Anak Muda Kampung Nak Senang |
Kereta langgar sikit dah terbakar, RON 95? Posted: 02 Nov 2010 02:36 AM PDT LAGI CERITA KERETA TEBAKAR: DIDATANGKAN KHAS DARI SARAWAK UNTUK KITA RENUNGKAN BOLEH dikatakan hampir setiap hari ada sahaja kereta terbakar! Ini kejadian baru berlaku kira-kira jam 7 pagi semalam, di Batu 14, Jalan Kuching Serian di Sarawak. MyVi disondol tak datangkan kudis. Tapi Naza Sutera boleh terbakar. Renung-renungkanlah. Rentung. Kemalangan tak besar mana pun, tapi habis Naza Sutera terbakar. Ada faktor lainkah? Sebuah kereta jenis Naza Sutera dipandu seorang wanita 20-an secara tidak sengaja terlanggar bahagian belakang kereta jenis MyVi yang dipandu juga oleh seorang wanita. Mengikut logik, kemalangan yang dikasifikasikan sebagai 'geselan' itu tidak memberi impak yang besar kepada kedua-dua kenderaan terbabit. Bagaimanapun, ada yang kurang logik dan sukar dipercayai berlaku apabila pemandu Naza Sutera itu turun dari keretanya untuk berbincang dengan pemilik MyVi yang disondolnya dan melihat lebih dekat kesan pada kereta berkenaan. Namun belum sempat kedua-duanya berbincang, enjin kereta Naza Sutera mengeluarkan bunyi 'lain macam' dan sekelip mata api menyambar memusnahkan kereta berkenaan. Pemilik Naza Sutera itu dibawa menaiki MyVi yang disondolnya ke tempat lebih selamat sebaik sahaja kebakaran itu berlaku. Ini yang perlu kita renungkan. Kenapa kebelakangan ini sering sangat kebakaran kenderaan berlaku. Malah dalam kes kemalangan yang bergesel itu pun, kereta terbabit boleh rentung dan musnah. Salahkah kalau kita memohon pihak berkuasa menjalankan semula ujian keselamatan terhadap minyak Ron95? Salahkah kalau kita sendiri mula mencurigai sesuatu yang tidak kena? (Dipetik dari SUD) Gambar kereta tersebut di http://singalautmetro.blogspot.com/2010/11/lagi-cerita-kereta-tebakar-didatangkan.html |
Adakah kita mengundang Bala Tsunami di Port Dickson? Posted: 02 Nov 2010 02:35 AM PDT Dari Blog Singalautmetro. PORT DICKSON BANDAR HAB HIBURAN BERDADAH, BUKAN LAGI BANDAR TENTERA MAHU atau tidak, malu atau tidak kita kena menerima hakikat, Port Dickson semakin laju dan maju menjadi bandar hab berdadah (istilah untuk lokasi pesta hiburan mentedarah dadah) berbanding mahu dilihat sebagai bandar tentera, seperti diungkap pada kempen pilihanraya kecil Bagan Pinang dulu. Semakin banyak kes kumpulan berpesta dadah dikesan menjadikan hotel dan rumah penginapan di sekitar bandar itu. Terbaru awal pagi tadi apabila sekumpulan 17 orang ditahan kerana meracau dan lalok selepas berpesta dadah di dalam bilik sebuah hotel di bandar itu. Meriahnya pesta itu boleh dilihat daripada jumlah 9 wanita yang ditahan berbanding 8 lelaki. Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintendan Baljeet Singh mengesahkan tangkapan itu. Menambahkan makna meriahnya pesta yang mereka adakan ialah dengan wujudnya gangguan sehingga menjejaskan keharmonian penghuni bilik hotel yang lain. Tangkapan pagi tadi bukan kali pertama dilaporkan. Sebelum ini media mewah dengan berita seumpama itu, termasuk juga berita khalwat dan zina. Maknanya, hotel dan rumah penginapan di Port Dickson adalah satu lokasi yang amat menarik keinginan orang luar untuk datang ke situ berpesta-pestaan. Pelancong atau pengunjung sudah menganggap Port Dickson bandar hab berdadah yang selamat dan murah! Kalau dilakukan operasi serentak ke atas setiap bilik di hotel di Port Dickson, tentu banyak lagi pesta serupa akan dapat dikesan. Percayalah! Apakah kegiatan berpesta dadah ini terutama yang berlaku pada malam minggu atau musim cuti akan terus dibenar dan didiamkan oleh kerajaan negeri, ketika laungan untuk menjadikan bandar itu sebagai bandar tentera semakin senyap pula laungannya. Satu ketika dulu Baitul Hilal yang menjadi tempat melihat anak bulan juga sering menjadi mangsa pesta maksiat dan dadah. Kini dengan meningkatnya bilangan hotel yang tegak bagai cendawan tumbuh, mampukah kita berdepan serangan penyakit sosial ini dan membendungnya agar tidak terus berleluasa? Cerita bandar hab berdadah ini hanyalah cerita di atas karpet yang boleh disapu. Tentang cerita di bawah karpetnya yang tersembunyi begitu banyak sub-gejala sosial seperti kegiatan menyewa bilik untuk melampiaskan nafsu oleh golongan muda pula, bagaimana? Bukalah mata kita. Bandar Port Dickson jangan terus dijadikan bandar bacang yang licin kulitnya tapi sarat dengan ulat di dalamnya! http://singalautmetro.blogspot.com/2010/10/port-dickson-bandar-hab-hiburan.html Utusan Malaysia 1 Nov 2010 Sembilan pasangan ditahan berhibur di bilik hotel PORT DICKSON 31 Okt. - Keghairahan sembilan pasangan anak muda berhibur di sebuah bilik hotel yang diubah menjadi kelab malam mini, tersentak apabila diserbu sepasukan polis di sini awal pagi tadi. Serbuan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) pada pukul 3.15 pagi itu dijalankan setelah polis menerima aduan bunyi bising daripada penghuni lain di hotel terbabit. Ketua Polis daerah, Supritendan Baljeet Singh berkata, berikutan itu, 18 orang berusia belasan tahun hingga awal 30-an ditahan. Katanya, pemeriksaan air kencing mendapati 17 daripada mereka positif menggunakan dadah. "Berdasarkan serbuan dilakukan kita tidak menemui dadah yang digunakan mereka ketika berhibur di bilik hotel itu namun polis kini sedang menyiasat sumber dadah itu diperoleh. "Dalam ujian air kencing itu, salah seorang daripada mereka dibebaskan selepas didapati negatif dadah," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Katanya, siasatan awal mendapati kumpulan anak muda terbabit yang berasal dari luar negeri ini memasuki hotel berkenaan semalam. Difahamkan, ada di kalangan mereka yang ditahan itu adalah penuntut institusi pengajian tinggi (IPT). Menurutnya, semua yang ditahan direman dua hari untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 15 (1)(a) kerana kesalahan memasukkan dadah di dalam badan. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1101&pub=Utusan_Malaysia&sec=Jenayah&pg=je_04.htm |
You are subscribed to email updates from Anak Muda Kampung Nak Senang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan