Sabtu, 30 Oktober 2010

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Program Kempen DSAI diPRK Batu Sapi

Posted: 30 Oct 2010 12:30 PM PDT

Ahad 31 Ogos 2010

9.oo pg- Sarapan bersama rakyat

lokasi- Taman Mesra

11.00 pg- Sidang Media di bilik gerakan KEADILAN

3.00 ptg- Ceramah di Sanbay Hotel

4.00 ptg- Ceramah di JDM Taman Mawar

6.00 ptg – Solat Maghrib di Masjid Kg Forest

8.00 mlm- Ceramah di Kg Bakau

9.00 mlm- Ceramah di Kg Karamunting Hap Seng

10.00 mlm- Ceramah di Dewan Hakka

Perbicaraan Anwar : Pokoknya Soal Kebenaran Dan Kredibiliti.

Posted: 30 Oct 2010 01:04 AM PDT

Dari TV Selangor

Tiga hakikat terserlah pada perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim minggu lalu, yang semakin menguatkan hujah dan persepsi bahawa perbicaraan mantan Timbalan Perdana Menteri itu sudah hilang kredibiliti dan kewibawaan.

Pertama,seorang doktor yang enggan merujuk kepada nota-notanya dan lebih rela memberi jawapan yang samar-samar dan tidak jelas.

Kedua,seorang Ketua Pendakwaraya yang tidak mengemukakan kepada mahkamah laporan kimia secara keseluruhan.

Ketiga,dubur atau rektum pengadu Saiful Bukhari Azlan di dapati kosong sungguhpun beliau sebelum itu mendakwa tidak membuang air besar selama dua hari dan malah tidak mandi kerana “mahu menyimpan bukti.”

Amalan doktor merujuk kepada nota-nota pemeriksaan dalam memberi keterangan di mahkamah adalah amalan biasa bukan sahaja di Malaysia, malah seluruh dunia. Keengganan doktor pakar Razali Ibrahim berbuat demikian bersabit pemeriksaan awal terhadap Saiful Bukhari Azlan menimbulkan kecurigaan peguam Anwar, Karpal Singh.

Ini kerana jika beliau berbuat demikian, maka peguambela Anwar berhak mendapatkan akses kepada nota-nota itu dan sekali gus boleh memperincikan latar belakang dan sejarah perubatan Saiful. Nota-nota itu penting untuk membolehkan kebenaran diketahui . Nota-nota itu penting untuk memastikan ketelusan dan kewibawaan dalam perbicaraan.

Untuk seorang hakim, tentunya keperluan menegak kebenaran mengatasi adalah perkara pokok dalam segala pertimbangan. Rakyat biasa tentu memikirkan apa salahnya mengemukakan nota-nota doktor kepada mahkamah supaya kebenaran terserlah dan keadilan dilaksanakan sepenuhnya.

Karpal yakin Dr Razali yang merupakan saksi pendakwaraya tidak mahu merujuk kepada nota-notanya kerana ia akan membuktikan percanggahan serius antara keterangan yang diberi di mahkamah dan hasil pemeriksaan awal ke atas Saiful.

Pihak Pendakwaraya “mati-mati” menegaskan peguam-peguam Anwar tidak berhak mendapatkan nota-nota itu selagi Dr Razali tidak menggunakan dalam memberi keterangan.

Yusuf turut mempertahankan tindakannya tidak menyerahkan laporan penuh kimia kes itu kepada mahkamah sebagai hak pendakwaraya.

Sayugia diingatkan pasukan peguambela Anwar sudah pun dinafikan hak untuk mendapatkan beberapa bahan bukti termasuk kenyataan Saiful kepada polis dalam usaha untuk menyediakan pembelaan tuntas.

Hakim Zabidin Mohd Diah kini diminta untuk memutuskan sama ada peguambela berhak untuk mendapatkan nota-nota klinikal. Pada 22 November, beliau juga akan memutuskan sama ada laporan kimia “separa siap” yang dikemukakan oleh pendakwaraya boleh diterima oleh mahkamah.

Pasukan peguam Anwar sebelum ini telah hilang permohonan untuk mendapatkan bahan-bahan bukti yang relevan termasuk kenyataan Saiful kepada polis.

Hakim juga memutuskan untuk meneruskan kes ini walapun mendapati ada asas kepada dakwaan Saiful menjalin hubungan sulit dengan pendakwaraya – satu amalan luar biasa yang dilihat menjejaskan kredibiliti pendakwaan terhadap Anwar. Pada masa sama, pengadu Saiful Bukhari Azlan juga mengaku berjumpa dengan Perdana Menteri Najib Tun Razak sebelum membuat laporan polis terhadap Anwar.

Malah Saiful mengadakan pertemuan di sebuah hotel dengan seorang pegawai polis yang pernah dituduh mereka cipta bukti terhadap Anwar pada perbicaraan pertama beliau tahun 1999.

Jelas Mahkamah kali ini, seperti pada tahun 1999, berdepan dengan soal kredibiliti dan kebenaran.

Keputusan Hakim Zaibin Mohd Diah pada 22 November lagi akan berkait rapat dengan dua isu asas ini.

PR Tembus Kubu Kuat BN Batu Sapi

Posted: 30 Oct 2010 12:55 AM PDT

Dari Suara Keadilan

Ketua Oposisi, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa optimis terhadap peluang Pakatan Rakyat memenangi kerusi Batu Sapi pada pilihan raya kecil 4 November berdasarkan kepada respons yang baik dari pengundi serta kejayaan menembusi beberapa kawasan yang dahulunya kubu kuat Umno.

Anwar yang tiba di Sandakan semalam untuk membantu memantapakan jentera pilihan raya Pakatan Rakyat di sini berkakat kejayaan di Batu Sapi seterusnya akan mempunyai kesan yang besar pada peringkat negeri Sabah dan seluruh negara untuk membuat perubahan kerajaan pusat.

“Saya tinjau di beberapa kawasan Batu Sapi dan dapati sesetengah kawasan amat keterbelakang dari segi pembangunan seperti Semenanjung 30 tahun dahulu. Ini jelas membuktikan walaupun BN sudah memerintah Sabah hampir 50 tahun parti itu gagal membantu rakyat malah membiarkan rakyat terus dihimpit kemiskinan.

“Walaupun kita berjaya menembusi kawasan-kawasan ini cabaran kita ialah merayu kepada mereka supaya berani membuat perubahan sebagaimana pengundi Sibu.

“Lihat sahaja insiden jambatan runtuh semalam yang melibatkan calon kita, Ansari Abdullah. Berbilion bilion balak di ambil dari Sabah, tidak boleh kalah satu atau dia batang balak di korbankan untuk membuat jambatan bagi orang miskin di Batu Sapi? Adakah nilai orang Islam di Batu Sapi hanya RM200 sahaja setiap kali datang pilihan raya?” kata Anwar pada sidang media di Bilik Gerakan Utama Parti Keadilan Rakyat pagi tagi.

Anwar berkata rakyat menyambut baik apabila mendengar penerangan mengenai kejayaan dasar pembangunan ekonomi dan kebajikan di negeri-negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat di Semenanjung.

Rakyat Batu Sapi dan Sabah juga berpeluang menikmati dasar air percuma, bantuan kepada warga emas, pelajar universiti dan mikrkredir kalau mereka memilih Pakatan Rakyat mewakili mereka di Parlimen.

“Kita cakap apa yang kita sudah buat bukan janji kosong macam Umno-BN

Ditanya mengenai tahap sokongan pengundi dan masyarakat Cina, Anwar berkata beliau yakin sokongan akan bertambah dalam beberapa hari sebelum hari mengundi terhadap Pakatan Rakyat daripada 40 peratus setakat ini.

Mengenai Parti Maju Sabah, Anwar berkata Pakatan Rakyat sudah bersikap lunak dan berlembut terhadap parti tersebut tetapi presidennya, Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee berkeras dan mengambil sikap tidak mahu berkompromi.

“Kita berbincang secara baik tetapi Sapp tidak mahu menunjukkan komitmen mereka menentang Barisan Nasional. Jadi kita tidak tahu sejauh mana parti ini serius untuk membuat reformasi dan perubahan walaupun pada mulanya mereka menjadi bebas namapakm sedikit harapan tetapi tidak lagi sekarang,” tegas Anwar lagi.

Sebelum itu Anwar menemui pengundi di Lupak Meluas dan menyeru mereka melipat gandakan usaha untuk menyebarkan mesej Pakatan Rakyat kepada rakyat Batu Sapi.

“Anak-anak muda harus sebarkan pesanan ini kepada kawan-kawan, ibubapa dan jiran mereka supaya angin perubahan yang ingin di bawa oleh Pakatan Rakyat sampai ke pengetahuan mereka,” kata beliau.

Tiada ulasan: