Isnin, 8 November 2010

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA


Ng: Salahkah masuk kawasan wakil rakyat lain?

Posted: 08 Nov 2010 12:45 AM PST

ADUN Sekinchan Ng Suee Lim berkata beliau tidak merancang untuk membuat sebarang kekecohan ataupun berdemonstrasi di Tanjong Karang pada Khamis lalu, tetapi hadir untuk bertemu sekumpulan petani di situ.

Katanya, petani berkenaan telah memanggilnya hadir untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka.

Namun, beliau tetap dipukul oleh sekumpulan samseng apabila tiba di tempat berkenaan.

"Saya mahu nyatakan sebagai ADUN saya mendengar rintihan dan rungutan rakyat, adakah itu salah?," katanya ketika bercakap kepada wartawan ketika ditemui di bangunan annexe DUN Selangor hari ini,

Ng hari ini turut mengedarkan beberapa keping gambar yang dirakamkan ketika kejadian itu berlaku.

ADUN DAP itu turut mempersoalkan sama ada terdapat peruntukan dalam perlembagaan persekutuan mahupun negeri yang melarang wakil rakyat daripada mana-mana kawasan daripada memasuki kawasan yang tidak diwakilinya.

"Sebagai seorang ADUN, walaupun dari Sekinchan, saya wajib prihatin kepada semua kawasan di Selangor. Noh Omar kata saya telah masuk ke kawasan dia, jadi saya kena pukul.

"Ini adalah dunia tanpa sempadan, ADUN dan MP juga tidak ada sempadan. Sempadan yang ada hanyalah mentaliti kekampungan Noh Omar, menteri kampung yang bermentaliti kampung," katanya lagi.

Ng berkata demikian ketika mengulas kenyataan Noh sebelum ini yang menyatakan kepada Ng supaya tidak bersikap 'kurang ajar' dan supaya tidak memasuki kawasan orang lain.

Datuk Seri Noh Omar yang juga ahli parlimen Tanjung Karang juga telah menafikan bahawa anggota Umno telah menyerang ADUN Sekinchan itu seperti didakwa Ng.

Dalam pada itu, ketua whip PKR dalam DUN tersebut Azmin Ali mengutuk sekeras-kerasnya, tindakan samseng seperti itu.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, Azmin juga berharap polis akan mengambil tindakan secara profesional dan tegas dalam isu tersebut.


Sumber: Malaysiakini

Qazaf: Mahkamah syariah dipermainkan, kata Anwar

Posted: 08 Nov 2010 12:40 AM PST


Mahkamah Syariah di negara ini 'dipermainkan' kerana menerima tekanan politik daripada individu tertentu yang berkepentingan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditemui selepas memfailkan permohonan pindaan kesnya di mahkamah syariah hari ini. "Ada individu yang menggunakan kuasa politik untuk campur tangan bidang kuasa mahkamah syariah.

Kenapa pendakwa tidak mendakwa kes qazaf terhadap Saiful? "Pada dasarnya mereka tidak boleh mencampur- adukkan kes jenayah di mahkamah sivil dengan kes qazaf di mahkamah syariah bukan kerana isu teknikal," katanya. Anwar dalam permohonan rayuannya pada 3 November lalu itu memberi alasan bahawa berlaku kesilapan hakim mengenai merit dan isu substantif diperingkat bantahan awal di mana permohonan saya belum sempat dibicarakan.

Anwar antara alasannya juga berkata hakim terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta apabila meletakkan kuasa Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan Shamsuddin Hussain adalah besar dan luas, menyamai kuasa Peguam Negara sedangkan beliau hanyalah seorang pegawai yang kedudukannya terletak di bawah Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).Anwar yang juga ketua pembangkang hari ini memfailkan permohonan untuk meminda notis rayuannya berhubung pertuduhan qazaf terhadap bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, di Mahkamah Syariah di Kuala Lumpur. Anwar yang hadir bersama isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Mohammad memfailkan notis itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah melalui peguamnya yang diketuai Kamar Ainiah Kamaruzaman.

Beliau yang turut diwakili peguam Dorina Abdullah, memohon untuk memindanya dengan memasukkan perkataan "keseluruhan" yang dikatakan telah tercicir dalam notis rayuan yang dibuat pada 23 April lalu. Ketika ditemui pemberita, Kamar Ainiah memberitahu pihaknya memfailkannya selepas mendapati perkataan "keseluruhan" itu tiada, selain memastikan proses berjalan lancar pada hari hujahan rayuan itu yang dijangkakan pada Jan tahun depan. "Pihak kami memfailkan pindaan itu berhubung satu perenggan yang menyatakan "tidak berpuas hati terhadap keputusan mahkamah," katanya "Dan pada hari ini pihak kami memohon untuk meminda dengan menambah perkataan "keseluruhan" yang menjadikan ;"....tidak berpuas hati terhadap keseluruhan keputusan mahkamah...", katanya. Anwar, 63, sebagai perayu menamakan tiga responden dalam permohonan itu iaitu Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan Shamsuddin Hussain, Pengarah Jabatan Agama Islam (Jawi) Datuk Che Mat Che Ali dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom. Pada 23 April lalu, Anwar, menfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Syariah yang menolak permohonannya supaya memerintahkan pendakwaan yang diwakili Shamsuddin, meneruskan pertuduhan qazaf terhadap Mohd Saiful, 25. Pertuduhan qazaf ialah membuat tuduhan terhadap seseorang yang melakukan zina tanpa membawa empat saksi lelaki, dan jika sabit kesalahan boleh dihukum maksimum penjara tiga tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya sekali. Pada 3 Nov lalu, Anwar telah memfailkan 14 alasan rayuan dengan menyatakan antaranya Hakim Mahkamah Tinggi telah melakukan kekhilafan dari segi undang-undang dan fakta apabila membuat keputusan mengenai merit dan isu substantif pada peringkat bantahan awal. Beliau juga mendakwa, keputusan oleh mahkamah itu iaitu dengan mengenepikan permohonan tanpa didengar dan dibicarakan telah menyebabkan berlaku ketidakadilan terhadap dirinya.

Dalam alasannya juga menyatakan hakim telah terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta apabila meletakkan kuasa Ketua Pendakwa Syarie adalah besar dan luas yang menyamai kuasa Peguam Negara sedangkan beliau hanyalah seorang pegawai di bawah Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Sumber: Malaysiakini

BTN: Tidak Selesaikan Masalah Perkauman Sempit BN

Posted: 08 Nov 2010 12:35 AM PST


KUALA LUMPUR 8 NOV: Tindakan kerajaan mengantung Pegawai kanan Biro Tata Negara (BTN) Hamim Husin yang menghamburkan kata-kata berunsur perkauman tidak menyelesaikan masalah politik perkauman sempit Barisan Nasional, ujar Ahli Parlimen Batu, Tian Chua.

Katanya, pemerintah Umno-Barisan Nasional(BN) secara aktif mempropaganda dan mempromosikan fahaman politik perkauman yang sempit.

"Kita harap kursus seperti Biro Tata Negara (BTN), yang tidak selaras dengan prinsip berbilang kaum dapat dibetulkan.

"Kita harap persepsi dan juga fahaman perkauman dapat diperbetulkan di semua peringkat kerajaan," ujar beliau.

Berhubung hukuman yang dikenakan terhadap pegawai kerajaan terbabit, beliau berkata tindakan kerajaan yang lambat bertindak mencerminkan betapa seriusnya masalah tersebut.

"Sungguhpun tindakan sudah diambil, ia tidak menyelesaikan masalah kerana fahaman ini sudah tersebar," tegasnya ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.

Sementara itu , bagi Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff berkata kerajaan Umno-BN tidak memandang serius isu perkauman.

"Ini menunjukkan bahawa gagasan 1 Malaysia yang kononnya membawa agenda inklusif merupakan satu retorik.

"Bagi saya, komitmen kerajaan hanya akan diyakini kalau dibuktikan dengan tindakan," katanya ketika ditemui TV Selangor.

Ujarnya, isu itu penting kerana ia berlaku di peringkat pendidikan yang berbeza dengan peringkat-peringkat yang lain.

"Kalau isu pendidikan sebegitu pun tidak diberikan perhatian yang tegas, mana mungkin kerajaan akan mengambil tindakan kalau berlaku di tempat kerja atau tempat awam.

"Jawapan yang diberikan oleh Menteri tidak menggambarkan komitmen dan retorik 1 Malaysia yang bertepatan apabila Pakatan Rakyat menolaknya," tegas Yusmadi.

Dalam pada itu, beliau turut membidas tindakan kerajaan yang hanya bertindak menghukum individu terbabit selepas diasak oleh Ahli Parlimen kedua-dua belah pihak di Dewan Rakyat.

"Pada pandangan saya, BN masih lagi ditunjangi dengan politik perkauman sempit ala Umno yang berlawanan dengan agenda 1 Malaysia," ujar beliau.

Sumber: TVSNEWS

Bukan Melagakan Tetapi Perbuatan Zambry Jelas Khurafat

Posted: 08 Nov 2010 12:30 AM PST


SHAH ALAM 8 NOV - Dakwaan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Kadir bahawa PAS senjaga menggunakan agama untuk menyerang beliau dibidas oleh Pesuruhjaya PAS Perak, Abu Bakar Hussain.

Zambry sebelum ini mendakwa bahawa PAS sengaja menggunakan agama untuk menyerang beliau dan melaga-lagakan antara beliau dan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.

Sebelum ini, pada upacara ketika merasmikan program Projek Infra Bina Upaya (IBU) di Kampung Guar dalam DUN Manong 17 Oktober lalu, Zambri telah meletak ancak ke tiang seri di tapak pembinaan rumah orang kurang upaya.

Menurut Abu Bakar, realitinya, perbuatan Zambry dianggap khurafat dan bercanggah dengan ajaran Islam dan mempersoalkan mengapa Harussani bersikap pilih bulu dalam menegur perkara sedemikian.

"Realitinya ni dia dah buat satu amalam yang bercanggah dengan islam, jadi sebab tu bila dia buat, mufti tak beri sebarang komen sedangkan terkena pada pembangkang saja, dia cepat tapi bila terkena pada Umno-Barisan Nasional(BN) dia mendiamkan diri oleh itu, satu tindakan agresif yang dibuat oleh dewan pemudalah," komen beliau kepada TV Selangor.

Sebelum ini, Ketua Dewan Pemuda PAS Perak Zawawi Hasan menyelar penglibatan beliau dalam hal ini dan menyatakan upacara itu diwarisi oleh orang dahulu yang bersifat "karut, syirik dan dan bercanggah dengan akidah Islam".

Menurut Abu Bakar lagi, sebagai pemimpin Islam, Zambry haruslah mempunyai ilmu dalam membezakan isu sebenar dalam sesuatu perkara.

"Isunya seorang pemimpin, takkan selemah tu ilmu dia, tak boleh nak bezakan antara yang bercanggah dan tak bercanggah dengan agama, itu isu dia bukan isu hasad dengki dan sebagainya," ulas beliau.

Malah Abu Bakar menganggap Zambry tidak patut cuba berdolak-dalik dan menyalahkan bekas Menteri Besar dari PAS Datuk Seri Dr Nizar Jamaluddin yang menyertai acara nyalaan lilin simbolik kematian bekas pembantu Adun Selangor Mendiang Teoh Beng Hock.

Klip video acara Zambry di Kampung Guar itu turut tersebar di laman youtube dan sekaligus membuktikan dia terlibat dari awal hingga akhir.

"Dia sebenarnya berbeza, Nizar dulu dia bukan berada di gereja dan sebagainya jadi lepas itu dia pegang lilin, itu saja, bukan ada kaitan dengan upacara sebagai simbolik sahaja masa itu, dan memang Datuk Nizar pun dah terangkan berbeza dengan Zambry sendiri," kata beliau.


Sumber: TVSNEWS

Fitnah Di Galas: Lim Kit Siang Fail Saman NSTP

Posted: 08 Nov 2010 12:25 AM PST


KUALA LUMPUR 8 NOV: Penasihat DAP Lim Kit Siang hari ini menfailkan saman fitnah terhadap The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd(NSTP) kerana menyiarkan artikel berunsur fitnah semasa kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas di akhbar Berita Harian, pada 2 Nov lepas.

Saman itu difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil, melalui Tetuan Karpal Singh & Co, di sini, petang ini. Dalam pernyataan tuntutannya, Lim mendakwa NSTP telah secara salah dan berniat jahat menyebabkan artikel bertajuk "Tindakan Kit Siang tuduh Umno kafir melampau" yang mengandungi perkataan-perkataan fitnah dicetak dan disiarkan di akhbar Berita Harian.

Lim berkata artikel itu antara lain bermaksud beliau telah berucap di satu ceramah di Rancangan Pemulihan Tanah (RPT) Kesedar Sungai Terah, di Kelantan, di mana beliau telah menuduh orang Melayu Umno kafir dan beliau adalah seorang ahli politik yang berniat jahat untuk mewujudkan perasaan saling benci-membenci di kalangan masyarakat majmuk di negara ini.

Lim mendakwa penyiaran perkataan-perkataan fitnah itu, telah merendahkan kedudukan beliau sebagai seorang ahli politik serta penghinaan awam, dan sehubungan itu beliau menuntut ganti rugi teruk, teladan, faedah dan kos.

Lim mendakwa defendan (NSTP) langsung tidak memohon maaf kepadanya walaupun mereka sememangnya mengetahui keadaan sebenar, malahan ralat yang disiarkan oleh NSTP pada akhbarnya keesokan hari, adalah tidak ikhlas dan menjadikan kesan lebih teruk kepada plaintif.

Sumber: TVSNEWS

KDN Enggan Jawab Surat Terbuka Mat Zain

Posted: 08 Nov 2010 12:20 AM PST


KUALA LUMPUR 8 NOV: Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang hari ini membidas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammudin Hussein apabila mendapati beliau enggan menjawab isu berhubung kes "Mata-Lebam" yang dibuat melalui pendedahan surat terbuka Datuk Mat Zain Ibrahim.

Mat Zain, bekas Pegawai Kanan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dalam surat terbuka itu meminta Menteri membuka semula kertas siasatan kes berkenaan.

Kit Siang yang bangkit ketika Menteri mengakhiri hujah pergulungan perbahasan kementeriannya berkata isu tersebut adalah berkaitan dengan kewibawaan PDRM yang membabitkan pegawai tertinggi dalam badan itu.

Hishamuddin ketika membalas hujah tersebut berkata perkara itu tidak dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Ipoh Timur dalam perbahasan sebelum ini.

Katanya, melalui maklumat yang diterima, tidak ada butiran berhubung isu berkenaan di dalam perbahasan.Justify Full

Kit Siang yang tidak berpuas hati mempersoalkan mengapa pegawai yang diarahkan kementerian tersebut tidak membuat catitan berhubung isu yang beliau telah bangkitkan semasa perbahasan Bajet 2011, minggu lalu.

Hishamuddin kemudiannya memberikan alasan kononnya atas faktor kekurangan masa untuk berbahas dan akan memberikan jawapan secara bertulis berhubung soalan yang dibangkitkan itu.

Sumber: TVSNEWS

Umno-BN Eksploitasi Rakyat Miskin Sebagai Simpanan Tetap Untuk Menangi Pilihan Raya

Posted: 08 Nov 2010 12:15 AM PST

MS1KULIM 8 Nov - Sejak lebih 50 tahun, Umno-Barisan Nasional telah mengeksploitasi rakyat miskin, peneroka Felda, Felcra serta undi pos melalui penipuan, ugutan, rasuah dan penyelewengan bagi mengekalkan tampuk kekuasaan

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamed Sabu berkata Umno-BN menganggao golongan rakyat miskin terutamamnya dikalangan orang Melayu dan kaum Bumiputera di Sabah dan Sarawak sebagai simpanan deposit yang boleh diguna pakai apabila ingin memenangi pilihan raya.

Ini dapat di lihat ketika pilihan raya kecil di Galas di mana Umno-BN telah menggunakan pendekatan hiburan terlampau untu mendapat undi Orang Asal sehingga sanggup membekalkan minuman arak dan konsert di tengah-tengah hutan.

Begitu juga di Batu Sapi, Umno-BN trelah mengerahkan seluruh jentera dan agensi kerajaan untuk memenangi pilihan raya kecil itu dengan apa cara sekali pun.

Bagaimanapun Mohamed berkata BN sebenarnya sedar hakikat bahawa majoriti rakyat sudah pun menolak parti itu sejak PRU-12 lalu di mana Pakatan Rakyat memperolehi hampir 52 peratus undi popular di Semenanjung.

"Menyedari hakikat kurangnya sokongan yang BN terima, maka mereka pergunakan deposit tetap yang ada dengan memperalatkan undi pos serta masyarakat miskin sepertimana yang kita sedia maklum untuk mendapatkan sokongan.

"Begitu juga dengan apa yang berlaku di Sabah. Masyarakat Bumiputera Sabah yang miskin dan melarat menjadi taruhan mereka untuk digula-gulakan bagi meraih sokongan melalui pelbagai janji pilihan raya.

"Apakah pembelaan terhadap nasib masyarakat miskin hanya terbela apabila menjelangnya pilihan raya sahaja. Inilah yang menjadi amalan pimpinan BN selama mereka menerajui kepimpinan negara, " kata Mohamed ketika berucap pada majlis jamuan makan malam anjuran PAS kawasan Kulim-Bandar Baharu di Dewan Putra semalam.

Ujar beliau lagi, dengan mengekalkan kemiskinan kepada sebahagian besar masyarakat di pedalaman seperti Sabah itu, maka sokongan bagi mendapat undi menjelang pilihan raya sudah sedia ada melalui janji-janji politik.

Namun begitu kekalahan yang diterima dalam PRK Galas dan Batu Sapi bukan penamat kepada kebangkitan Pakatan Rakyat untuk terus menumbangkan kerajaan Umno-BN yang sedia ada.

Tambahnya lagi, amalan demokrasi secara berat sebelah yang menjadi amalan pemerintahan Umno-BN dalam negara ini harus segera dikekang supaya rakyat tidak lagi terpedaya dengan sifat hipokrit dan penipuan licik BN bersama-sama agensi kerajaan yang mereka peralatkan.

"Oleh kerana itu untuk menewaskan BN bukanlah satu perkara mudah untuk meneruskan agenda Pakatan Rakyat menuju Putrajaya. Kesedaran kepada rakyat terutamanya di kawasan pedalaman dan golongan miskin harus dilipatgandakan supaya BN tidak terus memperkudakan
golongan ini bagi mengekalkan kuasa mereka, " katanya lagi.


Sumber: Suara Keadilan

Keputusan Batu Sapi Tanda Penerimaan Rakyat Sabah Terhadap KEADILAN

Posted: 08 Nov 2010 12:10 AM PST

ZK3SHAH ALAM 8 Nov - Kekalahan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) di pilihan raya kecil Batu Sapi di Sabah bukan menjadi tanda ukur untuk menyatakan sokongan rakyat kepada parti itu telah berkurangan malah ia menandakan titik mula gelombang sokongan rakyat terhadap KEADILAN di Sabah.

Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin berkata kekalahan ini tidak melemahkan semangat KEADILAN tetapi akan menjadi motivasi agar parti akan lebih bekerja keras untuk memastikan kemenangan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

"Memang lumrah pilihan raya kecil, parti pembangkang tidak selalu menang, jadi ini bukan masalah besar," kata beliau.

Beliau menjelaskan kekalahan di Batu Sapi dengan majoriti besar sudah dijangkakan memandangkan Barisan Nasional telah mengerahkan seluruh kekuatan jentera pilihan raya parti serta menggunakan segala kemudahan untuk menundukkan Pakatan Rakyat.

"Jadi kemenangan BN dengan majoriti 6,000 lebih perkara biasa jika dihai daripada salah guna jentera kerajaan tetapi untuk Pakatan Rakyat mendapat hampir 3,500 undi merupakan satu perkara yang luarbiasa, apatah lagi di Batu Sapi yang mana majoriti pengundi adalah miskin.

"Kita tahulah bagaimana rakyat miskin ini diberi sogokan dan janji-janji agar memberikan mereka harapan untuk terus mengundi untuk Barisan Nasional," jelas Zuraida lagi.

Beliau seterusnya menyatakan semangat KEADILAN bukanlah dalam kemenangan atau kekalahan dalam pilihan raya tetapi dalam membawa perubahan dan kesedaran kepada masyarakat Batu Sapi agar tidak takut dengan pembangkang.

"Ini adalah langkah pertama di Batu Sapi dan kita dapat melihat para pengundi di kawasan miskin kini berani untuk mengundi untuk KEADILAN dan ini menjadi satu menghadapi PRU-13 untuk terus mengundi KEADILAN dan membawa kemenangan di Sabah," kata beliau.


Sumber: Suara Keadilan

Zaid Umum Tarik Diri Tanding Timbalan Presiden, Letak Semua Jawatan Parti

Posted: 08 Nov 2010 12:05 AM PST

zaiduntukrakyatPETALING JAYA 8 Nov - Pengerusi Majlis Pimpinan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim pagi tadi mengumumkan keputusan menarik diri daripada pertandingan Timbalan Presiden dalam Pemilihan Majlis Pimpinan Pusat 2010 serta melepaskan
semua jawatan dalam parti.

"Saya ingin mengumumkan penarikan diri sebagai calon dalam pertandingan sebagai Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat serta meletak jawatan daripada semua jawatan yang saya sandang di dalam parti.

"Saya ditawarkan untuk menyertai parti ini atas kepercayaan bahawa saya boleh mempromosi pencerahan politik yang progresif; memupuk dan membangunkan nilai dan budaya politik yang berprinsip yang saya anggap tidak boleh dipisahkan dalam pembangunan demokrasi dan
urus tadbir negara yang baik. Saya tersilap," kata Zaid dalam blognya yang disiarkan hari ini.

Zaid menyataka kesal dan tidak berouas hati berhubung dakwaan penyelewengan yang berlaku dalam pemilihan
parti walaupun perkara tersebut telah berulang kali di bangkitkan oleh anggota parti.

Beliau bagaimanapun akan terus bersuara mengenai isu yang bersangkutan rakyat.


Sumber: Suara Keadilan

Pemilihan MPP 2010 Telus, Kertas Undi Punyai Ciri Keselamatan Ketat

Posted: 08 Nov 2010 12:00 AM PST

SNI14PETALING JAYA 8 Nov - Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat, Saifuddin Nasution Ismail menolak dakwaan kertas undi Pemilihan Majlis Pimpinan Pusat 2010 boleh dibeli dan disalah guna sambil menyifatkan tohmahan itu berniat jahat dan fitnah semata-mata.

Malah Saifuddin yang juga Ahli Parliman Machang menegaskan kertas undi yng dimaksudkan oleh blogger Haris Ibrahim mempunyai ciri-ciri keselamatan yang cukup ketat dan tidak boleh disalah gunakan oleh mana-mana pihak.

Dalam tulisan blognya, Haris mendakwa beliau mempunyai bukti bahawa calon tertentu boleh membeli kertas undi dan seterusnya pengawas pemilihan PKR boleh memanipulasi peratusan keluar mengundi dengan menggunakan kertas undi berkenaan.

Beliau yang juga seorang peguam mendakwa sebanyak 1,000 kertas undi yang tidak digunakan minggu lalu boleh dibeli dan digunakan semula dalam pusingan pengundian berikutnya.

Menjawab dakwaan tersebut Saifuddin berkata setiap cabang akan dibekalkan kertas undi pada jumlah yang terhad dengan nombor siri masing-masing yang tidak boleh digunakan di mana-mana cabang lain.

Malah kata beliau warna pada kertas undi juga berbeza setiap minggu.

"Ini adalah kertas undi untuk minggu pertama, berwarna putih manakala untuk sekarang, kertas undi untuk minggu ini berwarna biru jadi kalau Haris dapat seribu kertas undi berwarna putih, boleh tak dia gunakan untuk minggu ini?

"Parti ingin memaklumkan semua ahli ahli dan calon-calon bertanding bahawa kesemua kertas undi yang sudah digunakan minggu lalu, tidak boleh digunakan lagi minggu ini ataupun pada minggu depan," kata Saifuddin dalam sidang media tergempar di ibu pejabat KEADILAN di Tropicana petang semalam.

Beliau berkata kertas undi pemilihan mengandungi empat ciri keselamatan ketat termasuk nombor siri dan warna berbeza mengikut hari, tempat pemilihan dilangsungkan dan jawatan yang dipertandingkan.

Parti jug menganggap sebarang kertas undi tanpa cop daripada pengawas pemilihan sebagai tidak sah manakala setiap calon bertanding berhak melantik wakil masing-masing untuk memerhatikan proses pengiraan.

Kertas keputusan juga akan ditandatangan oleh pengawas

pemilihan dan wakil calon sendiri sebelum diserahkan kepada ibu pejabat.

"Dengan keempat-empat ciri keselamatan itu, sistem ini adalah sistem yang sangat telus," katanya pada sidang media yang turut dihadiri Presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya Senator Dr Syed Husin Ali.

Saifuddin menegaskan dakwaan yang dibuat oleh blogger tersebut tidak serta memperkukuhkan demokrasi tulen dalam pemilihan pemimpin di peringkat cabang mahukan nasional.

"Serangan macam itu akan mematangkan parti yang paling mustahak ialah kita melaksanakan tuntutan prinsip satu anggota satu undi yang dijalankan parti dan dalam proses itu kita berdepan dengan pelbagai tohmahan.

Yang jelas, kita dapat terjemahkan prinsip demokrasi parti ke arah pengukuhan jangka panjang," kata beliau.

Sehingga semalam 78 cabang sudah selesai mengadakan pengundian manakala sembilan lagi hari ini.

Sumber: Suara Keadilan

Tiada ulasan: