Isnin, 4 Oktober 2010

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Untuk Apa Felda Berbohong?

Posted: 04 Oct 2010 09:50 PM PDT

Mari kita baca Majalah keluaran Felda. Didalamnya dimuatkan mengenai tindakan peneroka-peneroka Felda mennyaman Felda.
Wah, wah, wah...ceritanya begini. Felda melakukan pembohongan diatas darat apabila dia menyatakan bahawa Peguam-Peguam Peneroka mengenakan bayaran RM5000.00 kepada setiap peneroka yang menyaman Felda.
Majalah itu menyatakan bahawa peguam-peguam itu menggunakan kereta mewah, dan tinggal di Hotel-Hotel 5 Bintang dan tersenyum didepan ATM.
Beginilah buruknya imej Peguam-Peguam itu yang digambarkan oleh Felda melalui Majalah keluarannya.
Dulu Tan Sri Dr Yusof Noor mengatakan bahawa setiap peneroka itu dikenakan RM500.00 tetapi kali ini dinaikkan angka itu 10 kali ganda dengan RM5,000.00.
Ketawa besar peneroka-peneroka Serting membaca artikel didalam Majalah Felda itu. Mereka kata samada Felda ini ditadbirkan oleh manusia yang paling bodoh didunia atau pembohong yang paling bodoh.
Peneroka-peneroka tidak membayar yuran guaman (legal fees) langsung, tetapi hanya membayar bayaran kos (disbursement) sebanyak RM50.00 seorang. Dari duit RM50.00 itulah digunakan untuk menghantar buah sawit ke Makmal untuk ujian KPG dari beberapa lot untuk mempastikan bahawa tuntutan yang dibuat berlandas kepada fakta sebenar, bukan hayalan mengikut emosi.
Dari disbursement itu juga untuk digunakan bagi perbelanjaan transport didalam pengurusan ini, dan dari disbursement yang kecil itu jugalah digunakan untuk menyiapkan dokumen, memfailkan saman di Mahkamah Tinggi, untuk hadir entah beberapa kali nanti di Mahkamah Tinggi, di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan. RM50.00!
Kita sekarang mahu Felda dedahkan pula berapakah jumlah Fee Guaman yang Felda bayar kepada Peguam Felda, dan kita juga mahu tahu bahawa jika Peguam Felda itu gagal menghadiri Mahkamah, apakah tindakan undang-undang yang Felda telah saman kepada Peguam yang gagal bertindak itu.
Kita mahu tahu jumlah bayaran guaman yang Felda telah bayar kepada Peguam yang gagal di Mahkamah Tinggi itu, dan berapa fee guaman yang Felda bayar kepada Peguamnya di Mahkamah Rayuan dan berapa pula bayaran guaman yang Felda telah bayar kepada Peguamnya di Mahkamah Persekutuan.
Felda telah melantik Peguam dari Firma Guaman yang besar dan established, maka menjadi kepentingan kepada Peneroka untuk bertanya jumlah Fee Guaman yang dibayar oleh Felda kepada Peguam-Peguamnya (termasuk yang dikatakan gagal itu) dari Mahkamah Tinggi ke Mahkamah Persekutuan dan Semakan di Mahkamah Persekutuan.
Sila jawab. Kerana pembohongan Felda mengatakan bahawa peguam-peguam Peneroka mengenakan perbelanjaan guaman sejumlah RM5000.00 itu, Insya Allah, peguam-peguam tersebut akan mengambil tindakan saman malu terhadap Felda.

Peneroka sama Felda

Posted: 04 Oct 2010 09:09 PM PDT

Perjumpaan Peneroka Felda dan Peguam-Peguam di Felda Jengka 9
Pertemuan Peneroka-Peneroka Felda dengan Peguam-Peguam di Felda Jengka 6

==

Didua lokasi yang berbeza dan waktu yang berbeza tetapi pada tarikh yang sama, wakil-wakil Peneroka Felda telah menemui Peguam-Peguam untuk mengadukan masalah KPG yang dimanipulasikan oleh Felda, dan melantik para peguam untuk mengambil tindakan saman terhadap Felda.
Sebelum perjumpaan ini diadakan seorang wakil dari Dr Syukri, ADUN Pulau Tawar, Jerantut meminta supaya pertemuan itu dibatalkan kerana kononnya Dr Syukri sendiri akan menganjurkan perjumpaan seumpama itu untuk menyaman Felda. Begitulah kecut perutnya mereka itu sehingga sanggup cuba memperdayakan peneroka-peneroka kononnya Dr Syukri, seorang ADUN BN sanggup memulakan saman terhadap Felda bagi mengelakkan perjumpaan itu dari diadakan.
Setelah perjumpaan diadakan dua orang lagi Wakil Rakyat UMNO/BN, Tan Mohd Aminuddin Ishak, Ahli Exco Kerajaan Pahang yang juga ADUN Chenor dan Shahaniza Shamsuddin, ADUN Kuala Sentul memberikan pandangan yang hampir sama.
Menurut Shahaniza bahawa beliau tidak pernah menerima sebarang aduan dari peneroka-peneroka. Persoalannya, kalaulah peneroka-peneroka mengadu kepada beliau, apakah tindakan yang mampu diambilnya?
Sebelum ini beliau hanya pandai mengeluarkan kenyataan-kenyataan menghina peneroka-peneroka Felda dengan mengatakan bahawa Peneroka-Peneroka patut bersyukur dan pernah menyatakan bahawa tujuan Felda mengujudkan Felda Plantation adalah untuk kepentingan peneroka-peneroka Felda, membawa maksud bahawa beliau langsung tidak mengetahui apakah Felda Plantation dan apakah tujuan Felda Plantation diwujudkan.
Persoalan yang sama sentiasa diulas oleh Tan Aminuddin yang secara sombong dan bongkaknya menghalau Peneroka-Peneroka Felda supaya keluar dari rancangan-rancangan Felda seolah-olah perkampongan Felda itu milik ibu-bapanya sendiri, seolah-olah peneroka-peneroka mendapat tanah ladang dan rumah di rancangan-rancangan Felda itu secara percuma.
Memang peneroka-peneroka Felda sanggup berunding dengan Felda agar mereka diberikan layanan yang adil dan sejahtera.
KPG yang diberikan kepada peneroka-peneroka di kawasan Jengka ini adalah jauh lebih rendah dari peratusan perahan yang sebenar. Felda mengetahui hakikat ini dan Peneroka-Peneroka juga tahu.
Setelah kemenangan tuntutan peneroka-peneroka Felda di Kemahang 3, ada kilang-kilang menaikkan sedikit peratusan perahan untuk mengelakkan tuntutan diambil oleh peneroka-peneroka, tetapi kebanyakan Kilang Felda tidak membuat apa-apa perubahan. Kenaikan yang diberikan oleh sesetengah Kilang itu juga jauh lebih rendah dari peratusan perahan gred yang sebenar.
Felda telah memanipulasi perahan gred ini sejak mula-mula dahulu lagi dan tidak kurang dari 15 tahun. Perkiraan yang mudah menunjukkan bahawa seseorang peneroka itu kehilangan lebihkurang RM30,000.00 jika melihatkan kepada keputusan Perintah Mahkamah didalam kes Kemahang 3.
Peneroka-peneroka bersetuju untuk berunding jika Felda serius mahu menaikkan KPG kepada lebihkurang 23% dan gantirugi sekurang-kurangnya RM25,000.00. Tak perlu saman-menyaman.
Felda juga telah gagal mengembalikan wang dari Dana Tanam Semula kepada setiap Peneroka yang tanam sendiri sejumlah RM17,000.00 (sesetengahnya berbaki antara RM8,000.00 hingga RM9,000.00). Tidak ada sebab Felda mahu memegang duit ini kerana duit itu adalah sumbangan bulanan oleh peneroka-peneroka Felda.
Keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan jelas memerintahkan Felda mengembalikan wang dana sebanyak RM17,000.00 itu kepada Peneroka, tetapi kenapa Felda masih gagal dan enggan mengembalikan wang itu kepada Peneroka? Peneroka tidak mempunyai jalan lain selain daripada terpaksa menyaman Felda untuk mendapatkan hak mereka, dan janganlah salahkan kepada peneroka-peneroka Felda apabila mereka menyaman Felda.
Peneroka-peneroka yang tanam semula bersama Felda merasa hairan kenapa wang dari dana tanam semula sejumlah RM17,000.00 itu tidak mencukupi untuk tanam semula sedangkan peneroka-peneroka tanam sendiri hanya memberlukan kurang dari RM10,000.00 untuk tanam semula meliputi pembelian anak sawit, baja dan racun dan pembersihan ladang, dan mereka bebas dari hutang sedangkan peneroka-peneroka bersama Felda bukan sahaja kehilangan RM17,000.00 tersebut malah mereka dikenakan hutang yang sangat tinggi sehingga melebihi RM40,000.00. Kenapa?
Mereka yang tanam melalui Felda dinafikan sebarang pendapatan kerana elaun sara hidup sebanyak RM1500.00 yang diberikan kepada Peneroka itu adalah dikira hutang. Maka, persoalannya, tidakkah pendapatan daripada ladang mereka itu sudah boleh melangsaikan apa juga hutang tanam semula mereka? Manipulasi oleh Felda terhadap perkara-perkara pokok inilah yang menimbulkan persoalan, dan kini lebih ramai peneroka-peneroka mahu keluar dari bersama Felda kerana Felda sangat bijak membuat manipulasi terhadap pendapatan mereka.
Sekarang ini biarlah kita nyatakan bahawa peneroka-peneroka bersetuju untuk berunding, tetapi perundingan itu biarlah berasas bukan seperti yang dilakukan selama ini, peneroka-peneroka sekadar diberikan taklimat oleh Felda untuk meyakinkan peneroka-peneroka bahawa mereka mesti menerima hutang yang dibebankan dan pendapatan yang rendah berbentuk sara hidup yang dikira hutang.



Berita Bergambar

Posted: 03 Oct 2010 10:29 PM PDT

CheguBard berucap di Majlis Hari Raya PKR Cabang Kuala Krau pada 3hb Oktober 2010
Felicia Ling, Anggota MPP PKR Pusat berucap di Majlis yang sama
Felicia Ling
Sdr Syukri, Pahang OnLine turut hadir
Aina turut hadir
Anita Karim, Setiausaha Wanita PKR Kuala Krau
Haji Abdul Aziz, Ketua Penerangan PAS Kawasan Kuala Krau
Razali Alias, Setiausaha PKR Negeri Pahang
"Jack" AJK UMNO Cawangan Kg Paya Keladan (berbaju merah) dan Haji Suhaimi Said
Cucuku Annuar Shakir seronok melihat orang ramai
Cucuku Aina Syazrin
Jack bersama Mohd Syukri Suhaimi
CheguBard (kanan) bersama Hamzah Sulaiman (Naib Ketua PKR Kuala Krau)
Walaupun kurang berdaya, Pak Cik hadir meraikan Jamuan Hari Raya PKR Kuala Krau
Pak Cik ini terpaksa duduk diatas kerusi roda dan makan disuapkan anaknya
Sdr Hamid, Ketua PAS Cawangan Jengka 11, semasa menghadiri perjumpaan Peneroka-Peneroka Felda di Felda Jengka 9, jam 2.00 petang
Sdri Latheefah Koya (kanan) dan Tuan Rumah Sdr Amin di Felda Jengka 9

Sdr Hj Ibrahim, Ketua PAS Cawangan Jenderak Utara (kiri) dan Sdr Sulaiman Abdullah (wakil Persatuan Pekebun-Pekebun Kecil)
Kehadiran Peneroka-Peneroka di perjumpaan dengan peguam-peguam di Felda Jengka 9
Perjumpaan di Felda Jengka 9
Sdr Rebin Birham, Pengerusi JK Penyelidikan Biro Felda PKR Pusat sedang berucap di Perjumpaan Peneroka-Peneroka Felda Jengka 6 pada 3hb Oktober 2010 jam 10.00 pagi
Sdr T. Kumar sedang berucap
Peneroka-peneroka yang hadir diperjumpaan di Felda Jengka

Tiada ulasan: