The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah |
Pokok Sawit dah pandai bertcakap dengan Felda Posted: 07 Oct 2010 07:48 PM PDT Berpuluh-puluh tahun KPG bagi hampir semua Rancangan Felda di Negeri Pahang adalah antara 18%-19%, tetapi setelah Kemahang 3, tiba-tiba perahan telah dinaikkan hingga 20%-20.5%. Seorang peguam kepada Peneroka-Peneroka Felda ini sambil ketawa menyatakan bahawa pokok-pokok sawit sudah mula pandai bercakap. Saya rekodkan percakapan Pokok Sawit dengan Felda: Pokok Sawit (PS): Boss, tak ndak ke naikkan sikit peratusan perahan sebab makmal boleh catat hingga 27% KPG sekarang ni? Felda (F): Isy...diam, diamlah, Peneroka bukan tau pun, kalau perlu kita beri mereka tu 17% je, barulah kita banyak duit, ni nak bagi Najib lagi untuk Pilihanraya, kalau kita tak tipu peneroka, macam mana kita nak buat duit untuk Najib! PS: A..ah, ye tak ye jugek, kita berilah 18% boss! F: 18% tak apa, kita masih tipu mereka lebih kurang 6% bagi setiap Peneroka, dan kita tipu mereka setiap orang antara RM300 hingga RM400 setiap bulan. Boleh tahan. PS: Bijak, boss, bijak. Tapi kawan-kawan aku di Kemahang 3 tak setuju boss, sebab Peneroka-Peneroka tu dah menang kes sampai ke Mahkamah Persekutuan. Kita tak boleh nak tipu lagi, boss. F: Isy..diamlah, Peneroka tu mana tau cerita sebenar, Nanti aku cakapkan bahawa kita kalah sebab Peguam kita tak hadir Mahkamah. PS: Tapi boss, kes itu bukan berjalan sehari dua. Dari Mahkamah Tinggi Kota Bahru hingga Mahkamah Persekutuan, macam-macam Peguam dah dilantik, semuanya ambil bayaran guaman hingga ratusan ribu ringgit, boss. Takkan Peneroka nak percaya? F: Kau ni bodoh sangatlah Pokok Sawit, itu alasan kitalah, sebab bukan kerana Peguam kita bodoh, tapi sebenarnya kita tak ada kes, kita memang dah menipu! Faham! PS: Faham boss, apa kata kita naikkan sikit KPG ni disesetengah Kilang boss, kurang-kurang kelabu juga mata mereka. F: Naik berapa peratus, kau ingat? PS: Boleh tak beri 20% boss. Kalau mereka saman pun, mereka hanya dapat 22%-23% sahaja, jadi bila kita naikkan kepada 20%, tentu mereka tak saman dah, dan Felda boleh makan 2% boss. 2% tu besar boss, berapa ratus ribu ada peneroka Felda, banyak dah Felda buat tu boss! F: Bijak, bijak, kau bijaklah FS. Tapi kita jangan naikkan disemua Kilang, satu dua kilang sahaja disetiap Negeri, yang lain tu tetap dengan 18% KPG. PS: Tapi mereka dah mula saman jugak, boss. Di Felda Maokil, Johor 600 lebih Peneroka dah masuk saman, di Serting 766 Peneroka, ni kat Pahang dengar-dengar di Rompin lebih 500 Peneroka nak saman, di kawasan Kilang Jengka 6 ada 1000 Peneroka dan di kawasan Kilang Jengka 8, ada seribu Peneroka dan di DUN Jengka lebih kurang 1000 peneroka nak saman Felda. F: Jangan bimbang, nanti kita ugut ketua-ketua mereka. Kita boleh tipu lagi bahawa kita akan naikkan perahan. Runding punya runding, makanlah masa 4, 5 tahun. Kita bedal lah dalam masa tu. 4, 5 tahun lagi Peneroka-Peneroka ni dah habis "steam", mereka dah tua, tak terdaya nak lawan lagi. PS: Betul tu boss, tapi boss tak takut ke halal atau haram, tak takut Neraka ke boss. F: Mana ada halal haram, mana ada syorga neraka, yang ada untung rugi ajelah. PS: Yang tu saya tak setuju boss. F: Kau apa tau, keluarkan buah aje sudah. Nanti kita akan letak dalam Majalah kita, kita kata Peguam-Peguam tu tipu peneroka, ambil RM5000.00 dari setiap peneroka untuk fail saman. PS: Tu tak betul boss. Peguam-Peguam tu hanya kenakan RM50.00 sahaja untuk kerja-kerja menghantar buah ke Makmal dari setiap lot yang terlibat. Menyediakan dokumen, memfailkan dokumen, hadir ke Mahkamah dari Mahkamah Tinggi ke Mahkamah Persekutuan, dan semakan di Mahkamah Persekutuan. RM50 tu kecil aje boss kalau bandingkan boss bayar kepada Peguam Felda yang beratus ribu ringgit tu boss. F: Eh PS..kau cuba nak ajar aku pulak! PS: Bukan nak ajar boss, tapi kalau Felda kalah macam kes Felda Kemahang 3 tu, kan Felda juga yang malu, dan kalah lagi di Mahkamah Tinggi Kuantan mengenai Dana Tanam Semula, nak suruk di mana muka Felda sekarang boss, jadi bahan ketawa aje, dan kini dah tak ada peneroka yang segan dengan Felda lagi. Tak boleh runding ke boss? Dulu Peneroka yang ahli UMNO menyokong Felda boss, tapi, bila mereka sudah tahu mereka juga kena tipu oleh Felda, mereka pun kini dah duduk semeja dengan orang PKR dan PAS, dan mereka juga beri kerjasama untuk saman Felda. Kalau macam ni, habislah boss, mereka akan tawan rancangan Felda ni, dan bila mereka menang, orang macam boss ni takkan laku lagi, tak boleh dipakai!! Felda tidak menjawab lagi dan didalam hatinya berkata bahawa dia terasa bersalah kerana selama ini menjadi alat untuk menipu Peneroka. Baru dia sedar bahawa dia seorang Melayu, diperalatkan oleh Pemimpin-Pemimpin Melayu untuk menipu Melayu. |
You are subscribed to email updates from The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan