Khamis, 7 Oktober 2010

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA


DAP dakwa penunjuk perasaan bukan ahlinya

Posted: 07 Oct 2010 01:57 AM PDT


Pengerusi DAP Cawangan Taman Pertama di Buntung, Tang Yaw Hooi berkata, sekumpulan kurang 20 lelaki yang berdemonstrasi di hadapan ibu pejabat DAP Perak di Ipoh, semalam bagi mendesak Timbalan Pengerusi DAP Perak, M Kulasegaran keluar daripada parti itu bukan ahlinya.

Menurut Tang, nama mereka itu tidak tersenarai dalam pendaftaran ahli DAP.

Beliau berkata demikian selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh hari ini bagi meminta polis menyiasat latar belakang kumpulan itu.

Semalam, selain mendesak supaya Kulasegaran keluar daripada DAP dengan alasan pemimpin berketurunan India dalam DAP dipinggirkan, mereka juga mengecam kepimpinan DAP Perak.

Naib Pengerusi DAP Perak, A Sivanesan, yang mengiringi Tang membuat laporan itu, berkata bantahan itu dilakukan "kumpulan dalaman" yang cuba membuat kacau.

Katanya, Kulasegaran, yang kini berada di Nepal ketika dihubungi, menafikan pembabitan dengan kumpulan berkenaan.


Sumber: Malaysiakini

Muhyiddin 'berubah' kerana kerusi no 1

Posted: 07 Oct 2010 01:51 AM PDT

Naib Presiden PKR Mustaffa Kamil Ayub berkata, mantan bosnya Tan Sri Muhyiddin Yassin kini berubah menggunakan pendekatan "mengapi-apikan sentimen Melayu" disebabkan penangan kerusi perdana menteri yang sedang diintainya.

NONE
Mustaffa – bekas setiausaha politik Muhyiddin selama empat tahun sehingga Disember 2008 - berkata perkara itu juga disebabkan keadaan politik sekarang berbeza berbanding ketika Muhyididin memimpin kementerian belia dan sukan lebih sepuluh tahun lalu.

"Ada perbezaan pendekatan sebab dalam hal sekarang ini, beliau sudah mula mengintai kerusi nombor satu negara," katanya ketika ditanya sama ada Muhyididin masih merupakan orang yang sama.

"Jadi sebab itu (sekarang ini), segala langkah yang beliau (Muhyiddin) ambil, sifatnya adalah untuk mengintai peluang kerusi nombor satu negara."

NONE
Mustaffa - yang meletakkan jawatan bagi menyertai reformasi Datuk Seri Anwar Ibrahim – berkata, pendekatan Muhyididin kini "berganjak" kerana kedudukannya dalam Umno tidak lagi "terancam".

Sebelum ini, menurut Mustaffa, Muhyiddin bergelut membuang label sebagai "orang kanan Anwar", antaranya kerana menjadi antara menteri terawal melawat Anwar setelah dibebaskan daripada penjara.

Alat Dr Mahathir

"Sehingga dalam banyak keadaan (pada masa itu) beliau agak tersisih daripada arus perdana politik (perdana menteri) Tun Dr Mahathir (Mohamad) pada masa itu.

NONE
"Tetapi kini beliau sudah dapat rasakan ada kekuatan yang tersendiri, oleh itu pendekatan dan imej yang beliau ketengahkan agak berbeza berbanding 10 tahun lalu," kata aktivis belia dan NGO Islam itu.

Dalam wawancara denganMalaysiakini di Kuala Lumpur tengah hari semalam, Mustaffa tidak menolak kemungkinan timbalan perdana menteri "yang sukar senyum tetapi berhati baik" itu mungkin diperalatkan Dr Mahathir bagi menyatakan perasaan tidak puas hati terhadap Datuk Seri Najib Razak.

"Dalam konteks politik Umno, hal itu mungkin saja berlaku," katanya sambil berkata perkara itu mungkin bertujuan mempertahankan legasi panjang pemerintahan Dr Mahathir sebelum ini.

azlan
Tanpa segan, Mustaffa - yang kini mengorak perjalanan politiknya sendiri melalui PKR dan mula menggapai kedudukannya yang sama dengan Muhyiddin dalam Umno sebagai timbalan – sanggup berdebat dengan mantan bosnya itu berhubung isu Melayu.

"Apa yang tidak betul, kita akan kritik, termasuk (isu) yang terbaru ini. Beliau yang kita faham berada di belakang PERKASA (Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia) membawa sentimen Melayu... Dan saya sedia mencabar beliau (nyatakan) juga bagaimana bentuk Melayu yang kita ketengahkan?

Tiga persamaan dengan Muhyididin

"Apakah Melayu yang boleh mengizinkan rasuah boleh berleluasa? Atau apakah pimpinan Melayu boleh membenarkan penyelewengan wang rakyat terbiar begitu sahaja?" soal Mustaffa bertubi-tubi.

NONE
"Jika ingin beliau gunakan sebagai alat untuk memenuhi aspirasi serta serakah politik Umno, itu kita akan serang habis-habisan. Dan jika beliau ingin berdebat, kita juga sedia berdebat dengan beliau dalam hal itu."

Menurut analisis Mustaffa juga, dalam masa yang sama pendekatan Muhyiddin dilihat berbeza dengan Najib yang menurutnya cuba mengambil hati masyarakat bukan Melayu.

"Itu sifatnya (politik) pedang bermata dua, double standarddalam politik yang mereka lakukan," kata Mustaffa.

Menegaskan PKR mengamalkan politik nilai yang tidak berasaskan perkauman, 'politik lama' Umno dan BN itu sudah mula pecah, terutamanya apabila peneroka Felda dan Felcra sebagai penyokong kuat kerajaan didakwa sudah berubah.

Bagaimanapun, di sebalik semua kritikan keras itu, Mustaffa mengakui, beliau pada 12 tahun lalu berkongsi tiga persamaan dengan Muhyididin, iaitu saling menekuni aspek kepemudaan, hampir dengan nilai keagamaan dan memberi "dokongan baik" kepada Anwar.

Karektor itulah yang mungkin mewujudkan keserasian antara mereka dalam satu pasukan, akui Mustaffa.


Sumber: Malaysiakini

Benarkan Mahasiswa Berpolitik : Yaakob Sapari

Posted: 07 Oct 2010 01:48 AM PDT


SHAH ALAM,07 OKT : Exco Pemodenan Pertanian, Pembangunan Usahawan dan Luar Bandar, Dr Yaakob Sapari mendesak agar kerajaan pusat memansuhkan Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) demi melahirkan mahasiswa yang lebih berketerampilan untuk menjadi pemimpin masa hadapan.

Walaupun Akta Universiti dan Kolej Universiti telah dipinda pada tahun 2008, namun pindaan dilihat bias kerana perlu mendapatkan kebenaran Naib Canselor universiti. Sekaligus menafikan hak mahasiswa dalam membuat keputusan secara bebas dalam memilih aktiviti politik.

Mengulas kenyataan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin yang tidak menghalang mahasiswa institut pengajian tinggi (IPT) untuk terlibat dalam politik sewaktu pilihan raya sekiranya mengikut garis panduan yang ditetapkan menimbulkan kekeliruan kepada mahasiswa.

Yaakob berkata, "Ironinya kenyataan menteri itu mencerminkan sikap tidak konsisten kementerian dalam isu membenarkan mahasiswa terlibat dalam politik."

"Garis panduan yang dicadangkan oleh pihak kementerian dilihat sebagai usaha terdesak dalam meraih publisiti murahan daripada kalangan mahasiswa dalam pilihan raya DUN Galas yang akan dilaksanakan tidak lama lagi".

Tegas Yaakob lagi , "Alasan tumpuan pelajar akan merosot apabila terbabit dengan politik sama sekali tidak berasas."

"Ini kerana dengan kegiatan aktif mahasiswa dalam politik dapat menerapkan nilai murni dan mampu manjadi warganegara yang bertanggung jawab".

Sumber: Selangorkini

Mustafa: Tengku Razaleigh Pedang Dua Mata Umno

Posted: 07 Oct 2010 01:46 AM PDT


Parti Islam Se-Malaysia yakin mampu menghadapi populariti Tengku Razaleigh Hamzah yang terpilih untuk mengepalai jentera perang Umno dalam pilihanraya Dewan Undangan Negeri Galas.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali bagaimanapun melahirkan dukacita dengan komplot dalaman Umno, yang mengambil kesempatan dari Pilihanraya Kecil Galas ini, untuk menamatkan kerjaya politik Tengku Razaleigh jika tewas, atau meraih Dun baru jika menang.

"Saya melihat Tengku Razaleigh mempunyai tanggungjawab besar dalam Pilihanraya Kecil kali ini. Bagi saya, pemilihan Tengku Razaleigh adalah seperti pedang dua mata," kata Datuk Mustafa.

Tengku Razaleigh melahirkan solidariti dengan usaha Kerajaan Pas Kelantan menuntut Kerajaan Pusat menyerahkan royalti minyak kepada rakyat negeri itu.

Beliau diiktiraf sebagai pemimpin Umno paling berpengaruh di Darul Naim, manakala kekuatan Pas di Kelantan juga terbukti kuat.

Mustafa berkata Pengarah Pilihanraya Pas Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman dan jentera parti sama-sekali tidak memandang rendah kepada kemampuan Tengku Razaleigh.

"Pas menganggap Tengku Razaleigh seorang pemimpin yang paling berpengaruh di Gua Musang. Kita hormatinya dan kita tidak boleh pandang mudah. Saya yakin Datuk Abdul Halim dan jentera operasi akan memainkan peranan terbaik," kata Mustafa.

Datuk Abdul Halim berharap analisa keatas pola pengundi dalam pilihanraya umum lalu memberi kelebihan kepada Pas untuk menghadapi cabaran Umno.

Menurut Abdul Halim pada pilihan raya itu, jumlah pengundi di DUN Galas yang memilih calon BN sebanyak 3,826, manakala calon PAS mendapat 4,143.

"Dari segi perangkaan ini sahaja, calon BN ada kemungkinan tewas. Dari fenomena ini, tidak sukar untuk Pas mempertahankan kerusi itu," jelas Abdul Halim.

Ditanya mengenai calon yang akan bertanding dalam pilihan raya kecil itu, Mustaffa berkata PAS Pusat akan bermesyuarat selepas menerima senarai pendek calon yang layak daripada PAS Kelantan.

Pemimpin Pas Kelantan, Dato Husam Musa sebelum ini berkata Pas tidak menolak calon-calon berpotensi dari kalangan orang Asli di Galas.

Sumber: TVSelangor

8,000 Polis Siap-Siaga Hadapi Pilihanraya Sarawak

Posted: 07 Oct 2010 01:43 AM PDT


Polis akan mengerahkan 8,000 anggota antara bulan ini dan Julai tahun hadapan, sebagai persiapan menghadapi Pilihanraya Negeri Sarawak.

Persuruhjaya Polis, Datuk Mohmad Salleh berkata Prosedur Tetap Operasi dan faktor kewangan juga telah ditetapkan.

"Kita bersedia dari segi Prosedur Tetap Operasi dan kertas kerja, manakala belanjawan juga telah diperuntukkan. Kita hanya menunggu pengumuman tarikh pilihanraya," katanya di Kuching hari ini.

Mohmad menambah lebih dari 8,000 anggota, termasuk di luar negeri Sarawak, telah diletakkan dalam keadaan siap-siaga untuk pilihanraya itu nanti.

Sumber: TVSelangor

Umno Tak Peduli Malaysia Jadi Pariah Asal Terus Kekal Berkuasa

Posted: 07 Oct 2010 01:42 AM PDT

SNI17
PETALING JAYA 7 Okt - Umno-Barisan Nasional tidak menjadikan kecaman masyarakat antarabangsa berhubung konspirasi memusnahkan karier politik Ketua Oposisi, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai kayu ukur malah tidak mempedulikan langsung risiko Malaysia dilabelkan sebagai 'pariah' asalkan matlamatnya berjaya mengekalkan kuasa sebagai pemerintah negara.

Menurut Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Saifuddin Nasution Ismail serangan menjatuhkan reputasi Anwar secara berterusan merupakan langkah terdesak Umno-Barisan Nasional apabila tidak berdaya lagi berhadapan dengan ketokohan dan hujah Anwar sebagai negarawan bertaraf dunia.

"Sama ada Malaysia itu menjadi 'pariah' di mata antarabangsa, Umno tidak ambil kisah soal perkara ini, yang penting Umno mesti terus kekal berkuasa dan dengan kuasa politik itu mereka boleh terus melakukan apa sahaja semahu-mahunya.

"Pada dia (Umno-BN), reputasi Malaysia di mata antarabangsa itu bukan ukurannya, keutamaannya Umno mesti berkuasa dengan apa cara sekalipun.

"Oleh kerana lawan politik nombor satunya adalah Anwar, maka riwayat politik Anwar itu mesti ditamatkan dahulu dengan kilang-kilang fitnah itu akan terus mereka giatkan," kata Saifuddin kepada Suara Keadilan ketika diminta mengulas mengenai laporan polis yang dibuat semalam oleh Rahimi Osman, bekas pembantu Anwar berhubung dua surat akuan bersumpah yang ditandatangani.

Beliau kini menafi menandatangani atas kerelaannya dan mendakwa dipaksa oleh Ketua Penerangan KEADILAN, Latheefa Koya yang juga seorang peguam.

Saifuddin berkata tanpa disedari Umno-BN, perbuatan mereka itu akan dinilai rakyat sebagai tindakan politik jahat dan durjana dan sebaliknya mendorong rakyat menambah sokongan kepada KEADILAN.

Beliau berkata perbuatan sedemikian bukan sahaja memberi gambaran buruk kepada Umno-BN malah mencerminkan betapa dangkalnya politik yang di bawa mereka kerana sanggup membelakangi budaya dan peradaban masyarakat Melayu.
IMG_5363


"Serangan tidak putus-putus yang dilakukan ke atas Anwar ini adalah sebagai langkah terdesak Umno-BN yang akan menjerat diri mereka sendiri kerana tanpa mereka sedar perbuatan itu dilihat oleh rakyat sebagai berlebihan dan keterlaluan.

"Perbuatan ini juga hanya akan mendedahkan bagaimana politik jahat Umno-BN ini kerana mereka tidak langsung menghormati batas-batas, adab dan akhlak budaya orang Melayu dan Islam," katanya lagi.

Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Machang turut menyifatkan dakwaan terbaru itu sebagai bukti Umno-BN tidak pernah mengambil iktibar daripada petunjuk rakyat yang berpaling menyokong KEADILAN biarpun setelah pelbagai halangan dilalui Anwar akibat perbuatan rejim kerajaan yang mahu menamatkan riwayat politiknya.

"Saya menyifatkan isu terbaru ini sebenranaya adalah satu bukti bagaimana Umno-BN tidak pernah serik dengan hukuman dan isyarat daripada rakyat.

"Kalau sekiranya rakyat termakan dengan fitnah jahat ini, bermula 1999 lagi, nama Anwar akan terpadam terus daripada persada arena politik negara. Tidak mungkin rakyat Malaysia baik apa agama dan anutan sekalipun akan menghampiri seorang pemimpin yang begitu jijik dan hina akhlaknya, seorang yang dikatakan ada hubungan dengan 27 orang wanita pelbagai kaum termasuk Melayu, Cina, Indian, Eropah dan sebagainya sepertimana laporan afidavit mahkamah oleh (Tan Sri) Musa Hassan semasa beliau menjadi pegawai penyiasat pada tahun 1999.

"Anwar juga dituduh sebagai pengkhianat negara, beliau juga sebagai agen Yahudi dan Amerika malah kuda tunggangan Cina DAP dan segala macam.

"Fitnah ini berterusan dari 1998 sampai sekarang. Apakah pengaruh Anwar terhakis bahkan tidak. Parti yang Anwar ketuai semakin mendapat tempat di hati rakyat. Apakah Umno mengambil iktibar daripada pelajaran ini, jawapannya tidak.

"Fitnah baru yang direka ini hanya akan semakin membuka mata rakyat tentang bagaimana terdesaknya Umno dan BN tidak mampu bersilat dengan Anwar dalam gelanggang politik tetapi menggunakan intrumen pemerintah seperti polis, peguam negara dan mahkamah untuk menghancurkan dan menamatkan riwayat politik Anwar," katanya.

Dalam pada itu, beliau juga tidak menolak Anwar berhadapan risiko ditahan semula kerana menganggap senario itu menjadi kezaliman Umno-BN untuk menyekat Anwar mara

"Risiko ditahan itu ada dan ini bukannya sesuatu yang pelik kerana sebelum ini aduan pada 1998 dia ditahan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri), dipukul, dikurung. Aduan 2008, dia ditahan, dipaksa ambil DNA.

"Mereka (kerajaan) akan mengulangi proses yang sama, ada laporan polis mereka akan tahan Anwar, mereka akan kilang segala fitnah jahat.

"Saya juga optimis berdasarkan pengalaman kes 1998, beliau dibicarakan 1999 diulangi lagi dengan kes dan bukti-bukti yang tak masuk akal dan proses mahkamah yang tidak langsung memberikan Anwar bukti-bukti yang tidak adil sehinggalah sekarang dan episod ini akan hanya meyakinkan rakyat bahawa Anwar adalah mangsa kepada Umno dan BN yang hanya mahu terus kekal berkuasa," katanya.

Sumber: Suara Keadilan

Keterangan Rahimi Kepada Polis Babitkan Najib, Rosmah dalam Konspirasi Fitnah II

Posted: 07 Oct 2010 01:41 AM PDT

PCLat07102010
PETALING JAYA 7 Okt - Bekas pembantu kepada Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Rahimi Osman secara sukarela memberi keterangan kepada pihak polis di bawah Seksyen 112 Kanun Acara Jenayah bahawa beliau telah di bawa oleh rakan karib isteri Perdana Menteri, Datuk Paduka Mumtaz Jaafar bertemu Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor di kediaman mereka.

Mendedahkan perkara ini, Naib Presiden KEADILAN, Sivarasa Rasiah berkata berasaskan fakta ini laporan polis Rahimi semalam yang mendakwa beliau dipaksa menandatangani dua akuan bersumpah di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada 28 Jun 2008 adalah tuduhan liar, tidak berasas dan karut.

"Walaupun Latheefa Koya dan Saiful Izham (Ramli) dinamakan sebagai dua peguam yang dikatakan memaksa Rahimi menandatangani akuan bersumpah saya juga terlibat dalam penyediaan dokumen tersebut.

"Rahimi datang ke hotel tersebut atas kerelaannya dan tidak ada unsur paksaan langsung kerana peguam, Stanley Sinnapan juga berada di sebelah beliau sepanjang masa," jelas Sivarasa pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN di Tropicana bersama Latheefa Koya, Saiful Izham Ramli serta peguam N Surendran.

Sivarasa juga memberi amaran kepada Rahimi beliau bahawa berhadapan dengan kesalahan memalsukan fakta dan boleh dihukum penjara selama tujuh tahun.

"Saya mendapat tahu Rahimi sudah menyediakan akuan bersumpah terbaru untuk menidakkan akuan bersumpah yang ditandatangani pada 2008.

"Apa yang diberitahu kepada pihak polis di bawah Seksyen 112 Kanun Acara Jenayah serupa dengan apa yang di dalam akuan bersumpah beliau malah mengandungi lebih banyak maklumat.

"Jika sekarang Rahimi menafi dan bercanggah dengan keterangannya kepada pihak polis maka beliau telah melakukan kes nyata berkaitan 'perjury' dan boleh dipenjara selama tujuh tahun," tegas beliau.

Menceritakan rentetan peristiwa di hotel tersebut, Latheefa berkata pada hari seorang lagi bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan membuat laporan polis terhadap majikannya, KEADILAN mengadakan kursus kepimpinan di mana rahimi juga turut hadir.

"Memanglah ramai ahli di hotel tersebut dan juga Rahimi ada bersama ketika itu. Dia datang kepada kami dan memberikan keterangan dengan rela berhubung dakwaan yang dibuat oleh kawan karibnya, Saiful," terang Latheefa.

Beliau menjelaskan Rahimi dipanggil sebanyak dua kali oleh pihak polis untuk memberi keterangan.
IMG_5363


Kali kedia adalah pada 23 Julai 2008 di mana Rahimi telah menceritakan bagaimana beliau telah di bawa oleh Mumtaz bertemu Rosmah dan Najib d kediaman mereka.

"Selepas memberi keterangan kepada polis, rahimi menalifon kami dan memaklumkan bahawa beliau telah memberitahu polis segalanya," kata Latheefa.

Saiful Izham pula berkata laporan polis Rahimi adalah satu bentuk manipulasi fakta yang tidak benar dengan tujuan memberi kesan negatif kepada prosiding perbicaraan Fitnah II terhadap Anwar kini.

"Tuduhan beoiau adalah bersifat jenayah fitnah dan kita akan teliti untuk mengambil tindakan undang-undang dan juga terhadap media yang memutar belitkan fakta dan berita.

"Kami hairan bagaimana Rahimi boleh dakwa beliau di tahan kerana beliau aktif membantu parti dalam siri beberapa pilihan raya kecil terutamanya di Permatang Pauh.

"Kami menganggap ini satu usaha untuk memulakan fitnah pusingan ketiga terhadap Anwar.

Ditanya samada dua akuan bersumpah itu akan digunakan dalam perbicaraan Fitnah II, Sivarasa berkata ia tidak lagi perlu kerana semua maklumat yang terkandung dalamnya sudah pun disahkan oleh Saiful di dalam mahkamah termasuk Perdana Menteri sendiri yang mengakui bertemu Saiful di rumah beliau.

Surendran pula berkata pihaknya memberi tempoh 24 jam kepada Rahimi untuk menarik balik tuduhannya serta memohon maaf.

"Beliau hanya perlu 24 jam untuk sedar bahawa apa yang dikatakannya adalah fitnah dan tidak benar langsung. Kalau dia tidak tarik balik tuduhan dan mohon maaf kita akan teruskan dengan tindakan undang-undang," kata Surendran.


Sumber: Suara Keadilan

Larang Utusan Buat Liputan Keputusan Parti

Posted: 07 Oct 2010 01:40 AM PDT

PCSNI1
SHAH ALAM 7 Okt - Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Saifuddin Nasution Ismail menegaskan pendirian parti itu yang menetapkan setiap anggota parti hendaklah menghormati keputusan parti kerana ia merupakan etika yang perlu dipatuhi dan ini termasuk ketetapan parti untuk tidak membenarkan akhbar Utusan Malaysia membuat liputan berkaitan aktiviti parti termasuk pemilihan parti kali ini.

Beliau berkata ketetapan tersebut dibuat berdasarkan usaha media milik Umno itu yang tidak pernah berhenti untuk melihat kehancuran parti itu sejak awal penubuhannya sehingga kini.

"Oleh kerana itu, parti membuat satu keputusan, satu ketetapan. Apa keputusan kita? Keputusan kita ialah kita tidak libatkan Utusan dalam sidang media kita, aktiviti kita, itu keputusan parti.

"Baik, saya berpendapat (sebagai) anggota parti, tanggungjawab paling mudah ialah kita mematuhi dengan keputusan, itu sahaja, sikit sahaja.

"Soalan pilihan kita satu bab. Sebelum parti membuat keputusan, kita boleh memberikan pendirian kita, tetapi apabila parti membuat keputusan, disiplin yang betul ialah menghormati kerana menghormati keputusan parti adalah perkara yang paling asas dituntut, satu etika yang perlu dipatuhi," katanya dalam wawancara khas bersama media di ibu pejabat parti itu semalam.

Mengulas mengenai peringatan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim tentang calon-calon yang bertanding dalam pemilihan kali ini harus mengelak daripada memberi kenyataan kepada media yang dilarang,Saifuddin berkata, keputusan parti adalah berlandaskan kepada prinsip parti itu sendiri.

"Sudah menjadi satu rahsia umum, pendirian parti terhadap media tertentu. Saya nak sebut, saya nak mengulangi prinsip menghormati dan mengiktiraf kebebasan media itu tidak akan berubah, dari sudut keadilan mendasari parti kita.
boikot_utusan_badge


"Di sana, pimpinan parti menilai kecenderungan yang agak ketara dan jelas di kalangan media tertentu dalam kes ini Utusan, yang kita sifatkan sebagai 'istiqamah' dalam usaha mahu menghancurkan Keadilan, bermula daripada usaha membunuh karakter Ketua Umum (Anwar), tak letih-letih, bertubi-tubi untuk menjahanamkan parti," katanya.

Keputusan tersebut merangkumi calon-calon yang bertanding pada pemilihan parti kali ini, termasuklah ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Datuk Zaid Ibrahim.

Bagaimanapun tanpa merujuk secara khusus tentang pendirian Zaid dalam wawancara bersama Sinar Harian kelmarin bahawa beliau bersikap terbuka dan tidak mahu memboikoit media, Saifuddin menegaskan bahawa dasar parti adalah mempertahan dan mengekalkan kebebasan media.

"Sebab itu saya memberi satu gambaran umum, walaupun tergambar dalam pemikiran kita apa yang kita maksudkan.

"Dasar parti dalam mempertahankan kebebasan media tidak berubah, tetapi dalam kes khusus ini, media Utusan tidak pernah letih-letih, jadi parti memberikan satu layanan khas kepada mereka iaitu tidak melibatkan mereka dalam sebarang aktiviti parti, itu sahaja.

"Dan itu keputusan peribadi beliau. Yang saya sebutkan ialah disiplin parti ialah menghormati keputusan parti.

"Dan sebagai anggota, sebaiknya keputusan parti itu dihormati biarpun kita mungkin ada pandangan tersendiri," jelas Saifuddin lagi.

Berhubung pertanyaan sama ada pendirian Zaid ini satu tindakan yang melanggar disiplin parti, ini jawapan yang diberikan beliau:

"Saya tak pergi sampai ke tahap itu. Disiplin dalam konteks yang kita faham, bukan dalam konteks tindakan disiplin. Disiplin maknanya satu etika dan etika perkara yang berkaitan dengan apabila parti membuat keputusan, bolehkah anda patuhi, itu sahaja," katanya.

Dalam wawancara terbaru terbitan 5 Oktober lalu, Zaid dilaporkan sebagai berkata bahawa beliau tidak mahu mengambil sikap 'memboikot' mana-mana media yang dilihat menyerang dan memusuhi kepimpinan parti itu dan Pakatan Rakyat pada amnya.

Zaid berkata, beliau mempunyai pendirian yang berbeza dalam isu itu walaupun Anwar meminta calon-calon yang bertanding pada pemilihan KEADILAN mengelak daripada menggunakan media lawan untuk diwawancara.

Bagaimanapun Zaid membenarkan beliau diwawancara Mingguan Malaysia minggu lalu walaupun akhbar itu dilarang membuat liputan aktiviti KEADILAN.

Umno Minta Utusan Bertanggungjawab

Dalam perkembangan lain, dalam wawancara Malaysiakini dengan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor semalam, beliau meminta Utusan Malaysia supaya bersikap lebih bertanggungjawab dalam laporan mereka.

Katanya, masalah yang wujud dalam Utusan Malaysia mungkin hanya disebabkan oleh beberapa orang dalam sidang pengarang akhbar berkenaan.

"Mungkin sebab satu dua orang. Janganlah kerana nila setitik, habis rosak susu sebelanga.

"Kita sudah beritahu mereka jangan tulis begitu. Wartawan perlu menulis dengan bertanggungjawab, gunakan fikiran supaya apabila kita tulis sesuatu, ia tidak menyakiti perasaan orang lain atau kaum lain," tambahnya.

Lapor Adnan lagi, Umno mempunyai pegangan dalam Utusan Malaysia tetapi tidak ada kawalan ke atas kegiatan editorial akhbar berkenaan.

"Mereka akan kata, 'biasalah.' Bila kita marah (mereka beri alasan), bukanlah, itu (disebabkan) wartawan kami. Ini biasa di mana-mana (penerbitan) pun," katanya lagi.

Tengku Adnan sebelum itu diminta mengulas Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) yang mendakwa Utusan Malaysia mengamalkan polisi editorial yang bertentangan dengan etika kewartawanan.

Sumber: Suara Keadilan

KEADILAN Tidak Restu Tindakan Halang Sidang Media Rahimi

Posted: 07 Oct 2010 01:38 AM PDT

SH2
PETALING JAYA 7 Okt - Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Senator Dr Syed Husin Ali berkata beliau memandang berat percubaan beberapa individu yang mengakui sebagai penyokong KEADILAN untuk menggagalkan sidang akhbar belas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim di di Kelang semalam.

Dr Syd Husin menegaskan tindakan kasar dan kata-kata kesat pihak terbabit tidak membantu kes Fitnah II terhadap Ketua Oposisi itu bahkan menjejas imej Parti.

"Saya ingin tegaskan bahawa KEADILAN tidak pernah merestui, apatah lagi mengarah tindakan kumpulan ini. Orang yang dikatakan memimpin kumpulan ini bukannya Naib Presiden Parti ataupun Pembantu Khas Anwar, seperti mana dilaporkan oleh sesetengah media.

"Namun begitu kami berpendapat bahawa Rahimi Osman, bekas pembantu Anwar telah berbohong dalam laporan polisnya yang mendakwa beliau dipaksa membuat surat sumpah. Perkara ini akan dijelaskan oleh peguam dalam sidang akhbar tengahari ini," jelas beliau.


Sumber: Suara Keadilan

Hisham, Polis Masih Enggan Minta Maaf

Posted: 07 Oct 2010 01:37 AM PDT

Tragedi_AMINULRASYID
SHAH ALAM 7 Okt - Keluarga serta ibu Allahyarham Aminulrasyid Amzah menuntut pihak polis serta Kementerian Dalam Negeri membersihkan nama remaja itu berhubung dakwaan beliau adalah seorang penjenayah.

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad membidas keengganan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammudin Hussein bertemu dengan keluarga remaja 14 tahun itu yang mati ditembak polis, 26 April lalu.

Beliau yang kesal dengan tindakan itu berkata Hishammuddin sebenarnya tidak layak untuk memegang jawatan Menteri kerana tindakannya yang tidak berani berhadapan dengan rakyat.

"Saya hendak maklumkan di sini, selepas dua kali kita menulis surat untuk mengadakan pertemuan, akhirnya kita berjumpa dengan pihak Kementerian Dalam Negeri, itu pun dengan Timbalan Menteri, Datuk Wira Abu Seman Yusop.

"Saya difahamkan, ini merupakan usaha kali yang ketiga selepas ibu arwah Aminulrasyid bersama peguam dihalau apabila mereka sampai di lobi bangunan kementerian itu. Kali ini, barulah mereka boleh berjumpa," jelas beliau pada sidang media dipejabatnya petang semalam.
khalidsamad


Ujar beliau, permohonannya kepada Abu Seman adalah seperti permintaan ibu arwah Aminulrasyid iaitu supaya menarik tuduhan penjenayah terhadap anaknya.

Namun Abu Seman meminta supaya pihak keluarga Aminulrasyid menunggu sehingga selesai perbicaraan terhadap anggota polis yang dituduh menembak remaja terbabit.

"Beliau minta kita tunggu perbicaraan itu dahulu, tetapi ini merupakan perbicaraan yang berbeza dan tidak mempunyai kaitan dengan dakwaan arwah Aminulrasyid seorang penjenayah.

"Perbicaraan terhadap konstabel yang menembak arwah Aminulrasyid dan tuduhan beliau seorang penjenayah adalah perkara yang berasingan,"

"Tuduhan terhadap arwah Aminulrasyid perlu ditarik balik kerana sehingga kini ibunya masih tidak boleh menerima tuduhan pihak polis bahawa anaknya seorang penjenayah.

"Arwah Aminulrasyid seorang yang baik dan disenangi oleh rakan-rakan dan di kalangan guru di sekolahnya," kata Khalid lagi.

Beliau sekali mendesak pihak polis dan KDN meminta maaf dan menarik balik tuduhan tersebut.

Sumber: Suara Keadilan

JKR Didesak Siapkan Hospital Sebelum Jan 2012

Posted: 07 Oct 2010 01:35 AM PDT

KS10
SHAH ALAM 7 Okt - Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menggesa Kementerian Kerja Raya (KKR) supaya menyiapkan projek pembinaan Hospital Shah Alam di Seksyen 7 sebelum suku pertama 2012.

Kegagalan berbuat demikian hanya menunjukkan Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) yang diuar-uarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hanyalah omong kosong semata-mata.

Beliau menegaskan projek pembinaan hospital yang terbengkalai sejak Julai tahun ini menjadi rumit selepas tender projek yang diberikan secara rundingan terus menyebabkan proses tender baru bakal mengambil masa lebih 30 bulan untuk menyediakan semula semua dokumen dan pelan berkaitan.

"Cadangan supaya Jabatan Kerja Raya (JKR) mengambilalih projek itu telah ditolak oleh Kerajaan Persekutuan. Ini kerana prosesnya tidak mengikut tender tetapi rundingan terus kepada syarikat tertentu menyebabkan perkara itu menjadi sukar.

"Masalahnya, ia dibina tanpa sebarang dokumen dan untuk menyediakan semula dokumen tersebut akan mengambil masa hampir setahun. Ini akan menyebabkan kosnya akan meningkat berdasarkan perkembangan ekonomi semasa," kata Khalid pada sidang media di pejabatnya petang semalam.

Khalid menambah situasi ini mencerminkan ketidak berkesanan KKR di dalam menangani masalah ini di kala keadaan ekonomi negara berada di dalam keadaan kesempitan dana.

"Cara mereka menangani isu ini juga nampaknya masih lagi menggunakan cara dan budaya yang lama," ujarnya.
hospitalsa


Tambah beliau lagi, sudah hampir empat bulan berlalu, tanpa ada perkembangan berhubung isu pembinaan ini daripada pihak kementerian.

"Perkara ini tidak boleh diterima. Kita desak supaya menteri terbabit mempercepatkan dan menyelesaikan perkara ini tanpa ada kenaikkan kos," tegas Khalid.

Menurutnya, kos pembinaan sebanyak RM480 juta juga merupakan kos yang dikatakan mahal sedang jika mengikut 'rule of thumb', sepatutnya hospital dengan kelengkapan katil sebanyak 300 unit sepatutnya menelan kos RM300 juta sahaja.

Sumber: Suara Keadilan

"Sudahlah mahal, terbengkalai pulak tu, saya difahamkan ada pihak yang sanggup menawarkan untuk membina dengan harga diskaun tapi yang anehnya, Kerajaan Pusat masih lagi mahu menenderkan projek itu," kata beliau lagi.

Tiada ulasan: