BULETIN RAKYAT |
Aktivis reformasi desak JPP PKR dikaji semula - beri impak negatif kepada parti Posted: 02 Nov 2010 12:41 AM PDT Aktivis Reformasi menyatakan kekesalan tentang kesalahan maklumat dari Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat yang berlaku hari ini, yang telah menimbulkan kekeliruan berhubung pemilihan Parti Keadilan Rakyat 2010. Aktivis Reformasi merasakan apa yang berlaku hari ini selepas rentetan demi rentekan isu teknikal yang berlaku sebelum ini menunjukkan kelemahan ketara Jawatankuasa Pemilihan Pusat PKR (JPP) dan pihak Sekretariat Ibu Pejabat sebagai pengendali pemilihan Parti 2010. Kesilapan melaporkan keputusan pemilihan Parti bagi jawatan Timbalan Presiden antara YB Azmin Ali dan Dato' Zaid Ibrahim memperlihatkan kelemahan kedua-dua badan tersebut. Perkara ini berlaku apabila Timbalan Setiausaha Agung Parti, Puan Syarifah Shahidah pagi tadi melalui akaun twitternya telah mengeluarkan keputusan yang menggambarkan bahawa Dato' Zaid Ibrahim sedang mendahului YB Azmin Ali dan disiarkan sebagai keputusan rasmi dalam kolum rasmi pemilihan 2010 di website Parti. Ini menyebabkan media dan portal internet melaporkan bahawa Dato' Zaid kekal mendahului undi Timbalan Presiden selepas hari ketiga. Namun apa yang berlaku setelah menyedari kesilapan Setiausaha Agung PKR, YB Saifuddin Nasution telah memberikan angka yang sebenar iaitu YB Azmin mendahului undi bagi jawatan Timbalan Presiden. Kami melihat kelemahan kedua-dua badan tersebut adalah pada perkara paling asas mengumumkan keputusan pemilihan. Hal ini adalah sesuatu yang tidak adil bagi YB Azmin Ali dan juga bagi pihak Dato' Zaid Ibrahim yang sedang merebut jawatan nombor dua Parti. Dan ianya juga memberi kesan psikologi dan mental kepada para penyokong kedua-dua pemimpin utama yang giat berkempen di bawah. Kesilapan demi kesilapan teknikal yang berlaku disebabkan JK Pemilihan Pusat dan Sekretariat Ibu Pejabat Parti telah memberi impak yang negatif, imej buruk yang boleh menghakis keyakinan rakyat terhadap kemampuan Parti untuk mentadbir negara. Akan lebih malang lagi jika rakan Parti Pakatan Rakyat PAS dan DAP mula hilang keyakinan kepada kemampuan Parti untuk bersama Pakatan Rakyat. Oleh itu, kami mendesak Pimpinan Parti, khususnya Ketua Umum, Dato' Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil perhatian pandangan aktivis reformasi. Kita mengkritik kelemahan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang tidak adil dan telus, dan sepatutnya kita memberi contoh kepada SPR bagaimana hendak mengendalikan pilihanraya dengan adil dan telus. Pimpinan Parti mesti mengambil langkah segera berhubung perkara ini, jangan sampai kita diberi pepatah "Seperti ayam yang berkokok berdegar-degar tetapi ekor penuh tahi". Salam reformasi. Emel: dari Salam Reform |
Posted: 02 Nov 2010 12:17 AM PDT KUALA LUMPUR 1 Nov. - Keputusan pemilihan kepimpinan pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini menunjukkan Naib Presiden, Azmin Ali berada di hadapan dalam persaingan merebut jawatan timbalan presiden parti itu. Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail dalam satu kenyataan hari ini berkata, Azmin mendahului dengan 522 undi apabila mendapat 3,051 undi berbanding Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim (2,529 undi). Seorang lagi calon yang juga timbalan presiden parti, Mustaffa Kamil Ayub mendapat 1,149 undi. Keputusan yang diumumkan beliau berbeza dengan apa yang tertera pada laman web rasmi PKR, http://keadilanrakyat.org dan laman Twitter Timbalan Setiausaha Agung PKR, Sharifah Shahidah Syed Kamarulzaman pagi ini yang menyiarkan keputusan Zaid mendahului dengan 632 undi. Bagaimanapun, halaman yang menyiarkan keputusan pengundian itu tidak dapat lagi diakses mulai tengah hari ini. Menurut Saifuddin Nasution, kesilapan itu berlaku ketika proses memasukkan data ke laman web berkenaan. Berdasarkan keputusan laman web yang disiarkan pagi ini, Zaid mendapat 3,683 undi berbanding Azmin (3,051 undi) dan Mustaffa Kamil (1,271 undi). Sebanyak 68 cabang selesai mengadakan pengundian yang berlangsung sejak Jumaat lalu sehingga semalam. Pengundian pemilihan pusat itu berhadapan dengan pelbagai masalah termasuk peratusan keluar mengundi yang rendah antara sembilan hingga 20 peratus sahaja. Pemilihan membabitkan 222 cabang PKR yang diadakan pada Jumaat, Sabtu dan Ahad akan berakhir pada 21 November ini sebelum diikuti Kongres Nasional Tahunan PKR pada 27 dan 28 November ini di Shah Alam, Selangor. Bagaimanapun, tiada sebarang kesilapan proses memasuk data ke laman web PKR bagi pertandingan merebut empat kerusi naib presiden yang menyaksikan 17 calon bertanding. Keputusan rasmi seperti yang disiarkan dalam laman web itu menunjukkan Pengarah Strategi PKR, Tian Chua mendahului pencabar terdekatnya, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dengan 78 undi. Beliau mendapat 3,621 undi manakala Nurul Izzah (3,543 undi) dan Pengarah Pilihan Raya PKR, Fuziah Salleh (2,895 undi). Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Dr. Mansor Othman pula memperolehi 2,852 undi diikuti Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan (2,080 undi); Exco Kerajaan Negeri Selangor, Dr. Xavier Jayakumar (1,679 undi); Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa (1,553 undi); R. Suresh Kumar (1,237 undi) dan Yahya Sahri (1,178 undi). Pemimpin PKR Sarawak, Baru Bian memperoleh 659 undi; calon PKR di Batu Sapi, Ansari Abdullah (646 undi); bekas Pengarah Komunikasi PKR, Jonson Chong (626 undi); Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff (615 undi); Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam (492 undi); Pengerusi PKR Sarawak, Dominique Ng (284 undi); Setiausaha PKR Johor, Saiman Marjuki (166 undi) dan Ketua PKR Cabang Papar, James Ghani (106 undi). Bagi kerusi Ketua Wanita PKR, penyandangnya, Zuraida Kamaruddin mendapat 1,160 undi mengatasi dua pencabarnya, Animah Ferrar (408 undi) dan Suraya Sudin (403 undi). Bagi pemilihan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Ketua PKR Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin memperoleh 1,133 undi, mendahului 104 undi berbanding penyandang jawatan itu, Shamsul Iskandar Md. Akin (1,029 undi). |
You are subscribed to email updates from BULETIN RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan