BULETIN RAKYAT |
BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SPM 2010 - BANGUNAN JUBLI PERAK, SUK, SHAH ALAM (10-10-10 AHAD) Posted: 11 Oct 2010 01:44 AM PDT Seramai lebih 2500 orang pelajar Pusat Tuisyen Rakyat Selangor dari seluruh negeri Selangor atau PTRS telah menghadiri Bengkel Teknik menjawab SPM Perdana yang dianjurkan oleh pejabat Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Kerajaan Negeri Selangor pada hari Ahad 10 Oktober 2010 yang lalu. Program sehari itu telah di bahagikan kepada dua kumpulan lelaki dan perempuan, dengan pengisian bengkel teknik menjawab SPM didalam mata pelajaran seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sejarah, dimana empat subjek ini adalah teras subjek kepada PTRS. Guru-guru pakar didalam subjek tersebut didatangkan khas dengan bantuan Unit Pendidikan, Bahagian Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor disamping konsultan yang dilantik mengelolakan program sehari tersebut. Yb Dr Puan Hajah Halimah Ali, Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor telah menutup bengkel tersebut pada jam 5 petang, diantara lain telah mengingatkan tentang masa depan pelajar-pelajar SPM ini didalam menghayati kehidupan dan fokus kepada SPM kerana mereka kebanyakannya adalah dari golongan dibawah pendapatan RM1500, kerajaan negeri yang sentiasa prihatin dan sensitif didalam pembelaan pelajar-pelajar didalam negeri Selangor dengan memperuntukan lebih dari RM3 juta didalam Pusat Tuisyen Rakyat Negeri Selangor ini. Seorang dari pelajar PTRS dari SMK Taman Bunga Raya, Dun Batang Kali, Harleena Hassim ketika ditemui menyatakan kesyukuran beliau diatas jasa dan bantuan tuisyen percuma yang diberikan oleh kerajaan negeri Selangor, sedikit sebanyak dapat membantu dan meringankan tangungan ibubapanya . |
You are subscribed to email updates from BULETIN RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan