. |
Pasca Pemilihan KEADILAN 2010 : Rapatkan Saf, Murnikan Perjuangan Posted: 22 Nov 2010 04:12 AM PST Alhamdulillah, secara rasminya Pemilihan Parti Keadilan Rakyat untuk memilih kepimpinan parti di semua peringkat telahpun berakhir semalam tanggal 21 November 2010. Di sebalik asakan dan kecaman media dari segenap penjuru, pemilihan ini berjaya diteruskan meskipun berhadapan dengan 1001 rintangan. Syabas buat warga Keadilan seluruhnya! Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) percaya bahawa Pemilihan 2010 ini merupakan satu nafas baru buat Keadilan. Sebagai parti pelopor kaedah "satu anggota satu undi", pastinya terdapat rencam masalah yang tidak terjangka oleh mana-mana pihak. Tetapi itu tidak harus mematahkan semangat kita untuk menoleh ke belakang. Sebaliknya lompong yang ada harus diteliti sepenuhnya agar ia dapat ditampung dengan penambahbaikan yang strategik di pemilihan akan datang. Harus diingat, pesta demokrasi ini tidak wajar mematikan semangat kita. Ia harus membulatkan tekad seluruh anggota untuk kembali merapatkan saf untuk memberi tumpuan kepada persediaan menghadapi Pilihanraya Umum Ke-13 yang dijangka akan diadakan pada tahun hadapan. Menang atau kalah bukan menjadi titik noktah kepada semua pihak. Kepada yang tewas, tidak wajar untuk berpaling, sebaliknya perlu terus komited untuk mengukuhkan parti. Kepada yang menang, itu bukan anugerah untuk dirai, sebaliknya ia adalah amanah yang jelas sekali berat untuk dipikul dan dibuktikan kepada akar umbi dan rakyat untuk terus merealisasikan harapan yang telah kita laungkan dalam Pilihanraya Umum Ke-12 yang lepas. Jangan kita terperosok di dalam permainan pihak-pihak tertentu yang mahu 'membunuh' Keadilan dengan pelbagai dakyah rekaan. Ini masanya untuk kita menegaskan bahawa Keadilan adalah parti yang komited kepada perjuangan rakyat dan sejarah 12 tahun jelas membuktikan bahawa Keadilan adalah institusi yang telah teruji. Ini masanya untuk Keadilan terus diperkukuh, tanpa menoleh ke belakang. Ayuh warga Keadilan, kita perkukuhkan saf kepimpinan, kita laungkan semboyan perjuangan! Shamsul Iskandar Mohd AkinKetua Angkatan Muda Keadilan Malaysia |
You are subscribed to email updates from . To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan