Khamis, 18 November 2010

PARTI KEADILAN RAKYAT CABANG SEREMBAN

PARTI KEADILAN RAKYAT CABANG SEREMBAN


NAJIB MUNGKIN TAK DAPAT MAJORITI 2/3 KATA Dr,M

Posted: 18 Nov 2010 03:05 AM PST

Jom kita baca kotak fikiran Dr.M ini.
Adakah beliau cuba nyatakan yg PR akan memerintah negara selepas PRU13 nanti? Kalau BN tidak dapat 2/3 siapa pulak yg akan dapat 2/3?
Satu atau negeri akan ditawan? Ini kenyataan sebab Parlimen Kubang Pasu tenggelam dek banjir baru - baru ini. Soalan pokok, siapa MP Kubang Pasu Sebelum ini? Cuba hantar mesej menyalahkan kerajaan PAS Kedah?
Satu negeri lagi? Kelantan mungkin, sebab? BN dapat tawan semula Galas. Itu hanya By Election. Rakyat Kelantan pandai berpolitik.
PKR kucar kacir. Betul kah? Siapa yang cakap? Utusan Meloya, Berita Hairan, Tv31/4, & kutu UpCo seperti Sharizat "Juhi Chawla ( Kata Mat Sabu ), S/U Parlimen yg berebut tanah sejengkal, yg mengeluarkan fatwa boleh melacur didalam darurat. Boleh percaya dan diterima kenyataan mereka ini?
Fikir - fikirkan lah.
Tapi harus ingat, kepada penyokong PR, dinasihatkan supaya tidak complacent. Ayuh, mari mulakan gerakan menawan Putra Jaya dan Negeri Sembilan.
Najib mungkin tak dapat majoriti 2/3 kata Dr M
Nov 18, 10 3:58pm

Parti pemerintah BN dijangka terus gagal mendapatkan majoriti dua pertiga di parlimen tetapi mungkin berjaya merampas satu atau dua buah negeri kembali pada pilihan raya umum akan datang, kata mantan, perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Pada wawancaranya dengan Bloomberg pada 16 November lalu, Mahathir berkata "BN mungkin tidak dapat dua pertiga majoriti yang membolehkan mereka memerintah negara dengan mandat yang kukuh" pada pilihan raya umum yang perlu diadakan sebelum 2013.
Namun, katanya parti pemerintah itu "mungkin mendapat satu atau dua" daripada lima negeri yang sekarang di bawah pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat.
Mahathir bagaimanapun tidak menamakan negeri-negeri yang dijangkakan akan jatuh semula ke tangan BN. Namun dipercayai beliau merujuk kepada negeri asalnya, Kedah yang jatuh kepada PAS buat pertama kali pada pilihan raya 2008.
Sebuah negeri lain yang diintai oleh BN adalah Selangor, antara negeri paling kaya di Malaysia.
Andaian Mahathir itu dipercayai dipengaruhi oleh kejayaan BN pada dua pilihan raya kecil awal bulan ini - kerusi DUN Galas dan parlimen Batu Sapi - dan juga krisis kepimpinan yang melanda PKR sekarang.
"Buat masa ini, partinya (ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah dalam keadaan kucar-kacir," kata Mahathir.
Anwar, yang merupakan bekas anak didik Mahathir dijangka menghadapi tentangan dalaman dari partinya berikutan perletakkan jawatan bekas menteri, Zaid Ibrahim yang merupakan pengerusi PKR Wilayah Persekutuan.
Mahathir juga menyifatkan Perdana Menteri, Datuk seri Najib Razak sebagai "satu perubahaan besar" jika dibandingkan dengan penggantinya, Tun, Abdullah Ahmad Badawi.
Abdullah dipilih oleh Mahathir untuk menggantikannya apabila beliau bersara pada Oktober 2003. Namun, akibat pergeseran kedua-duanya dan diburukkan lagi dengan prestasi buruk BN pada pilihan raya umum 2008, Mahathir terus membidas Abdullah dan mendesaknya meletak jawatan.

SURAT TERBUKA UNTUK ZUL NORDIN

Posted: 18 Nov 2010 02:45 AM PST

Ada orang minta disampaikan kepada pejuang islam tulen & sejati. MP Kulim Konsensus Bebas.
Kepada pembaca yg melayari laman ini, sila baca bahagian yg di italic bold untuk mengenali siapa dia Sang MP Kulim ini yg makin menjadi lagak heronya.
Ini adalah petikan dan pesanan yang diambil daripada blog tukar tiub Hishamuddin Rais ( Orang Nogeri Yooo )
SANDIWARA POLITIK PKR SUDAH LENGKAP – berita hairan
Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin, berkata pengumuman bekas Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wilayah Persekutuan, Zaid Ibrahim, untuk meninggalkan PKR secara rasmi tidak lama lagi sekadar pelengkap kepada sandiwara dimainkan kepemimpinan PKR selama ini.
"Kecundangnya Zaid, sekadar mengesahkan apa yang kami di Konsensus Bebas dedahkan dari awal, bahawa PKR hanyalah parti untuk golongan Firaun kecil yang mendokong falsafah politik matlamat menghalalkan cara, menggunakan kaedah pembohongan dan cakap tak serupa bikin untuk memahkotakan angan-angan seorang manusia untuk menjadi Perdana Menteri.
Kepada Zul Nordin:
Saudara,Tiga hari dahulu saya mendapat panggilan talipon. Ketika panggilan masuk saya berada dibilik mandi. Selesai mandi saya ternampak ada tanda pangilan tidak dijawab dan belum pun sempat saya melakukan sesuatu - satu susulan pesanan ringkas masuk.
Pesanan meminta kebenaran untuk bercakap jika saya sibuk dan tidak mahu diganggu. Pesanan ini saya tahu dari siapa. Saya amat kenal hamba allah ini. Ini kenalan dan kawan lama saya.
Kami berkenalan dan berkawan ketika kami muda. Kami berkenalan dan berjuang ketika kami anak anak mahasiswa. Hamba allah ini juga adalah ahli majlis ke 16 Persatuan Mahasiwa Universiti Malaya dimana saya menjawat Setiausaha Agung PMUM.
Untuk masa ini biarlah saya tidak mengenalkan nama hamba allah ini kepada umum. Tetapi saudara Zul Nordin pasti amat amat mengetahui siapa hamba allah yang saya maksudkan ini.
Biar saya teruskan surah ini. Saya pun menalipon kenalan lama saya ini. Apa yang saya tulis dibawah ini ini adalah hasil dari perbualan talipon kami.
Bagini isinya:
Saya diberiathu bahawa apabila parlimen dibubarkan pada tahun 2008 dahulu, nama Zul Nordin telah dicadangkan oleh Parti Keadilan Rakyat sebagai calon parlimen.
Zul Nordin telah berkesah tentang namanya sebagi calon kepada ramai orang. Zul Nordin bercerita bahawa dia amat amat kekurangan duit. Malah Zul Nordin becerita yang dia tidak memiliki duit untuk untuk wang pertaruhan.
Zul Nordin telah mengkesahkan ' kesusahan' ini kepada seorang seniman. Sang Seniman ini kemudian telah pergi menemui hamba allah kawan saya itu dan meminta sesuatu dilakukan.
Sebenarnya sang Seniman, hamba allah ini dan saya adalah dalam satu angkatan. Kami sama sama di jalan raya pada Disember 1974 dahulu. Sang Seniman ini adalah juga kawan baik saya.
Si hamba allah ini dengan baik hati telah menguruskan 15ribu ringgit duit Malaysia untuk digunakan oleh Zul Nordin. Wang sebanyak ini telah dipinjamkan agar dapat digunakan sebagai duit pertaruhan yang diwajibkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya -SPR.
Telah dijelaskan antara si pemberi dan si penerima bahawa wang sebanyak ini hanyalah untuk dipinjamkan sahaja. Sesudah piliharanraya selesai wang pertaruhan ini akan dikembalikan
Zul Nordin ketika itu adalah anggota PKR telah menang dan diangkat sebagai ahli parlimen.
Hamba allah kawan saya ini telah membiarkan beberapa bulan sebelum cuba menghubungi Zul Nordin untuk menuntut kembali wang sebanyak 15ribu ringgit ini. Semuanya gagal. Zul Nordin, si Pejuang Islam dan si Penjihad agama ini tidak ambil pot.
Telah beberapa kali cuba dihubungi, si Pejuang Islam ini buat deeeeek sahaja. Justeru hamba allah ini tidak ada pilihan melainkan menalipon Tukar Tiub.
Itulah saja isi perbualan talipon antara saya dengan hamba allah yang meminjamkan duit kepada Zul Nordin.
Saudara Zul,
Saya berharap saudara Zul membaca surat saya ini.
Atau jika ada sesiapa yang kenal atau ada hubungan dengan Zul Nordin sila sampai berita hutangnya yang belum berbayar.
Marilah kita sama-sama ingat mengingati bahawa sebelum kita berbuih-buih mulut untuk berjihad lebih baik kita selesaikan hutang piutang kita. Sebelum kita meloncat loncat bercakap tentang Islam lebih baik kita uruskan hal hutang kita.
Saya kurang arif dalam hal hukum hakam Islam justeru saya tidak tahu apakah hukumnya jika kita memiliki wang tetapi enggan membayar hutang lama kita. Saya harap mereka yang arif dalam hal ini akan berbaik hati untuk menerangkan kepada saya yang jahil ini.
Tetapi dalam budaya dan lingkungan saya yang kurang didikan agama dan tidak pernah berjihad dan tidak melaung-laungkkan Islam – kami akan menyelesaikan hutang piutang kami. Bukan kerana kami hendak masuk syurga tetapi cakap kami adalah janji kami. Janji kami tidak bersayap. Apa yang dikata akan dikota. Ini pegangan hidup kami walau pun kami tidak berjihad atau berbuih-buih mulut bercakap tentang Islam.
Sekian wassalam
Isham Rais
p/s:
saya menulis surat ini untuk menyatakan rasa simpati saya kepada hamba allah kawan saya yang duitnya telah saudara pinjam. malah kawan saya itu tidak ada jalan lain lagi untuk mendapatkan kembali duit itu.

DIANTARA TAN SRI KHALID IBRAHIM DGN NAJIB RAZAK

Posted: 18 Nov 2010 02:31 AM PST

Petikan daripada Utusan Meloya.
Soalan pokok disini ialah :-
Pada tahun 2009, Tan Sri Khalid disiasat SPRM kerana sumbangan 46 ekor di Parlimen Bandar Tun Razak, tahun 2010 anak Tun Razak, PM Malaysia ke 6 terima 659 ekor lembu dari 20 buah syraikat korporat ( kononya ), untuk program qurban Aidil Adha bagi sebaran ke seluruh Negeri Pahang.
Apa komen SPRM selepas ini?
Korban perlukan terjemahan

Oleh YUSRI SAHAT dan ZAMZURINA AHMADutusanpahang@utusan.com.my

PEKAN 16 Nov. - Datuk Seri Najib Tun Razak mahu umat Islam di negara ini menterjemahkan ibadat korban kepada konsep yang lebih meluas.

Menurut Perdana Menteri, ibadat korban perlu dilihat sebagai satu konsep yang amat baik untuk diamalkan dan ia merupakan nilai murni dalam kehidupan bermasyarakat.

"Kita mesti melihat pengertian berkorban dari skop yang kecil iaitu penyembelihan binatang korban kepada skop yang lebih luas dalam setiap saat dan ketika.

"Dengan kata lain, kita mesti menggandakan pengorbanan tenaga, pemikiran, kepakaran dan masa bagi mentransformasikan negara dalam pelbagai bidang seperti ekonomi, pendidikan, sosial dan politik.

"Sebagai contoh, Model Baru Ekonomi (MBE), Pelan Transformasi Ekonomi (ETP) dan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), ia bagi meningkatkan ketakwaan kepada Allah dan menjana kemakmuran rakyat," katanya.

Beliau berucap pada Majlis Penyerahan Watikah dan Wakalah Korban dalam Parlimen Pekan di Dewan UMNO Pekan di sini, hari ini.

Hadir sama isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob; barisan ahli Exco kerajaan negeri; ketua-ketua UMNO bahagian dan para pemimpin masyarakat.

Sebanyak 659 ekor lembu disumbangkan oleh 20 syarikat untuk diagihkan kepada 13 bahagian UMNO di seluruh negeri dan 55 masjid di daerah ini.

Menurut Najib, falsafah ibadah korban menekankan kesatuan umat yang dibina atas dasar takwa bagi memantap dan mengharmonikan hubungan sesama manusia yang terdiri daripada pelbagai agama dan kaum sejajar dengan konsep 1Malaysia.

"Dari sudut lain, ibadah korban adalah satu cara yang amat baik bagi menjalin kemesraan dan kasih sayang sesama masyarakat iaitu apabila masyarakat mengamalkan gotong-royong ketika melapah dan mengagihkan daging korban termasuk mengadakan kenduri kesyukuran," jelasnya.

Tegas Perdana Menteri, sesuatu perkara atau matlamat tidak mungkin menjadi kenyataan jika ia tidak dilakukan atas dasar pengorbanan.

"Ini kerana matlamat yang diidamkan tidak akan menjadi kenyataan jika hanya mengharapkan sesuatu datang bergolek atau yang pipih datang melayang," jelasnya.

Dalam ucapannya juga, Perdana Menteri mengucapkan terima kasih kepada semua penduduk dalam Parlimen Pekan yang sentiasa mendoakan supaya beliau cepat sembuh daripada penyakit cacar yang dihidapinya.

"Berkat doa tuan puan, semuanya telah berakhir, cuma sekarang hendak pulih balik kesihatan sepenuhnya. Bab muka ini, tidak tahu bila (pulih). Macam-macam petua, jangan makan kicap, jangan kena hujan, doa harap pulih seperti sedia kala," katanya.

Secara berjenaka Najib berkata, penyakit itu biasanya dihidapi oleh kanak-kanak dan bukan orang dewasa seperti beliau.

"Biasanya penyakit ini kena kepada kanak-kanak tetapi apabila orang tua kena, ada sikit komplikasi," katanya.

BILA SPRM NAK SIASAT KES LOMBONG PASIR N.SEMBILAN

Posted: 18 Nov 2010 02:23 AM PST

satu persoalan yang cukup besar.

Oleh: amkns


"Laporan Ketua Audit Negara 2009 mendedahkan kerajaan Negeri Sembilan rugi dalam aktiviti pengambilan pasir hasil royalti pengambilan pasir yang berjumlah RM1.6 juta bagi tempoh tahun 2007 hingga 2009 terpaksa digunakan untuk pemulihan alam sekitar. Jadi siapa yang untuk lombong pasir di N.Sembilan ni? Bila SPRM nak siasat kerugian besar ni? Dan siapa untung besar?
Berapa banyak wang digunakan untuk pulihkan alam sekitar ni? Dah pulih atau belum?Apa kena mengena dengan dakwaan Menteri Besar N.Sembilan beri wang pada Kelab Sukan SPRM seperti yang ditulis oleh Chegubard di pautan berikut http://chegubard.blogspot.com/2009/06/desak-ambil-tindakan-terhadap-sumbangan.html
JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN NEGERI SEMBILAN, PEJABAT DAERAH DAN TANAH, PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN NEGERI SEMBILAN DAN BADAN KAWAL SELIA AIR NEGERI SEMBILAN

3. PENGURUSAN AKTIVITI PERLOMBONGAN DAN PENGAMBILAN PASIR SERTA KESANNYA TERHADAP ALAM SEKITAR

3.1 LATAR BELAKANG

3.1.1 Pasir adalah butiran batu berdiameter daripada 0.0625mm hingga 2mm dan berwarna putih cerah. Pasir boleh berpindah akibat tiupan angin atau dibawa air sebelum berkumpul di muara sungai, tepi pantai, bukit kecil, tanjung, beting pasir di tengah laut, gurun dan kawasan berkaitan aliran air. Terdapat beberapa jenis pasir iaitu pasir sungai, pasir lombong, pasir laut dan pasir gurun. Pasir merupakan bahan utama dalam industri pembinaan terutamanya yang melibatkan binaan konkrit dan jalanraya. Pasir juga digunakan untuk kerja tebus guna tanah. Sumber bekalan pasir yang paling banyak dan mudah di negara ini adalah dari dasar sungai.
3.1.2 Pengeluaran pasir merupakan salah satu sumber ekonomi kepada kerajaan Negeri Sembilan di mana pada tahun 2007 jumlah pengeluaran pasir adalah 186,880m3 dan meningkat kepada 193,228m3 pada tahun 2008. Ia terus meningkat kepada 317,792m3 pada tahun 2009. Negeri Sembilan telah mengutip sejumlah RM0.46 juta pada tahun 2007 hasil daripada sumber pengeluaran pasir melalui bayaran deposit dan royalti. Kutipan ini meningkat kepada RM0.58 juta pada tahun 2008 dan seterusnya meningkat kepada RM0.94 juta pada tahun 2009.

3.1.3 Aktiviti perlombongan dan pengambilan pasir dijalankan sama ada di atas tanah milik kerajaan atau tanah milik individu. Sepanjang tempoh dari tahun 2007 sehingga 2009, terdapat 239 pengusaha berlesen yang menjalankan kegiatan pengambilan pasir di Negeri Sembilan. Pengambilan pasir di Negeri Sembilan adalah tertakluk kepada Kanun Tanah Negara 1965, Akta Air 1920 (Pindaan 2007), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Akta Perlombongan 1959.

3.1.4 Pemberian permit untuk mengeluarkan pasir adalah di bawah tanggungjawab semua Pejabat Daerah Dan Tanah (PDT) berdasarkan kawasan pengambilan pasir yang dimohon. Permohonan perlu disertakan ulasan teknikal daripada Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Sembilan (JPSNS), Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan (JASNS) Dan Jabatan Mineral Dan Geosains (JMG) untuk menilai kesesuaian pengambilan pasir dari segi kawasan, sumber dan potensi pencemaran kepada alam sekitar sebelum permohonan disemak oleh Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Sembilan (PTGNS) dan dibawa untuk pertimbangan kelulusan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).

3.2 OBJEKTIF PENGAUDITAN

Objektif pengauditan adalah untuk menilai sama ada aktiviti perlombongan dan pengambilan pasir memberi kesan terhadap alam sekitar.

3.3 SKOP DAN KAEDAH PENGAUDITANPengauditan ini tertumpu kepada aktiviti pengambilan pasir sungai untuk tempoh tiga tahun (2007 hingga 2009). Pengauditan dijalankan di Daerah Seremban, Port Dickson dan Gemas yang melibatkan PDT dan JPSNS. Pengauditan ini dijalankan dengan cara menyemak fail, rekod dan dokumen serta temubual orang awam dan pegawai di jabatan yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung dengan aktiviti pengambilan pasir. Untuk menilai kesan alam sekitar dari aktiviti perlombongan dan pengambilan pasir, pihak Audit merujuk kepada JASNS dan Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan (JKNNS), Majlis Daerah dan Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk mendapatkan bantuan khidmat kepakaran terutama terhadap impak kepada kualiti air. Tumpuan juga dibuat terhadap aspek pemantauan aktiviti pengambilan pasir sungai di kawasan sungai yang mungkin memberi impak kepada alam sekitar seperti hakisan dan ketidakstabilan tebing sungai, perubahan ke atas rejim sungai yang mengubah aliran air sungai dan impak kepada insfrastruktur dan utiliti. Beberapa siri lawatan juga dilakukan bersama pegawai jabatan ke kawasan pengambilan pasir dan lokasi di mana kesan daripada pengambilan pasir terhadap alam sekitar berlaku.

3.4 PENEMUAN AUDIT

Pengauditan yang dijalankan antara bulan September 2009 hingga Disember 2009 mendapati pada keseluruhannya pengurusan aktiviti pengambilan pasir di Negeri Sembilan adalah kurang memuaskan. Terdapat beberapa kelemahan yang bukan sahaja memberikan kesan pencemaran dan kemusnahan alam sekitar malahan menyebabkan kerugian kepada Kerajaan melalui hasil royalti pengambilan pasir yang berjumlah RM1.6 juta bagi tempoh tahun 2007 hingga 2009 terpaksa digunakan untuk pemulihan alam sekitar.

Antara kelemahan yang diperhatikan ialah:

• penurunan kualiti air sungai, kemusnahan tebing sungai dan perubahan rejim sungai adalah kesan alam sekitar akibat daripada aktiviti pengambilan pasir;

• kurang pemantauan oleh JPSNS terhadap pematuhan syarat pentadbiran dan teknikal pengambilan pasir; dan

• kurang koordinasi di antara PDT, PTGNS dan JPSNS dalam memastikan pengusaha pasir tidak merosakkan alam sekitar semasa aktiviti pengambilan pasir dilakukan.

Penjelasan lanjut mengenai kelemahan yang diperhatikan adalah seperti di perengganberikut:

3.4.1 Kesan Aktiviti Pengambilan Pasir Terhadap Alam Sekitar
JPSNS telah mengeluarkan Syarat-Syarat Pentadbiran dan Syarat-Syarat Teknikal Untuk Memproses Permohonan dan Pemantauan Aktiviti Pengeluaran Pasir Sungai Di Negeri Sembilan pada 16 Julai 2008. Antara syarat-syarat teknikal pengambilan pasir adalah:a) Pengusaha perlu mematuhi syarat penyediaan pelan kolam enapan yang menunjukkan tiga kolam enapan bersiri untuk mengawal kelodak cucian memasuki sungai dan kualiti air kolam enapan hendaklah ditentukan oleh standard JASNS;b) Menetapkan pengusaha bertanggungjawab terhadap segala kerosakan tebing dan pencemaran akibat pengambilan pasir dan melapor kepada JPSNS;c) Pelan keratan lintang yang menunjukkan aras dasar tebing serta rizab sungai yang disediakan oleh Juruperunding Profesional dan dihantar ke JPSNS sebelum kerja-kerja pengambilan pasir dijalankan; dand) Pengusaha tidak dibenarkan menyekat atau mengalih aliran sungai dan anak air yang terdapat di kawasan pengambilan pasir tanpa kebenaran JPSNS. Lawatan Audit ke tujuh lokasi pengambilan pasir di Sungai Linggi di Daerah Seremban dan Port Dickson, Sungai Batang Penar di Daerah Seremban dan Sungai Muar di Daerah Gemas mendapati perkara-perkara berikut:

i) Impak Kepada Kualiti Air Sungai

Kolam enapan bersiri diperlukan untuk memerangkap pepejal terampai dan sisa mendapan sebelum dilepaskan ke sungai dan berfungsi untuk mengawal kelodak cucian daripada memasuki sungai. Pengusaha perlu mengemukakan pelan kolam enapan bersiri seperti yang dikehendaki oleh JPSNS sebelum aktiviti mengambil pasir dijalankan. Kualiti air kolam enapan yang hendak dilepaskan ke sungai juga perlu ditentukan terlebih dahulu sama ada telah menepati standard JASNS seperti di Foto 3.1.

Perkara ini berlaku kerana kurangnya pemantauan serta penguatkuasaan oleh JPS dan PDT dalam menentukan syarat teknikal yang menghendaki pengusaha membina tiga kolam enapan bersiri dipatuhi. Pihak JASNS juga memaklumkan tiada tindakan oleh pengusaha untuk memastikan kualiti air dari kolam enapan yang hendak disalurkan ke sungai mengikut standard JASNS. Kesan daripada kolam enapan yang tidak mengikut syarat teknikal JPSNS telah mengakibatkan pencemaran dan penurunan kualiti air sungai di hilir kawasan pengambilan pasir. Pengukuran tahap pencemaran air sungai bagi aktiviti pengambilan pasir perlu berada sekurang-kurangnya dalam Kelas III seperti di Jadual 3.1 dan Jadual 3.2. Keputusan analisis Jabatan Kimia Malaysia berdasarkan Interim National Water Quality Standard for Malaysia (INWQS) dari pensampelan yang telah diambil oleh JASNS menunjukkan punca pelepasan air kolam enapan di tiga batang sungai tersebut mengandungi kepekatan pepejal terampai pada tahap tercemar iaitu kelas V seperti di Jadual 3.3. 1. Sungai Linggi Taman Angsamas, Kuala Sawah 5,800mg/L 28.10.2009 V Tercemar2. Sungai Muar Kampung Londah 2,400mg/L 13.11.2009 V Tercemar3. Sungai Ngoi- Ngoi Kampung Pantai 1,655mg/L 29.12.2009 V Tercemar Hasil perbandingan ujian air sungai di hulu dan hilir pelepasan air cucian pasir seperti di Jadual 3.4 mendapati klasifikasi air sungai di tiga kawasan yang diuji menunjukkan penurunan kualiti air berdasarkan Indeks Kualiti Air Negara (IKAN). Sungai Linggi berada pada tahap separa tercemar dengan penurunan kualiti air daripada IKAN 72 kepada IKAN 68, Sungai Ngoi-Ngoi walaupun berada pada tahap bersih tetapi menunjukkan penurunan kualiti air daripada IKAN 86 kepada IKAN 84 dan Sungai Muar pula berada pada tahap separa tercemar dengan mencatatkan penurunan IKAN 70 di hulu kepada IKAN 69 di hilir kawasan pengambilan pasir. Ujian Punca Air Sungai Di Hulu Dan Hilir Tapak Projek Aktiviti Pengambilan Pasir1.
Sungai Linggi Taman Angsamas, Kuala Sawah 72 68 Separa Tercemar2. Sungai Muar Kampung Londah 70 69 Separa Tercemar3. Sungai Ngoi-Ngoi Kampung Pantai 86 84 Bersih JPSNS memaklumkan akan memantau pengusaha supaya mengikut syarat yang dikeluarkan dan akan memaklumkan kepada PDT untuk mengambil tindakan memberhentikan sementara operasi pengeluaran pasir dan mengarahkan pengusaha membina semula kolam enapan bersiri mengikut syarat supaya dapat berfungsi dengan sempurna.

PDT Seremban, Port Dickson dan Gemas mengambil maklum mengenai perkara ini dan memandangkan aspek penyediaan kolam enapan adalah merupakan elemen teknikal yang melangkaui bidang dan keupayaan PDT, tindakan pemantauan secara kerap bersama JPSNS akan dilakukan supaya syarat teknikal dipatuhi oleh semua pengusaha pasir sebelum memulakan kerja.

Pihak JASNS melalui surat ASNB(B) 91/110/900/018(17) bertarikh 18 Mei 2010 memberi syor Pengusaha perlu mematuhi syarat penyediaan pelan kolam takungan mendapan bersiri untuk mengawal kelodakan cucian memasuki sungai dan sentiasa diselenggara untuk memastikan tahap keberkesanannya. Had pelepasan daripada kolam tersebut hendaklah tidak melebihi status kualiti air sungai untuk lembangan sungai tersebut berdasarkan 'Interim National Water Quality Standard for Malaysia' (INWQS). ii) Kerosakan Tebing SungaiPengusaha adalah bertanggungjawab untuk melaporkan kepada JPSNS segala kerosakan tebing sungai akibat pengambilan pasir dan hendaklah membaikinya atas tanggungan sendiri. Pengorekan pasir secara terus pada tebing sungai adalah dilarang untuk memastikan kestabilan tebing terpelihara.
Semakan Audit di Sungai Linggi, Kawasan Sua Betong, Daerah Port Dickson mendapati tebing di sungai berkenaan mengalami keruntuhan akibat daripada aktiviti pengambilan pasir seperti di Foto 3.6 dan Foto 3.7. PDT Port Dickson memaklumkan bahawa keruntuhan tebing berlaku kerana pengusaha menggunakan mesin untuk mengorek pasir di dasar dan tebing sungai. Namun begitu kaedah pengambilan pasir yang diamalkan sekarang adalah menggunakan pam yang dapat mengurangkan kerosakan tebing sungai. JPSNS telah mengarahkan pengusaha membaiki semula tebing tetapi pengusaha gagal melaksanakannya dan deposit pengusaha akan dirampas untuk membaiki tebing yang rosak. iii) Aras Dasar Tebing Serta Rizab Sungai TerjejasPengusaha dikehendaki menyediakan pelan sukat keratan lintang dan bujur setiap enam bulan sekali dan selepas operasi atau bila-bila masa yang dikehendaki oleh JPS bagi tujuan pemantauan.

Kerja sukat tersebut hendaklah disediakan oleh Juruukur Berlesen dan berdasarkan kepada Aras Ordinan Datum Jabatan Ukur. Semakan Audit mendapati pengusaha gagal menyedia dan mengemukakan pelan reka bentuk jajaran, keratan rentas dan memanjang sepanjang projek kepada JPSNS seperti yang dikehendaki dalam syarat teknikal JPSNS. Ini menyebabkanJPSNS sukar mengawal kerosakan tebing kerana tiada perbandingan yang dapat dibuat terhadap struktur tebing sebelum dan selepas aktiviti pengambilan pasir. Akibatnya kestabilan tanah dan tebing sungai terjejas dan berlakunya runtuhan tanah yang tidak terkawal.

Keadaan tebing yang runtuh akibat aktiviti perlombongan pasir juga telah menyebabkan kerosakan pada struktur hidrolik dan paip Indah Water Konsortium (IWK) seperti di Foto 3.8 dan Foto 3.9.JPSNS akan memastikan pengusaha yang diluluskan permit agar mematuhi syarat penyediaan Pelan Keratan Lintang dan Keratan Bujur.

iv) Impak Kepada Rejim Sungai

JPSNS hendaklah memastikan aktiviti pengambilan pasir tidak akan menyebabkan perubahan rejim sungai. Pengusaha tidak dibenarkan menyekat atau mengalih aliran sungai dan anak air yang terdapat di kawasan pengambilan pasir tanpa kebenaran JPSNS. Lawatan Audit ke Sungai Linggi pada 10 Ogos 2009 mendapati terdapat perubahan kepada rejim sungai di mana berlaku perubahan aliran air sungai, profil tebing dan sedimentation kesan daripada pengambilan pasir yang tidak terkawal. Terdapat pengusaha yang telah membina struktur merintangi sungai tanpa kebenaran JPSNS bagi tujuan mengumpulkan pasir seperti di Foto 3.10 hingga Foto 3.13. Akibatnya sungai menjadi statik dan perubahan struktur asal rejim sungai berlaku.

Semakan Audit terhadap pelan butiran dan keratan rentas yang disediakan oleh Juruukur Berlesen untuk kawasan pengambilan pasir sepanjang 350m di Sungai Linggi, Mukim Linggi, Daerah Port Dickson, mendapati berlaku perubahan profil tebing sungai di bahagian CH750 hingga CH800 di mana sungai menjadi lebar iaitu 58.92 meter berbanding lebar asal 25.90 meter seperti di Jadual 3.5. Analisis perubahan kelebaran sungai pada CH750 bagi tahun 2008 dan 2009 dapat dilihat di Foto 3.14 dan Foto 3.15 yang menunjukkan lebar sungai pada tahun 2008 iaitu sebelum aktiviti pengambilan pasir dijalankan adalah 25.90 meter pada CH750 dan 23.34m pada CH800. Namun begitu, ia menjadi 58.92 meter lebar pada CH750 dan 60.30m pada CH800 bagi tahun 2009 iaitu selepas aktiviti pengambilan pasir dijalankan di kawasan tersebut.

Akibatnya rejim asal sungai telah berubah dan rizab tebing asal telah menjadi sungai. Ini menyebabkan penyenggaraan tebing tidak dapat dilakukan oleh JPSNS. Aktiviti pengorekan pasir boleh mengakibatkan hakisan di tebing sungai dan runtuhan tanah ke dalam sungai yang seterusnya menyebabkan berlakunya pemendapan tanah di kawasan pengambilan pasir seperti di Foto 3.16 dan Foto 3.17. Pemendapan tanah akan mengganggu arah aliran air sungai di mana air sungai tidak dapat mengalir mengikut kelazimannya kerana terdapat halangan seperti tanah dan pasir yang menyekat laluan air.

JPSNS memaklumkan pemantauan syarat teknikal dilaksanakan oleh juruteknik JPSNS di peringkat daerah. Tindakan akan diambil untuk memastikan syarat teknikal dipatuhi dan seterusnya akan melaporkan kepada agensi yang boleh mengambil tindakan ke atas perkara yang di luar bidang JPSNS. Pada pendapat Audit, pematuhan kepada syarat pentadbiran dan teknikal pengambilan pasir oleh pengusaha adalah tidak memuaskan dan kurang pemantauan oleh JPSNS. Ini menyebabkan kualiti air sungai menurun pada tahap tercemar, kerosakan tebing sungai, aras dasar tebing serta rizab sungai terjejas dan memberi impak kepada rejim sungai.

3.4.2 Pengambilan Pasir Tanpa PermitKanun Tanah Negara (KTN) 1965 menetapkan kuasa untuk mengeluarkan permit bagi tujuan mencabut, memindah dan mengangkut bahan batuan dari tanah kerajaan adalah kepada Pentadbir Tanah. KTN melalui peruntukan seksyen 429B (1) dan (2) telah memberi kuasa kepada Pengarah Tanah Dan Galian (PTG) atau Pentadbir Tanah Daerah (PDT) untuk mengenakan kompaun kepada kesalahan-kesalahan yang dinyatakan dalam Kaedah-kaedah Tanah Negeri. Semakan Audit terhadap kawasan yang terlibat dengan aduan pengambilan pasir tanpa permit di PDT Seremban adalah seperti di Jadual 3.6. Senarai Kawasan Yang Terlibat Dengan Pengambilan Pasir Tanpa Permit Negeri Sembilan Bagi Tempoh Tahun 2007 Hingga Tahun 2009Bil. Tarikh Aduan Tempat/ Daerah1. 18.6.2009 Kg. Ulu, Mukim Rantau, Daerah Seremban.2. 8.5.2009 Kg. Pasir Tengah, Siliau, Seremban.3. 23.2.2009 Sungai Kepayang, Daerah Seremban4. 20.1.2009 Kg. Seri Lalang Simin, Mukim Rantau, Daerah Seremban.5. 9.12.2008 Sg. Chelet Kg. Bukit Kadir Nilai, Daerah Seremban6. 1.12.2008 Sungai Jimah, Kg. Jimah, Daerah Port Dickson.7. 9.9.2008 Sg. Batang Labu, Mukim Labu, Daerah Seremban.8. 22.9.2008 Sg. Batang Labu, Mukim Labu, Daerah Seremban.9. 23.4.2008 Sungai Pajam, Mantin, Seremban10. 19.10.2007 Sungai Linggi, Daerah Seremban.11. 9.5.2007 Jalan Labu, Daerah Seremban12. 21.2.2007 Kg. Labu, Mukim Labu, Daerah Seremban. Pengambilan pasir tanpa permit akan menyebabkan kerugian kepada Kerajaan Negeri kerana hasil royalti daripada pengeluaran pasir yang tidak dapat dikutip dan tiada pihak yang akan bertanggungjawab terhadap kerosakan akibat aktiviti yang telah dijalankan. Foto 3.18 menunjukkan antara kawasan pencerobohan aktiviti pengambilan pasir.

Bagaimanapun, pihak JASNS, PDT dan JPSNS telah mengambil tindakan terhadap aduan-aduan orang awam. Di antara tindakan yang telah diambil adalah seperti di Jadual 3.7. Pada pendapat Audit, aduan aktiviti pengambilan pasir tanpa permit telah diambil tindakan sewajarnya oleh JPSNS, JASNS, PTGNS dan PDT. 3.4.3 Pemantauan Dan Penguatkuasaan Alam Sekitar Berhubung AktivitiPengambilan Pasir Aktiviti pengambilan pasir hendaklah dipantau dan penguatkuasaan undang-undang yang sedia ada serta peraturan yang berhubungkait dengan aktiviti pengambilan pasir perlu dilaksanakan untuk pemeliharaan alam sekitar. Program penguatkuasaan yang dilaksanakan oleh PTGNS, PDT, JPSNS, JASNS dan Badan Kawal Selia Air Negeri Sembilan (BKSANS) adalah seperti di Jadual 3.8.

6. Badan Kawal Selia Air Negeri Sembilan Berdasarkan aduan.

Hasil daripada pemeriksaan dan lawatan Audit ke atas pihak yang terlibat dalam penguatkuasaan undang-undang berkenaan dengan pengambilan pasir ini mendapati:

a) Badan Kawal Selia Air Negeri Sembilan

Akta Air 1920 (Pindaan 2007) adalah di bawah BKSANS yang berfungsi untuk menjalankan pemeriksaan dan penguatkuasaan dengan berkesan terhadap pencemaran sumber air mentah, memantau dan menguruskan aduan awam serta hal pindaan, penggubalan yang berkaitan dengan perundangan di bawah Akta Air. Antara peruntukan di bawah Akta Air yang membolehkan tindakan perundangan diambil oleh BKSANS ke atas kerosakan alam sekitar adalah seperti berikut :

Section 4 Restoration of river banks.

Section 5 Prohibition of acts affecting rivers, except under license.

Section 7 Prohibition of diversion or abstraction of water from rivers, except under license.

Section 7A Prohibition of pollutions of rivers.

Section 16 Power to put a stop to and remedy illegal acts.

Semakan Audit mendapati penguatkuasaan terhadap seksyen dalam Akta Air belum dapat dilaksanakan di Negeri Sembilan kerana pengisian perjawatan bagi Unit Perundangan dan Penguatkuasa BKSANS belum dilaksanakan. Setakat 5 Ogos 2009, BKSANS hanya mempunyai tujuh pegawai berbanding dengan 26 pegawai sebagaimana yang diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) pada Julai 2009. Kesannya, aktiviti penguatkuasaan ke atas Akta Air yang telah berkuatkuasa tidak dapat dilaksanakan dan Unit Perundangan dan Penguatkuasa BKSANS tidak dapat berfungsi sepertimana yang telah ditetapkan.

Maklumbalas daripada BKSANS menyatakan bahawa penguatkuasaan belum dapat dilaksanakan dengan berkesan kerana peraturan kawalan pencemaran sedang dirangka dan belum diwartakan bagi pencemaran-pencemaran yang memerlukan pembuktian secara saintifik. Satu persetujuan telah dicapai dengan pihak Setiausaha Kerajaan Negeri untuk mengadakan Jawatankuasa Pengurusan Sumber Air di Negeri Sembilan. Jawatankuasa ini akan membincangkan mekanisme yang berkesan untuk melindungi sumber air dan akan dihadiri oleh Jabatan dan Agensi yang mempunyai kaitan dengan air. Sementara Jawatankuasa Pengurusan Sumber Air Negeri Sembilan telah dibentuk dengan mesyuarat pertama pada 22 Julai 2010 bagi membincangkan isu pencemaran sungai.

Melalui Jawatankuasa Pengurusan Sumber Air, Jawatankuasa Kerja Kawalan Pencemaran Negeri Sembilan telah dibentuk untuk menangani isu kualiti air mentah termasuklah pencemaran disebabkan oleh perlombongan pasir. Pada pendapat Audit, Kerajaan Negeri melalui BKSANS perlu segera memperkasakan keupayaannya untuk mengelakkan lebih banyak lagi kes pencemaran sumber air mentah. b) Perjanjian Pengambilan Pasir Tidak DitandatanganiMengikut Garis Panduan untuk memproses permohonan dan menetapkan syarat-syarat pengambilan pasir sungai, pengusaha adalah dikehendaki menandatangani surat perjanjian bersetuju untuk mematuhi semua syarat yang telah ditetapkan kepadanya sebelum pembayaran deposit dijelaskan.

Semakan Audit mendapati kesemua pengusaha di tujuh lokasi pengambilan pasir tidak menandatangani perjanjian dengan pihak JPSNS. Akibatnya, sebarang kerosakan seperti tebing runtuh akibat daripada kualiti kerja yang tidak sempurna tidak dapat dipertanggungjawabkan kepada pengusaha. Tanpa perjanjian rasmi, JPSNS tidak mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan perundangan terhadap pengusaha yang telah melanggar mana-mana syarat yang telah ditetapkan. JPSNS dalam maklumbalasnya menyatakan sedang menyediakan draf perjanjian untuk disemak oleh Penasihat Undang-Undang Negeri dan akan digunapakai selepas diluluskan.
Pada pendapat Audit, walaupun JPSNS tidak diberi kuasa perundangan untuk menarik balik atau menggantung permit namun melalui penguatkuasaan suratperjanjian tersebut ia telah memberi hak dan kuasa kepada JPSNS untuk bertindak berdasarkan perjanjian. c) Aduan Dan Laporan Media Mengenai Pencemaran Yang Berpunca Daripada Aktiviti Pengambilan PasirJPSNS, JASNS dan PDT adalah agensi yang kerap menerima aduan mengenai kemusnahan, kerosakan dan pencemaran akibat daripada aktiviti pengambilan pasir. Semakan Audit mendapati terdapat aduan daripada orang awam dan agensi kerajaan mengenai pencemaran yang disebabkan aktiviti pengambilan pasir di Negeri Sembilan. Antara aduan yang diterima dan laporan media adalah seperti di Foto 3.19 hingga Foto 3.24.

Aduan yang diterima oleh JPSNS dan JASNS dan laporan media mendapati beberapa aduan seperti kekeruhan air sungai, pencemaran kelodak dan hakisan tebing telah berlaku di beberapa kawasan di Negeri Sembilan yang diakibatkan oleh pengambilan pasir. Pada pendapat Audit, aduan dan laporan media mengenai pencemaran yang berpunca daripada aktiviti pengambilan pasir didapati telah diambil tindakan sewajarnya oleh JPSNS, JASNS dan PDT. 3.5 RUMUSAN DAN SYOR AUDIT

Secara keseluruhannya, pengurusan aktiviti perlombongan dan pengambilan pasir di Negeri Sembilan adalah kurang memuaskan kerana telah mengakibatkan kemusnahan dan pencemaran alam sekitar. Perkara ini berpunca daripada kelemahan penguatkuasaan dan pematuhan kepada peraturan yang telah ditetapkan serta pemantauan yang kurang berkesan.
Sehubungan dengan itu disyorkan supaya perkara berikut diberi perhatian oleh JPSNS, JASNS, PDT, PTGNS dan BKSANS untuk penambahbaikan terhadap pengurusan aktiviti perlombongan dan pengambilan pasir di Negeri Sembilan: a) Pemantauan dan penguatkuasaan perlu dijalankan oleh JPSNS, PTGNS dan PDT di kawasan pengambilan pasir dengan lebih efektif untuk membendung pencemaran alam sekitar.

Semua pihak perlu memastikan tiada kelewatan bertindak terhadap pengusaha yang menyebabkan kemusnahan dan pencemaran. b) JASNS perlu dimaklumkan oleh PDT atau PTGNS mengenai pengusaha yang telah diberi permit untuk tujuan penguatkuasaan dan pemantauan bersepadu bersama agensi berkaitan bagi memastikan isu pencemaran sumber air dan masalah berkaitan kemusnahan alam sekitar yang disebabkan oleh perlombongan dan pengambilan pasir dapat dipantau. Ini memandangkan jadual program penguatkuasaan tahunan JASNSadalah bagi premis dan aktiviti di bawah Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan) (Penialaian Kesan Kepada Kualiti Alam Sekeliling) 1987 dan lain-lain peraturan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. c) Koordinasi antara JPSNS, JASNS, PTGNS dan PDT untuk bertindak dalam menangani masalah aktiviti pengambilan pasir tanpa permit perlu dipertingkatkan. d) BKSANS melalui bidang kuasanya perlu melaksanakan Akta Air 1920 (Pindaan 2007) antaranya dengan melakukan pemeriksaan dan penguatkuasaan terhadap pencemaran sumber air mentah, memantau dan menguruskan aduan awam. e) Pengisian perjawatan BKSANS perlu diisi sepenuhnya agar ia dapat berfungsi dengan cekap dan berkesan bagi mencapai objektif penubuhannya. Selain itu, bagi memantapkan lagi operasi penguatkuasa perundangan, BKSANS perlu memastikan Akta Air 1920 (Pindaan 2007) yang sekian lama berkuatkuasa dipraktikkan dengan membuat perancangan bersepadu dengan Agensi Kerajaan di peringkat Negeri danPersekutuan dalam merangka peraturan yang berkaitan.

Kerjasama dengan perunding alam sekitar, badan profesional dan pertubuhan bukan Kerajaan yang terlibat dengan alam sekitar adalah diperlukan. f) Bagi melindungi kepentingan Kerajaan, JPSNS perlu memastikan surat perjanjian dipatuhi seperti di dalam Syarat Pentadbiran Pengambilan Pasir. Selain itu, bagi memastikan surat perjanjian yang lengkap, teratur dan menepati kehendak perundangan maka ia hendaklah dikemukakan kepada Penasihat Undang-undang Negeri untuk semakan dan kelulusan. Selain itu, koordinasi antara JPSNS, JASNS, PTGNS dan PDT dalam bertindak untuk memastikan syarat perjanjian dipatuhi seperti di dalam surat perjanjian peraturan dan undang-undang yang berkuatkuasa dipatuhi pengusaha sebelum dan semasa aktiviti pengambilan pasir dijalankan perlu dipertingkatkan.

Tiada ulasan: