Anwar Ibrahim |
- “Meneruskan Cita-cita Rakyat”
- Waspada Lagak “Si Kitol”
- Ekonomi Gawat, Pahang Bakal Muflis
- Melaksana Agenda Rakyat
Posted: 29 Nov 2010 05:55 PM PST Resolusi Persidangan Shah Alam Persidangan Menteri Besar/Ketua Menteri Negeri Pakatan Rakyat 29 November 2010, Shah Alam, Selangor "Meneruskan Cita-cita Rakyat" Kami, Menteri Besar dan Ketua Menteri Negeri Pakatan Rakyat yang menyertai Persidangan Menteri Besar/Ketua Menteri pada hari ini 29 November 2010 di Shah Alam, Selangor, telah memberi perhatian dan mengambil persetujuan atas semua pembentangan yang meliputi aspek ekonomi, sosial, politik dan pentadbiran. A. Hasrat Setelah mengambil kira hasrat pihak Kami yang membentang dan menerima hasil perbincangan peserta Persidangan yang begitu mendalam, bernas dan konstruktif berasaskan perkongsian pengalaman semua peserta, dengan ini Kami menegaskan: Untuk terus memimpin kerajaan Negeri dan bertekad bagi memenuhi keperluan, keinginan dan harapan rakyat; menzahirkan ketelusan, akauntabiliti dan tadbir urus cemerlang; B. Janji Kami, dengan ini berjanji di atas prinsip kesepakatan: Membentuk sebuah pakatan ekonomi antara Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat; dengan kerajaan Negeri. C. Komited Kami selanjutnya komited untuk "meneruskan cita-cita rakyat" berpandukan satu set dasar awam dan agenda bertindak: Mengurangkan peningkatan kos hidup khususnya kepada golongan masyarakat berpendapatan rendah; penternak. Kami menyedari kebelakangan ini berlaku amalan Kerajaan Pusat yang semakin menghakis hak-hak Negeri di sebalik pembuatan dasar-dasar yang tidak pro-rakyat; berlaku keterbatasan kuasa Negeri di sebalik amalan federalisme yang mendiskriminasikan Negeri; dan Kami mengakui ada beberapa kekangan kuasa dalam berhadapan dengan kuasa Pusat. Namun demikian, Kami percaya dengan memiliki kepemimpinan yang baik dari segi visi dan arah tuju dalam mentadbir Negeri, maka Kami bersepakat untuk mewujudkan penyelarasan pelaksanaan dan perkongsian pengalaman serta pewujudan jawatankuasa bersama demi pembangunan Negeri dan kemajuan rakyat. Justeru siri forum berkala melibatkan exco dan pegawai masing-masing Negeri akan dilaksanakan bagi meningkatkan komitmen ke arah meneruskan cita-cita Pakatan Rakyat, demi memenuhi keperluan, keinginan dan harapan rakyat. Adalah Kami Menteri Besar/Ketua Menteri Negeri Pakatan Rakyat,
Shah Alam Summit Resolution Pakatan Rakyat States' Menteri Besar/ Chief Minister Summit 29 November 2010, Shah Alam, Selangor "Continuing the People's Aspirations" We, the Menteris Besar and Chief Ministers participating in the Pakatan Rakyat's Menteri Besar/Chief Minister Summit on this day November 29, 2010 in Shah Alam, Selangor, have paid careful attention to and obtained the consent of all the presentations in the economic, social, political and administrative aspects. A. Desires After taking into account the desires of all presentations and the outcome of deep, thoughtful and constructive partnership from Summit participants, based on the experience of all participants, with this We assert: 1. To continue to lead the state governments and we are determined to meet the needs, desires and hopes of the people; B. Promises We hereby promise on the principle of consensus to: 1. Develop an economic alliance amongst the Pakatan Rakyat states; C. Committed We are further committed to “continue the people's aspirations” according to a set of public policy and action agenda items: 1. Reduce the increasing cost of living especially amongst the low-income groups and marginalised society; We are aware of the recent practice of the Federal Government to erode the rights of the States through policies that are not pro-people; there exist limitations to the State's powers that ultimately discriminate against Federalism, and we recognise there are some constraints in dealing with the powers of the Federal Government. However, we believe in having good leadership in terms of vision and direction in administering the State, and hereby agree to establish coordination and sharing of experiences and the establishment of joint committees for the development and advancement of people of the State. Thus a periodic series of forums involving the executive council and officers of each State shall be implemented to increase the commitment to continue the ideals of Pakatan Rakyat, to meet the needs, desires and hopes of the people. We as the Menteri Besar/Chief Minister's States of Pakatan Rakyat, —– KENYATAAN AKHBAR SHAH ALAM: Persidangan Menteri Besar dan Ketua Menteri Negeri-negeri Pakatan Rakyat kali kedua berlangsung hari ini di Kompleks Kediaman Pegawai Kerajaan di Seksyen 7 di sini, yang menyaksikan tiga Menteri Besar dan Ketua Menteri berazam untuk mengukuhkan kerja sama bagi meningkatkan perkhidmatan kepada rakyat. Persidangan sehari ini dihadiri Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Exco-exco Kerajaan negeri dan wakil-wakil anak syarikat kerajaan negeri. Dalam ucapan perasmian, Abdul Khalid berkata, persidangan ini adalah medium penting untuk berkongsi pandangan serta pengalaman dalam menggalas amanah rakyat berdasarkan prinsip ketelusan, pertanggungjawaban dan urus tadbir kerajaan yang baik. Katanya, persidangan ini juga ruang penting untuk membolehkan persoalan dasar, strategi dan program yang telah dilaksanakan di setiap negeri terlibat dikongsi sebagai panduan atau pengajaran kepada semua pihak. Abdul Khalid berkata, negeri-negeri Pakatan Rakyat menghadapi pelbagai cabaran selama hampir tiga tahun memerintah tetapi berjaya mematahkan cubaan yang bertujuan menggagalkan usaha-usaha melakukan reformasi pentadbiran negeri. Beliau berharap, persidangan kali ini dijadikan landasan untuk berkongsi pengalaman untuk meningkatkan tahap perkhidmatan sekali gus memperkukuhkan pentadbiran sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-13. Lim Guan Eng pula berkata, pemimpin Pakatan Rakyat perlu mengubah tanggngapan bahawa mereka ini bukan lagi pembangkang tetapi pemerintah negeri pemerintah dan perlu melaksanakan tanggung jawab kepada rakyat dengan sebaik mungkin. Katanya, pemimpin negeri Pakatan Rakyat tidak perlu terlalu birokratik atau terikat dengan protokol kerana pemimpin Pakatan Rakyat perlu kekalkan budaya pemimpin berjiwa rakyat. Lim juga menasihatkan Kerajaan Pakatan Rakyat supaya mendapatkan sokongan kakitangan awam dan tidak mengabaikan mereka menjadi nadi pentadbiran sesebuah negeri. Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat pula menasihatkan negeri-negeri pakatan Rakyat terus bersatu menentang serangan media arus perdana yang terus memutar belit fakta bagi mengelirukan rakyat. Beliau berkata, semua masalah yang timbul di negara ini adalah mainan Umno yang sengaja menimbulkan suasana tidak senang rakyat terhadap Pakatan Rakyat. Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, Pakatan tidak boleh terlalu yakin untuk terus berkuasa dan jadikan pilihan raya umum 2004 sebagai pengajaran apabila Pas tewas di Terengganu dan menang tipis di Kelantan. Bagaimanapun, beliau berkata, rakyat Kedah semakin selesa dengan pentadbiran Pakatan di Kedah yang mengamalkan ketelusan dan berjaya meningkatkan hasil negeri menerusi pembalakan. Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang akan menyampaikan ucapan penggulungan pada malam ini. SEKRETARIAT AKHBAR |
Posted: 29 Nov 2010 06:38 AM PST Dari Malaysiakini Menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini memberi peringatan kepada Raja-Raja Melayu supaya berhati-hati dengan “Si Kitoll” yang dikhuatiri akan kembali mempergunakan institusi berkenaan demi kepentingan politik. Beliau berkata demikian dengan melihat kepada perkembangan sejak tahun lalu yang menyaksikan golongan berkenaan kembali “bermuka-muka” untuk mempertahankan kedaulatan Raja-raja Melayu. Khalid (atas, kiri) memberi alasan, Krisis Perlembagaan 1983 yang berlaku akibat tindakan para pemimpin negara ketika itu “melakukan beberapa tindakan diluar Peruntukan Perlembagaan, dalam lain perkataan membelakangi Raja-Raja.” Insiden itu juga berlarutan pada tahun 1992 dan 1993, kata Khalid lagi. “Tiba-tiba, sejak awal tahun 2009, setelah 17 tahun berlalu, kini pihak yang berusaha dan berjaya ‘menghapuskan kekebalan dan beberapa hak istimewa Raja-Raja Melayu’, kembali bermuka-muka dengan seruan supaya orang Melayu menghormati Raja dan Sultan serta mempertahankan kedaulatan Raja-Raja Melayu,” katanya. Jelasnya, pada masa krisis perlembagaan berlangsung, “para pemimpin utama” negara pada ketika itu “melakukan beberapa tindakan secara rahsia” dengan membuat pindaan ke atas Perkara 66(5) dalam Perlembagaan. Tindakan itu dilakukan tanpa mendapat perkenaan Majlis Raja-Raja, kata Khalid lagi. “Peruntukan asal berbunyi ‘Rang undang-undang akan dikuatkuasakan apabila yang di-Pertuan Agong menandatangani’. Pindaan ke atas peruntukan itu kemudiannya, antara lainnya, menyebut bahawa sesebuah Rang Undang-undang itu dianggap telah ditandatangani selepas dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong dalam tempoh 15 hari. “Contoh kedua, pindaan ialah pada Perkara 10(1), di mana kalau Perdana Menteri mendapati darurat patut diisytiharkan di mana-mana juga di negara ini maka perdana menteri boleh menasihatkan Yang di-Pertuan Agong dan Yang di-Pertuan Agong mesti menerima nasihat tersebut,” kata Khalid lagi. Beliau berkata demikian dalam ucapannya di majlis perasmian wacana ‘Kedaulatan Raja-Raja: Institusi Yang Mesti Dipertahankan’ di Shah Alam hari ini yang turut dihadiri Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah. |
Ekonomi Gawat, Pahang Bakal Muflis Posted: 29 Nov 2010 12:18 AM PST Dari Harakah Kerajaan Pahang berkemungkinan besar akan muflis jika tiada perancangan segera dibuat bagi menangani kegawatan ekonomi di negeri terbesar di Semenanjung itu yang baru-baru ini mencatatkan rekod 13 tahun berturut-turut mengalami belanjawan defisit. Dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini, Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyelar belanjawan 2011 negeri Pahang yang disifatkan beliau sebagai 'tidak praktikal' apabila kerajaan negeri bertindak untuk menuntut 50 peratus keuntungan anak-anak syarikat kerajaan negeri (GLC) kepada kerajaan negeri sebagai satu langkah untuk meningkatkan pendapatan negeri. "Apa yang mendukacitakan ialah tiada perancangan baru dalam meningkatkan sumber hasil negeri, selain rancangan jangka pendek kerajaan bagi memaksa anak-anak syarikat kerajaan negeri (GLC) menyumbang 50% dari keuntungan kepada kerajaan negeri.
Persoalannya berapa kerat anak syarikat kerajaan negeri yang mencatat keuntungan. Setahu kita hampir semua anak-anak syarikat kerajaan negeri berada dalam keadaan kritikal, dan terus mengharapkan suntikan kerajaan," kata Tuan Ibrahim, yang baru sahaja pulang ke tanah air selepas menunaikan tanggungjawab haji di Mekah. Sehubungan itu, Tuan Ibrahim, yang juga merupakan Naib Presiden PAS turut menuntut kerajaan negeri bagi mendedahkan kedudukan kewangan semasa anak-anak syarikat kerajaan negeri untuk dinilai oleh rakyat, sejauhmanakah anak-anak syarikat yang ditubuh untuk membantu kerajaan dapat mencapai hasil sebagaimana diharapkan oleh kerajaan negeri dan seluruh rakyat Pahang dalam menjana pendapatan untuk membiayai belanjawan negeri. Kenyataan Tuan Ibrahim hari ini merupakan reaksi kepada laporan akhbar Umno dan Perkasa, Utusan Malaysia melaporkan bahawa Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob mewajibkan semua agensi di bawah naungannya menyalurkan 50 peratus keuntungan tahunan mereka kepada kerajaan negeri berkuat kuasa tahun depan. “Kita mewajibkan agensi-agensi kerajaan negeri menyalurkan 50 peratus keuntungan kepada kerajaan negeri dan dalam masa sama anak-anak syarikat agensi berkenaan pula diwajibkan menyalurkan 50 peratus keuntungan mereka kepada agensi berkenaan. “Langkah itu merupakan sebahagian usaha bagi mengurangkan defisit yang dialami oleh kerajaan negeri bagi tahun ke-13 berturut-turut,” Adnan dipetik sebagai berkata ketika membentangkan Bajet 2011 Kerajaan Negeri Pahang pada Persidangan Ketiga. Menurut Adnan, terdapat kira-kira 18 agensi di bawah kerajaan negeri, antaranya Yayasan Pahang, Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP), Amanah Saham Pahang (Aspa), Lembaga Kemajuan Perladangan Pahang (LKPP) dan Lembaga Pembangunan Tioman. “Bajet 2011 disasarkan sebanyak RM871,117,390 iaitu sebanyak RM600,424,140 disediakan untuk perbelanjaan pengurusan dan selebihnya adalah untuk pembangunan,” katanya Adnan turut meminta rakyat negeri Pahang supaya tidak bimbang dengan Bajet Pahang 2011 yang menyaksikan defisit sebanyak RM92.48 juta dengan memberikan alasan bahawa defisit untuk kali ke 13 berturut-turut itu berpunca daripada usaha pertumbuhan ekonomi di negeri berkenaan. Malah bukan itu sahaja, Adnan turut menunjukkan kelemahan memimpinnya dengan tanpa segan silu mengaku bahawa 'kedudukan kewangan negeri Pahang tidak mungkin, bahkan mustahil sehingga Hari Kiamat, boleh menanggung kesemua kos pembangunan tanpa bantuan kerajaan persekutuan.' "Kenyataan beliau bahawa "kedudukan kewangan negeri tidak mungkin, bahkan mustahil sehingga hari Kiamat, boleh menanggung kesemua kos pembangunan tanpa bantuan kerajaan persekutuan', benar-benar mengambarkan kerajaan UMNO/BN 'sudah menopaus'. Kenyataan ini adalah gambaran keseluruhan belanjawan kerajaan negeri yang hanya merancang dengan bantuan Pusat; tanpa berusaha untuk merangcang sumber baru bagi meningkatkan hasil negeri," selar Tuan Ibrahim. Dengan membuat perbandingan dengan RM 500 juta komisyen yang dibayar untuk membeli kapal selam Scorpene negara, Tuan Ibrahim menyoal apakah rasionalnya hanya RM 270.6 diperuntukan untuk pembangunan negeri yang terbesar di semenanjung itu. "Dengan peruntukan sebanyak RM270.6 juta tentulah tidak banyak perkara yang dapat dilakukan. Ini mengingatkan kita kepada komisyen pembelian kapal selam sebanyak RM530 juta, ternyata melebihi keseluruhan projek pembagunan setahun kerajaan Pahang. Peruntukan pembangunan yang kecil adalah kerana sumber kewangan yang terhad yang dapat dikutip oleh kerajaan," kata Tuan Ibrahim. Sehubungan itu, Tuan Ibrahim turut menyoal ke mana semua hasil negeri terutamanya hasil hutan daripada aktiviti pembalakan. "Dalam belanjawan yang dibentang kerajaan negeri, ia hanya menyatakan hasrat untuk meneruskan projek penanaman semula hutan yang telah gondol, tetapi rakyat juga perlu tahu berapa hasil diperolehi. Polisi penebangan sehingga 90% hasil hutan dalam tanah milik kerajaan perlu diubah segera," saran Tuan Ibrahim, yang turut menyifatkan aktiviti penebangan hutan melampau mencerminkan kerakusan kerajaan UMNO-Barisan Nasional tanpa memikirkan masa depan generasi akan datang. Selain itu, Tuan Ibrahim turut menyoal ke mana perginya pungutan negeri daripada hasil keluaran emas daripada lombong di Lipis, Raub dan Cameron Highland dan juga hasil dari bijih besi, di Daerah Rompin, Maran dan Jerantut. "Rakyat perlu tahu kemana hasil tersebut, berapa kerajaan perolehi dan juga usaha kerajaan meneroka sumber minyak di perairan Pahang, yang satu masa dahulu di maklum Pahang berkemungkinan mempunyai hasil minyak. Demikian juga berapa hasil pelaburan luar yang melabur di Pahang; walaupun kita menyediakan hampir setiap daerah kawasan industri, tapi kawasannya ternyata masih kosong dan terbiar. Seandainya tiada sesuatu perangcangan segera dibuat, tidak mustahil Pahang akan muflis," tambah Tuan Ibrahim. |
Posted: 29 Nov 2010 12:02 AM PST Nota Admin Kongres Nasional Keadilan kali ke 7 telah berlangsung dengan jayanya , Kehadiran perwakilan serta pemerhati kali ini bukti bahawa KEADILAN adalah sebuah parti masa depan. Kongres tahun ini juga bakal menjadi sejarah apabila menyaksikan perayaan “Demokrasi”, buat julung kalinya sesuai dengan nama dan prinsip perjuangan, KEADILAN telah mengorak langkah bergaya dengan merubah sistem pemilihannya kepada “1 ahli 1 undi”. Makanya terbentuklah satu barisan kepimpinan baru disemua peringkat yang bersiap menempuh Pilihanraya Umum ke-13 kelak.Pastinya cabaran menentang penguasa zalim itu senantiasa menuntut pengorbanan dalam perjuangan. selama 12 tahun Umno mencari jalan menghapuskan kebangkitan rakyat yang mahukan perubahan.Pelbagai rencana jahat direka khusus untuk melemahkan setiap sendi parti ini.Perpecahan dikalangan anggota pejuang KEADILAN adalah suatu impian sipenguasa angkuh, Namun, kesemua tekanan itu menjadi azimat penguat semangat pejuang keadilan untuk terus mara merempuh tembok keangkuhan itu. Kita telah diasuh dengan tekanan sedemikian selama 12 tahun! Tempoh itu serta melihat kematangan sebilangan besar warga parti telah menyaksikan kegusaran penguasa angkuh kerana kongres kita berjaya diadakan dan yang hadir lebih daripada 95 peratus cabang, Kita perlu yakin dan ikhlas kerana tak mungkin media yang dibawah kawalan Umno akan menyokong kita, kecaman serta fitnah yang dilemparkan oleh saluran media pengampu adalah menjadi adat tatkala kita kita dilihat mengancam kedudukan penguasa angkuh. Oleh yang demikian,marilah kita perkukuhkan jentera serta memperkuat semangat dan terus mara “Melaksana Agenda Rakyat!” REFORMASI
|
You are subscribed to email updates from Anwar Ibrahim To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan