Khamis, 18 November 2010

Angkatan Muda Keadilan Bagan Datoh,Perak Darul Ridzuan

Angkatan Muda Keadilan Bagan Datoh,Perak Darul Ridzuan


Ahmad Maslan menteri penuh, Khairy timbalan?

Posted: 18 Nov 2010 06:17 AM PST

Desas desus rombakan kabinet didakwa bakal menyaksikan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan akan menjadi menteri penuh manakala Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin sebagai timbalan menteri.

Sumber-sumber memaklumkan rombakan tersebut dijangka diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak minggu depan atau awal bulan Disember.

Empat menteri disebut-sebut akan digugurkan iaitu Datuk Ahmad Shabery Cheek (Menteri Belia dan Sukan); Datuk Shaziman Abu Mansor (Kerja Raya); Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan) dan Datuk Seri Ng Yen Yen (Pelancongan).

Beberapa menteri pula dijangka bertukar kementerian seperti Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang kini Menteri Dalam Negeri dipindahkan ke Kementerian Pertahanan.

Dua bekas menteri, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang kini Setiausaha Agung BN dan bekas Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman Said akan kembali ke kabinet.


Jika ianya benar, beberapa penganalisis politik melihat ianya sebagai petanda bahawa Pilihan Raya Umum ke-13 semakin hampir dan Najib sedang memperkemas pasukannya.

Mereka tidak menolak kemungkinan PRU-13 akan diadakan tahun hadapan berasaskan BN pada waktu ini yakin mereka telah mendapat kembali sokongan rakyat.

Penanda aras paling akhir bagi mereka setakat ini adalah Pilihan Raya Kecil Dun Galas dan Parlimen Batu Sapi pada 4 November lepas yang menyaksikan kemenangan calon BN.

Beberapa pihak turut mendakwa cadangan melantik Ahmad Maslan ke jawatan menteri penuh kerana "sumbangan" besarnya menjadi jurucakap dalam isu Felda.

Beliau dilihat paling menonjol membela dakwaan "salah urus" dalam Felda biarpun dalam beberapa kes mahkamah yang dimenangi peneroka.

Rombakan kabinet kali ini juga dilihat sebagai peluang terakhir bagi ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menyertai kabinet sebelum pilihan raya umum akan datang.

Khairy tidak dilantik menganggotai kebinet apabila Najib mengambil alih pentadbiran April lalu, sedangkan Datuk Mukhriz Mahathir yang mencabarnya bagi jawatan nombor satu pergerakan itu, mengisi jawatan timbalan menteri.

Selain itu, Naib Ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim juga dilantik sebagai timbalan menteri.

MEDIA PERDANA DAN UMNO MEMPOPULARKAN DS ANWAR DAN PKR !

Posted: 18 Nov 2010 06:11 AM PST

Anwar Tenang, Umno Cemas, Rakyat Bijak........???

Keadilan semakin mendapat tempat dalam perhatian media perdana. Bicara massa perdana Utusan, Berita Harian, TV1 dan TV3 terpaksa untuk mengulang tulis dan tayang konflik pemilihan KEADILAN. Anwar terus diserang melalui isu Pemilihan tidak telus. Ini tanda Anwar Ibrahim dan KEADILAN masih relevan dalam landskap politik tanah air. Semuanya termasuk media perdana, ulama',pimpinan UMNO prihatin terhadap perkembangan memberangsangkan parti KEADILAN ini. Pimpinan UMNO/BN sehingga tidak tidur malam hanya untuk memikirkan tentang KEADILAN berbanding untuk melawan rasuah membarah dalam parti dan kerajaan teraju mereka.


Akhirnya media perdana akur, daripada mereka terus menjadi jurucakap UMNO/BN dengan slogan 1Malaysia yang tidak diendah rakyat, masalah kepimpinan UMNO/BN yang lebih lemah dan rasuah yang membarah, lebih baik mereka memaparkan isu, perjalanan, masa depan serta kepimpinan KEADILAN bagi menaikkan rating popular akhbar dan siaran mereka. Isu Pakatan Rakyat baik kepimpinan, pemilihan dan gerak kerja menjadi perhatian umum.


Ini suatu perkembangan yang menarik dan baik untuk KEADILAN DAN PAKATAN RAKYAT. Media Perdana terpaksa cari makan dengan isu KEADILAN DAN PAKATAN RAKYAT. Lihat sahaja isu banjir di Kedah, serangan memburukkan imej MB Kedah begitu teruk dilakukan dengan tohmahan bahawa MB tidak turun kawasan banjir. Ini tanda UMNO/BN cemas. Daripada Kedah hingga ke Selangor diserangan habis-habisan PR. Namun rakyat bijak menilai. Jika tatkala KEADILAN DAN PAKATAN RAKYAT jadi pembangkang, media mendapat nikmat 'cari makan' dengan isu pihak ini, maka lebih untung jika KEADILAN DAN PAKATAN RAKYAT menjadi kerajaan, sudah pasti banyak isu kebajikan, masa depan negara yang lebih baik disajikan KEADILAN DAN PAKATAN RAKYAT untuk memberikan ruang berita lebih positif untuk massa perdana.


Perspektif bicara kita mudah, jika Anwar Ibrahim atau KEADILAN tidak memberi cabaran kepada UMNO/BN, sudah pasti tidak perlu untuk dihujankan fokus serangan imej terhadap parti ini. Namun, disebabkan KEADILAN menjadi antara faktor penentu masa depan Pakatan Rakyat dan dilihat semakin kuat apatah lagi keberanian untuk menjalankan proses pemilihan 'satu ahli satu undi', maka mahu tidak mahu UMNO/BN melihat ini sebagai kanser yang akan menyerang saraf mereka. KEADILAN lebih berani menterjemahkan demokrasi yang lebih terbuka untuk anggotanya dan umumnya rakyat. Ini dilihat baik untuk rakyat. Ini kelebihan Anwar, beliau cukup tenang berdepan dengan semua ujian ini. Rakyat menilai kekuatan pemimpin seumpama ini. Ternyata sekali lagi UMNO/BN cemas.


Pilihanraya akan berlangsung pada tahun hadapan, terpaksa UMNO/BN seberapa segera menyerang faktor penyatu Pakatan Rakyat, iaitu faktor Anwar Ibrahim dan parti KEADILAN. Serangan perlu fokus, Anwar Ibrahim mesti diserang kanan dan kiri. Baik menggunakan undang-undang, fitnah, barisan MP lompat, pimpinan UMNO dan media massa.


Pimpinan UMNO nampaknya kurang berani menyerang Anwar Ibrahim secara langsung kerana mereka tahu Anwar dan Pakatan Rakyat dipihak yang benar atau mereka sengaja berhelah dengan menggunakan barisan MP lompat dan media perdana untuk terus-terusan mengkritik secara keras. Ini untuk menjaga nama baik UMNO, yang busuk nama barisan MP lompat dan media perdana. Lihat, tatakala UMNO/BN hilang sokongan politikpun mereka sanggup mempergunakan orang lain termasuk media dengan merosakkan imej media perdana yang sepatutnya menjadi agen makluman polisi kerajaan untuk rakyat dan bebas kepada menjadi agen fitnah parti UMNO/BN. Mungkin media perdana tidak salah, yang salahnya beberapa pimpinan UMNO/BN yang secara salah member tekanan terhadap media perdana untuk terus memburukan imej Anwar Ibrahim dan PR.


Anwar Ibrahim cukup tenang berdepan semua ujian ini. Bermula daripada dibuang daripada kerajaan 12 tahun sudah, fitnah liwat dan hari ini parti yang diasaskannya juga diserang bagi memburukkan imej. Serangan dibuat tanda UMNO/BN cemas dan terpaksa membuat ini semua bagi mengekalkan kuasa menjelang Pilihanraya Umum ke 13 tahun hadapan. Najib Tun Razak demam mendengar masa depan KEADILAN yang lebih baik ini.


Rakyat lebih bijak menilai, anak muda membuat konklusi bahawa lagi diserang KEADILAN, ini bermakna parti ini kian penting dalam arena politik negara dan punyai masa depan yang baik. Kerana media juga melihat masa depan KEADILAN yang baik untuk mentadbir Malaysia. Sebab itu mereka memberikan fokus kepada jatuh bangunnya PKR. Maka anggota parti akan melihat siapa yang melatah dan siapa yang bersedia secara matang untuk memimpin Malaysia.


Media yang telus akan dapat melihat beza banding 53 tahun UMNO/BN memerintah dengan hanya 2-3 tahun Pakatan Rakyat mentadbir di Kedah, Kelatan (20 tahun), Pulau-Pinang dan Selangor dengan baiknya, berkebajikan,telus dan komited untuk rakyat. Rakyat begitu faham akan mainan media jika ada yang berat sebelah, akhirnya serangan media perdana yang keterlaluan akan diterjemahkan sebagai keprihatinan rakyat untuk bersama membaiki, menyokong dan memberikan harapan masa depan untuk KEADILAN dan PAKATAN RAKYAT.

Limpahan Warga Asing Di Kota Setiap Kali Musim Perayaan, Kerajaan Berdiam Diri?

Posted: 18 Nov 2010 06:04 AM PST


MACAM-MACAM RAGAM...kehadiran warga asing di Taman KLCC menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan penduduk tempatan dan pelancong.

KUALA LUMPUR: Seperti biasa, setiap kali cuti umum, tempat tumpuan di ibu kota antaranya Taman KLCC dipenuhi ratusan warga asing yang berkumpul beramai-ramai dan melepak di kawasan berkenaan hingga menimbulkan keadaan kurang selesa kepada pelancong asing dan warga tempatan.

Ada antara mereka yang bukan saja berehat, malah melanggar peraturan dengan menceroboh masuk ke dalam kolam air pancut di hadapan Suria KLCC hingga mencacatkan pemandangan di kawasan berkenaan.

Malah, tidak kurang juga yang bersikap keterlaluan apabila tanpa segan silu bercumbu di khalayak ramai.

Suri rumah, yang hanya mahu dikenali sebagai Siti, 34, berkata dia bimbang dengan keselamatan diri dan keluarga berikutan kehadiran terlalu ramai warga asing di taman berkenaan.

"Ini kali pertama saya dan suami datang ke sini kerana tidak dapat pulang ke kampung sempena Aidiladha, tetapi saya terkejut dengan kehadiran warga asing yang terlalu ramai sehingga saya rasa seolah-olah tidak berada di Malaysia," katanya.

Emelan Nordin, 25, dari Sabah berkata, walaupun dia sudah biasa dengan keadaan berkenaan, namun berharap pihak bertanggungjawab meningkatkan tahap keselamatan di kawasan itu.

"Walaupun mereka tidak mengganggu atau membuat kacau, namun pemantauan rapi perlu dilakukan kerana bukan hanya kami warga tempatan, malah saya yakin pelancong juga tidak selesa dengan sikap mereka.

"Tidak hanya melanggar peraturan yang ditetapkan di taman ini, ada juga antaranya tidak langsung menjaga kebersihan dengan membuang sampah dan meludah di merata tempat," katanya.

Bagi warga Indonesia, Hilhamjayadi, 36, cuti umum yang diperoleh digunakan sepenuhnya untuk bertemu rakan dan saudara-mara yang tidak dapat pulang menyambut Aidiladha di kampung halaman dan berkongsi pengalaman bekerja di Malaysia.

"Inilah masanya untuk kami bertemu, berkumpul sebegini sedikit sebanyak dapat mengurangkan kerinduan terhadap keluarga di kampung. "Mungkin sikap tindakan kami berkumpul dipandang serong sesetengah pihak, namun sebenarnya tiada apa yang kami lakukan, hanya berkongsi cerita," katanya.

Tinjauan mendapati kebanyakan warga tempatan mengunjungi kolam kanak-kanak dengan membawa anak-anak mereka di bawah 12 tahun untuk bermain di sana lebih-lebih lagi sempena cuti sekolah sekarang.

Rakan karib Umno hina Islam lagi

Posted: 18 Nov 2010 06:02 AM PST

Lepas satu-satu Presiden parti karib Umno, MCA cuba memperlekeh Islam dan umat Islam. Bukan itu sahaja, beliau tanpa rasa takut telah menyalahkan Islam dalam banyak hal. Semuanya kerana 'pertahanannya' adalah rakan karib dalam Barisan Nasional (BN) iaitu Umno yang juga turut memperlekeh Islam. Itu semua umpan nak tarik kembali sokongan Cina terhadap MCA yang dipalit dengan kontroversi adegan seks presiden parti.

Sebelum ini, Presiden MCA turut mengeluarkan kenyataannya konon antara negara yang mengamalkan rasuah terdiri daripada negara yang mempunyai majoriti masyarakat Islam. Beliau turut mendakwa pertarungan keIslaman antara Umno dan PAS sebagai punca utama negara terperangkap dalam golongan negara berpendapatan sederhana.

Tak cukup kata Islam menyebabkan kemunduran, hari ini pulak Presiden MCA turut mempersalahkan sambutan Idul Adha yang sudah menjadi perayaan bagi orang Islam dan diiktiraf sebagai cuti umum di negara ini. Konon telah menyebabkan kedai-kedai banyak tutup disebabkan cuti sambutan Idul Adha.

"Disebabkan Hari Raya Haji, semua kedai nampak tertutup untuk sambutan ataupun ini adalah arahan daripada majlis tempatan? Ia sunyi di Kota Bharu," soal Chua dalam Twitternya.

Kenapa begitu berani Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek memburuk-burukkan Islam tanpa anda berlapik atau kias-kias?

Mesti 'pelindungnya' tu besar dan berpengaruh sampai begitu berani. Siapa 'pelindung' tu?Apa kata orang Umno? Tak kisah ke MCA hina Islam? Pasal DAP, hangpa bising riuh satu kampung walaupun ianya provokasi sahaja. Tapi yang Presiden MCA ucapkan itu adalah realiti.

Apakah pemuda Umno dah takdak 'telur' sehingga tak berani nak tegur rakan karibnya menghina Islam dan umat Islam?

Penulis cuma sekadar berfikir, bagaimana orang yang mengaku Islam yang tiada perasaan sensitiviti bagi penghinaan yang dilakukan MCA terhadap Islam dan umat Islam? Apakah perasaan itu dah terlucut dari hati-hati mereka itu? Subhanallah…

MCA hina Islam dibiarkan, tapi DAP jugak yang kena provok hina Islam. Apa ke jenis makhluk puak-puak Umno ni. Talam dua muka betul!

Woi Umno!..apakah hangpa setuju dengan apa yang diucapkan oleh Chua Soi Lek? Tak mahu berdemo ke?

Tiada ulasan: