Isnin, 29 November 2010

PARTI KEADILAN RAKYAT CABANG SEREMBAN

PARTI KEADILAN RAKYAT CABANG SEREMBAN


SAIFUDDIN : THIRD FORCE BUKAN SERPIHAN PKR, NAJIB TIDAK BUAT KERJA RUMAH

Posted: 29 Nov 2010 03:23 AM PST

Dia buat kerja lain di rumah. Bak kata MSO, Saifuddin ini kata-katanya umpama sebilah pedang tajam yang boleh menusuk dan mencederakan seseorang.
Oleh Syed Mu'az Syed Putra
PETALING JAYA, 27 Nov —
Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini menolak dakwaan kewujudan kumpulan yang dikenali sebagai "Third Force" adalah serpihan membabitkan ahli-ahli parti itu yang kecewa dengan kepimpinan mereka.
"Memang tiada kaitan dengan PKR, tiada... tiada kaitan pun," kata setiausaha agung parti Saifuddin Nasution kepada The Malaysian Insider di akhir hari pertama Kongres Nasional parti yang berlangsung di sini.
Justeru, beliau juga menyifatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak melakukan "kerja rumah" yang baik apabila mengatakan Third Force adalah serpihan PKR.
"Saya keliru sedikit dengan kenyataan Datuk Najib yang mengatakan seolah-olah Third Force ini adalah serpihan PKR.
"Third Force bukan anggota PKR, Datuk Najib menyebut lahirnya Third Force menunjukkan kucar-kacirnya PKR sehingga membawa kepada kewujudan Third Force.
"Jadi saya fikir kenyataan itu tidak cermat dan tidak melakukan kerja rumah yang baik," katanya.
Najib hari ini berkata kewujudan kumpulan yang dikenali sebagai "Third Force" dalam pakatan pembangkang khususnya PKR adalah berikutan timbulnya rasa tidak puas hati anggota parti itu terhadap kepimpinan mereka.
Beliau berkata keadaan itu juga menunjukkan krisis keyakinan yang begitu serius melanda parti tersebut dan tindakan anggota PKR itu kerana mereka sudah hilang kepercayaan terhadap pemimpin mereka.
"Kalau berlaku apa-apa pun, ini kesan daripada rasa tidak puas hati di kalangan ahli-ahli PKR sendiri sebab itu mereka sudah menjadi kumpulan yang telah memilih jalan untuk keluar daripada PKR.
"Sama ada mereka jadi Third Force atau mereka masuk parti yang Datuk Zaid (Ibrahim) nak tubuh atau pun nak masuk Umno dan sebagainya. Ini kesan daripada keadaan dalam PKR yang menjurus kepada satu keadaan di mana krisis keyakinan yang begitu serius melanda parti tersebut," katanya.
Sebaliknya Saifuddin (gambar) berkata, kewujudan Third Force adalah inisiatif kumpulan aktivis yang merasakan mereka ada peranan dalam politik negara.
"Ura-ura penubuhan Third Force ini datangnya daripada sekumpulan aktivis yang berpendapat mereka ada peranan dalam politik negara.
"Misalnya mereka berpendapat meletakkan calon pilihan raya bukanlah hak mutlak masing-masing parti politik, mereka merasakan bahawa mereka juga ada peranan.
"Jadi dalam sistem demokratik yang terbuka membenarkan penyertaan semua pihak, tiada siapa yang boleh menyekatnya. Kelahiran kumpulan ini adalah daripada sekumpulan aktivis yang merasakan sampai masa untuk mereka terjun berkecimpung dalam politik," katanya.
Ahli Parlimen Machang itu berkata kemungkinan besar Third Force mahu supaya parti melantik mereka sebagai calon dalam pilihan raya.
"Saya fikir perkara asas dalam pemilihan calon ini ialah calon yang boleh menyumbang kepada kemenangan dan parti sudah tentu mempunyai mekanisme kriteria pemilihan calon.
"Third Force ini berpendapat bahawa mereka juga mahu ada tempat terhadap perkara ini. Jadi dasar parti sekarang ini adalah urusan pemilihan parti adalah urusan dalaman.
"Pernah berlaku NGO bertanding gunakan lambang parti. Walaupun parti mempunyai sistem pemilihan dengan keutamaan kepada aktivis parti dan pemimpin parti menjadi calon tapi rekod pembangkang atau Pakatan Rakyat ini menunjukkan bahawa di sana ada juga peluang yang diberikan kepada aktivis," katanya.Saifuddin juga menolak Pakatan Rakyat akan menemui Third Force secara rasmi.
"Setakat ini belum ada ura-ura untuk menemui secara rasmi," katanya.
Ketika ditanya mengenai kekosongan jawatan Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, Saifuddin mengatakan bahawa parti masih belum membuat sebarang keputusan mengenai perkara itu.
Jawatan tersebut kosong selepas Zaid mengambil keputusan untuk meninggalkan PKR.
"Kita belum pilih, lazimnya selepas kongres. Apabila ada kekosongan ataupun kalau tidak ada kekosongan lazimnya mana-mana parti pun akan melakukan pelantikan baru atau mengekalkan pelantikan lama."Ia tertakluk kepada keupayaan parti di negeri masing-masing.
"Jadi saya menjangkakan pengumuman berkaitan dengan pelantikan baru bagi negeri-negeri akan dilakukan bersekali dengan pengumuman keputusan pemilihan MPP," katanya.
Bagaimanapun, Saifuddin berkata kepimpinan parti akan mengadakan perbincangan bagi memilih calon yang sesuai.
"Biasa pimpinan akan duduk berbincang, meneliti dan mengambil kira semua aspek.
"Saya tidak boleh nak jangka sama ada perubahan," katanya.

ANWAR MAHU KUMPUL SEMUA CALON KALAH

Posted: 29 Nov 2010 03:18 AM PST

Ini baru betul Third Force...... kira macam A Team vs B Team.
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa calon-calon yang kalah dalam pemilihan PKR termasuk naib presiden PKR Mustaffa Kamil Ayub tidak akan diketepikan oleh parti.
Sebaliknya mereka akan diberikan peranan tertentu dalam dalam kepimpinan parti sebagai usaha memperkuatkan PKR.
"Mengapa beliau (Mustaffa Kamil) harus diketepikan. Beliau adalah orang yang teruji... Kita akan panggil semula rapatkan kepimpinan," katanya ketika menyampaikan ucapan dalam kongres PKR di Petaling Jaya.
Katanya, selain Mustaffa, beliau juga akan memanggil calon yang kalah antaranya, calon Ketua Pemuda PKR Badrul Hisham Shaharin dan ahli parlimen Teluk Kemang Datuk Kamarul Baharin Abbas.
Mustaffa berkata beliau akan berbincang dengan kepimpinan baru yang dilantik untuk memberi kepada pihak yang tewas dalam pemilihan baru-baru ini.
Dalam ucapan juga, Anwar menjanjikan peranan yang penting kepada pemimpin daripada Sabah dan Sarawak dalam memperkuatkan barisan kepimpinan parti itu.
Mengulas tentang aduan kelemahan pengurusan pemilihan, Anwar berkata perkara itu akan diperbaiki termasuk memberi jaminan bahawa partinya akan menjawab segala aduan yang dikemukakan.
Sementara itu, Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sewaktu menyampaikan ucapan penangguhan berpesan kepada perwakilan supaya tidak rasa tergugat dengan serangan yang dilemparkan kepada Anwar dan PKR.
Sambil mengungkap kembali apa yang dihadapinya sejak suaminya dipecat daripada jawatan timbalan perdana menteri, beliau menegaskan tidak rasa tergugat dengan semua itu.
"Saya pergi kemana-mana, ada orang pandang hina kepada saya. Saya tidak terasa apa-apa, sebab saya percaya kepada keadilan. Peduli apa orang kata," katanya.

MELAYU PEROLEHI 70% KONTRAK KERAJAAN PULAU PINANG

Posted: 29 Nov 2010 03:12 AM PST

Apa lagi yang boleh dikatakan dengan Kerajaan PR Pulau Pinang? PERKOSA boleh cerita sikit mengenai penjelasan ini?

Sistem tender terbuka yang dijalankan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang di bawah teraju Ketua Menterinya, Lim Guan Eng membuktikan bahawa kontraktor Melayu di negeri itu tidak 'lembik', apatah lagi 'dayus'.
Di sebalik dakwaan negatif seumpama itu selama ini, Lim (pertama dari kanan) berkata, sistem berlandaskan prinsip Cekap, Akauntabiliti & Telus (CAT) yang menjadi pegangan pimpinan kerajaan negeri menunjukkan lebih 70 peratus bidaan kontrak kerajaan negeri berjaya dimenangi oleh kontraktor Melayu.
"Di Pulau Pinang, mana-mana kontraktor tidak perlu pakai kabel politik untuk dapat kontrak tetapi hanya pakai kabel komputer sebab kerajaan negeri mahu memartabatkan usahawan Bumiputera dengan tawaran tender secara terbuka menerusi e-perolehan dan kontraktor kelas F tidak perlu hanya datang dari Umno sahaja,
"Malah, program Titian Saksama Rakyat (PTSR) sebanyak RM3 juta untuk membiayai program perniagaan ekonomi kecil telah memberi manfaat kepada 356 peminjam dan 81 peratus daripada jumlah itu ialah usahawan kecil Melayu di Pulau Pinang,
"Biarlah Umno dan BN menerusi lidahnya, Utusan Malaysia hari-hari cuba menggambarkan kerajaan Pakatan Rakyat dan saya anti-Melayu tetapi kita tahu kita memang memerintah berteraskan rakyat, berjiwa rakyat demi memartabatkan rakyat tanpa mengira kaum," kata Lim dalam kenyataan baru-baru ini.
Pada masa yang sama, Kementerian Kerja Raya turut diminta untuk menambahkan bilangan sub-kontraktor dari Pulau Pinang untuk projek pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang daripada 24.5 peratus sahaja buat masa ini kepada lebih 50 peratus pada masa depan, jelasnya.
Tambahan sub-kontraktor daripada Pulau Pinang adalah perlu untuk memberikan peluang kepada sub-kontraktor Pulau Pinang mendapat peluang daripada projek RM4.5 bilion yang bertapak di negeri mereka sendiri, katanya.
Bilangan sub-kontraktor dari Pulau Pinang yang kecil ini dinyatakan dalam jawapan Menteri Kerja Raya kepada Lim dalam jawapan bertulis di Parlimen baru-baru ini yang menjelaskan bahawa setakat 30 September 2010, seramai 106 sub-kontraktor telah dilantik oleh kontraktor utama bagi melaksanakan projek ini.
Daripada jumlah itu, seramai 26 sub-kontraktor atau 24.5 peratus sahaja merupakan kontraktor yang berdaftar di Pulau Pinang, katanya lagi.
Kerajaan Persekutuan menubuhkan syarikat khas, Jambatan Kedua Sdn. Bhd. (JKSB), iaitu anak syarikat milik penuh Kementerian Kewangan Diperbadankan sebagai pemegang konsesi projek pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang.
Pembinaan jambatan sepanjang 23.5 kilometer ini akan menghubungkan Batu Maung di Pulau Pinang dan Batu Kawan di Seberang Perai Selatan dan telah dimulakan pada tahun 2008 dan dijangka siap pada bulan November 2013.
Kontraktor- kontraktor utama yang terlibat dengan pembinaan projek Jambatan Kedua Pulau Pinang ini ialah Chec Contructions (M) Sdn. Bhd yang berasal dari Republik Rakyat China, UEM Builders Berhad, Cergas Murni Sdn Bhd., IJM Contructions Sdn Bhd., HRA Teguh Sdn Bhd.

ADAKAH ANAK SAYA RAYU UNTUK NYAWANYA?

Posted: 29 Nov 2010 03:01 AM PST

Macam ni lah, Altantuya pun ada merayu supaya jangan ditembak, sebab sedang mengandung.
Aidila RazakNov 29, 101:16pm Malaysia Kini.

Tiada apa yang lebih penting bagi seorang ibu daripada memastikan beliau mendapat keadilan daripada mereka yang terbabit dalam pembunuhan anak lelaki remajanya.
Bagi, Norhafizah Mad Razali saat-saat terakhir sebelum anaknya ditembak mati oleh polis sentiasa menghantui dirinya.
"Saya sentiasa tertanya-tanya apa yang berada di fikirannya, bagaimana perasaannya sebelum ditembak mati. Adakah dia merayu supaya dibiarkan hidup?

"Adakah dia menanggis dalam kesakitan?" soal Nohafizah lagi dengan berlinangan air mata meskipun suaminya, Shapiei Zainal Abidin yang juga menitiskan air mata cuba menenangkannya.
Anak mereka, Mohd Shamil Hafiz Shapiei, ditembak mati pada jam 4 pagi, 13 November lalu di sebatang jalan di Glenmarie, Shah Alam, Selangor.
Kematian Mohd Shamil itu hanya beberapa minggu sebelum harijadinya yang keenambelas.
Bayangan remaja itu yang ditembak di dada dan juga dahinya pasti akan sentiasa terpahat di benak kedua-dua ibu bapanya.
"Ia gerak hati seorang ibu...Saya tak tahu bagaimana atau kenapa, tetapi kata-kata terus keluar dari mulut saya sebaik sahaja melihat tubuhnya yang terkujur: Dia mati dibunuh," katanya ketika ditemui di rumah pangsa kos rendah yang mereka huni di Kota Damansara.
Polis mendakwa pihaknya menembak dalam percubaan mempertahankan diri kerana Mohd Shamil dan dua lagi rakannya, - Mohd Hanafi Omar, 22 dan Hairul Nizam Tuah, 20, yang dikatakan dari Cheras - telah menyerbu ke arah polis dengan parang selepas cubaan merompak sebuah stesen minyak.
Ketiga-tiga mereka mempunyai kecederaan yang hampir serupa dengan tembakan di dada dan kepala dengan Hairul Nizam ditembak di tepi kepalanya manakala Mohd Hanafi pula ditembak di atas kepalanya.Semua peluru menembusi badan ketiga-tiga mangsa

AHLI BERSEKUTU RANCANGAN GAGAL NAJIB

Posted: 29 Nov 2010 02:40 AM PST

Selepas ini diadakan 4th Force plak.... desperado punya taktik, tidak payah guna teknik. Sama - samalah kita tengok siapa yang lebih cempera & cacamarba. Selepas itu kita tanya DPM yang sembab itu apakah yang dibikin oleh BN itu serupa cakap atau tidak serupa bikin cakap.

Tetapi didalam apa - apa hal sekalipun, perenggan ini palaing sedap & menarik dibaca,

"Setakat ini, masa depan Dato' Ibrahim Ali, Zahrain Hashim, Zuklifli Noordin, Wee Choo Keong, Tan Tee Beng dan Mohsin Fadzil Shamsuri, amat gelap.Walau sehebat manapun mereka mengampu PM dan isteri, dalam ucapan-ucapan di Parlimen, mereka sukar untuk mendapat peluang sekali lagi sebagai calon pilihan raya.Ke enam-enam Ahli Parlimen lompat ini boleh menjadi ahli bersekutu BN, tetapi tiada harapan untuk bertanding sekali lagi."

Oleh Mohd Rashidi Hasan

IDEA kewujudan ahli bersekutu Barisan Nasional adalah semata-mata untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13. Ia merupakan antara langkah utama BN, untuk melebarkan sayapnya bagi menghindar kejatuhan kerajaan ke tangan Pakatan Rakyat.Namun idea Pengerusi Barisan Nasional yang juga Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak awal-awal lagi sudah gagal.

Gagal kerana ia tidak mendapat sambutan dari kalangan anggota komponen BN dan ia tidak dipersetujui sama sekali. Ia juga gagal kerana ia merupakan idea yang kabur dan kelam kabut. Yang bersetuju hanyalah media talibarut Umno-BN.
Difahamkan idea asal mengenai ahli bersekutu ini tercetus, akibat ramainya wakil rakyat lompat yang wujud dalam negara, selepas PRU ke-12 yang lalu dan juga kewujudan beberapa NGO yang bertentangan dengan beberapa buah parti komponen BN, tetapi jelas menyokong BN.
Asalnya keanggotaan ahli bersekutu adalah untuk memberi ruang kepada mereka-mereka ini bertanding atas tiket BN dalam PRU ke-13 nanti.
Malangnya, selepas dua hari PM Najib mengumumkan BN menerima ahli bersekutu, Setiausaha Agung BN, Tengku Adnan Tengku Mansor terpaksa membuat kenyataan pembetulan.
Tengku Adnan menjelaskan bahawa ahli bersekutu tidak boleh bertanding, kerana BN kekalkan syarat hanya wakil komponen sahaja yang menjadi calon pilihan raya mewakili BN.
Hakikat, persoalan yang timbul sekarang ini, mengapa Najib selaku Presiden Umno, terpaksa mengambil langkah yang penuh risiko dengan memperkenalkan pelan ahli bersekutu BN?
Bukankah langkah ini hanya menunjukkan bahawa BN berada dalam keadaan yang desperado sekarang ini?
Difahamkan idea asalnya, melalui ahli bersekutu ini, BN menjangkakan ia dapat menaungi kalangan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan individu yang tidak mahu attach atau tidak diterima oleh mana-mana anggota komponen BN.
Walaupun langkah yang diumumkan Najib ini menyalahi konsensus BN, yang menetapkan persetujuan setiap komponen harus diperolehi, sebelum sesebuah anggota baru diterima, namun Najib cuba bulldoze.
Ada yang berpendapat tidak salah untuk BN mencuba idea memperkenalkan ahli bersekutu, namun yang dipersoalkan ialah, apakah rancangan ini semata mata untuk PRU sahaja atau untuk long term?
BN adalah entiti politik, individu atau NGO bagaimanakah yang hendak diterima sebagai ahli bersekutu?
Malangnya langkah yang diumumkan Najib ini nampaknya terpaksa diperbetulkan Tengku Adnan. Sebabnya ialah, anggota komponen BN sendiri yang tidak bersetuju dengan idea PM.
Dalam bahasa mudah, gagasan seorang PM yang mewakili Umno, ditolak anggota komponen BN. Ia menjadi sekadar idea, yang semakin melebarkan jurang antara Umno dengan MCA, MIC, Gerakan dan lain-lain.
Dari segi tafsiran politiknya, jika idea seorang PM dan Presiden Umno ditolak, bermakna parti-parti komponen BN sudah tidak selesa lagi dengan dominasi Umno. Yang mereka mahu ialah equal right dan konsensus.
Ditimbulkan juga, dalam keadaan sekarang ini BN ada 14 komponen, jika tiga belas parti komponen selain Umno pun, susah untuk PM menjaganya, bagaimana kalau lebih ramai individu atau NGO yang masuk BN? BN akan menjadi lebih celaru dan cempera.
Timbul persoalan di kalangan anggotan komponen BN, apa tujuan individu atau NGO menjadi ahli bersekutu atau direct membership BN, jika tidak untuk tujuan menjadi calon pilihan raya?
Jika tidak untuk tujuan menjadi calon, mereka ini tidak perlu masuk BN, sebab mereka-mereka ini sudah menjadi penyokong tegar BN sejak azali.
Oleh sebab itu maka, kemungkinan besar ahli bersekutu ini akan tidak sehaluan dengan beberapa komponen BN tidak dapat ditolak.
Mereka yang duduk sebagai anggota komponen, penuh dengan kepentingan dan mereka yang mahu menjadi ahli bersekutu juga mempunyai kepentingan yang tertentu.
Sebabnya, jika mereka ini menjadi ahli bersekutu, jika mereka tidak mempunyai hak, penyertaan mereka dalam BN hanyalah sia-sia kerana, tidak mempunyai apa-apa makna.
Apa pun dalam isu ahli bersekutu ini ada NGO menunjukkan reaksi yang berbeza, ada yang menolak ada yang menerima.
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) misalnya menyelar langkah BN dan berpendapat tindakan tersebut bertentangan dengan norma masyarakat demokratik.
Menurut Presiden PKPIM Muhammad Faisal Abdul Aziz, NGO harus menjadi wadah agen suara marhaen yang menjadi check and balance kepada dasar-dasar kerajaan.
Manakala Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF) setakat ini dilaporkan berminat berhubung tawaran BN itu.
Pengerusi GWGF, Tan Sri Rozali Ismail dilaporkan berkata, beliau akan menulis surat kepada Dewan Tertinggi BN, agar gabungan itu menyertai BN sebagai ahli bergabung.
Manakala dari sudut individunya, tekanan dalaman Umno dan komponen BN menyukarkan wakil-wakil rakyat lompat untuk bertanding pada PRU akan datang.
Setakat ini, masa depan Dato' Ibrahim Ali, Zahrain Hashim, Zuklifli Noordin, Wee Choo Keong, Tan Tee Beng dan Mohsin Fadzil Shamsuri, amat gelap.
Walau sehebat manapun mereka mengampu PM dan isteri, dalam ucapan-ucapan di Parlimen, mereka sukar untuk mendapat peluang sekali lagi sebagai calon pilihan raya.
Ke enam-enam Ahli Parlimen lompat ini boleh menjadi ahli bersekutu BN, tetapi tiada harapan untuk bertanding sekali lagi.
Hakikatnya, idea ahli bersekutu ini wujud semata-mata kerana BN hendak mempergunakan NGO atau individu terbabit meraih sokongan tambahan kepada BN.
Jika pun NGO atau individu lompat ini hendak bertanding, mereka boleh joint sahaja third force seperti geng-geng Dato' Zaid Ibrahim dan sekutu-sekutunya.
Maka boleh disimpulkan bahawa, menjelang konvensyen BN 4 Disember ini, Najib sudah mengambil langkah yang paling tidak popular dengan memperkenalkan pelan ahli bersekutu, yang ditolak komponen BN.
Langkah gamble ini hanya membuktikan bahawa BN berada dalam keadaan yang amat terdesak, dan Najib sendiri selaku PM, tidak mampu menolak tekanan dari kalangan komponen BN.
BN hari ini cuba menafikan bahawa mereka hanya tinggal 'nyawa-nyawa ikan'. BN dan sekutu-sekutunya harus sedar mereka akan tetap ditolak rakyat pada PRU ke-13 nanti.
BN hanya kelihatan kuat kerana media talibarut Umno-BN, yang dikerahkan bekerja siang dan malam untuk menjadi 'pak angguk' yang mengiyakan semua tindakan BN dan menutup segala kelemahan mereka.
Untuk mengalihkan persepsi rakyat mereka menggunakan media untuk menyerang Pakatan Rakyat habis-habisan.
Selepas lebih 30 bulan menyerang adakah mereka berhasil? Adakah Pakatan Rakyat goyah? Pakatan Rakyat terus ampuh dan didokong rakyat.
Oleh itu, elok juga cebisan akhbar talibarut BN yang makin tidak laku dikumpul, buat menutup 'bangkai gajah' BN selepas berakhirnya PRU ke-13 nanti.

PENGEMUDI ALAF 21

Posted: 29 Nov 2010 02:35 AM PST

Komen bloggers..... low profile dengan satu imej baru....
" Tidak ada karpet merah, tidak ada bunga manggar, tidak ada muzik, tidak ada kompang, tidak ada pecak silat, tidak ada tarian naga juga tidak ada permainan salembam untuk menyambut tetamu-tetamu kedalam dewan semasa kongres PKR kelmarin. Yang ada hanyalah tepukan-tepukan yang bergemuruh dengan sorakan-sorakan semangat yang memberikan sokongan yang ikhlas dan tidak berbelah bagi dari rakyat kepada terhadap pemimpin-pemimpin PKR.
Apa yang pasti, ini yang rakyat mahu, semua dilayan sama rata, sama adil.
Kedatangan penasihat umum PKR pula cukup bersahaja, dengan hanya berbaju melayu yang dilepas keluar dan kain samping yang dipakai didalam dan dengan hanya berkasut capal, Anwar Ibrahim jelas kelihatan yang dia tidak mahu sebarang perhatian, dan begitu tepat bila kedatangan para tetamu di kongres itu disambut dengan banner dan kain rentang yang bewarna-warni dengan kata-kata 'Anwar Pengemudi Alaf 21'.
Tetamu-tetamu lain yang hadir pula, air muka mereka pun jelas nampak yang mereka hadir dengan ikhlas hati dan dengan hati yang terbuka mahu datang ke kongres ini, mendengar dengan kusyuk dan memberi reaksi kepada ucapan-ucapan dari peserta-peserta kongres.
Bila gurkah-gurkah politik di'port' melihat kepada keadaan ini, paham lah mereka kenapa BN/umno takut sangat dengan parti PKR ini kerana suasana kelmarin adalah sebenar-benarnya suasana dari satu-satunya parti yang merangkumi berbilang bangsa. Sebab itulah mutakhir ini PKR setiap saat telah diserang habis-habisan oleh BN kerana mereka tahu yang rancangan mahu menakluk Putra Jaya jika tidak disekat akan menjadi kenyataan.
Tak dapat disangkal lagi sejak dia disingkirkan dan sepertimana ucapan Presiden PKR, Anwar adalah satu ancaman besar kepada kedudukan dan 'survival BN'. Kalau orang lain dah lama terkambus, dah lama direjam dan dah lama juga mati.
Satu yang gurkah-gurkah politik di'port' perhatikan ialah Anwar tetap 'cool' dengan senyumannya dengan daya penarik dengan aura yang ada pada dia, dia tetap meneruskan perjuangan biarpun sedang di-asak dengan tekanan-tekanan termasuklah dengan perbicaraan mahkamah yang akan menamatkan karier politik dan cita-citanya kerana labat laun Najib juga akan mengikut jejak Mahathir ... pegang kepala, habislah ekor ...

dari blog: http://dollahyankee.blogspot.com

Tiada ulasan: