Anak Muda Kampung Nak Senang |
Hj Mohd Sabu 13 Okt 2010 di Gemencheh Posted: 11 Oct 2010 06:55 AM PDT CERAMAH PERDANA Bersama : Tn Hj Mohd Sabu YB Ng Sue Lin Rabu 13 Oktober 2010 Jam 9 malam Di Taman Dato Taha, Gemencheh, N.Sembilan Semua dijemput hadir Maklumat lanjut hubungi Shamsul 019-6532973 |
Terengganu, histeria, curi pagar istana, seks, dadah, semua ada Posted: 11 Oct 2010 02:13 AM PDT Apa yang tak ada di Terengganu sekarang ? Semuanya sudah ada. Ayah Pin pun dah balik, tak perlu buat persandingan konsep kayangan, kerajaan kayangan Ayah Pin lagi hebat kata dia. Pelajar sekolah agama terkenal pun, kena histeria. Hiasan pagar istana pun mereka tak takut curi dah. Bom pun ada, sampai mati anak sendiri. Seks, dadah tak payah ceritalah. Tak cukupkah semua ini sebagai petanda bahawa Terengganu sedang menuju kehancuran tamadun kemanusiaan ? Bangunkanlah iman dan taqwa, YA ALLAH, SELAMATKANLAH TERENGGANU DAN RAKYATNYA Kisah Terengganu hebat maksiat, pantai berahi, seks, dadah di http://amkns.blogspot.com/2010/10/terengganu-hebat-maksiat-pantai-berahi.html Pelajar Sekolah Agama Kuala Terengganu diserang histeria 10/10/2010 5:07pm KUALA TERENGGANU — Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malik di sini kecoh apabila enam pelajar perempuannya diserang histeria selepas acara perhimpunan pagi tadi. Lima daripada pelajar terbabit merupakan pelajar Tingkatan Lima manakala seorang lagi adalah pelajar Tingkatan Dua yang sebelum ini telahpun terkena histeria pada Khamis lepas. Difahamkan, pada Khamis lepas, dua pelajar perempuan Tingkatan Dua sekolah itu terkena histeria dan diarahkan dibawa pulang, namun kejadian sekali lagi berulang hari ini apabila seorang pelajar yang sama kembali terkena gangguan itu sebelum merebak kepada lima pelajar Tingkatan Lima. Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri, Razali Daud berkata, sekumpulan ustaz dari Darul Syifa telah dipanggil untuk membantu memulihkan keadaan pelajar terbabit selain usaha membaca surah Yasin yang dilakukan guru-guru dan pelajar sekolah berkenaan. "Keadaan terkawal dan setakat petang ini hanya tinggal seorang pelajar perempuan yang masih belum pulih sepenuhnya dan kita telahpun membenarkan mereka dibawa pulang oleh keluarga masing-masing," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini. Katanya, pelajar yang terlibat dibenarkan bercuti sehingga keadaan masing-masing kembali pulih. Bagaimanapun, beliau enggan mengulas sama ada kejadian berpunca daripada gangguan makhluk halus atau tekanan yang dihadapi oleh pelajar-pelajar berkenaan. — Bernama http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2010&dt=1010&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_09.htm Hiasan pagar istana dicuri Kosmo 10 Okt 2010 HANYA dua kuntum bunga hiasan (dalam bulatan) yang tinggal manakala yang lain dilarikan pencuri dari pagar belakang Istana Nur Nadhirah, Kuala Terengganu baru-baru ini. -------------------------------------------------------------------------------- KUALA TERENGGANU- Kira-kira 650 ukiran bunga hiasan tembaga pada pagar bahagian belakang Istana Nur Nadhirah, Jalan Kamarudin di sini hilang dipercayai dicuri baru-baru ini. Kejadian itu hanya disedari kira-kira pukul 9 pagi Khamis lalu ketika pihak polis menjalankan pemeriksaan rutin di sekitar kawasan itu. Istana itu menjadi tempat bersemayam Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin apabila Seri Paduka berangkat pulang ke bandar raya ini. Ia berlaku sehari sebelum keberangkatan pulang Seri Paduka bagi menyaksikan upacara pelepasan peserta kejohanan sukan berkuda Sultan's Cup Endurance di negeri ini semalam. Difahamkan, individu yang terlibat dalam kehilangan ukiran tersebut mungkin menyangka ia mengandungi emas kerana warnanya yang kekuningan atau mahu menjualnya kepada peniaga barangan lusuh. Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Shukri Dahlan ketika ditemui mengesahkan kejadian itu namun beliau tidak mahu mengulas lanjut kerana kes berkenaan masih dalam siasatan. http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2010&dt=1010&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm Penduduk serbu rumah gadis ghaib rakam gambar jin Berita Harian 2010/10/10 ORANG ramai mengambil gambar jin dan makhluk halus didakwa dimasukkan ke dalam tabung khas sebelum dihanyutkan ke laut oleh bomoh, malam tadi.JERTIH: Rumah gadis yang mengalami gangguan misteri yang menyebabkannya sering ghaib di Kampung Gong Nangka, Apal, dekat sini, diserbu ratusan penduduk selepas dua lelaki datang menawarkan diri merawat gadis itu mendakwa berjaya menangkap sembilan makhluk halus malam kelmarin. Dalam kaedah rawatan tradisional jam 7.30 malam itu, dua lelaki menggunakan kaedah masing-masing bagi merawat Siti Balqis Mohd Nor, 22, yang ghaib 'dilarikan' makhluk ketika senja dan dinihari, sejak dua bulan lalu. Dua lelaki itu yang menawarkan khidmat percuma selepas membaca kisah itu di akhbar sejak Selasa lalu, berpecah dua ketika sesi rawatan dengan seorang daripadanya berada di dalam rumah mengerjakan solat dan seorang lagi di luar rumah menggunakan jampi. Kira-kira 15 minit selepas rawatan, seorang lelaki yang berada di luar rumah mendakwa melihat satu lembaga yang didakwanya dapat ditangkap. Dia mendakwa dapat menangkap sembilan jin atau makhluk halus yang menyebabkan beratus-ratus penduduk menyerbu rumah gadis itu. Selepas menangkap sembilan makhluk itu, bomoh itu memasukkannya ke dalam bekas khas bertutup bagi mengelak makhluk berkenaan terlepas. Orang ramai yang menyaksikannya tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar dan video, kebanyakannya menggunakan telefon bimbit untuk dijadikan kenangan dan bahan bukti kejayaan bomoh berkenaan. Usaha Berita Minggu mendapatkan komen dan mengambil gambar dua bomoh itu gagal kerana mereka tidak mahu menonjolkan diri sebaliknya memberitahu makhluk halus yang ditangkap, dihanyutkan ke laut. Siti Balqis pula mengakui kini berasa lebih tenteram kerana dalam tempoh 48 jam lalu, beliau sudah tidak lagi ghaib. "Saya harap usaha murni semua pihak yang menghulurkan bantuan akan membuahkan hasil dan membolehkan saya kembali menjalani kehidupan seperti biasa," katanya. Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Ramlan Ali. Ibunya, Norizan Said, 47, berkata, sejak kisah anaknya disiarkan, 17 bomoh menawarkan diri merawat Siti Balqis secara percuma tetapi kejadian malam tadi adalah kemuncaknya apabila bomoh berkenaan dapat menangkap makhluk yang sebelum ini didakwa menjadi punca anaknya ghaib. Katanya, sejak kisah anaknya disiarkan media, keluarganya juga berasa lega kerana tidak perlu lagi menanggung perbelanjaan besar untuk mengupah bomoh sama ada berasaskan rawatan Islam atau kaedah tradisional kerana semuanya kini menawarkan khidmat merawat anaknya secara percuma. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Pendudukserburumahgadisghaibrakamgambarjin/Article/ |
You are subscribed to email updates from Anak Muda Kampung Nak Senang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan