The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah |
Posted: 23 Nov 2010 08:29 PM PST Tidak saya sangka bahawa Dr Mahathir Mohamed yang menjadi Perdana Menteri lebih dari 20 tahun rupa-rupanya tersangat jahil tentang politik. Politik baginya hanyalah UMNO dan politik perkauman Melayu sehingga tergamak dia menyarankan supaya PKR dibubarkan supaya ahli-ahli PKR kembali kepada UMNO bagi memperkukuhkan perjuangan orang Melayu dan tidak lagi berpecah kepada tiga kelompok. Kenapa saya katakan dia jahil kerana dia tidak mengetahui sedikit pun politik multirasial, dia tidak mengetahui sedikit pun bahawa sebahagian besar penduduk Negara ini sudah menolak politik perkauman sempit seperti yang dimainkan oleh UMNO-MCA-MIC. Dia jahil kerana ketidakadilan yang berlaku di Negara ini adalah kerana permainan perkauman sempit oleh parti-parti yang mendokong Perikatan/Barisan Nasional sehingga tercetus 13 Mei dan rakyat mahukan satu perubahan besar agar keadilan dapat dibahagi-bahagikan kepada golongan rakyat yang memerlukan tanpa mengira kaum dan tidak berlandaskan perkauman. Golongan miskin tegar yang besar di Negara ini adalah golongan Orang Asal dan pribumi Sabah dan Sarawak, golongan miskin Melayu, Cina dan India adalah besar dan kesemua mereka ini memerlukan pembelaan. Dan mereka adalah didahulukan jika keadilan sebenar mahu dimartabatkan. Betapa UMNO telah menyalahgunakan DEB untuk kepentingan kroni-kroninya dengan menapikan hak kepada golongan Melayu miskin yang besar. Rakyat pelbagai kaum menuntut keadilan dari segi sosial, pekerjaan, ekonomi, kesihatan, pendidikan dan peluang-peluang kehidupan. Tetapi mereka tidak mendapat hak mereka sebaliknya mereka ditaburkan dengan sentimen perkauman agar kaum-kaum yang ada didalam Negara ini membenci dan mencemburui antara satu dengan yang lain, dan keadaan ini menyebabkan negara ini sentiasa berada didalam keadaan "panas" dan tidak wujud perpaduan kaum dalam erti sebenar. Parti Keadilan Rakyat adalah parti pelbagai kaum. Parti seumpama ini telah diusahakan melalui GERAKAN yang kini menjadi komponen Barisan Nasional, tetapi parti itu akur dengan keadaan bahawa ia didominasikan oleh orang-orang kaum Cina walaupun hasrat Perlembagaannya adalah multi-rasial. Ini menjadikan Parti Keadilan Rakyat sebagai parti utama menjadi parti multi-rasial yang berjaya dan didalam PKR wujud hampir 60% anggota-anggota yang terdiri daripada Orang Melayu, Orang Asal dan Peribumi Sabah dan Sarawak manakala 40% lagi adalah dari kaum Cina, India dan lain-lain kaum yang bukan Melayu, memancarkan keadaan kependudukan di Negara ini yang juga berteraskan hampir 60% (Melayu, Orang Asal dan Peribumi) dan 40% (Cina, India dan kaum-kaum bukan Melayu). PKR adalah parti yang unik, ia bukan ditubuhkan oleh kelompok UMNO, MCA, MIC, Gerakan, PPP sahaja tetapi dari semua kelompok politik tanah air dan yang paling nyatanya ia disertai oleh kelompok-kelompok NGO yang berjuang untuk keadilan sosial, ekonomi, politik dan sebagainya, golongan ini tidak pernah menyertai mana-mana parti politik sebelumnya. Tidak pernah berlaku didalam mana-mana parti politik di Negara ini dimana keanggotaannya yang terdiri daripada pelbagai kaum dapat duduk bersama dan memutuskan kepentingan bersama. Umpamanya, PKR akan membincangkan kedudukan Raja-Raja Melayu, Bahasa Melayu, Hak Orang-Orang Melayu dengan tidak perlu berselindung dan dipersetujukan oleh semua kaum didalam parti ini, dan lebih dari itu PKR bersama-sama dengan PAS dan DAP menandatangani persefahaman bersama mengenai kedudukan Raja-Raja Melayu, Bahasa Melayu dan Hak Orang-Orang Melayu dan dibentangkan oleh ketiga-tiga parti itu didalam Konvensyen Pakatan Rakyat dan persefahaman seumpama ini tidak pernah dibentang atau dipersetujukan oleh parti-parti Barisan Nasional didalam satu forum bersama dan ditandatangani oleh parti-parti yang terlibat. UMNO bukanlah tempat kembali kepada anggota-anggota Parti Keadilan Rakyat kerana keanggotaannya datang daripada pelbagai kelompok dan ngo yang berjuang untuk keadilan. Dr Mahathir mungkin menjangkakan bahawa keanggotaan PKR hanya datangnya dari UMNO sahaja dan terdiri daripada Orang Melayu sahaja dan berjuangan untuk perkauman sempit. Disinilah letaknya kejahilan beliau. Mereka yang menentang kepimpinan Dr Mahathir dan menubuhkan Parti Melayu S46, sebuah parti yang mengakui lebih UMNO dari UMNO, dan mereka tidak ada agenda lain selain daripada agenda UMNO itu sendiri, bahkan ada yang memperjuangkan perkauman yang jauh lebih sempit seperti PERKASA yang mana Dr Mahathir menjadi penaungnya, memanglah boleh dipujuk dan dirayu untuk kembali kepada UMNO apabila mereka mendapati parti mereka tersepit dan tidak daya upaya dan jauh dari usaha untuk terus menghidupkan S46. Parti Keadilan Rakyat tidak tersepit. Ia adalah parti yang segar, kukuh dan kuat. Walaupun UMNO/BN tidak henti-henti berusaha menghancurkannya dengan menggunakan segala alat negara, media massa elektronik dan citak untuk menghancurkannya, PKR tetap menjadi pilihan rakyat yang cintakan demokrasi dan keadilan yang sebenar dan perjuangan yang berlandaskan kepada multi-rasialisme sebenar. Daripada sebuah parti yang kecil, PKR kini sudah bertapak di 222 kawasan Parlimen, dengan keanggotaannya yang setia kepada perjuangan parti yang bertunjangkan kepada roh Reformasi. Usaha dari media UMNO/BN untuk memporakperandakan parti ini tidak akan berjaya walaupun dengan taktik licik menghantarkan Trojan Horse, tetapi anggota-anggota PKR adalah terdiri daripada pemain-pemain politik yang insaf dan sedar dan mengetahui arah tuju perjuangan mereka, Trojan Horse boleh menggemparkan keadaan seketika, tapi apabila sudah terbongkar bukan sahaja Trojan Horse itu tersungkur tetapi parti menjadi organisasi yang lebih kukuh dan kuat. Road Show yang kini dilakukan oleh kepimpinan parti mendapat sambutan luar biasa bukan sahaja daripada anggota-anggota parti bahkan orang-orang bukan parti, dan mereka terus yakin bahawa pakatan melalui PAS-DAP-PKR akan menawan Putrajaya didalam PRU yang akan tiba. |
Ceramah oleh Dato Fauzi dan Fellicia Ling Posted: 23 Nov 2010 08:21 PM PST CERAMAH POLITIK OLEH DATO FAUZI ABDUL RAHMAN PENGERUSI MAJLIS PIMPINAN PKR PAHANG DAN FELLICIA LING ANGGOTA MPP PKR PUSAT TEMPAT KG PENDERAS, KUALA KRAU TARIKH 1HB DISEMBER 2010 MASA (RABU) 8.00 MALAM Penceramah-Penceramah Lain Haji Suhaimi Said Ramli Lugan Yusri Ahon Lia Pengerusi Majlis MAN KADIR Timbalan Ketua PKR Cabang Temerloh Pertunjukan filem-filem yang diarahkan oleh pimpinan kaum Orang Asal mulai jam 7.00 malam |
You are subscribed to email updates from The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan