Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA |
- Bubar Semua Parti Komponen BN, Kata MP Bakri
- Sikap Berat Sebelah : Hadi Tegur Kerajaan Malaysia
- Masih Enggan Berikan Nota Perubatan, Anwar Buat Permohonan Esok Gugurkan Hakim
- PAS: Panduan siber untuk buta, pekakkan rakyat
- Negeri Pakatan tidak akan bersama dalam PRU 13?
- Pancing NGO : BN Gagal Bawa Aspirasi Rakyat
- SPRM Limbang Tutup,Kerajaan Perlu Jelas Kepada Rakyat
- Dasar Baru BN: AUKU Terbatal Secara Tidak Langsung
- AMK Mahu Penambaikan Proses Pemilihan, Seru Anggota Rapatkan Saf
- Permohonan Nota Klinikal Pembelaan Ditolak, Keterangan Lisan Mencukupi Kata Hakim
- Umno-BN Sabah Peruntuk RM1 Juta Setiap DUN, Tiga DUN Pembangkang Dinafikan
- Zaid Tiada Sifat Rendah Diri, Proses Pembersihan KEADILAN Bermula Selepas Kongres
- KEADILAN Ucap Selamat Jalan Kepada Zaid, Tak Payah Tunggu 16 Dis
Bubar Semua Parti Komponen BN, Kata MP Bakri Posted: 22 Nov 2010 11:26 PM PST KUALA LUMPUR 23 NOV: Kesemua parti komponen dalam Barisan Nasional (BN) yang berasaskan perkauman harus dibubarkan bagi tujuan melenyapkan sentimen perkauman, cadang ahli parlimen Bakri, Er Teck Hwa. Menurut Teck Hwa, tindakan BN memperkenalkan pendaftaran ahli BN secara terus, ahli-ahli parti, Rakan BN dan Kelab Sabahat BN, membuktikan kuasa Umno semakin berleluasa dalam BN, sekaligus menganaktirikan parti komponennya yang lain. Beliau yang dipetik dari Harakahdaily berkata, Umno merupakan sebuah parti pemerintah yang tidak jauh bezanya dengan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang mengamalkan perkauman. "Kekuasaan mutlak Umno dalam BN telah meminggirkan peranan parti komponen lain dalam Barisan Nasional," ujarnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily. Beliau berkata, parti komponen yang berasaskan sokongan orang Cina seperti MCA dan Gerakan telah dianggap sebagai penakut dan pengecut oleh pengundi kerana gagal untuk melawan keangkuhan Umno. Lantaran itu katanya, adalah penting kepada BN menghapuskan polisi yang berasaskan perkauman sekiranya benar-benar mahu membawa kebaikan kepada rakyat di negara ini. Bagaimanapun ujarnya, jangka hayat politik Umno yang bergantung kepada perkauman, mengakibatkan parti itu tidak mungkin menghindari amalan perkauman yang sebati dengan jiwa mereka. "Mereka masih perlu menggunakan isu perkauman untuk mencari populariti murahan. Kekuasaan mutlak Umno dalam BN semakin mengikis dan merampas peranan parti komponen berasaskan orang Cina dalam BN," ujarnya. Menurutnya, organisasi bukan kerajaan (NGO) 1Malaysia yang dilancarkan pada Pilihan raya kecil Dun Galas, baru-baru ini sekali lagi membuktikan Umno tidak memerlukan parti komponen berasaskan orang Cina untuk mencapai kejayaan. "Hal ini akan membawa kepada situasi di mana Umno akan merampas kerusi dari parti komponen mereka kerana pencapaian parti komponen yang kurang memuaskan. "Walaupun parti komponen menentang tindakan BN untuk membuka keahlian BN, namum hal ini telah berjaya dilaksanakan dan sesiapa pun tidak akan menjamin apa yang bakal berlaku pada masa depan," ujarnya. Sumber: Suara Keadilan |
Sikap Berat Sebelah : Hadi Tegur Kerajaan Malaysia Posted: 22 Nov 2010 11:23 PM PST KUALA LUMPUR 23 NOV: Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang mahu kerajaan Malaysia bersikap lebih berani dan menuntut keadilan terhadap layanan berat sebelah kuasa-kuasa besar dunia terutama terhadap dunia Islam. Beliau yang juga ahli parlimen Marang bercakap demikian sewaktu Perbahasan Peringkat Jawatankuasa Kementerian Luar (Hubungan Dua Hala) semalam, lapor Harakahdaily. Menurut Hadi, Malaysia masih tidak memainkan peranan sewajarnya dalam Pertubuhan Persidangan Negara-negara Islam (OIC) dan Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM). "Kerakusan Yahudi Israel sangat melampau sehingga halau rakyat Islam di sekitar Baitul Maqdis, merobohkan rumah-rumah mereka, membakar kampung halaman dan kebun-kebun mereka tanpa perhatian masyarakat antarabangsa. "Perlu Malaysia sebagai sebuah negara ahli dalam OIC dan negara berkecuali, mengambil sikap lebih proaktif agar masalah ini tidak terus meruncing," ujar Hadi. Tambah Hadi, timbul kekhuatiran sekiranya gejala tersebut berterusan, bakal menyebabkan ancaman antarabangsa lebih besar berlaku. Dalam isu nuklear Iran pula beliau mahu Malaysia bersikap adil dalam menyatakan pendirian. "Kementerian Luar tidak tegas, kadang menyokong dan kadang-kadang menentang," katanya lagi. Iran, katanya telah menjelaskan pengkayaan uranium mereka hanya sebagai sumber tenaga untuk kegunaan rakyat negara itu. Malaysia katanya dilihat bersikap berat sebelah jika tidak menentang penggunaan nukler oleh kuasa besar lain termasuk Israel dan Amerika Syarikat yang digunakan untuk tujuan persenjataan. "Kita perlu sedar, kuasa barat begitu tidak adil dalam hal ini. Mereka membenarkan Israel guna nuklear untuk persenjataan sejak tahun 60an. "Terbukti mereka guna bahan radio aktif dalam peperangan di Lubnan dan Gaza," katanya. Dalam isu penggunaan Dinar yang dicadang negara D8 pula, Malaysia katanya gagal berperanan mempertahan cadangan itu sehingga ianya gagal dilaksanakan. Cadangan tersebut juga, katanya sebelum ini turut disokong mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mahu melihat ekonomi Islam diperkukuhkan. "Saya tidak tahu mungkin ada tekanan dari kuasa barat dan kita tidak berani hadapi tekanan ini padahal anggota yang ramai dalam OIC. "Kenapa kita tidak manfaatkan kedudukan kita dalam OIC untuk bergabung menjadi satu kekuatan?" katanya. Sumber: Suara Keadilan |
Masih Enggan Berikan Nota Perubatan, Anwar Buat Permohonan Esok Gugurkan Hakim Posted: 22 Nov 2010 11:09 PM PST KUALA LUMPUR 23 Nov - Pasukan pembelaan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membuat permohonan esok untuk menggugurkan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah kerana gagal membekalkan nota perubatan Hospital Kuala Lumpur yang amat penting dalam perbicaraan Fitnah II yang dihadapi olkeh Ketua Oposisi itu. Sumber: Suara Keadilan |
PAS: Panduan siber untuk buta, pekakkan rakyat Posted: 22 Nov 2010 12:45 AM PST PAS menyifatkan tindakan kerajaan yang mahu memperkenalkan garis panduan berkaitan hasutan dalam dunia siber sebagai satu lagi usaha untuk membuta dan memekakkan rakyat untuk mendapat maklumat sebenar. Ketua penerangannya Idris Ahmad mendakwa, tindakan itu lebih kepada usaha untuk membendung "maklumat penyelewengan" kerajaan BN daripada diketahui rakyat. "Seperti yang kita sedia maklum Umno-BN hanya bergantung kepada propaganda media perdana sahaja untuk mengekalkan pengaruh mereka di negara ini. "Mereka tidak mampu untuk melawan serangan yang dibuat oleh media baru pada hari ini, walaupun mereka mengupah individu untuk melemparkan fitnah kepada PAS dan Pakataan Rakyat," katanya. Kelmarin, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein dilaporkan berkata, garis panduan yang memberi definisi terperinci mengenai kesalahan hasutan dalam internet akan diperkenalkan dan dijangka siap minggu ini. Tanpa menyatakan bila garis panduan itu akan dikuatkuasakan, beliau berkata, ia sedang diperhalusi. Dalam kenyataan hari ini, Idris mempersoalkan, tidak cukup lagikah "kongkongan" terhadap rakyat melalui akta sedia ada seperti ISA, Akta Rahsia Rasmi (OSA), Akta Mesin Cetak dan Penerbitan serta Akta Hasutan. "Kerajaan boleh bertindak mengikut akta yang sedia ada dengan membawa pesalah ke muka pengadilan. "Adakah salah rakyat pada hari ini mendapat maklumat yang benar supaya mereka boleh membuat pilihan yang tepat untuk melantik pemegang amanah khazanah di negara ini?" soalnya lagi. Menurut Idris, jika maklumat yang didedahkan berkaitan dengan rahsian ketenteraan negara, penghinaan kepada agama dan bangsa, kerajaan masih boleh bertindak dengan akta sedia ada. Sumber: Harakah Daily |
Negeri Pakatan tidak akan bersama dalam PRU 13? Posted: 22 Nov 2010 12:40 AM PST KUALA LUMPUR, 22 Nov: Ketika berita angin bertiup kencang pilihan raya umum ke 13 (PRU 13) akan diadakan awal tahun depan, pelbagai pihak dalam Pakatan Rakyat pula membuat andaian negeri-negeri mereka tidak semestinya bersama dalam pilihan raya itu. Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dengan jelas berkata, Pakatan akan berbincang terlebih dahulu sesama mereka iaitu PKR, DAP dan PAS sebelum membuat keputusan untuk menyertai pilihan raya itu atau tidak. Ini kerana, mereka yang menguasai empat negeri, Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Kelantan berhak membuat keputusan sebaliknya iaitu pilihan raya berasingan dengan tarikh yang diumumkan oleh kerajaan pusat. Lim Guan Eng, ketika berucap di Konvensyen Pakatan Rakyat Pulau Pinang semalam berkata, ketiga-tiga parti komponen Pakatan itu akan mengadakan konvensyen mereka sendiri sebelum membuat keputusan untuk menyertai pilihan raya itu atau tidak. Pendapat beliau disokong oleh anggota Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli. "Kita ada negeri yang hendak diuruskan selepas diberikan mandat pada tahun 2008 lalu. Kita akan cukupkan penggal kita. BN di peringkat pusat mempunyai masalah kredibiliti sendiri. Jika mereka mahukan pilihan raya, biarkanlah mereka," kata Dr Hatta kepada Harakahdaily. Sebelum ini, Exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa membuat cadangan yang serupa. Beliau mencadangkan agar negeri-negeri Pakatan Rakyat tidak mengikut secara membabi buta cadangan kerajaan pusat dan negeri BN membubarkan Parlimen dan Dun mereka. "Kita mesti ada kuasa tawar menawar. Kalau kita ikut sahaja kehendak mereka bermakna, mereka sentiasa menetapkan kehendak mereka dan kita mengikut mereka sahaja," kata Husam dalam satu kenyataannya. PRU 13 dikatakan akan diadakan pada awal tahun depan iaitu antara Mac atau April 2011. Bendahari PKR yang juga anggota Parlimen Selayang, William Leong berkata, pihaknya mendapat maklumat ia akan diadakan April tahun depan iaitu serentak dengan pilihan raya negeri Sarawak. Para media BN pula diarahkan agar memainkan berita baik untuk BN bagi melahirkan rasa senang rakyat kepada parti yang memerintah negara itu di samping memburuk kerajaan Pakatan Rakyat. Tindakan Datuk Zaid Ibrahim meninggalkan PKR selepas tertinggal dalam pemilihan timbalan presiden telah dijadikan modal oleh media BN untuk menghuruharakan PKR. Pemilihan dalam PKR juga dihebohkan kononnya berlaku kekecohan besar dalam parti itu, walaupun PKR menegaskan ia hanya kekecohan kecil sahaja. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamudin Husein juga menyerang Pakatan apabila menolak usahanya untuk mendaftarkan simbul bersama dalam pilihan raya negeri Sarawak kononnya Pakatan hanya bersatu dari segi simbul sahaja tetapi berpecah. Negeri-negeri Pakatan juga didakwa gagal melaksanakan manifesto pilihan raya mereka namun begitu manifesto yang mana gagal dilaksanakan tidak dinyatakan oleh beliau. Sumber: Harakah Daily |
Pancing NGO : BN Gagal Bawa Aspirasi Rakyat Posted: 22 Nov 2010 12:35 AM PST KUALA LUMPUR 22 NOV: Langkah Barisan Nasional(BN) membuka keahlian pertubuhan bukan kerajaan(NGO) untuk bergabung dalam komponen itu adalah satu isyarat bahawa BN gagal membawa inspirasi rakyat. Perkara ini dinyatakan oleh Pengarah Strategik PKR, Tian Chua di Parlimen hari ini. Beliau yang juga Ahli Parlimen Batu berkata bahawa BN dengan bentuk dan rangka yang ada sekarang tidak boleh berterusan dan sebab itu mereka cadangkan satu perubahan. "BN sekarang sudah menjadi badan 'penyambung' bagi Umno dan kesemua mereka yang mempunyai cita-cita untuk menjadi Ahli Parlimen atau Menteri secara langsung boleh dipilih oleh Perdana Menteri atau Presiden Umno tanpa melalui mana-mana organisasi parti," ujar Tian ketika ditemui Tv Selangor di lobi Parlimen, petang tadi. Tambah beliau, BN cuba merekacipta satu organisasi baru hanya bertujuan untuk memenangi Pilihan Raya Umum yang akan datang tanpa memikirkan sama ada BN masih lagi relevan dan membawa cita-cita rakyat. "Mereka hanya kumpulkan kekuatan bagi memastikan BN mendapat undi mengatasi Pakatan Rakyat. Tian juga meramalkan, riwayat komponen BN seperti MCA, MIC Dan Gerakan dijangka tamat apabila badan gabungan yang dikepalai Umno itu menawarkan Pertubuhan Bukan Kerajaan(NGO) bergabung dengan parti itu. Sementara itu, Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF) dilaporkan berminat berhubung tawaran BN itu. Pengerusi GWGF Tan Sri Rozali Ismail dilaporkan berkata, beliau akan menulis surat kepada Dewan Tertinggi BN agar gabungan itu menyertai BN sebagai ahli bergabung. Sumber: TVSNEWS |
SPRM Limbang Tutup,Kerajaan Perlu Jelas Kepada Rakyat Posted: 22 Nov 2010 12:30 AM PST SHAH ALAM 22 NOV : Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjelaskan secara terperinci punca pejabat SPRM cawangan Limbang ditutup setelah selesai penambahbaikan dilakukan. Shamsul ketika dihubungi Tv Selangor berkata, adalah tidak relevan sama sekali, pejabat suruhanjaya itu yang dibuka berdasarkan keperluan setempat, ditutup hanya setelah lapan bulan beroperasi. "Ini melibatkan persepsi rakyat, rasuah adalah musuh nombor satu negara. Apakah tidak ada unsur-unsur atau kes-kes rasuah di Limbang? ujar Shamsul, yang hairan dengan perkara terbabit. Menurut Shamsul, selain timbul pelbagai spekulasi dan persepsi tentang penutupan pejabat SPRM berkenaan, wang rakyat juga turut dibazirkan. Malah timbul persoalan, apakah pembinaan pejabat SPRM di Limbang itu tidak ditimbang sewajarnya sehingga mengakibatkan ia ditutup walaupun baru sahaja beroperasi. "Soalnya pada peringkat awal mesti ada rasional pejabat SPRM perlu dibuka di sana. "Kita hairan kenapa setelah ratusan ribu wang rakyat dihabiskan tetapi pejabat ini pula tidak beroperasi? "Kita tidak mahu pembaziran demi pembaziran terus berlaku akibat dari perancangan dan strategi pembangunan yang lemah daripada kerajaan Barisan Nasional," tambah Shamsul lagi. Malah menurut Shamsul, Malaysia seharusnya mengamalkan sikap berjimat cermat sementelah negara berhadapan dengan masalah ekonomi. Ini harus dihentikan kerana kita harus memperakui bahawa Malaysia masih belum keluar dari masalah ekonomi yang masih membelenggu negara kita. Justeru katanya, segala persoalan dan pertikaian rakyat itu haruslah dijawab agar tidak menimbulkan lebih banyak spekulasi yang tidak sepatutnya. "Saya minta ketua pesuruhjaya SPRM menjelaskan perkara ini kerana SPRM ini harus menunjukkan pentadbiran mereka bebas daripada rasuah. Kita tidak mahu ada unsur penyelewengan dana dengan memberikan laporan-laporan yang tidak benar. "Kita yakin di mana-mana pun masalah rasuah ini pasti ada. Kalau rasional di peringkat awal pembukaan pejabat itu untuk membendung masalah rasuah di Limbang, (kalau) ia ditutup pasti ada perkara yang tidak kena dan perkara ini harus dijelaskan oleh ketua pesuruhjaya SPRM Malaysia atau di peringkat negeri Sarawak," ujar Shamsul lagi. Sebelum ini DAP Limbang, Sarawak kecewa apabila pejabat SPRM cawangan tersebut ditutup selepas projek penambahbaikan siap. Menurut Pengerusinya, Leong Kwang Yew dalam satu kenyataan media pejabat itu ditutup hanya selepas lapan bulan beroperasi. Sumber: TVSNEWS |
Dasar Baru BN: AUKU Terbatal Secara Tidak Langsung Posted: 22 Nov 2010 12:25 AM PST SHAH ALAM 22 NOV : Mahasiswa di negara ini tidak perlu lagi takut dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang sebelum ini menyekat kebebasan mereka untuk menyertai pergerakan politik. Menurut Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Razak Idris, dengan keputusan yang diumumkan oleh kerajaan Barisan Nasional(BN)menerima kumpulan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bergabung dengan parti itu, ia sekaligus membatalkan AUKU secara tidak langsung. Pertubuhan NGO mendapat sambutan yang menggalakkan dari belia mahupun mahasiswa di negara ini termasuk ABIM sendiri. "Walaupun secara bertulis AUKU itu menghalang pergerakan politik mahasiswa, tetapi dari segi amalan hari ini, ia sudah terbatal secara tidak langsung dengan pendirian baru kerajaan. "Maka saya melihat mahasiswa pada hari ini tidak perlu merasa takut untuk membuat pendirian politik kerana dengan keputusan kerajaan ini, ia secara langsung membatalkan berpolitik oleh mahasiswa yang terlibat dalam pertubuhan NGO," ujar Razak kepada ketika dihubungi Tv Selangor hari ini. Melalui pindaan terhadap AUKU tahun lalu, kerajaan telah membenarkan mahasiswa untuk terlibat dalam pertubuhan-pertubuhan bukan politik. Jemputan untuk NGO-NGO ini bersama BN akan menyebabkan mahasiswa-mahasiswa yang aktif dalam Pertubuhan bukan kerajaan ini akan mengheret sama mahasiswa ke kancah politik biarpun jelas ia terlarang dalam AUKU yang dicipta kerajaan sendiri. Sebelum ini, Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan keputusan dewan tertinggi BN meluluskan menerima mana-mana NGO, pertubuhan dan persatuan untuk menjadi ahli bergabung dalam parti. Pengumuman Najib itu kemudiannya mendapat bantahan dari beberapa NGO antaranya Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) termasuk Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) yang tidak sependapat dalam idea itu buat masa ini. PKPIM bahkan menyelar tindakan BN itu dan menyifatkan tindakan itu bertentangan dengan norma masyarakat demokratik. Sementara itu, Razak menambah, NGO tidak harus mensia-siakan peluang yang ada untuk menonjolkan kecenderungan masing-masing tanpa ada perasaan bersalah. "Bagi saya ini memberi peluang kepada NGO untuk menentukan sikap politik mereka dengan lebih jelas lagi sama ada memihak kepada kerajaan atau pembangkang," beliau berkata. Bahkan ujarnya, dengan sikap baru yang ditunjukkan oleh kerajaan ini, maka tidak ada sebab mahupun alasan kepada kerajaan untuk bersikap kritikal terhadap pandangan NGO termasuk dari mahasiswa. "Pihak kerajaan selepas ini tidak boleh lagi menyalahkan mana-mana NGO yang sekiranya mereka menunjukkan sikap yang jelas terhadap fahaman politik yang bertentangan dengan mereka. "Sebelum ini (kerajaan) agak kritikal atau melihat pendirian NGO yang bertentangan dengan dasar kerajaan sebagai sesuatu yang tidak baik, NGO lepas ini boleh lebih terbuka untuk membuat pendirian politik," tambah Razak lagi. Katanya ABIM dan NGO lain akan mendesak kerajaan supaya merealisasikan pendirian kerajaan itu selari dengan keterbukaan mereka menyeru NGO bergabung dengan parti itu. Beliau juga menyeru Pakatan Rakyat untuk turut serta menggubal dasar-dasar tertentu supaya boleh mendapat sokongan daripada NGO di negara ini. Sumber: TVSNEWS |
AMK Mahu Penambaikan Proses Pemilihan, Seru Anggota Rapatkan Saf Posted: 22 Nov 2010 12:20 AM PST KUALA LUMPUR 22 Nov - Angkatan Muda KEADILAN Malaysia mahu segala kelemahan yang wujud dalam perlaksanaan Pemilihan 2010 yang tamat semalam diperbaiki dan penambahbaikan dibuat agar pilihan raya parti akan menjadi lebih mantap dan efisien. Sumber: Suara Keadilan |
Permohonan Nota Klinikal Pembelaan Ditolak, Keterangan Lisan Mencukupi Kata Hakim Posted: 22 Nov 2010 12:15 AM PST KUALA LUMPUR 22 Nov - Seperti dijangka, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah hari ini menolak permintaan pihak pembelaan kes Fitnah II terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan nota klinikal oleh tiga doktor yang memeriksa saksi utama Mohd Saiful Bukhari Azlan Sumber: Suara Keadilan |
Umno-BN Sabah Peruntuk RM1 Juta Setiap DUN, Tiga DUN Pembangkang Dinafikan Posted: 22 Nov 2010 12:10 AM PST KUALA LUMPUR 22 Nov - Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Sabah Ronnie Klassen mengecam tindakan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman yang memperuntukkan sejumlah RM62.7 juta kepada 56 Ahli Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional serta seorang ADUN Bebas sambil menyifatkannya sebagai diskriminasi ke atas rakyat negeri itu. Sumber: Suara Keadilan |
Zaid Tiada Sifat Rendah Diri, Proses Pembersihan KEADILAN Bermula Selepas Kongres Posted: 22 Nov 2010 12:05 AM PST KUALA LUMPUR 22 Nov - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Azmin Ali menyifatkan bekas calon Timbalan Presiden yang keluar parti, Datuk Zaid Ibrahim sebagai seorang tidak boleh sebagai satu pasukan dan hanya tidak mempunyai sifat rendah diri. Sumber: Suara Keadilan |
KEADILAN Ucap Selamat Jalan Kepada Zaid, Tak Payah Tunggu 16 Dis Posted: 22 Nov 2010 12:00 AM PST PETALING JAYA 22 Nov - Walaupun bekas calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Zaid Ibrahim meletakkan jawatan sebagai ahli berkuatkuasa 16 Disember depan, parti hari ini menganggap beliau telah pun keluar serta merta dan mengesahkan keputusannya. Sumber: Suara Keadilan |
You are subscribed to email updates from Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan