Isnin, 4 Oktober 2010

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Ramlan Bukan Reformis, Sebaliknya Ejen Perosak

Posted: 04 Oct 2010 09:30 AM PDT

Kenyataan akhbar Kumpulan Angkatan Peduli Insan (API)

Kami, Kumpulan Angkatan Peduli Insan (API) adalah sebuah kumpulan yang mewakili lebih 1000 orang aktivis-aktivis reformasi di seluruh Malaysia.

KENYATAAN:

1. Kami ingin menjelaskan bahawa individu bernama Ramlan Abu Bakar bukanlah seorang aktivis reformasi kerana beliau tidak pernah terlibat dalam apa jua kegiatan reformasi sejak 1998.

2.Beliau tidak dikenali dikalangan aktivis reformasi.

3.Kerana itu Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (Reformis) yang
beliau mengaku sebagai presiden bukanlah sebuah kumpulan yang
mewakili aktivis reformasi.

4.Kami menafikan sekeras-kerasnya tuduhan Ramlan dalam media bahawa Naib Presiden PKR Azmin Ali menawarkan ruang perniagaan di Uptown Gombak sebagai habuan kepada ahli-ahli kami untuk menjatuhkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

5. Sebagai penjelasan, kami mengakui ahli-ahli kami mendapat
lesen perniagaan di Uptown Gombak, tetapi ia dipohon oleh ahli-ahli kami yang mempunyai pengalaman dalam perniagaan seumpama itu khususnya di Jalan Masjid India, KL dan bukanlah sebagai imbuhan untuk menjatuhkan menjatuhkan Menteri Besar selangor’ seperti yang didakwa Ramlan.

6. Proses pemberian lesen itu dijalankan secara telus dan mengikut merit.

7. Oleh itu kenyataan Ramlan bukanlah dari seorang reformis, sebaliknya sebagai ejen perosak. Kenyataan beliau juga bersifat fitnah dan berniat jahat.

8. Kami yakin kenyataan beliau didalangi oleh pihak-pihak luar dan musuh-musuh PKR serta Pakatan Rakyat yang ingin melagakan Azmin dan Khalid.

PENDIRIAN:

1. Kami aktivis reformasi menyokong penuh kerajaan negeri
Selangor di bawah pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim.

2. Kami juga menyokong penuh kempimpinan PKR di setiap peringkat.

3. Kami akan menentang setiap anasir-anasir jahat yang cuba
melagakan kepimpinan PKR dengan kerajaan Selangor.

Dikeluarkan oleh:

Ahli-ahli Jawatankuasa Penaja API
Presiden: Badrul Hisham Hanafiah
Timbalan: Mohd Hamdi Said
Setiusaha: Norzairi Jantan
Bendahari: Abdul Rahman Hackeem

3 September 2010

Perkauman: Umno Tiada Pilihan Lain

Posted: 04 Oct 2010 05:58 AM PDT

Dari Harakah

Tindakan-tindakan perkauman pegawai awam akan berterusan selagi Umno memerintah negara ini, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

Menurutnya, Umno tiada pilihan lain untuk terus kekal berkuasa selain terus meniupkan api perkauman seperti mereka lakukan sejak dahulu lagi.

“Apa lagi yang pemimpin Umno hendak cakap selain perkauman? Bila bercakap soal demokrasi, rakyat mencemuh mereka kerana mereka tidak demokratik.

“Bila bercakap soal ekonomi, penyokong-penyokong Umno sendiri mempersendakan mereka seperti yang terjadi kepada Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang dicanang-canangkan oleh (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak), ” katanya.

Sebab itulah, kata Mahfuz, amaran Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan kononnya kerajaan tidak akan bertolak ansur terhadap pegawai awam yang menyentuh soal sensitiviti kaum dan agama tidak lebih dari semata-mata cakap mulut atau ‘lip service’ sahaja.

“Kalaupun berlaku pegawai kerajaan bertindak mengapi-apikan perkauman, pemimpin Umno di dalam kerajaan akan berdolak-dalik dan tidak mahu mengambil tindakan.

“Lihat saja bagaimana (Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) berdolak-dalik dan dengan jelas enggan bertindak terhadap seorang pengetua di Kulaijaya, Johor dan seorang guru di Bukit Selambau, Kedah yang didakwa mengeluar kenyataan berbaur perkauman.

“Sedangkan, sudah berpuluh-puluh tahun kita lihat begitu ramai guru dan pegawai kerajaan yang dikenakan pelbagai tindakan tindakan semata-mata kerana menyokong PAS.

“Bila hendak mengambil tindakan ke atas guru-guru dan pegawai awam yang menyokong PAS, tidak pula timbul soal bidang kuasa antara Kementerian Pelajaran atau Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA),” kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Mahfuz bagaimanapun melihat perbuatan mengapi-apikan perkauman itu akan menyebabkan Umno semakin dilihat sebagai jenama yang jijik.

Anwar waves his magic and thrills European audiences

Posted: 04 Oct 2010 12:46 AM PDT

By Tunku Abdul Aziz

I have had to come all the way to Brussels and Berlin to discover a side of Anwar Ibrahim that I was wrong about.

Reading the Barisan Nasional-owned newspapers that consistently portrayed him as a "traitor to Malaysia" who exaggerated the situation obtaining in the country given half a chance, I have, I must admit, tended to view him as a self-serving political demagogue who could not care less about the fate of his country as long as he achieved his ambition of becoming prime minister.

Anwar spoke last Monday evening (September 28, 2010) on "Liberal Values in the Muslim World — Why Islam and Democracy are Destined to Coincide" to a packed hall of some of Europe's powerful decision-makers. These were men and women with wide international experience and could not be easily hoodwinked even if he had tried.

It was vintage Anwar, perfect smooth-as-silk delivery of a complex, serious subject to a critical audience. He knew his stuff. His was more than a speech; it was an intellectual journey mapped out by someone who knew the area traversed like the back of his hand.

There he stood, under the spotlight, his charming and quietly confident self as always, speaking without a note for a full hour. Earlier in the day, when he said to me he had to go back to his hotel room to give his speech the once over, I told him half in jest that he could make his speech standing on his head. He did just that and more. He successfully won the audience over with his argument, supported by historical antecedents and more recent examples that completely demolished the conventional wisdom in non-Muslim circles that Islam and democracy were somehow incompatible bedfellows. He challenge the unfounded belief that it was against the order of nature for Islam to embrace democracy as seriously flawed because of the underlying assumption that Muslims, unlike others, were not born free to exercise their democratic rights.

As I sat listening to the prime minister Malaysia never had, thanks to Mahathir the Maverick, and who might yet take the country by storm, Anwar, I mean, not Mahathir, I could not help thinking how utterly sad and absurd for Najib, whose articulation of his 1 Malaysia slogan invariably finishes in a cul-de-sac, offering his services to Obama to help bring about greater understanding of Islam, the religion of peace, among the majority American non-Muslims. My dear fellow, charity begins at home.

The only Malaysian politician, who can, without making a fool of himself, stride the world stage with the right combination of strong intellectual credentials and honesty, is not to be found within the serried ranks of the BN, but in the person of Anwar Ibrahim, Malaysia's iconic liberal democrat.

As I saw here in Brussels, he had the European parliamentary leadership, figuratively speaking, eating out of his hands. Many have already put the champagne on ice; they clearly see this victim of a rotten political system as the next man to lead the country.

For all our sakes, I hope they are right. Malaysia needs a thorough overhaul and Najib whom we need like we do a great big hole in our head is unlikely to understand the dynamics of change for the great leap forward. Even if he understands the urgent necessity for change, would he be allowed to by the reactionary forces with the party ever so gingerly as the prospect of a palace coup remains a distinct possibility? He is not only busy watching oversized baggage, but also his back with the sort of loyal friends he has had foisted on him. There simply isn't much time for anything else while the ship of state springs more leaks by the day.

I was asked by a senior European Parliament bureaucrat over coffee what the Pakatan Rakyat coalition's priorities would be on taking over the federal government? In brief, I said revamp institutions of state that have been virtually destroyed and have, in many cases, been rendered dysfunctional, overhaul policies, systems and procedures that have tended to divide rather than unite Malaysians, pay special attention to economic policies centred on orderly growth and sustainable development, and generally to put things right and undo the excesses and abuses of that began under Mahathir so that democratic principles and practices may have a real chance of taking root. A tall order but with fairness, and integrity grounded in the rule of law, God willing, we will get there.

Tutup Sahaja Kursus Sains Politik di UKM

Posted: 03 Oct 2010 11:44 PM PDT

Dari Merdeka Review

“Mahasiswa tidak bodoh, kami ada otak. Kami sudah muak dengan dogma tidak membenarkan mahasiswa terlibat dengan politik,” – Ahmad Syukri, jurucakap Gerakan Mahasiswa Sedar (GMS), 28 September 2010.

Pada 28 September yang lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah menghulurkan satu penghakiman terhadap saman oleh empat orang pelajar Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia, berhubung pemakaian Seksyen 15 (5) (a) Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971. Pelajar-pelajar yang kini lebih dikenali dengan gelaran UKM 4 telah mencabar undang-undang tersebut sebagai tidak sah kerana bercanggah dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak untuk bersuara dan ekspresi.

Hal ini timbul berikutan dengan tindakan UKM yang mendakwa pelajar-pelajar tersebut di Mahkamah Universiti kerana ditangkap di Hulu Selangor ketika pilihan raya kecil Hulu Selangor, kononnya kerana menyokong parti pembangkang yang berkempen di sana.

Mereka ditemui dengan beberapa risalah parti pembangkang, yang menjadi asas kepada dakwaan pihak Universiti. Kami tidak mempersoalkan dakwaan pihak Universiti yang jelas sekali bermotifkan politik. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin, Naib Canselor UKM boleh sahaja menyelesaikan isu ini dengan merestui penglibatan pelajar-pelajarnya dalam pilihan raya kecil tersebut. Ini adalah kerana beliau mempunyai kuasa untuk berbuat sedemikian, akan tetapi apa yang lebih afdal kepada pihak Universiti adalah untuk tunduk kepada “pihak atasan” dan mengambil tindakan disiplin terhadap pemimpin-pemimpin pelajar itu supaya dijadikan satu amaran kepada pelajar-pelajar lain yang sudah pun “dibonsaikan” pemikiran mereka, supaya tidak memegang risalah-risalah pihak pembangkang.

Tindakan Universiti sememangnya tidak masuk akal, tindakan mendakwa pelajar jurusan Sains Politik kerana menjadi pemerhati politik jelas sekali bertentangan dengan matlamat mendidik mereka untuk menjadi ilmuwan dalam bidang Sains Politik. Ini bukanlah sesuatu yang menghairankan, malah telah dijangkakan. Apa yang tidak diduga adalah pendirian Mahkamah Tinggi dalam memutuskan kes berprofil tinggi ini. Alasan kehakiman yang diberikan, menyatakan bahawa Seksyen 15 AUKU adalah sah kerana sekatan hak di bawah Perkara 10 Perlembagaan boleh dilakukan dengan alasan untuk menjaga ketenteraman komuniti pelajar di Universiti. Mungkin perkara ini tidak dapat difahami orang ramai kerana melibatkan pandangan undang-undang yang kompleks.

Kami tidak dapat memahami mengapa tindakan pelajar-pelajar itu boleh dianggap sebagai menjejaskan kenteraman mana-mana pihak selain pihak parti pemerintah, namun ini adalah untuk diputuskan oleh Mahkamah Universiti yang disidangi oleh panel yang dilantik pihak universiti sendiri. Mungkin selepas ini pihak Universiti akan mendakwa semua pelajarnya yang menunjukkan sokongan kepada parti politik dengan mengundi dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang. Adalah menjadi persoalan mengapa pelajar berusia 21 tahun, tidak dibenarkan berpolitik sehinggakan mereka dihalang untuk memiliki risalah-risalah parti politik, tetapi boleh mengundi dalam pilihanraya umum.

Sebab itulah barangkali pada tahun 1999 anak perempuan kepada Senator Shahrizat Abdul Jalil (gambar kiri) tidak diambil sebarang tindakan undang-undang apabila pulang bercuti dari pengajiannya di luar Negara kerana membantu kempen ibunya di Lembah Pantai. Kepulangan beliau mendapat liputan media dan ditemuramah berserta menyiarkan gambar-gambar beliau berkempen pada waktu itu.

Hak berpolitik adalah hak setiap warganegara yang waras, hak seperti ini tidak wajar disekat oleh mana-mana parti politik. Tekanan terhadap palajar-pelajar yang ingin berpolitik adalah tidak boleh diterima kerana tindakan seperti itu umpama membunuh bakal-bakal pemimpin masa depan. Sikap cemburu kerajaan juga sudah mencapai satu tahap yang menjengkel dan merimaskan semua pihak.

Sepatutnya Kerajaan menghargai pemuda-pemudi yang berminat dalam politik tanahair, lebih-lebih lagi pelajar jurusan sains politik yang bukan sekadar mahu berpolitik tetapi memahami apa itu politik sebenarnya. Idealisme dan semangat mereka itu tidak wajar dihukum dengan tekanan sebegini rupa semata-mata kerana mereka tidak menyokong parti pemerintah.

Kami berpendapat sikap paranoia melampau kerajaan, sudah mencapai satu tahap tidak boleh diterima lagi. Pemimpin mahasiswa, kartunis, dan penyanyi rap dilayan seolah-olah penjenayah, hanya kerana tidak menyokong parti pemerintah. Mungkin mereka perlu sedar, masalahnya bukan pemimpin pelajar, bukan juga kartunis sinis, remaja yang kesat, mahupun parti pembangkang, masalahnya adalah kelakuan mereka sendiri. Kelakuan yang tidak masuk akal, tidak adil, menindas dan membuli rakyat.

Jika kerajaan sudah tidak hormat kepada rakyat, bagaimana harus rakyat menghormati kerajaan? Kerajaan perlu menghormati kehendak Mahasiswa yang lantang, kerana mereka adalah peneraju masa depan negara. Jika ini caranya kerajaan melayan pelajar Universiti, minda-minda terbaik negara, bayangkan apa nasib rakyat marhaen?

Perlukah Memulangkan Wang Sumbangan Kerana Ia Hasil Judi ?

Posted: 03 Oct 2010 11:03 PM PDT

Dari Zaharuddin.net

Tindakan penerima wang bantuan kerajaan Pulau Pinang memulangkan kembali wang tersebut boleh dinilai dari dua sudut iaitu sudut politik dan sudut agama atau hukum. Saya tidak berhasrat menyentuh isu terbabit dari sudut politik kerana ia bukan bidang saya. Cuma jika, tindakan tersebut jika dijadikan ikutan, nanti kita akan dapat melihat kebanyakan orang miskin di Malaysia memulangkan wang bantuan yang diberikan oleh kerajaan negeri, kerajaan pusat dan syarikat. Ini kerana sebahagian pendapatan kerajaan negeri dan pusat juga adalah dari sumber haram seperti cukai pusat judi, pelaburan haram, riba, pusat hiburan, rumah urut 'pelacuran’ dan sebagainya. Justeru bantuan mungkin sahaja diambil dari wang haram tersebut.

DARI SUDUT HUKUM

Jika dilihat dari sudut hukum, jika tindakan warga emas tersebut dibuat atas dasar kononnya wang dipulang kerana ia tidak bersih dan haram, kepercayaan warga emas tersebut adalah SALAH lagi terkeliru dengan cakap-cakap orang yang tiada memahami hukum Islam. Ini kerana dari sudut hukum, faqir dan miskin HARUS menerima sebarang sumbangan yang diberikan oleh pihak kerajaan negeri, walaupun diketahui kerajaan negeri mempunyai sumber wang yang HARAM.

Fakta berikut perlu difahami:

1. Wang kerajaan negeri Pulau Pinang ( dan lain-lain tentunya) adalah bercampur.

Para ulama telah membahaskan persoalan penerimaan sumbangan, derma atau menikmati juadah makanan dari individu yang mempunyai pendapatan bercampur antara halal dan haram. Majoriti ulama telah sepakat bahawa selagi mana harta si pemberi itu bercampur selagi itulah kita orang biasa boleh menerima hadiah, sumbangan, derma, menikmati makanan yang disediakan mereka.

Hal yang sama terpakai untuk sesebuah syarikat dan kerajaan, selagi sumber perolehan mereka bercampur, selagi itu HARUS untuk kita menerima gaji atau upah atau apa jua dari kantung mereka, selagi tugas dan cara kita memperolehinya adalah betul. Itu adalah hukum untuk orang biasa, maka jika penerima itu adalah warga yang memerlukan seperti faqir dan miskin, ia sudah tentu jauh lebih jelas KEHARUSANNYA. Malah terdapat dalil yang jelas berkenaan keharusan terbabit. Kes yang sama terpakai untuk kerajaan pusat yang menerima sumber pendapatan dari sumber judi, riba, arak, babi, rumah urut pelacuran dan sebagainya. Selain itu, juga turut menerima sumber halal seperti hasil minyak, jualan komoditi dan sebagainya.

2. Wang itu sendiri tidak najis atau haram pada zatnya.

Wang dan harta hanya dikira haram atau halal pada cara mendapatkannya dan membelanjankannya, ia dinamakan haram dari sudut hukmi bukan 'hissi’. Ia tidak berpindah dari seorang kepada yang lain. Ia bukan seperti najis yag berpindah apabila disentuh oleh seeorang.

3. Bagaimana jika benar-benar sumbangan dari terus dari kantung wang judi, riba dan rasuah?.

Jika keadaan itu berlaku, ia masih lagi HARUS DITERIMA oleh Faqir, miskin dan digunakan untuk maslahat umum seperti sumbangan warga emas, pembinaan jalanraya, pembersihan dan sebagainya. Itu adalah ijtihad majoriti mazhab silam dan ulama kontemporari. Termasuklah, Majlis Fiqh Antarabangsa OIC, Majlis Fatwa Eropah, Majma Buhuth Mesir[1], Al-Lajnah Al-Daimah, Arab Saudi[2] dan ribuan ulama perseorangan seperti Imam Al-Ghazali, Imam An-Nawawi, Syeikh Al-Qaradawi , Syeikh Az-Zarqa[3], Syeikh Faisal Al-Maulawi dan ramai lagi. Derma bagi wang haram tidak mampu dipulangkan semula kepada tuannya ini hendaklah disedeqahkan kepada orang faqir miskin telah difatwakan harus oleh majoriti mazhab utama Islam ( Hasyiah Ibn 'Abidin, 6/443 ; Fatawa Ibn Rusyd, 1/632 ; Al-Qawaid, Ibn Rejab, hlm 225 ).

Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia juga memfatwakan keharusannya pada tahun 2009. Buka teks fatwa di sini

PANDANGAN ULAMA MAZHAB

Ulama hanafi menyebut :-

Ertinya : Pemilikan kotor ( haram) jalan keluarnya adalah disedeqahkannya, malah jika pemilik itu seorang faqir), ia bleh mengambil untuk dirinya sendiri, kemudian, jika selepas itu dia menjadi kaya, hendaklah dia mendermakan wang haram (yang pernah diambilnya sewaktu miskin dahulu) ( Al-Ikhtiyar Li Ta’lil al-Mukhtar, 3/61)

Ulama mazhab Maliki seperti Al-Qarafi dan Ad-Dawudi menjelaskan wang haram tidak hanya terhad untuk diberikan kepada faqir dan miskin sahaja tetapi juga apa-apa pembangunan dan kegunaan yang memberi manfaat kepada umum menurut budi bicara dan penilaian pemerintah adil. Jelasnya, mazhab maliki juga setuju faqir, miskin malah warga emas yang memerlukan boleh menerima wang sedemikian tanpa masalah. ( rujuk Al-Dzakhirah, 5/69)

Ulama Mazhab Syafie, Imam An-Nawawi menukilkan kata-kata Imam al-Ghazali yang berkata:

Ertinya : sekiranya wang haram itu diberikan kepada faqir miskin, ia tidaklah haram ke atas faqir ( dan miskin), bahkan ia adalah halal lagi baik untuk mereka. ( Al-Majmu’ , 9/428)

Imam A-Ghazzali juga menjawab keraguan beberapa ulama lain :

Ertinya : Menjawab kata-kata orang yang berkata : “Kita tidak sepatutnya redha untuk diberikan kepada orang lain sesuatu yang kita tidak redha untuk kita”. Memang benar sebegitu, namun dalam kes wang haram yag dimiliki, ia haram ke atas diri kita (pemilik) untuk menggunakannya, namun ia bagi faqir, miskin adalah halal, kerana telah ada dalil syara’ yang menghalalkannya dan di ketika wujud kebaikan dari pemberian tersebut (kepada penerima), maka wajiblah diberikan. (Ihya Ulumiddin, 2/212)

Syeikh al-Qaradawi ketika membicara hal pengagihan wang haram berkata :

Ertinya : Oleh itu, selagi wang haram (yang dimiliki seseorang itu tidak diiktiraf oleh syaraa’ sebagai miliknya), harus bagi pemegang itu untuk ambilnya dan disedeqahkan kepada faqir miskin atau didermakan kepada projek-projek kebaikan (untuk maslahat umum). ( Fatawa Mu’asiroh, 1/606)

RINGKASAN DALIL

Terdapat banyak sekali dalil yang dijadikan sandaran oleh majoriti ulama, terdiri dari hadis-athar, qiyas dan logik aqal. Antara hujjah yang dipegang bagi mengharuskan 'derma’ wang haram yang tidak diketahui tuannya, cukup sekadar memaklumkan beberapa secara ringkas:-

1. Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq r.a pernah bertaruh (di awal Islam) dengan seorang Musyrik (yang mencabar ketepatan Al-Quran dari surah Ar-Rum ayat pertama dan kedua yang mengisyaratkan kejatuhan Rom) iaitu kerajaan Rom akan tewas. Kemudian apabila Rom benar-benar jatuh, Sayyidina Abu Bakar dikira sebagai pemenang dan telah memperolehi harta pertaruhan itu (ianya haram kerana judi dan tujuan Abu Bakar hanyalah untuk membuktikan kebenaran al-Quran). Apabila Sayyidina Abu Bakar datang kepada Rasulullah s.a.w menceritakan perihal harta perolehan pertaruhan itu, Rasulullah bersabda :

Ertinya : Ini kotor, sedeqahkan ia. (At-Tirmizi . 16/22 ; At-Tirmizi : Sohih)

Selepas peristiwa ini, barulah turun perintah pengharaman judi secara sepenuhnya sekalipun dengan orang kafir. (Tafsir At-Tabari, 20/16) Kisah ini dengan jelas menunjukkan Nabi tidak mengarahkannya dikembalikan kepada si Kafir, tetapi disedeqahkan untuk tujuan umum dan kebaikan ramai.

2. Selain itu, hujjah utama para ulama dalam hal mendermakan wang haram seperti wang rasuah yang dibawakan oleh Ibn Lutaibah, Nabi meletakkan wang ini di baitul mal dan diagihkan kemudiannya kepada faqir miskin dan kepentingan awam.[4]

3. Terdapat juga athar dari Ibn Mas’ud yang diriwayatkan oleh Al-Bayhaqi 6/188 dan banyak lagi.

KESIMPULAN

· Warga emas, faqir dan miskin di pulau pinang dan mana-mana negeri dan Negara lain, DIHARUSKAN untuk menerima sumbangan dari mana-mana kerajaan negeri, syarikat dan individu selagi mana harta mereka bercampur antara wang halal dan haram.

· Sebaiknya penyumbang tidak kira kerajaan, syarikat dan sepertinya; tidak mendedahkan sumber pemerolahan harta yang disumbang agar tidak mengelirukan penerima sebagaimana kes yang berlaku ini. Sekiranya mereka ingin memulangkan semula wang tersebut, itu juga harus hukumnya. Kerajaan negeri boleh selepas itu memberikan sumbangan dari poket kanan mereka dan wang dipulang itu masuk poket kiri kerajaan. Ia akan jadi sama sebenarnya.

· Mereka juga HARUS untuk menerima wang sumbangan dari penyumbang tadi, walaupun jelas ia adalah dari hasil yang haram seperti judi lumba kuda rasuah, riba dan sebagainya. Tiada kotor pada wang yang diterima oleh mereka, kerana mereka adalah penerima yang diiktiraf oleh syara’. Manakala dosa hasil dari pemerolehan wang itu hanya ditanggung oleh pelaku dosa dan ia tidak merebak kepada penerima dari kalangan faqir miskin dan yang memerlukan.

· Jika dilihat dari sudut hukum dan agama, warga yang menerima sumbangan terbabit TIDAK PERLU SAMA SEKALI memulangkan semula wang yang diterima.

· Namun jika dilihat dari strategi politik pihak tertentu, tindakan tersebut di luar fokus artikel ini.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
30 Sept 2010

Tiada ulasan: