raja-Raja Melayu apabila parti itu berjaya mengurangkan Kuasa-Kuasa Raja dan menarik balik kekebalan Raja-Raja Melayu didalam episod Pindaan Perlembagaan yang menggoncangkan kesetabilan Negara.
Parti-parti Pembangkang khususnya PAS pada waktu itu mempertahankan kuasa-kuasa Raja dan kekebalan Raja-Raja.
UMNO sudah ada sejarah menggugat Kuasa Raja, adakah parti itu bersedia memberikan jaminan bahawa parti itu akan mempertahankan kuasa-kuasa Raja dimasa-masa yang akan datang?

0 ulasan:

Pimpinan

Angkatan Muda

Cabang