Khamis, 21 Oktober 2010

www.telokkemang.blogspot.com/

www.telokkemang.blogspot.com/


Jawapan Jawab Lisan, Isu Lebuh Raya Seremban Port Dickson

Posted: 21 Oct 2010 02:27 AM PDT

Kos Projek Meningkat Tidak Kurang RM200juta dan Siap Pada Pertengahan 2012

Merujuk kepada jawap pada soalan yang dikemukakan kepada Kementerian Kerja Raya berhubung dengan isu pembinaan Lebuh Raya Seremban-Port Dickson ke FR5 Pasir Panjang-Linggi yang telah tergendala menunjukkan terdapat pertambahan harga yang tidak kurang dari RM200juta serta pembinaan tersebut apa selesai pada pertengahan 2012.

Peningkatan harga dan juga kelewatan untuk menyiapkan projek tersebut adalah kerana kementerian terbabit gagal menjalankan penelitian dalam setiap pemilihan kontraktor yang ingin menjalan kerja-kerja tersebut.

Y.B Dato' Kamarul Baharin Bin Abbas (Telok Kemang) minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan:-

a) status pembinaan Lebuh Raya Seremban-Port Dickson ke FR5 Pasir Panjang-Linggi yang telah tergendala; dan
b) nyatakan bilakah kerja penyembungan projek tersebut akan dimulakan dan jumlah penalti yang dikenakan kepada kontraktor berkenaan sehingga kini.

JAWAPAN:

Tuan Yang Di-Pertua;

a) Sebagaimana Ahli yang Berhormat telah sedia maklum, perlaksanaan Projek Membina dan Menaik Taraf Jalan Dari Lebuh Raya Seremban-Port Dickson-Pasir Panjang-Linggi, Negeri Sembilan telah mengalami kelewatan berbanding dengan jadual asal. Masalah ini berpunca dari kelemahan oleh pihak kontraktor yang gagal melaksanakan projek ini sebagaimana mengikut obligasi. Status pembinaan bagi projek jalan sepanjang 33.1 kilometer itu adalah seperti berikut:

1) Seksyen 1 : sepanjang 22.5 kilometer, ditawarkan kepada syarikat Hartajaya-Benteng Timur-AMR Jeli JV Sdn Bhd. dengan harga kontrak sebanyak RM118 juta. Projek bagi segmen ini telah dimulakan pada bulan Februari 2005 dan sepatutnya disiapkan pada 1 Disember 2009 (Tempoh lanjut Masa ke-3). Kontrak bagi segmen ini telah ditamatkan pada 16 jun 2010 dengan kemajuan kerja semasa ditapak ialah 85% ; dan
2) Seksyen 2 : sepanjang 10.6 kilometer, ditawarkan kepada syarikat Satriadesa Corporation Sdn Bhd. dengan harga kontrak sebanyak RM44.9 juta. Projek bagi segmen ini telah dimulakan pada bulan Ogos 2005 dan sepatutnya disiapkan pada 1 Disember 2009 (Tempoh Lanjutan Masa ke-4). Kontrak bagi segmen ini telah ditamatkan pada 23 September 2010 dengan kemajuan kerja semasa di tapak ialah 48%.

b) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, setakat ini Kerajaan telah merampas Bon Pelaksanaan dari kontraktor-kontraktor berkenaan dan akan mengenakan tindakan senarai hitam kepada syarikat dan ahli-ahli pengarah syarikat terlibat dari mengambil bahagian dalam mana-mana tender Kerajaan pada masa hadapan. Sehubungan itu, JKR juga pada masa kini sedang dalam proses untuk memanggil tender baru bagi melantik kontraktor penyelamat bagi meneruskan baki kerja yang terbengkalai. Berdasarkan perancangan, kontraktor baru dijangka akan mula memasuki tapak pada bulan Januari 2011 dengan tempoh siap kerja ialah selama 14 bualn



Tiada ulasan: