Rabu, 10 November 2010

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Perjumpaan Peneroka-Peneroka Felda di Jengka 13

Posted: 10 Nov 2010 10:36 PM PST

Peneroka-peneroka Felda yang menghantar buah sawit mereka ke Kilang Jengka 8 akan mengadakan perjumpaan dan dialog dengan peguam-peguam dan pemimpin-pemimpin PKR membincangkan isu perahan KPG mereka di Felda Jengka 13 pada 13hb November 2010 jam 3.00 petang.
Peguam-peguam Latheefa Koya, T. Kumar dan Haji Suhaimi Said akan hadir dan pemimpin-pemimpin PKR termasuk Dato Fauzi Abdul Rahman, Rebin Birham dan Man Kadir akan hadir didalam Majlis Dialog yang dianjurkan.
Peneroka-peneroka Felda Jengka 13, 9, 10 dan 8 akan menyerahkan borang Waran Untuk Bertindak kepada Peguam Latheefa Koya mewakili firma guaman S.T.Gamany & Co yang menjadi Peguamcara bagi tindakan saman keatas Felda.

Road Show oleh Zaid?

Posted: 10 Nov 2010 08:08 PM PST

Sebenarnya PKR tidak perlu buat apa-apa Road Show untuk membela Anwar, kerana kecuali seorang berdua yang berada didalam PKR yang mahukan Anwar digugurkan, keseluruhan keanggotaan parti adalah dibelakang Anwar, samada mereka itu kini menyokong YB Azmin Ali, Mustaffa Kamil atau Zaid Ibrahim.
Mereka itu tetap setia dengan Anwar dan Wan Azizah dan sokongan sesetengah mereka kepada Zaid tidak membawa erti bahawa mereka juga menentang Anwar dan Wan Azizah seperti yang disuarakan oleh Zaid.
Zaid akan mendapati dirinya tersisih daripada keanggotaan PKR dengan telatahnya mengadakan Road Show menentang Anwar dan mengenengahkan ide penubuhan parti barunya yang beliau beri nama KEADILAN BARU.
KEADILAN berakar umbi daripada kezaliman yang dilakukan oleh Barisan Nasional khususnya UMNO keatas Anwar Ibrahim 12 tahun yang lampau. "Datin Seri" (kini Dato Seri) Wan Azizah mengumpulkan tenaga-tenaga progresif daripada pelbagai organisasi khususnya NGO untuk menentang kezaliman ini dengan peringkat awalnya penubuhan ADIL suatu NGO yang memperjuangkan demokrasi dan menentang kezaliman.
Penubuhan Parti Keadilan Nasional bukanlah satu proses yang mudah untuk berhadapan dengan jentera Kerajaan Barisan Nasional yang tidak mesra pembangkang. Tidak ada jalan pintas untuk penubuhan parti itu dan terpaksa dilakukan dengan pengambilalihan sebuah parti yang kecil dan tidak ternama dan dengan menukarkan secara berlembut dasar-dasar dan tujuan parti itu untuk dijadikan sebuah parti berbentuk nasional yang akhirnya lahirlah Parti Keadilan Nasional, dan PKN menjadi sebuah parti yang lebih progresif apabila ia dicantumkan dengan Parti Rakyat Malaysia dengan menerima nama baru Parti Keadilan Rakyat dan menerima ideologi pro-rakyat yang terkandung didalam 17 Perkara yang diasaskan didalam Perlembagaannya.
Perjuangan yang dilalui oleh PKR amatlah sukar dengan Anwar merengkuk didalam Penjara kerana fitnah sodomi yang besar, dan pejuang-pejuangnya sentiasa berhadapan dengan tindakan pihak berkuasa khususnya pihak polis yang memihak kepada Barisan Nasional.
Akhirnya PKR menjadi sebuah parti yang ternama selepas Pilihanraya Umum 2008 dibawah bimbingan dan pimpinan Dato Seri Anwar Ibrahim, dan pada kala itu, ramai pemimpin-pemimpin UMNO masih bertaut dibawah Barisan Nasional menentang PKR habis-habisan, walaupun kini mereka berada dibawah bumbung PKR, satu bumbung yang sudah lebih selesa yang memungkinkan pemimpin-pemimpinnya boleh dengan lebih mudah menjadi Wakil-Wakil Rakyat bahkan boleh menubuhkan Kerajaan bersama-sama dengan rakan-rakannya PAS dan DAP.
Namun keanggotaan parti tidak melupakan pengorbanan Anwar Ibrahim. Anwar boleh menjadi Perdana Menteri pada hari ini jika beliau sanggup mennjadi "Yes Man" kepada Mahathir, tetapi Anwar memilih kepentingan rakyat dan Negara mendahului kepentingan peribadinya sehinggalah terpaksa melalui pelbagai episode fitnah yang memalukan dirinya dan ahli-ahli keluarganya.
Episod kezaliman yang didera keatas Anwar ini jarang-jarang dapat dilalui oleh calang-calang manusia. Manusia di Malaysia ini tidak pernah melalui penderitaan yang dilalui oleh Anwar dan keluarganya.
Ada manusia yang ditahan dibawah ISA, Anwar bukan saja telah ditahan dibawah ISA bahkan dipenjarakan diatas kesalahan yang beliau tidak lakukan kerana fitnah jahat. Ada orang gugur selaku Menteri, tapi Anwar digugurkan dari Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.
Ada orang dizalimi didalam tahanan, tapi Anwar ditendang, terajang dan tumbuk hingga separuh mati didalam tahanan polis.
Tak usahlah nak bandingkan penderitaan dan pengorbanan yang dilalui oleh Anwar dengan pengorbanan dihujung jalan kerana kononya menentang ISA.
Pasti PKR bukanlah parti Anwar, dan pastilah PKR bukanlah parti yang berjuang semata-mata untuk Anwar! Tidaklah perjuangan menentang rasuah, menegakkan keadilan rakyat dan demokrasi yang luas itu dikatakan perjuangan membela Anwar. Takkanlah gerakan menegakkan BERSIH menumpukan Pilihanraya yang demokratik itu perjuangan membela Anwar. Tidak mungkin perjuangan mewujudkan sistem kehakiman yang adil itu dikatakan perjuangan membela Anwar. Jauh sekali dari benar jika menuntut royalti minyak untuk Terengganu, Sabah dan Sarawak kepada 20% itu dikatakan perjuangan membela Anwar.
Anwar bukan baggage didalam PKR. Anwar bukan punca masalah didalam PKR. Anwar adalah roh perjuangan didalam PKR dan selagi Anwar berada dipersada pimpinan PKR walaupun dengan jawatan Ketua Umum amat digeruni oleh parti pemerintah. "Anwar mesti dihancurkan dengan apa cara sekalipun" adalah taktik parti pemerintah untuk berhadapan dengan Pakatan Rakyat.
Anwar, secara fizikal, boleh dihancurkan dengan penahanan dirinya samada dibawah ISA atau pertuduhan fitnah, tetapi roh perjuangan Anwar tidak boleh dipenjarakan.
Tanpa Anwar, perjalanan PKR akan menjadi tempang untuk waktu masa yang panjang.
Oleh kerana itu jika Zaid mahu meneruskan Road Shownya, teruskanlah dan anggota-anggota parti akan memmbuat penilaian sewajarnya samada beliau menyertai PKR untuk perjuangan rakyat atau kepentingan diri sendiri.
Ada lebih baik bagi Zaid Ibrahim keluar daripada PKR dan meneruskan Road Shownya agar Road Show Rakyat dapat dilakukan dengan Anwar menjadi tonggaknya. Kita bolehlah membuat perbezaannya!

PKR caught between a rock and a hard place --- Baradan Kupusamy (The Star 11 Nov. 2010)

Posted: 10 Nov 2010 07:25 PM PST

Saya terbaca artikel ini didalam The Star keluaran 11.11.10, dan saya muatkan mukaddimah artikel ini di blog ini, yang lain-lain seterusnya itu, bacalah sendiri didalam The Star:
"Zaid's open rebellion is probably the biggest crisis the party has faced since its inception in 1999. If not resolved, it could lead to a breakaway faction, seriously damage Anwar's and PKR;s standingand set Pakatan Rakyat's mission back to capture Putrajaya.
It also challenges the very basis of PKR's reformasi ideology and pulls the carpet from under Anwar's feet by questioning his ability to lead and reform society.
Before this, criticism was from outside PKR and easily dismissed as ranting by Barisan Nasional "stooges"."
Bacalah artikel ini dan mari kita semua kembali kepada common sense dan bina semula parti kita jika perjuangan rakyat diutamakan, ketepikanlah kepentingan peribadi.

"Saya amat risau dengan perkembangan didalam PKR sekarang" kata bekas AJK PKR Cabang Cameron Highlands

Posted: 10 Nov 2010 05:51 PM PST

Seorang bekas AJK PKR Cabang Cameron Highlands menalipon saya sebentar tadi menyatakan kerisauannya mengenai perkembangan didalam PKR dengan isu-isu yang dibawa oleh Zaid Ibrahim, isu di Negeri Johor dan isu 24 Cabang yang meminta pemilihan diberhentikan.
Beliau merasakan bahawa isu-isu ini akan melumpuhkan parti dan harapan untuk PR merampas Putrajaya akan tersangkut.
Beliau meminta pandangan dari saya setelah beliau tidak mendapat jawapan yang boleh menghilangkan keraguannya daripada seorang Ketua Cabang.
Jawapan saya amatlah mudah. PKR adalah parti yang sedang berkembang, keanggotaannya masih perlu memahirkan diri dengan sistem berorganisasi, dan keanggotaannya datang dari pelbagai sektor masyarakat yang berbeza-beza kepentingan dan tujuan. Parti ini juga tidak mempunyai ideologi tertentu dan anggota-anggota menyertainya dengan pemikiran persendirian mereka.
Walaupun parti ini mempunyai dasar yang terkandung didalam 17 Perkara didalam Perlembagaannya tetapi hanya segelintir sahaja yang merojok kepada dasar ini, sedangkan yang lain-lainnya berpegang kepada dasar yang mereka selama ini pegang didalam organisasi yang mereka menjadi ahli pada suatu ketika dulu.
Sebagai parti yang sedang berkembang dan berkembang pula dengan pesat maka masalah-masalah dalaman tidak dapat dielakkan apatah lagi masalah-masalah itu diujudkan oleh pemimpin-pemimpin yang mempunyai pengaruh tertentu didalam parti.
Semasa PKR (PKN) masih kecil dahulu tidaklah banyak masalah dalaman. Bukan sahaja masalah dalaman kurang, bahkan, tidak ramai yang mahu berebut-rebut jawatan. Memegang jawatan pada waktu itu adalah satu liabiliti kerana sudahlah ia akan memisahkan dirinya dengan peluang-peluang yang terbuka kepada mereka yang menyokong parti-parti kerajaan sahaja, pemegang jawatan itu terkadang kala kena menjadi Ketua Cabang (Bahagian), dan dia jugalah kena menjadi Setiausaha, Bendahari, Ketua Penerangan dan sebagainya kerana amat sedikit pemegang-pemegang jawatan yang mahu bekerja untuk parti.
Keadaan ini sudah mulai berubah apabila berlaku percantuman antara PKN-PRM apabila PKR sudah mula menunjukkan pengaruhnya dikalangan rakyat, apatah lagi selepas PRU-12 apabila PKR menjadi parti pembangkang utama di Negara ini dan melaluinya berjaya pula menubuhkan Pakatan Rakyat yang berjaya pula memerintah Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor, serta menyapu bersih kecuali satu kawasan Parlimen di Wilayah Persekutuan dan hampir-hampir menguasai Negeri Sembilan.
Perkembangan ini juga menapikan kuasa 2/3 majoriti BN di Parlimen. Selepas 2008, PKR menjadi igauan pemimpin1-pemimpin daripada pelbagai parti BN untuk menyertainya dengan harapan dapat menjadi pemimpin didalam PKR dan melalui jawatan itu dapat mewakili PKR didalam Dewan Rakyat dan Dewan-Dewan Undangan Negeri.
PKR tidak mempunyai sistem tapisan, sesiapa saja yang menyertainya boleh secara otomatik dilantik menjadi pemimpin parti samada seseorang itu memahami dasar parti atau tidak, samada seseorang itu memahami sejarah perjuangan parti atau tidak, asalkan dirasakan bahawa seseorang itu mampu menjadi pemimpin kerana latar belakangnya pernah memimpin parti-parti lain yang terdahulu disertainya dianggap layak menjadi pemimpin didalam PKR.
Ramai dari pemimpin-pemimpin dari parti-parti lain ini dapat memainkan peranan dengan berkesan, tetapi tidak kurang juga berlumba untuk mencari jawatan penting didalam parti tanpa mengambil kira kepentingan parti asalkan dia dapat mempengaruhi sejumlah besar anggota-anggota parti.
PKR tidak mempunyai sebarang mekanisme untuk menapis keanggotaan baru, dan tidak juga mempunyai mekanisme untuk kelayakan memegang jawatan didalam parti. Ada sesetengah parti politik memberikan masa bertenang kepada seseorang itu selama 2 tahun sebelum seseorang itu layak bertanding untuk jawatan-jawatan tertentu. Mekanisme ini adalah berbentuk prosedural yang mencerewetkan tetapi jika mekanisme itu dijalankan maka tidaklah berlaku kekusutan seperti yang berlaku sekarang ini.
Mengenai 24 Cabang yang dikatakan mahukan pemberhentian pemilihan itu, saya katakan bahawa perkara itu adalah sangat kecil, itu adalah hak cabang-cabang itu didalam proses berdemokrasi. Mereka ada hak berbuat demikian. Dan hak itu tidak pula disuarakan melalui keanggotaan Cabang-Cabang itu, hanya dibuat oleh Ketua Cabang dan beberapa orang Jawatankuasanya yang tidak pula merojokkan kepada anggota-anggota di Cabang masing-masing, bahkan diketahui bahawa di Cabang-Cabang itu tidak pula berlaku apa-apa salah kuasa semasa pemilihan yang lepas, hanya mereka itu menjadi penyokong seseorang calon yang tidak berpuas hati diatas keputusan diperingkat Pusat.
Perkara seumpama ini boleh diatasi oleh Pusat, dan jika perlu, di Cabang-Cabang itu diadakan satu pungutan suara samada bersetuju dengan keputusan Ketua-Ketua Cabang itu atau disebaliknya.
Isu di Negeri Johor adalah isu pentadbiran semata-mata, Ketua-Ketua Cabang berkenaan tidak puas hati dengan perlantikan Pengerusi MPN Johor. Ertinya, Ketua-Ketua Cabang itu mahukan satu perlantikan baru dan mungkin mahukan mereka dilantik.
Ini adalah perkara biasa. Di Negeri Pahang pun pernah berlaku perkara yang seumpama itu apabila Pengerusi baru dilantik menggantikan Pengerusi yang lama.
Jawatan-jawatan yang boleh dilantik kedalam struktur PKR Negeri bukanlah banyak sangat, hanya terhad kepada Setiausaha, Bendahari, Ketua Penerangan, jawatan Ketua Wanita dan Ketua AMK dilantik masing-masing oleh Ketua Wanita dan Ketua AMK Pusat.
Jikalau PKR Negeri-Negeri itu kreatif maka boleh diujudkan beberapa Biro seperti Biro Kebajikan, Biro Guaman, Biro Perpaduan Kaum, Biro Ugama, Biro Felda, Biro Orang Asal dan Biro Kewangan. Dengan mengujudkan biro-biro itu ramailah dari kalangan Ketua-Ketua Cabang dapat memegang jawatan-jawatan di peringkat Negeri. Pengalaman menunjukkan bahawa perlantikan itu hanyalah untuk memberikan tanggungjawab kepada Ketua-Ketua Cabang dan pengalaman juga menunjukkan bahawa terlalu amat sedikit daripada Biro-Biro itu bergerak, bahkan ada Biro-Biro itu langsung tidak membuat sebarang pergerakan bahkan Jawatankuasa Bironya pun tidak ditubuhkan.
Maka didalam isu Johor itu mudah atau sukar diatasi mengikut kesedaran pemegang-pemegang jawatan Ketua-Ketua Cabang itu samada mereka mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap perjuangan atau mempunyai keperluan yang tinggi terhadap jawatan-jawatan. Disitu sajalah letak anak kuncinya.
Bekas AJK Cameron Highlands itu juga tidak berpuas hati dengan penerangan saya yang panjang lebar itu kerana kepadanya mesti ada jawapan "Yes" or "No" dan saya tidak mempunyai jawapan sebegitu mudah.

What is liberalism?

Posted: 10 Nov 2010 01:30 AM PST

Liberalism is an economic philosophy that states that the free market is in the best way to organise the economy. Liberals think the state should not intervene in the economy. They coined the phrase 'the night-watchman state'.
The state's only economic role is to ensure the market works freely and that private property is not violated.
The free market will deliver the best result because it allocates resources in the most efficient way.
This happens because of the law of supply and demand, which makes sure markets clear out -- no surplusses or shortages in a free market. If no one distorts the marketand everyone knows everything that's going on, the market settles at equilibrium.
If something goes wrong, the market will solve the problem on its own. The government shouldn't intervene. It will make things worse.
Inilah dasar liberalisme yang hendak dibawa oleh trojan horse kedalam parti. Dasar ini adalah satu brand dari kapitalisme dan bertentangan dengan dasar 17 perkara yang diperjuangkan oleh PKR.
Kepada anggota PKR yang sedar dan insaf, mari kita tolak dasar liberalisme ini kerana dasar ini akan hanya menguntungkan golongan kapitalis dan golongan korporat dan merugikan rakyat yang ramai.
Kini trojan horse sudah kehilangan tempat dan biarkan dia begitu.

Tiada ulasan: