Isnin, 15 November 2010

PARTI KEADILAN RAKYAT CABANG SEREMBAN

PARTI KEADILAN RAKYAT CABANG SEREMBAN


AHLI PERLU FAHAMI INTIPATI PERJUANGAN PARTI : DSAI

Posted: 15 Nov 2010 03:00 AM PST

Harap - harap penjelasan ini dapat difahami dengan sejelas - jelasnya oleh mereka yang masih was - was dengan perjuangan PKR.
SKUDAI 12 NOV:
Para ahli dan rakyat perlulah memahami intipati perjuangan PKR bukan kerana pengaruh pemimpinnya tetapi hasil perjuangan 12 tahun lalu oleh ahli-ahlinya.
Perkara ini dinyatakan oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu sesi dialog bersama rakyat di Pulai Springs Resort semalam,

Katanya para pemimpin sentiasa silih berganti tetapi kesinambungan PKR adalah kerana PKR didirikan di atas keringat, darah dan airmata para ahlinya.

"Bukan soal Anwar seorang, saudara ingat Anwar seorang kena pukul? Anwar seorang kena penjara? yang menentang ISA kerana Anwar kena ISA? Ribuan, para pejuang, ulama, dan guru agama, dosa mereka apa? mempertahankan prinsip perjuangan," tegas beliau kepada kira-kira 300 peserta dialog.

Menjelaskan berkenaan pendirian beliau terhadap kenyataan dan dakwaan bekas calon Timbalan Presiden PKR, Datuk Zaid Ibrahim yang baru-baru ini mendesak Anwar dan calon Timbalan Presiden Mohamad Azmin Ali untuk berundur dari PKR, Anwar berkata parti sudah memberikan peluang yang lebih dari mencukupi kepada Zaid.

"Saya terima dia (Zaid) masuk, baru masuk dua minggu hantar dia jadi Biro Politik. Baru masuk beberapa bulan jadi calon (pilihanraya kecil) Hulu Selangor. Apa ini, tak beri ruang? tak beri kesempatan? Di mana forum besar, (kita) tonjolkan (Zaid)," jelas beliau.

Kata beliau lagi, pembentukan insan seorang pemimpin dan ahli yang baik sudah pasti mengambil masa dengan memberikan contoh, walaupun Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail kelihatan lemah dan mudah disakiti tetapi Azizah merupakan seorang yang tegas dalam pendiriannya dan tidak goyah, maka amat sesuai menyandang jawatan Presiden parti.
"Kita melalui liku-liku yang susah, daya tahan itu kena ada. Nak jadi utama, tak mudah," katanya lagi.

Anwar menjelaskan, tindakan Zaid itu dilihat sebagai satu bentuk desakan dari pihak tertentu untuk mengugurkan beliau dari arena politik tempatan kerana sebelum ini beliau sudah beberapa kali ditangkap, diugut serta dihina semata-mata untuk menghalang perkembangan perjuangan beliau dan PKR.

"Saya nak ulang, satu-satunya cara anda fikir anda boleh, persulitkan kedudukan kita ini hanya dengan serang gunakan orang dalam. Orang kata, tengok, siapa duduk dengan Anwar tak boleh lama?

"Tapi saudara, kekuatan saya ini tidak daripada Tan Sri dan Datuk-Datuk Seri yang kaya. Kekuatan saya selama ini yang memajukan dan mempertahankan saya ialah sokongan dari akar umbi rakyat," jelas beliau.

MB NAFI DAKWAAN NOH OMAR YAYASAN SELANGOR BELANJA RM 800,000.00

Posted: 15 Nov 2010 02:54 AM PST

Noh Omar, apa lagi nak dikatakan dgn MP ni, Adun DAP yg Dunnya berada di didalam kawasan parlimen beliau pun di halang daripada membuat lawatan di Dun yang diwakilinya. Tidak cukup dengan itu, dimaki dan dicerca dilakukan terhadap Adun ini.
Jadi, tertanya pulak kita samada boleh mempercayai kata - kata Noh Omar yang juga orang kuat parti UMNO = Umno Menipu Nombor One
SHAH ALAM, 15 Nov — Tan Sri Khalid Ibrahim menafikan dakwaan RM800,000 telah dibelanjakan oleh Yayasan Selangor untuk menganjurkan majlis makan tengah hari sempena ulang tahun ke-40 agensi negeri itu yang sepatutnya diadakan hari ini. Menteri Besar Selangor menegaskan kos majlis itu masih kekal RM300,000 sebagaimana dimaklumkan sebelum ini.
Majlis itu yang sepatutnya diadakan hari ini telah dibatalkan selepas Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah memutuskan untuk tidak hadir kerana dukacita setelah dimaklumkan perbelanjaan melebihi RM300,000.

Bagaimanapun Timbalan Pengerusi Umno Selangor Datuk Noh Omar mendakwa lebih RM800,000 telah dibelanjakan untuk menganjurkan majlis tersebut.

"Angka yang diberikan kepada saya hanya RM300,000," kata Khalid kepada pemberita di bangunan Dewan Undangan Negeri Selangor hari ini.

"Biar beliau (Noh Omar) tampil dan menjelaskan (angka RM800,000)," kata beliau.
Semalam, Khalid berkata siasatan awal berhubung keputusan kontroversi untuk membelanjakan RM300,000 bagi majlis sambutan ulang tahun ke-40 Yayasan Selangor menunjukkan penglibatan pejabat Timbalan Pengurus Besar yayasan itu.

Sehubungan itu, Khalid yang juga pengerusi yayasan tersebut berkata bagi memastikan siasatan dilakukan dengan cepat dan bebas, kerajaan negeri telah mengarahkan Timbalan Pengurus Besar Yayasan Selangor Mohd Sharifuldin Sulaiman mengambil cuti bergaji selama sebulan berkuat kuasa serta merta sehingga siasatan selesai.

"Kerajaan menghargai setiap maklumat salah laku bagi memastikan pentadbiran negeri dan anak syarikat diuruskan dengan telus dan bertanggungjawab.

"Kita juga tidak akan teragak-agak untuk membuat keputusan berani termasuk membawa mana-mana individu yang terbukti melakukan salah guna kuasa ke muka pengadilan," katanya.
Sultan Selangor membatalkan hasrat menghadiri majlis sambutan itu Jumaat lalu.

Kelmarin, Noh mendakwa pembaziran dalam penganjuran majlis itu bukannya melebihi RM300,000 seperti yang dilaporkan sebelum ini tetapi melebihi RM800,000.

Pengurus Besar Yayasan Selangor Ilham Marzuki sebelum ini dilaporkan berkata kos sebenar majlis itu adalah RM285,000 bagi menampung penyediaan makanan untuk jemputan khas seramai 200 orang kenamaan dan 2,000 tetamu lain.

TANGGANG, LUNCAI atau PAK KADUK .....

Posted: 15 Nov 2010 02:44 AM PST

Oleh Jimadie Shah Othman

Perebutan jawatan timbalan presiden PKR - yang kini tinggal dua penjuru akibat pengunduran Datuk Zaid Ibrahim sebagai calon timbalan presiden - dilihat akan lebih menarik dan panas.
Ini kerana, pelbagai persoalan berhubung impak pengunduran calon heavyweight itu masih mendebarkan dan penuh tanya tanya.Tambahan lagi apabila penyelaras Pakatan Rakyat itu memulakan siri jelajah di seluruh negara, antaranya bagi menjelaskan 'kepincangan' Jawatankuasa Pemilihan PKR (JPP) dan menjaja kemungkinan penubuhan 'Keadilan Baru'.

Ketika pemilihan PKR masih dihurung pelbagai kontroversi dan 'dihantui' peratusan keluar mengundi yang rendah, pengundian di 81 lagi cabang – 12 pada Jumaat, 41 pada Sabtu dan 28 pada Ahad – akan berlangsung seperti biasa mulai hari ini.
Pada minggu pertama pemilihannya PKR dua minggu lalu, peratusan keluar mengundi hanya sekitar sembilan peratus manakala pada minggu kedua hanya meningkat sedikit kepada 12 peratus.
Justeru, parti pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail itu dilihat tiada pilihan kecuali menggiatkan jumlah keluar mengundi bagi mengelakkan tanggapan proses '1 undi 1 anggota' itu disambut dingin kira-kira 400,000 ahlinya di seluruh negara.
Dan sasaran itu dilihat melalui jalan penuh berliku ketika calon popular setakat ini Azmin Ali sudah selesa dengan majoriti sebanyak 2,479 undi meninggalkan pencabarnya yang masih kekal Mustaffa Kamil Ayub.
Kekosongan terlalu besar buat MustaffaSelepas 87 cabang bermesyuarat hujung minggu lalu, Azmin mendapat 6,467 undi, manakala Zaid memperolehi 3,988 dan Mustaffa Kamil Ayub meraih 1,215 undi.
Dengan pengunduran Zaid, majoriti Azmin kini bertukar kepada 5,252 undi - suatu angka yang sukar dihambat Mustaffa Kamil.

Bagaimanapun, permainan ini dijangka lebih menarik sekiranya Mustaffa Kamil– juga orang lama dalam PKR – dapat mengisi kekosongan yang ditinggalkan Zaid sebagai bekas menteri Umno yang disambut masuk dalam PKR penuh bergaya setahun lalu.
Persoalannya, adakan ruang kosong itu terlalu besar untuk diisi oleh Mustaffa Kamil? Tetapi bekas aktivis beliau dan NGO Islam itu juga bukan calang-calang calon.
Selain gaya dan retorik mirip Anwar, Mustaffa Kamil pernah membuktikan kekuatannya apabila menang bertanding jawatan naib presiden tiga tahun lalu walaupun daripada segi pencalon, beliau ketika itu di kedudukan keenam.
Namun, sekiranya anggota akar umbi PKR mulai bosan, semua percaturan itu akan menjadi tidak bermakna apabila pemilihan itu tinggal 'syok sendiri' dan tidak dipedulikan.
Dari segi yang lain, Azmin pula - yang masih dibelenggu dengan persepsi 'yesman' kerana hubungannya yang rapat dan lama dengan Anwar - pula tiada pilihan kecuali mengutip majoriti sebanyak mungkin bagi membuktikan mandat anggota PKR bersamanya.
Zaid pergi lebih jauh?
Walaupun terdapat cakap-cakap bahawa Mustaffa Kamil munggkin mengikuti jejak langkah Zaid, kemungkinan itu dilihat tipis buat masa ini.
Ini dikuatkan lagi dengan kenyataan terbaru Mustaffa Kamil semalam yang sekali lagi mengulangi ikrar tidak berbelah baginya pada Anwar dan Wan Azizah selepas hadir di sidang media yang menghentam bosnya sebelum ini.

Dalam kenyataan satu halaman itu, Mustaffa Kamil tampil menafikan terlibat menunjukkan memorandum mendesak Anwar dan Azmin supaya berundur pada sidang media di kediaman Zaid di Petaling Jaya.
Gambar beliau bersama Zaid itu digunakan secara meluas di pelbagai media arus perdana dan portal berita.
"Saya membantah sekeras-kerasnya laporan yang salah di dalam caption gambar tersebut kerana memorandum yang ditunjukkan di dalam gambar tersebut bukan sama sekali untuk mendesak Datuk Seri Anwar dan Sdr Azmin berundur.
"Sepertimana yang telah saya nyatakan sebelum ini, memorandum yang saya hantar pada 9 November 2010 tersebut adalah untuk meminta pembatalan dan penjalanan semula pemilihan Kepimpinan PKR 2010 dan kandungannya diketahui oleh Datuk Seri Anwar dan Datuk Seri Dr Wan Azizah," jelas Mustaffa Kamil.
Setakat ini, selain mengundurkan diri dan melepaskan semua jawatan dalam PKR, masih belum jelas sama ada Zaid boleh bertindak lebih jauh daripada itu.
Menanti 'nuklear besar'
Menurut sumber yang rapat dengannya, kem beliau mendakwa masih mempunyai bukti 'penyelewengan' pemilihan PKR yang masih belum didedahkan. Jenis bukti berkenaan setakat ini masih belum jelas.
Bagaimanapun, jika benar pendedahan baru ini benar-benar besar, ia bakal menjadi 'nuklear besar' bagi menghapuskan keyakinan anggota PKR kepada proses demokrasi itu, seterusnya mengikis kenyakinan mereka pada PKR.

Kemungkinan paling buruk yang betul-betul bakal memburukkan nama JPP parti itu apabila berlakunya penarikan diri beramai-ramai sebagai calon di pelbagai peringkat.
Setakat ini, seorang calon naib presiden Jonson Chong yang juga bekas pengarah komunikasi PKR difahamkan telah menarik diri. Pengumuman rasminya dijangka dibuat beberapa jam lagi.
Walaupun terdapat kemungkinan-kemungkinan di atas, berdasarkan premis terdapat pelbagai kemungkinan dalam politik, pemilihan di 81 lagi cabang mulai esok mungkin berjalan begitu sahaja, seperti biasa, seperti tiada apa-apa yang berlaku.
Bahangnya mungkin beralih kepada perebutan kerusi nombor tiganya pula di mana beberapa 'selebriti' PKR bertanding, antaranya 'puteri reformasi' Nurul Izzah Anwar, Timbalan Ketua Meneri Pulau Pinang Dr Mansur Othman dan Pengarah Strategik Tian Chua.

Sumber:Malaysiakini

UMNO TOLAK FAKTA SEBENAR, HUKUM AGAMA

Posted: 15 Nov 2010 02:35 AM PST

UMNO INI JIKA DITERJEMAHKAN MAKSUDNYA IALAH
U= UMNO
M= MENIPU
N= NUMBER
O= ONE
Berikut adalah analisa komen daripada Mat Zain Mat Isa

Ada benarnya kata orang, Umno dikuasai manusia yang gemar mengambil tindakan ebal dan sembrono. Kononnya mahu memperlihatkan diri sebagai sebuah parti yang prihatin dan sensitif, para pemimpin Umno sering tergesa-gesa memberikan reaksi terhadap sesuatu perkara berbangkit.

Selalunya tanpa usul periksa atau meminta penjelasan lebih terperinci, mereka mudah membuat kesimpulan atas sesuatu isu tercetus. Kerap berlaku reaksi tidak teliti didorong serakah politik itu jauh tersasar dari hakikat sebenar isu terbabit.

Tabiat Umno itu ibarat ungkapan sindiran dalam masyarakat Barat, "like a frog, easily jump into conclusion". Perangai itu juga menepati apa yang diistilahkan oleh orang Pantai Timur sebagai "baham rambang".

Sepatutnya hal sedemikian tidak berlaku. Selaku parti pemerintah kerajaan sejak sekian lama, Umno perlu menjaga imej dan kredibilitinya daripada dinilai sebagai tidak teliti. Lagi pun, ia ada akses kepada segala kemampuan komunikasi dan teknologi maklumat. Ia juga menguasai seluruh saluran media arus perdana, elektronik mahu pun cetak.

Jika mahu, ia boleh meminta agen perisiknya memaklumkan fakta sebenar sesuatu isu sebelum diulas para pemimpinnya. Umno juga boleh memastikan letak duduk sesuatu perkara dari media-media talibarutnya yang mencetuskan isu-isu terbabit agar reaksi diberikan tidak menyerlahkan kegopohannya.

Bagaimana pun, hal sebegitu itu tidak banyak berlaku. Sehinggakan dalam mengulas isu penting dan sensitif pun, para pemimpin Umno sering tersasar dari fakta sebenar, lari dari tajuk atau menyentuhnya secara 'out of contact'. Sesiapa pun yang meneliti dan menilai secara waras dengan dada terbuka agak sukar menerima banyak komen dan reaksi Umno itu sebagai rasional.

Meneliti laporan media beberapa hari sepanjang minggu lalu membantu memudahkan kita mengiyakan hakikat itu. Isu-isu dimanipulasi Barisan Nasional (BN) sepanjang kempen di dua pilihan raya kecil, masing-masing di Dewan Undangan Negeri (Dun) Galas, Kelantan dan Parlimen Batu Sapi, Sabah, banyak membabitkan kenyataan sembrono para pemimpin parti itu yang tidak menepati fakta sebenar.

Di Galas, misalnya, BN mendakwa kerajaan PAS menafikan hak rakyat daerah Gua Musang mendapatkan hak milik tanah. Sedangkan penjelasan pegawai kerajaan terlibat hal itu menunjukkan kelulusan hakmilik kepada 12,000 permohonan di kawasan itu telah pun dibuat.
Para pemimpin Umno juga cuba mengelirukan fakta kononnya dengan mengundi calonnya masalah hakmilik tanah akan dapat diselesaikan. Sedangkan mereka tahu kuasa meluluskan tanah dimiliki sepenuhnya kerajaan negeri.

Amat memalukan, kegilaan mereka menyeleweng dan membelakangkan fakta sebenar sesuatu isu bukan terbatas setakat perkara-perkara sosio-ekonomi. Umno malah tergamak mengenepikan pertimbangan rasional dan munasabah dalam isu-isu menyentuh fakta hukum agama sekali pun.

Isu pemberian wang zakat kepada saudara baru Orang Asli oleh Menteri Besar Kelantan, Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, misalnya sewenang-wenangnya digemariuhkan sebagai rasuah politik. Lalu tanpa bertangguh para pemimpin Umno mencanangkan bahawa PAS menyogok pengundi.
Segenap penjuak Umno bangkit menuntut PAS dikenakan tindakan kerana didakwa melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya. Seperti biasa, dalam keadaan genting sebegitu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tumpang mengeruhkan keadaan, apabila tergesa mengeluarkan kenyataan memberikan gambaran negatif terhadap PAS.

Tambah menyemarakkan persepsi buruk terhadap PAS ialah ulasan dan sorotan media talibarut BN yang sengaja memanipulasi isu itu secara tidak bertanggungjawab.
Penjelasan Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Abdul Halim Abdul Rahman, bahawa wang berkenaan adalah sumbangan zakat kepada penduduk yang baru diislamkan Nik Aziz sepatutnya menyelesaikan salah tanggapan itu.

Malangnya, penjelasan itu tidak diberi tempat seeloknya, terutama oleh media arus perdana dikuasai BN. Keegoan para pemimpin Umno pula menghalang mereka daripada mengakui keterlanjuran, walau pun membabitkan hukum agama.
Bukankah mereka tahu betapa golongan muallaf termasuk asnaf yang layak menerima zakat? Dan, seperti dijelaskan Abdul Halim, pemberian zakat kepada saudara baru boleh dibuat walau di mana dan bila.

Inilah yang dikata orang, sudah lah jahil, degil pula. Para pemimpin Umno terbukti enggan mengakui kesilapan, sukar menerima penjelasan orang, sehinggakan tergamak membelakangkan fakta hukum agama, walau pun sudah dijelaskan di depan mata oleh pelbagai pihak.

Sama juga halnya dalam isu pemberian wang kepada warga emas di Pulau Pinang. Minggu lalu, Pemuda Umno negeri itu mencuri tumpuan media sekali lagi apabila melakukan gimik menyerahkan kembali wang berkenaan kepada kerajaan negeri, atas dakwaan dibuat sebelum ini bahawa ia bercampur dengan wang judi.

Nampak sangat makhluk bernama Umno ini degil dan bebal, sehingga tidak bersedia menerima penjelasan para ulama dan tokoh agama mengenai letak duduk hukum wang berkenaan. Hati, mata dan telinga anugerah Tuhan seolah tidak digunakan untuk menerima kebenaran. Ia masih seronok menegakkan benang basah mempertahankan kebebalannya membantah secara "baham rambang" sesuatu yang belum pasti fakta hukumnya.

Itulah perangai hodoh Umno!

SATU RANCANGAN UNTUK KUBURKAN PKR MELALUI MAHKAMAH

Posted: 15 Nov 2010 02:28 AM PST

Satu analisa, renung - renungkanlah & fikir-fikirkanlah kemungkinan - kemungkinan yang boleh berlaku.

Oleh: WFAUZDIN NS
INGATKAH anda sejarah Umno pernah diharamkan? Mungkin ramai yang tidak tahu Umno sekarang adalah `benih baru' yang ditanam oleh Tun Mahathir. Jika anda mahu tahu sejarah Umno, mengapa ianya diharamkan suatu ketika dan kenapa `benih baru' ditanam semula, anda bolehlah bertanya dengan Ku Li atau Rais Yatim. Mereka arif tentang sejarah ini.
Seimbas lalu, saya petik dari blog rakan Greenboc tentang sejarah pengharaman Umno secara ringkas. "Pada Jun 1988, satu guaman sivil telah difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur oleh 11 ahli Umno yang dinamakan sebagai 'Umno 11′. Kumpulan ini telah memohon suatu relif termasuk suatu pengisytiharan bahawa pemilihan calon yang menang semasa Perhimpunan Agung Umno April 1987 sebagai bertentangan dengan perlembagaan parti, tidak sah dan dianggap terbatal serta tidak mempunyai kesan." (Greenboc).
Mengapa perlu kita imbas kembali sejarah Umno yang banyak mengkhianati orang-orang Melayu ini? Ini adalah untuk belajar dari sejarah parti yang hampir pupus itu, mengapa parti itu diharamkan suatu ketika. Ringkasnya, Umno diharamkan adalah kerana ketamakan kuasa Tun Mahathir yang mahu menghalang kemaraan Ku Li. Apabila saluran mahkamah digunakan oleh kumpulan yang sanggup merosakkan parti asalkan musuh mereka tidak dapat menguasai parti berkenaan.
Tidak mustahil hal yang sama boleh berlaku kepada PKR. Kita akan lihat siapa nanti yang tergamak membawa masalah dalam parti ini ke mahkamah, walaupun ruang dibuka seluas mungkin untuk mereka di dalam parti. Rasa tidak puas hati tentang pemilihan di dalam PKR kali ini banyak kedengaran, apatah lagi dijadikan bahan berita utama oleh media pencacai. Pihak parti juga telah memberikan kenyataan dan berjanji untuk menyelesaikannya sehingga sanggup memberi masa untuk mereka yang tidak puas hati itu mengumpul bukti untuk disiasat. Malahan, Presiden Parti DS Wan Azizah yang dikatakan `tidak berminat' dengan Azmin pun membuat kenyataan untuk menyiasat segala dakwaan tetapi bagi menghormati kehendak majoriti akar umbi, tanpa adanya bukti kukuh salah laku setakat ini, maka pemilihan mesti diteruskan.
Mungkin ada pula yang menukar tuduhan mereka selama ini dan menganggap DS Wan Azizah `berpihak' kepada Azmin apabila meneruskan pemilihan. Jika pemilihan dibatalkan dan dilakukan semula tanpa asas dan bukti kukuh, tentunya penyokong Azmin akan mendakwa pula DS Wan Azizah menyokong Zaid mahu pun Sdr Mustafa Kamil. Tentu sekali ini menimbulkan dilema buat Presiden Parti, lantas beliau berpegang kepada fakta yang ada iaitu pemilihan mesti berjalan dan siasatan perlu juga dilakukan.
Tentang isu samada parti akan dibawa ke mahkamah atau tidak, itu terpulanglah kepada mereka samada ingin digelar sebagai pengkhianat atau tidak. Apa yang penting, kita jangan meletakkan diri kita `satu kepala' dengan pengkhianat yang bakal muncul nanti./wfauzdin.blogspot.com

INDUSTRI MAKSIAT ETP, BERINGAT SEBELUM KENA

Posted: 15 Nov 2010 02:22 AM PST

satu peringatan daripada oleh Solleh al-Fatimi. Panjang sangat artikel ini. Untuk maklumat lanjut, layarilah : sila lawati: http://solleh-alfatimi.blogspot.com/2010/11/industri-maksiat-etp-beringat-sebelum.html


Dari: Solleh al-Fatimi
Memacu ekonomi negara. Itulah hasrat yang ingin dicapai dalam Program Tranformasi Ekonomi (ETP) yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak. Namun sungguh memalukan dan mengaibkan apabila cadangan yang terkandung dalam ETP merangkumi penubuhan beberapa kelab malam terkemuka, penganjuran konsert hiburan mega dan melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa. Tindakan ini adalah untuk memacu industri pelancongan.
EPP seperti yang dilaporkan akan menubuhkan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Higlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kota Kinabalu. Langkah kerajaan ini akan menyaksikan penubuhan enam kelab malam baru yang mampu menampung kehadiran 900 pengunjung pada hujung minggu menjelang awal 2012. Dua lagi akan beroperasi pada 2013 dan 2014 dan dikatakan menjelang tahun 2014, akan terdapat sekurang-kurangnya 10 kelab malam di zon hiburan. (Harakah: Bil 1585)
Saranan yang dibuat oleh Perdana Menteri kita ini, memanggil saya untuk saling mengingati sesama kita. Saya ingin mengajak sesiapa sahaja yang mempunyai akal untuk berfikir, mempunyai hati untuk menghayati, mempunyai mata untuk memerhati, mempunyai telinga untuk mendengar dan mempunyai lidah untuk menyampaikan apa yang ingin saya bentangkan ini. Inilah satu nasihat sebelum kita terlambat. Hayatilah sejarah lampau untuk mengatur langkah pada hari ini dan di masa hadapan.

BANJIR KILAT DI NEGERI SEMBILAN BERPUNCA DARIPADA PROJEK LANDASAN KERETAPI

Posted: 15 Nov 2010 02:16 AM PST

Di Pulau Pinang, kerajaan PR telah mengambil keputusan untuk memberhentikan buat seketika projek landasan berkembar ini. Tidak tahu pula bila agaknya MB Negeri Sembilan akan mengambil tindakan yang berani seperti di Pulau Pinang.

Oleh: amkns
"Bukan di Kedah saja Menteri BN mendakwa projek landasan keretapi berkembar memburukkan keadaan banjir. Malahan di Negeri Sembilan juga perkara ini berlaku. Tapi bila berlaku di Negeri Sembilan, TV1, TV3, Utusan Malaysia bacul dan pengecut untuk siarkan di berita utama mereka. Kesian, kesian orang Negeri Sembilan, orang Rembau pula tu, tak siapa yang mendengar keluhan anda sebelum ini. Kawasan selamat UMNO lah katakan.
CHENGKAU ULU DITENGGELAMI AIR

CHENGKAU , Rembau - Hujan lebat selama kira-kira dua jam, petang kelmarin mengakibatkan lebih 10 rumah di Kampung Chengkau Ulu, dekat sini ditenggelami air setinggi 1.5 meter.
Penduduk mendakwa, kejadian banjir itu merupakan paling buruk berlaku di kampung itu setakat ini, dipercayai berpunca projek landasan keretapi berkembar Seremban- Gemas berdekatan kampung terbabit.

Mohd Fuad berkata, sebelum ini kawasan berkenaan pernah dinaiki air, tetapi tidak seteruk kali ini.

Dia tidak menolak kemungkinan ia berpunca daripada projek landasan keretapi berkembar Seremban-Gemas berdekatan kampung itu.

PROJEK LANDASAN KERETAPI PUNCA BANJIR BURUK DI KEDAH

PROJEK landasan berkembar yang menjadi antara projek kesayangan bekas Perdana Menteri yang seorang itu, akhirnya disahkan sebagai punca banjir terburuk melanda Kedah dan Perlis sejak minggu lalu.

Dan paling mengejutkan dakwaan itu bukan datangnya daripada parti pembangkang, tetapi daripada menteri kabinet sendiri, Datuk Chor Chee Heung!

Chee Heung, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, berkata projek landasan keretapi berkembar itu diakui menjadi punca banjir buruk kali ini, terutama kerana pelaksanaannya tidak diseiringkan dengan pelan kecemasan jika bencana seperti banjir berlaku.

Beliau mendedahkan bahawa kepincangan yang dicetuskan oleh projek mega itu, telah menyebabkan air menenggelami sebahagian besar kawasan yang tidak pernah dilanda banjir sebelum ini. Dan termasuk dalam kawasan dimaksudkan beliau ialah taman di mana beliau tinggal kini!

"Saya telah tinggal di taman ini sejak 1985 dan tidak pernah air naik sehingga ke dalam rumah. Sekarang air naik empat kaki dalam rumah saya dan kawasan berdekatan," katanya.
Dakwaan Chee Heung yang juga Ahli Parlimen Alor Setar memang ada rasionalnya kerana beliau memahami kawasan terbabit dan rumahnya pula dinaiki air.

Turut didedahkan Chee Heung ialah kegagalan pihak berkenaan menyediakan pelan kecemasan sehingga air banjir tersekat oleh landasan berkembar yang dibina. Aliran air itu kemudian melanda kawasan lain yang tidak sepatutnya banjir.

Beliau yang kecewa dengan keadaan banjir paling buruk berlaku itu bagaimanapun berkata telah memaklumkan masalah yang ditimbulkan oleh projek landasan keretapi berkembar kepada Menteri Pengangkutan, datuk Seri Kong Cho Ha.

Double-tracking project worsened flood situation in Kedah - Chor

PETALING JAYA: The floods in Alor Setar had been worsened by the electrified double-tracking railway project, Housing and Local Government Minister Datuk Chor Chee Heung said.
He added the outflow of the water was affected by the tracks themselves, adding that contingency plans to allow water to flow out should be in place.

Chor said he had informed Transport Minister Datuk Seri Kong Cho Ha on the matter.
As a result of the poor outflow, areas which were not seriously flooded before were now submerged in several feet of water, he added, citing Taman Lumba Kuda, Taman Golf, Taman Rakyat and Taman Malaysia as examples.

Chor, who is Alor Setar MP, stay with his family in Taman Lumba Kuda.

"My house is now under four feet of water. We have been staying there since 1985, and this is the first time water has come into the house. There had been floods before, but only the roads were inundated," he said.

Chor had not been back to his house since Thursday as he was visiting other flooded areas and directing the Fire and Rescue personnel on the rescue work.

He said his relatives had to come to offer help to his wife.

Chor also attributed the poor rescue work in the flooded areas to the lack of experience by the PAS-led state government in dealing with the situation.

KERAJAAN AKAN KAJI DAKWAAN LANDASAN BERKEMBAR PUNCA BANJIR DI KEDAH

ALOR SETAR: Kementerian Pengangkutan akan mengkaji sama ada projek pembinaan landasan kereta api berkembar (EDTP) dari Ipoh ke Padang Besar menjadi punca berlakunya banjir besar di Kedah awal bulan ini.

Timbalan Menteri berkenaan Datuk Abdul Rahim Bakri berkata kementerian akan mendapatkan pandangan dari Jabatan Pengairan dan Saliran dan Jabatan Alam Sekitar mengenai perkara itu.

"Kami prihatin dengan rungutan masyarakat, jadi kami akan mendapatkan pandangan kontraktor kedua-dua jabatan itu tidak lama lagi," katanya kepada pemberita selepas mendengar taklimat Malaysia Airport Holdings Bhd di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Kepala Batas di sini, Sabtu.

Beliau berkata pada 2005, Kedah turut mengalami banjir besar sedangkan pada ketika itu projek EDTP belum dimulakan.

"Hujan yang sangat lebat juga boleh menyebabkan banjir yang dikatakan sebagai paling buruk dalam tempoh 35 tahun, bagaimanapun kami pasti akan mencari kebenaran mengenai dakwaan itu," katanya.Terdahulu, Abdul Rahim diberi taklimat mengenai keadaan banjir yang turut menjejaskan lapangan terbang itu baru-baru ini.

Sebanyak 60 penerbangan dibatalkan apabila lapangan terbang itu terpaksa ditutup dari 2 Nov hingga Khamis lepas berikutan landasannya dinaiki air.-BERNAMA

Tiada ulasan: