Jumaat, 26 November 2010

ANGKATAN MUDA keADILan CABANG PARIT SULONG

ANGKATAN MUDA keADILan CABANG PARIT SULONG


CUKUPLAH KENYATAAN NAK BERSIHKAN 'KUDA TROJAN'

Posted: 25 Nov 2010 09:25 AM PST

pkr bm










PETALING JAYA: "Hentikan kenyataan mengugut nak bersih kuda trojanlah, nak bersih pengkianatlah," demikian kenyataan sinis Chegu Bard berhubung tindak-tanduk beberapa pemimpin yang masih lagi bermain dengan teori 'kuda trojan' dalam Parti Keadilan Rakyat.

"Sebagai pemimpin besar memang betul harus membersihkan parti tetapi kenyataan mereka harus diikuti dengan pelaksanaan yang jujur dan penting juga mereka harus bertindak sebagai penyatu dalam parti.

"Dalam perihal ini nampaknya Shamsul jauh lebih baik dari Azmin di mana kenyataan pertama dia selepas minggu terakhir pengundian ada menyeru agar ahli PKR merapatkan saf kembali," ujar Chegu Bard lagi.

Menurut beliau lagi, walaupun pemilihan PKR telah pun berakhir minggu lalu, namun harapan untuk membersihkan parti dari penyelewengan masih ada.

"Harapan untuk membersihkan parti tetap ada. Tidak mengira samada musim pemilihan atau tidak, berjawatan atau tidak. Apa yang penting perjuangan diteruskan. Selagi ada Tuhan selagi itu ada harapan," kata beliau kepada FMT lagi.

Anwar masih terbaik


Disamping itu, beliau mengakui anak-anak muda tidak banyak pilihan untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) selain menjadikan PKR sebagai landasan perjuangan.

"Kepada anak muda kita tidak punya banyak pilihan untuk menentang BN secara peribadi. Setakat ini parti ini ialah parti paling progresif untuk perubahan negara.

"Anwar pula ialah kereta kebal terbaik untuk kita berdepan merempuh regim warisan penjajah BN ini. Anwar ada karisma penyatu, setakat ini parti dan Anwar tidak sempurna tetapi masih yang terbaik.

Beliau turut menyeru agar ahli politik muda dalam PKR agar tidak mengamalkan politik naungan sebaliknya bina kekuatan sendiri.

"Anak muda mesti keluar dari kepompong politik naungan, bina kekuatan sendiri dan bersama bangkit merempuh untuk perubahan," kata beliau.

DR. MAHATHIR PERLU TAUBAT MASUHA

Posted: 25 Nov 2010 04:31 AM PST



Biro Pemahaman & Pemantapan Agama. (BIPPA), PKR, terpanggil untuk menyambut kenyataan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad seperti yang dilaporkan dalam Sinar 24 November 2010 dengan penegasan bahawa:

1. BIPPA menasihatkan adalah lebih wajar mantan Perdana Menteri sendiri melakukan taubat nasuha kerana beliau yang sebenarnya menjadi punca kepada perpecahan bahkan kemunduran masyarakat Melayu. Muktahir ini mantan Perdana Menteri menjadi penyebab maraknya api perkauman dikalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Pada usia senja adalah lebih baik untuk mantan Perdana Menteri banyak melakukan ibadah khusus kepada Allah SWT sebagai persiapan menemuiNya walaupun penentuan umur adalah di tangan Allah SWT.

2. Beliau bertanggungjawab memecat dan mengaibkan Dato' Seri Anwar Ibrahim, mantan Timbalan. Perdana Menteri dengan dakwaan fitnah liwat yang ternyata tidak benar. Beliau mengaibkan DSAI dan keluarga di khalayak ramai. Perbuatan mantan Perdana Menteri mengaibkan DSAI dan seisi keluarga adalah sangat bertentangan dengan prinsip dan hukum agama dan tindakan tersebut bertentangan denga norma dan tatasusila masyarakat bertamadun.. Justeru, DSAI mempunyai hak di sisi syariat Islam mempertahankan maruah diri dan keluarga daripada fitnah. Kiranya tindakan DSAI mempertahankan maruah diri menimbulkan perpecahan, maka perpecahan itu adalah hasil daripada pertembungan antara hak dan batil. Demikian penegesan dari sepotong ayat dalam al-Qur'an: "Dan katakanlah: Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah suatu yang pasti lenyap." (al-Isra': 81). .
3. Mantan Perdana Menteri juga bertanggunjawab merobek unsur-unsur kekuatan bangsa Melayu dari segi bahasa, agama, pendidikan sekolah agama rakyat, kedudukan Raja-Raja Melayu, kedudukan ekonomi orang Melayu dan melakukan pindaan persempadanan kawasan pilihan raya majoriti pengundi Melayu sehingga menjejaskan keutuhan politik melayu

4. Menjadi satu kebiasaan mantan Perdana Menteri meletakkan setiap beban kesilapan dan ketelanjuran beliau diatas bahu orang lain. Isu perpecahan masyarakat Melayu dan rakyat Malaysia adalah berpunca daripada beliau sendiri.

5. Parti yang didakwa kecil oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada hakikatnya adalah sebuah parti yang lahir pada tahun 1999 dari gejolak kemarahan rakyat kerana kezaliman beliau dan terus mendapat dokongan rakyat pelbagai kaum di Malaysia. Alhamdulillah, parti ini pengaruhnya semakin meluas dan bertakhta dihati rakyat serta berpotensi besar, insyaallah, mengambil alih pemerintahan negara. Inilah yang digeruni oleh Tun Dr Mahathir yang menjadikan beliau sentiasa berada dalam resah dan gelisah. Sewajarnya mantan Perdana Menteri berlapang dada menerima penentuan rakyat dalam merayakan amalan demokrasi.

6. Seandainya DSAI itu rendah kualiti diri dan kepimpinan dalam mata pandangan Tun Dr Mahathir, mengapa DSAI masih terus mendapat sambutan dan sanjungan rakyat di negara ini walaupun dicerca saban hari dan waktu oleh pelbagai pihak menerusi pelbagai media. Beliau juga terus diterima dan dihormati sebagai seorang tokoh pemimpin berwibawa oleh sebahagian besar pemimpin dunia, para 'ulama tersohor, para ilmuan Muslim dan bukan Muslim di peringkat antara bangsa.

Dr Muhammad Nur Manuty
Pengerusi
Biro Pemahaman Dan Pemantapan Agama (BIPPA), PKR

MATA LEBAM ANWAR : KABINET ARAH DUA MENTERI SOAL PEGUAMNEGARA

Posted: 25 Nov 2010 04:16 AM PST



Pentadbiran Najib telah mengarahkan dua menteri Kabinet agar menyoal Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berhubung dakwaan peranan beliau dalam insiden mata lebam melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang mengejutkan negara 12 tahun lalu.


The Malaysian Insider difahamkan Kabinet memutuskan langkah itu selepas seorang bekas pegawai polis Datuk Mat Zain Ibrahim mendakwa mempunyai maklumat terbaru berkaitan insiden itu, yang menurutnya turut melibatkan peranan Gani.

"Sekarang saya telah diarahkan (oleh Kabinet), Datuk Rais dan saya sendiri agar bercakap dengan Peguam Negara. Kami menunggu beliau pulang dari Mekah," kata Nazri kepada The Malaysian Insider.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu memberitahu The Malaysian Insider, Kabinet mahu mendengar sendiri daripada Gani sendiri mengenai dakwaan terbaru Mat Zain dalam satu lagi surat terbukanya kelmarin sebelum mengambil tindakan susulan.

"Kami mahu mendengar daripada Peguam Negara sendiri (mengenai surat terbuka).

"Ini perkara yang serius. Jika beliau (Mat Zain) bercakap benar, kita kena mendapatkan maklumat lanjut… tetapi sehingga itu, tiada apa-apa keputusan," kata Nazri.

Dalam surat terbukanya kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar kelmarin, Mat Zain, yang merujuk kepada usul memotong gaji Peguam Negara RM10 yang dibawa Lim Kit Siang di Parlimen pada 9 November lalu, mengesahkan telah menghantar e-mel kepada Ahli Parlimen Ipoh Timur itu pada 14 April lalu.

"Sebagai membalas komen beliau terhadap PDRM berkaitan siasatan kes mata lebam, yang sedikit tersasar. Saya turut megesahkan bahawa kenyataan-kenyataan yang beliau petik daripada surat saya bertarikh 15 April 2009 kepada Lembaga Penasihat SPRM dan surat terbuka kepada YBhg Datin Kalsom Taib bertarikh 8 Oktober 2010 (surat terbuka pertama), yang salinannya saya e-mel kepada Tan Sri, adalah betul setakat yang terkandung dalam salinan-salinan asal surat-surat berkenaan.

"Saya akan merujuk kepada kandungan surat-surat tersebut apabila, atau jika berkenaan," kata Mat Zain.

Ekoran isu dibangkitkan oleh Lim di Parlimen, Nazri telah memaklumkan bahawa akan membawa isu itu ke Kabinet yang bermesyuarat 12 November lalu.

Beliau turut mengumumkan penjelasan akan diminta daripada Gani bagi memberinya peluang untuk menjelaskan diri beliau yang merupakan hak beliau kepada pendengaran yang adil.

"Saya menyokong sepenuhnya Tan Sri Gani diberikan hak sedemikian oleh kerana hak kesamarataan dari sudut undang-undang dan hak pendengaran yang adil adalah merupakan hak asasi individu yang dijamin oleh Perlembagaan Malaysia dan wajar dihormati oleh semua pihak.

"Bagaimanapun apa yang menjadi kemusykilan saya kini ialah apabila penjelasan diberi oleh Tan Sri Gani, seorang Peguam Negara, dalam bentuk apa sekalipun, sama ada secara lisan atau kenyataan akhbar atau representasi dan lain-lainnya, pihak berkuasa manakah yang layak dan berhak serta mempunyai kuasa untuk memberikan pendengaran adil kepada semua pihak terlibat dalam persoalan ini.

"Dan, tidak hanya adil kepada Tan Sri Gani seorang sahaja. Sesuai untuk saya nyatakan di sini bahawa pihak-pihak yang terlibat, bukan setakat empat individu yang dinamakan dalam laporan Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Tan Sri Gani, Tan Sri Musa Hassan (bekas Ketua Polis Negara), Dr Abdul Rahman Yusof dan saya sendiri," katanya,

Mat Zain juga berkata, Jabatan Peguam Negara, polis dan Kementerian Kesihatan juga merupakan pihak yang mempunyai kepentingan dalam perkara ini.

Malah dalam surat terbuka itu, Mat Zain menggesa kerajaan mendedahkan secara terperinci insiden itu bagi mempertahankan imej dan kredibiliti pasukan polis.

Dalam kenyatannya semalam, Lim yang juga Penasihat DAP berkata, beliau telah mengadakan pertemuan dengan Nazri berhubung isu yang dibangkitkan oleh bekas pegawai kanan polis itu.

Pada Julai 2008, Anwar membuat laporan polis mendakwa Gani, Mat Zain, Musa yang ketika itu pegawai penyiasat dan Dr Abdul Rahman telah memalsukan satu laporan perubatan mengenai kejadian mata lebam itu.

Tan Sri Rahim Nor, ketika kejadian merupakan Ketua Polis Negara, telah mengaku kepada suruhanjaya diraja siasatan bahawa telah memukul Anwar ketika ditahan di Bukit Aman.

Kejadian itu berlaku selepas Anwar dipecat daripada kerajaan dan Umno.

Tiada ulasan: