Khamis, 11 November 2010

PARTI KEADILAN RAKYAT CABANG SEREMBAN

PARTI KEADILAN RAKYAT CABANG SEREMBAN


Posted: 10 Nov 2010 09:42 PM PST

Artikel daripada Blog Apabila Sauh DiBongkar. Tertarik dengan ayat di perenggan terakhir artikel ini yg berbunyi :
Orang alim tersebut membuka jalan penyelesaian kepada masalah yang dihadapinya. Jika masalah agama dirujuk kepada lebai yang jadi MP Malaysia itu, alamatnya makin jauhlah manusia daripada Islam.
Siapa dia sang MP lebai yang dimaksudkanitu? Tentulah Sang Katak dari Kulim.
Teringat saya sebuah hadis mengenai seorang lelaki Bani Israel yang membunuh 99 orang. Dia menemui seorang rahib supaya membimbingnya untuk bertaubat. Namun rahib itu membuat kesimpulan, pintu taubat untuknya telah tertutup. Rahib itu pula dibunuhnya, genap 100 orang.
Selepas itu lelaki itu menemui seorang alim. Orang alim itu memberi harapan kepadanya bahawa pintu taubat sentiasa terbuka untuknya. Dia dibimbing supaya membina hidup baru dalam suasana yang lebih baik. Dia disaran supaya menetap di tengah-tengah orang soleh.

Namun lelaki itu mati ketika dalam perjalanan ke tempat yang ditunjukkan oleh orang alim itu.Mayat lelaki itu menjadi rebutan antara malaikat azab dan malaikat rahmat.

Setelah dihakimi oleh malaikat lain, akhirnya lelaki itu diserahkan kepada malaikat rahmat. Kisah ini diriwayatkan oleh Muslim di dalam sahihnya, bab 'Diterima taubat pembunuh sekali pun ramai yang menjadi mangsanya'.

Rahib yang memutuskan bahawa pintu taubat untuk lelaki itu tertutup sama seperti 'Lebai'. Gelaran lebai diberikan oleh masyarakat Melayu kepada mereka yang sering berkupiah atau berserban, sering memimpin upacara keagamaan setempat.

Lebai biasanya warak, gemar beribadat, boleh mengajar agama, walau pun tidak boleh berbahasa Arab. Jika ada yang boleh berbahasa Arab, dalam masyarakat Melayu, mereka tidak dipanggil lebai tetapi dipanggil tok guru.

Kadang-kadang warak lebai mengatasi warak tok guru. Lebai berjalan tunduk, mengelak jauh jika ternampak anjing takut terkena najis, makan dengan tiga jari, tidak suka duduk di atas kerusi ketika makan dan sangat sensitif dengan babi.

Babi bukan sekadar tidak boleh dimakan, menyentuhnya pun tidak boleh. Bahkan terhidu baunya pun dikira suatu kesalahan. Kalau ada lori anjing lalu, dia menyingkir takut terpercik air babi yang lalu. Babi adalah najis.

Seorang MP Malaysia, dengan kupiah putih yang tidak pernah lekang, nampak warak, kalau dia duduk di kampong zaman dulu-dulu tentu dia akan dipanggil lebai. Tentu tahlil, cukur kepala, doa pulut kuning akan diserah kepadanya untuk mengetuainya.

Lebai akan dicari apabila ketiadaan atau keuzuran tok guru. Selama ada tok guru, biasanya lebai hanya menjadi pengikut sahaja. Kalau lebai ada semajlis dengan tok guru, biasanya tok guru akan meminta lebai mengendalikan tahlil. Itu memang sesuai dengan lebai.

Tetapi orang tidak bertanya masalah agama kepada lebai. Orang juga jarang berguru masalah agama dengan lebai. Masalah agama terutama yang berat-berat tetap dirujuk kepada tok guru. Lebai dicari untuk tahlil dan upacara pulut kuning sahaja.

Orang tahu, lebai baik tetapi lebai bukan tempat merujuk masalah agama. Jika masalah agama dirujuk kepada lebai, dibimbangi jawapannya adalah sama macam jawapan rahib kepada lelaki Bani Israel tadi. Benda yang boleh dikata tidak boleh dan benda yang masih terbuka dikata tertutup.

Lebai ingin membuktikan kepada semua orang bahawa dia warak dan sentiasa warak, walau pun waraknya itu tidak ditunjangi ilmu. Akhirnya, jika berdasarkan warak saja, lebai membuat keputusan yang salah.

Lelaki Bani Israel tadi pada awalnya bertanya kepada lebai, dan jawapan lebai itu memakan dirinya sendiri. Namun lelaki itu beruntung sebab selepas itu dia bertemu dengan tok guru – orang alim.

Orang alim tersebut membuka jalan penyelesaian kepada masalah yang dihadapinya. Jika masalah agama dirujuk kepada lebai yang jadi MP Malaysia itu, alamatnya makin jauhlah manusia daripada Islam.

SEMAKIN DIASAK ANWAR IBRAHIM TERUS KUAT

Posted: 10 Nov 2010 09:36 PM PST

Artikel ini dipetik daripada blogger KerabuBersuara. Jelas sekali walaupun dilihat sebagai Parti bermasaalah, PKR dilihat sebagai cukup kuat sehingga menggusarkan Be End UmNo sehingga serangan besar besaran dibuat terhadap kepimpinan DSAI.


Semakin diasak Anwar Ibrahim terus kuat.

Baca suratkabar Utusan Malaysia hari ini terdapat sepuloh tajuk berhubung dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan berbagai bagai berita supaya Dato' Seri Anwar Ibrahim jatuh dan tersyukur dalam gelanggang politik tanahair.
Hari ini adalah sejarah dalam penerbitan Utusan Malaysia menyerang PKR dan Dato' Seri Anwar Ibrahim secara terang-terangan mahu melihat PKR terkubur dan Anwar Ibrahim lupus dan tidak digambarkan sebagai seorang ahli politik yang hebat di Malaysia.
Tajuk-Tajuk berita seperti, Krisis PKR paling getir, Saya mahu penjelasan, Ahli PKR tulis surat terbuka pada Wan Azizah, Nalla sudah tahu 'Azmi anak emas' Anwar, Desak Anwar: Mohd Asri tidak tarik balik mahupun menyesal, Anwar satu bebanan - Zulkilfli Nordin, PKR perlu dibubarkan, 'Saya tak akan undur merebut jawatan timbalan presiden", Parti Keadilan Rakyat ibarat retak menanti belah, Anwar banyak janji dengan Hindraf.
Itulah tajuk-tajuk yang disiarkan dalam UM hari ini bagi mengambarkan bahawa PKR sekarang adalah sebuah parti politik yang teruk, yang perlu dihancurkan kerana Utusan Malaysia tahu bahawa denyut nadi rakyat sekarang mahu melihat Kerajaan BN diganti dengan Kerajaan Pakatan Rakyat selepas PRU ke 13 nanti.
Ini dapat diukur apabila suratkabar diterajui oleh orang yang berkepentingan dengan UMNO, maka berita parti pembangkang disensasikan manakala berita ketidakadilan yang dilakukan oleh UMNO disorot dan tidak disiarkan untuk pengetahuan umum. Rakyat Malaysia kini tidak bodoh untuk menelan berita yang disiarkan oleh UM itu berkaitan dengan berita PKR kerana sudah terang lagi bersuluh bahawa PKR dan Pakatan Rakyat akan terus diterima oleh seluruh rakyat yang cintakan sebuah kerajaan yang Adil, Telus dan Bertimbangrasa.
Manakala suratkabar yang dikuasai oleh UMNO akan terus memainkan propaganda supaya rakyat terus memberi sokongan kepada Kerajaan walaupun sudah terang banyak kecacatan dan kepincangan sudah dan sedang berlaku dalam UMNO dan Kerajaan.
Buat apa minta supaya PKR dibuburkan, biarkan sistem demokerasi hidup berterusan dan biarlah rakyat keseluruhan menentukan masa depan PKR. Pilihanraya UMUM ke 13 yang boleh menentukan sama ada Pakatan Rakyat atau BN yang masih releven untuk Malaysia dan mampukan BN pertahankan PUTRAJAYA secara gantleman.

Tiada ulasan: