Jumaat, 26 November 2010

PARTI KEADILAN RAKYAT CABANG SEREMBAN

PARTI KEADILAN RAKYAT CABANG SEREMBAN


PENGORBANAN BESAR UMNO KEPADA SINGAPURA

Posted: 26 Nov 2010 03:08 AM PST

Bravo.......Siapa Pengkhianat Siapa? Dan Siapa Pengkhianat? UmNo tiada pasti Rakyat Sejahtera.

U= UmNo
P= Penipu / Pembohong
N= Number
O= One

PERJANJIAN AIR 1961 DAN 1962
Mengikut perjanjian ini, Malaysia perlu membekalkan air mentah kepada Singapura secara berterusan sebanyak 250 juta gelen (250,000,000) sehari pada harga jualan 3sen (RM0.03) bagi setiap 1,000 gelen.
Malaysia pula perlu membeli air yang telah diproses oleh Singapura dengan kadar 50sen (RM0.50) bagi setiap 1,000 gelen
Loji pemprosesan air ini terletak di Gunung Pulai, Skudai, Tebrau dan Kota Tinggi dalam Negeri Johor tetapi diuruskan oleh Public Utilities Board (PUB) milik Singapura
Perjanjian Air 1961 akan tamat hanya pada tahun 2011 dan Perjanjian Air 1962 pada tahun 2061
Singapura membuat untung besar dengan penjualan air Malaysia kepada kapal – kapal yang berlabuh di perlabuhan Singapura.
PERJANJIAN AIR 1990
Perjanjian ini menyebabkan Malaysia perlu mengorbankan hutan simpan seluas 21,600 hektar (53,374 ekar) di daerah Kluang, Kota Tinggi dan Mersing untuk dijadikan kawasan tadahan air dan empangan yang dikenali sebagai EMPANGAN LINGGIU.
Lokasi strategik pertahanan kerana koordinat sifar berada di lokasi tersebutPerjanjian ini hanya akan tamat pada tahun 2061
ISU TANAH REZAB KTM DI SINGAPURA
Point of Agreement 1990 menetapkan bahawa pihak KTM terpaksa mengosongkan Stesen Keretapi Tanjung Pagar dan berpindah ke Bukit Timah.
Tanah rezab landasan KTM sepanjang laluan dari Bukit Timah ke Tanjung Pagar perlu diserahkan kepada pihak Singapura.
Tanah KTM di Tanjung Pagar seluas 12 hektar (29.65 ekar) akan diserahan kepada sebuah syarikat usahasama yang ekuitinya 60% Malaysia dan 40% Singapura
Luas asal tanah rezab KTM termasuk laluan keretapi dan stesen di Tanjung Pagar adalah 200 hektar 494 ekar (mengikut Singapore Railway Transfer Ordinance 1918) dengan tempoh pajakan selama 999 tahun
PENUTUPAN PENGKALAN TLDM DI WOODLANDS
Pengkalan TLDM di Woodlands terpaksa ditutup setelah 45 tahun beroperasi kerana pihak Singapura tidak berhasrat untuk menyambung tempoh pajakan yang berakhir pada awal 1998.
Sebagai ganti, Malaysia terpaksa membelanjakan kos sebanyak RM195,000,000 untuk membina Pusat Latihan Rekrut TLDM (PULAREK) di Kota Tinggi Johor.
PULAU BATU PUTIH
Isu tuntutan bertindih terhadap Pulau Batu Putih antara Malaysia dan Singapura telah dirujuk kepada International Court of Justice pada 1994.
Pihak Singapura telah mentadbir pulau tersebut dengan kawalan pihak tentera mereka sejak tahun 1850
Walupun keputusan belum diumumkan oleh ICJ (sehingga artikel ini ditulis), pihak Singapura melarang sebarang aktiviti dilakukan di kawasan pulau tersebut oleh pihak Malaysia seperti aktiviti nelayan dsb.
ISU CENTRAL PROVIDENT FUND (CPF)
Isu CPF warga Malaysia yang bekerja di Singapura juga masih belum selesai.
Hanya warga Malaysia yang berasal dari Sabah dan Sarawak sahaja yang boleh mengeluarkan wang CPF mereka sementara yang berasal dari semenanjung tidak dibenarkan mengeluarkan wang tersebut walaupun telah berhenti bekerja di Singapura.
Mereka hanya dibenarkan berbuat demikian setelah berumur 55 tahun.
ISU PULAU PISANG
Pulau Pisang yang terletak di Selat Melaka dan merupakan hak milik Malaysia.Singapura semenjak dahulu lagi menjaga operasi rumah api di situ dengan kawalan pihak tentera mereka tanpa melalui pemeriksaan kastam dan imigresen Malaysia.
ISU PENAMBAKAN LAUT
Tindakkan Singapura menambak laut di persekitaran Pulau Tekong mendatangkan kesan negetif dan kerugian kepada Malaysia.
Ianya menyempitkan Selat Tebrau dan mengganggu aliran Selat Tebrau.
Hakisan mulu berlaku akibat kederasan arus di selat tersebut, dan ianya juga mengganggu ekologi kehidupan laut yang akhirnya menjejaskan hasil tangkapan nelayan.
ISU PENCEROBOHAN JET SINGAPURA DI RUANG UDARA JOHOR
Perjanjian penggunaan ruang angkasa Malaysia telah dibatalkan pada September 18, 1998, tetapi jet pejuang RSAF masih lagi menceroboh ruang udara Malaysia terutama ruang angkasa Johor
Dalam tahun 2002 sahaja, sebanyak 5 insiden sedemikian berlaku tanpa ada permohonan maaf secara rasmi dari pihak Singapura.
ISU JAMBATAN BENGKOK
Mantan PM Abdullah Ahmad Badawi, atas tekanan pihak Singapura telah membatalkan projek pembinaan jambatan bengkok walaupun telah dipersetujui semasa Mahathir Mohd menjadi PM Malaysia.
Akibat dari pembatalan itu, kerajaan terpaksa membayar ganti rugi sebanyak RM257.4 juta kepada Syarikat Gerbang Perdana Selatan Bersepadu (GPSB)

MAK JANDA NAK JADI PERMAISURI

Posted: 26 Nov 2010 02:30 AM PST

Siapa mak janda yang di "syair"kan oleh Hishamuddin ni? 7 berkahwin & menjanda...nak upgrade body macam Celion Dion, muka nak macam Paris Hillton.....

Hishamuddin Rais Nov 25, 1011.

Macam-macam punya gila. Macam-macam punya sandiwara sedang dipentaskan. Lepas satu, satu, tak habis habis. Macam-macam punya cerita. Macam-macam punya labun.
Aku yang jadi tukang karut ini tak sempat nak berjanguk ada sahaja cerita baru yang wajib 'diselampitkan'.
Belum pun abis cerita Saifool, ada pula cerita budak sekolah mati kena terkam buaya di Shah Alam. Sebelum ini ada kes anak Cina cekik leher sendiri. Kes ini masih belum selesai.
Sudah bertahun-tahun laporan mahkamah tak siap-siap sampai uban aku tumbuh di ketiak. Agaknya sudah reput leher anak Cina dalam kubur tetapi siasatan macam mana dia cekik leher dia sendiri masih jadi satu misteri.
Kisah punya kisah, ada satu kisah yang jadi raja segala kisah. Inilah dia datuk dan nenek moyang dari semua kisah-kisah yang pernah dikisahkan. Inilah kisah benar. Kisah benar yang benar-benar belaka. Kisah Mak Janda yang ingin jadi permaisuri.
Al-kisah mengikut kata sahibul hikayat adalah seorang Mak Janda dari negeri Antah Berantah. Dari apa yang telah diceritakan, Mak Janda ini ditakdirkan pendek dan gempal ketika dilahirkan.
Dari zaman kanak-kanak lagi orang sekampung telah memanggil dia Minah Becok kerana mulutnya cukup becok. Becoknya bukan macam murai tercabut ekor tetapi macam Samy Vellu ditemubual RTM.
Maka orang orang kampung pun membuat pantun dan seloka:

Ada seorang Minah Becok
Badannya gempal kakinya tepok
Siang tidur malam bermimpi
Hendak menjadi Raja Permaisuri

Maka mengikut tuan yang empunya cerita, Minah Becok ini pun membesarlah. Maka Si Minah ini berkahwin dan beranak. Mengikut cerita yang didengar melalui akhbar Baca Gembira, si minah ini telah tujuh kali berkahwin dan tujuh kali bercerai.
Berita kahwin cerai kahwin cerai ini sehingga sekarang masih belum digazetkan dalam Parlimen. Ia masih menjadi rahsia negara.

Tok bomoh misai berdenting

Tidaklah terhitung jumlah anak yang lahir sehinggakan orang kampung membuat pantun dan seloka:

Siang tidur malam bermimpi
Hendak menjadi Raja Pemaisuri
Pilih jantan silih berganti
Memasang perangkap nak jadi bini menteri

Maka pada satu hari baik bulan yang baik, si minah ini telah pergi berjumpa tok bomoh untuk menilik dan melihat nasib. Ingin mencari ubat yang mujarab agar dapat menguruskan badan dan memaniskan muka.
Maka pada ketika dan waktunya sampailah si minah ini ke kampung tok bomoh. Sayangnya tok bomoh ketika itu tidak berada di rumah.

Lama juga si Minah ini menunggu. Untuk merehatkan badan si Minah duduk di tepi tangga sambil mengira bulu kaki. Mengikut tuan empunya cerita, tok bomoh ini bukan sahaja pandai menilik nasib malah tok bomoh ini cukup handal dalam hal tangkap menangkap jin.
Mengikut ceritanya tok bomoh ini baru sahaja dijemput untuk menangkap jin yang telah melarikan seorang anak dara sunti di Besut.

Tunggu punya tunggu tok bomoh pun sampailah ke rumah. Salam diberi tangan dijabat. Memang betul Tok Bomoh ini bukan kecil anak.
Misainya berdenting dan rambutnya panjang kerinting. Apabila masuk sahaja ke anjung rumah, si Minah ternampak banyak ijazah-ijazah dan surat tauliah terpampang di dinding.

Betul-betul di dinding tengah kelihatan tersimpan dalam bingkai kaca gambar tok bomoh sedang menerima ijazah dari sebuah kolej antarabangsa dalam bidang ilmu perikanan.
Macam mana dari menangkap ikan boleh beralih untuk menjadi pakar menangkap jin, wallahi alam bissawab, hanya Chua Soi Lek sahaja yang mengetahui.
Tok Bomoh terus bertanyakan apakah niat yang hendak dipinta oleh si Minah Becok. Maka si Minah pun bercerita yang dia mahu menguruskan badan macam Celine Dion dan mencantikkan muka macam Paris Hilton.
Minah Becok juga mahu tahu apakah ada jantan lagi yang sanggup menjadi suaminya kerana dia telah tujuh kali menjanda. Mendengar nama-nama ini tok bomoh duduk termenung dan terus menggaru lutut.

Kemudian tok bomoh mengambil beberapa majalah Voque dan Elle dan terus mencari muka Paris Hilton dan Celine Dion. Bila bertemu gambar yang dicari si bomoh mengangguk kepala dan mulutnya mula berkumat kamit sampai buih muncul di bibirnya.

Telur ayam Jusco

Selesai menjampi, tok bomoh ini terus mengeluarkan tujuh balang plastik yang tertutup rapi dengan kain hitam. Menurut tok bomoh, dalam botol plastik ini adalah tujuh ekor jin kafir tetapi telah berjaya disunatkan. Jin-jin ini telah ditangkap di Besut, Terengganu.
Mengikut tok bomoh jin-jin ini telah cuba melarikan seorang anak dara sunti. Kerana telah bersunat maka jin ini akan menjadi hamba suruhan tok bomoh ini.

Mengikut tok bomoh permintaan Minah Becok ini boleh dimakbulkan dengan bantuan jin-jin ini tetapi ada syaratnya. Permintaan ini perlu ada pengeras.
Perlu dibawa seekor ayam betina, seekor ayam jantan berkaki hitam, dua buah kelapa kuning, tiga butir telur ayam dara, seketul bara arang batu dan sebiji garam gunung.

Tok bomoh juga memerlukan dua tiket AirAsia ke Chiang Mai atau Saigon dan bilik hotel selama tujuh hari di sana.Bila mendengar ini maka Minah Becok tersenyum dan bersetuju. Si Minah meminta tujuh hari untuk menyediakan semua yang dipinta.
Maka orang-orang kampung pun membuat pantun dan seloka:

Minah Becok nak kuruskan badan
Celine Dion jadi ikutan
Dari janda nak jadi dara
Sanggup membuat apa saja
Minum garam makan bara

Si Minah dengan segera telah menyediakan semua permintaan Tok Bomoh. Dua tiket ke Saigon dan bilik hotel telah ditempah. Ayam, garam, buah kelapa dan bara arang batu semua telah didapati.
Genap tujuh hari maka pergilah sekali lagi Minah Becok berjumpa dengan tok bomoh. Tok bomoh menerkam dan terus membelek belek tiket AirAsia. Tok bomoh tersenyum puas.
Kemudian tok bomoh mengumpulkan semua barang pengeras dan mula membaca jampi dan serapah. Selang beberapa minit tetiba tok bomoh berhenti.
Tok Bomoh marah dan terus berkata: "Ini bukan telur ayam dara? Ini telur hang beli di Jusco."
Minah Becok mengigil takut. Dia terketar-ketar dan terus berkata:
"Di kampung saya, tak ada lagi ayam dara. Yang ada hanya ayam janda."

(bersambung )

PENGUNDI ATAS PAGAR MENOLAK PAKATAN RAKYAR PRU-13

Posted: 26 Nov 2010 02:20 AM PST

Baca dan analisa sendiri...........

Oleh AHMAD LUTFI OTHMAN

Memang sukar dan sengit. Mungkin keputusannya juga tidak dijangka nanti, mengulangi debaran 2008. Ya, tidak mudah bagi mana-mana parti politik berdepan pilihan raya umum ke-13. Tiada lagi jalan mudah seperti dahulu. Rakyat Malaysia kini benar-benar sudah ada pilihan untuk dipilih, tidak sepertimana pernah dikritik (sekali gus menyindir parti pembangkang) oleh bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abd Rashid Abd Rahman dalam satu seminar di Universiti Malaya, pada Disember 2006.

Dato' Seri Najib Razak pastinya mengintai peluang terbaik untuk menebus maruah BN yang tercemar teruk pada Mac 208. Tarikh pilihan raya sentiasa menjadi senjata utama untuk memerangkap seteru politik. Selalunya, selepas tempoh 36 bulan, teka-teki pembubaran Parlimen akan bermula. Najib - melalui apa jua cara, seperti yang dilafazkannya dalam perhimpunan Umno lalu - tentunya mahu membuktikan bahawa dalam pilihan raya pertama yang diterajuinya, prestasi BN akan kembali melonjak, terutama bagi merebut empat negeri (termasuk Perak yang ditawan lebih awal melalui rampasan kuasa) yang terlepas kepada Pakatan Rakyat dan memulihkan majoriti dua pertiga di Parlimen.

Sejarah menunjukkan setiap perdana menteri baru akan mencatatkan kemenangan gemilang ketika pertama kali mengepalai jentera kempen. Misalnya, dalam pilihan raya 1974,Barisan Nasional yang baru dibentuk atas inisiatif Tun Abdul Razak Hussein, yang menggantikan Tunku Abdul Rahman Putra, menguasai 135 daripada 154 kerusi Parlimen,iaitu 87.66 peratus.

Tun Dr Mahathir Mohamad pula merakamkan detik-detik indahnya dalam pilihan raya 1982 apabila BN menang 85.71 peratus kerusi Parlimen. Manakala dalam empat pilihan raya selepas itu, yang juga diterajui bekas Perdana Menteri keempat itu, prestasi BN naik-turun, tetapi tidak pernah mengatasi rekod 1982. Pada 1986, majoriti kerusi BN diParlimen adalah 83.62 peratus; 1990, 70.55 peratus; 1995, 84.36 peratus; dan pada tahun 1999, 76.68 peratus.

Tanpa diduga, Presiden Umno yang dilihat paling lemah, Tun Abdullah Ahmad Badawi, mengungguli kehebatan selepas mengejutkan parti-parti pembangkang dan memberikannafas baru buat Umno pada 2004. BN mencatatkan kedudukan paling selesa sepanjang, apabila menang lebih 90 peratus kerusi Parlimen. Keselesaan membawa padah, malah mengheret Abdullah jatuh!

Mac 2008, tsunami politik menggegarkan negara. BN hilang empat lagi negeri (kebanyakannya yang termaju di negara ini) dan buat pertama kali dinafikan majoriti dua pertiga di Parlimen. Jumlah kerusinya hanya 63.1 peratus. Undi popularnya sekitar 51 peratus sahaja. Asakan agar Abdullah berundur lebih kuat datang daripada dalam partinya sendiri. Tarikh persaraan beliau terpaksa dipercepatkan. Dan Najib - orang yang paling mendapat manfaat daripada pengunduran Abdullah itu - pastinya tidak mahu pisang berbuah dua kali.

Ramai pemerhati politik melihat pengundi kita semakin matang dan mampu menganalisis dan menghakimi dengan baik. Mereka dianggap tidak mudah tersilau lagi dengan propaganda murahan dan retorik memualkan, apatah lagi untuk gerun dengan ancaman dan ugutan. Selepas pilihan raya umum ke-10, yang menyaksikan pengundi Melayu bangun memprotes secara terbuka, timbul istilah "politik baru". Kawasan majoriti Melayu, terutama di utara dan pantai timur, "habis disapu" PAS. Isu-isu sejagat seperti ketelusan, good governance, antirasuah menjadi agenda perbincangan, merentasi isu-isu lapuk seperti sentimen perkauman.

Namun, empat tahun kemudiannya, "pantai berubah" dengan pantas. Imej "Mr Clean" Abdullah ternyata menarik imiginasi pengundi. Beliau diundi kerana potensinya dilihat begitu memikat, apatah lagi dengan keazamannya untuk membawa kelainan berbanding regim Mahathir. Timbul persoalan, apakah elemen "politik baru" yang muncul semasa teriakan reformasi sudah tidak relevan lagi? Apakah budaya politik kita merosot kembali?

Budaya politik baru ini rupanya tidak mudah disisihkan. Ia mengakar dalam diam. "Politik Malaysia tidak sama lagi selepas ini," kata bekas vokalis Blues Gang, Ito kepada saya, pada awal tahun 2000. Muntahan pemimpin tertinggi tidak ditelan bulat-bulat lagi. Wibawa media perdana menjunam. Zaman kerajaan tahu segalanya sudah berakhir.

Rakyat Malaysia menerima nasihat Abdullah agar tidak lagi membantah melalui demonstrasi jalanan, seperti fenomena 1999, tetapi menggunakan hak mereka dalam peti undi dengan begitu bijaksana. Kempen pilihan raya 2008, terutama pada minggu pertama begitu suram. Siapa sangka, rakyat sudah bersiap, malah tidak sabar-sabar lagi, untuk menghukum pemerintahan Abdullah.

Bagi A Kadir Jasin, BN ditolak kerana ia dilihat sebagai tidak cekap dan tidak sensitif kepada kehendak rakyat tetapi pada masa yang sama bongkak, mungkir janji,mengamalkan pilih kasih dan gagal menangani isu semasa seperti kenaikan harga barang dan kadar jenayah.
Kepemimpinan kerajaan dan BN dilihat sebagai mempersendakansuara dan aspirasi rakyat.
Keperibadian, gaya, kaedah serta prestasi Abdullah menjadi pertikaian. Faktor yang benar-benar menyebabkan pentadbiran beliau menjadi tidak begitu popular adalahpersepsi mengenai kesombongan dan keangkuhan segelintir kecil manusia di sekeliling Abdullah.

Saya masih ingat pandangan seorang penganalisis politik bergelar profesor dalam satu seminar di UKM pada awal 1990-an. Maksudnya lebih kurang, beruntunglah Umno yang ditakdirkan menang dalam pilihan raya pertama pada 1955, yang seterusnya mendapat kepercayaan majoriti rakyat tanpa henti. Tambahnya, jika PAS menang dalam pilihan raya awal itu, beliau yakin PAS bersama sekutunya akan terus memerintah Malaysia "sampai bila-bila".

Saya merasakan profesor berkenaan mahu menekankan soal kesetiaan pengundi kepada parti pemerintah. Waktu itu belum timbul ungkapan politik baru. Umno di kebanyakankawasan dianggap bakal menang mudah "walaupun meletakkan tunggul kayu". Faktor parti jauh mengatasi isu calon.

Era itu sudah berlalu. Pengundi yang kritis bakal "menyusahkan" siapa jua yang memerintah, termasuk Pakatan Rakyat di negeri-negeri yang dikuasainya. Rekod menunjukkan momentum kemenangan oposisi sukar dilonjakkan dalam dua pilihan raya berturut-turut, sementalahan pula dipisahkan oleh seorang perdana baru. Memang Pakatan mahumembina sejarah baru, bukan meneruskan tradisi lama yang menguntungkan BN itu.

"Benar, kerajaan negeri terbatas kuasanya. Tapi jangan terlalu ghairah mencanang impian ke Putrajaya hingga diperolokkan orang," komen seorang pensyarah politik."Tunjukkan model terbaik dari segi kecekapan pengurusan, ketelusan pentadbiran, keikhlasan dan ketekunan berbakti. Perangi betul-betul politik wang. Saya dah takdengar kerjasama empat negeri Pakatan terutama untuk membangunkan ekonomi."

"Dalam politik tidak boleh membaca selapis. Sentimen perkauman masih tebal dan perlu ditangani dengan bijak walaupun heboh budaya politik baru. Macam mana PAS nak ganti Umno kalau majoriti orang Melayu masih sangsi dengan Pakatan? Mungkin ia hanya persepsi, tapi saya tengok persepsi itu tak berjaya ditanggalkan walaupun selepas hampir tiga tahun Pakatan ditubuhkan," syarahnya lagi. Saya sekadar mencatat.

Tiada ulasan: