Angkatan Muda Keadilan Gelang Patah, Johor Darulta'zim |
PENYERTAAN BERAMAI-RAMAI AHLI UMNO KE DALAM KEADILAN Posted: 12 Oct 2010 06:29 PM PDT Lebih dari 30 orang ahli Umno akan bertindak keluar dari Umno dan menyertai Parti Keadilan Rakyat dalam tempoh terdekat ini. Mereka yang telah kecewa dengan janji2 pemimpin Umno yang mahu menyelesaikan masalah mereka namun setelah bertahun menunggu perkara tersebut tidak juga selesai. Yang pastinya PRU-13 akan menjelma tidak lama lagi dan kali ini mereka tidak mahu mendengar janji2 palsu dari mulut pemimpin Umno. Keperihatinan pemimpin PKR Cabang Gelang Patah dan kesanggupan Datuk Chua Jui Meng untuk menjenguk mereka, telah menyentuh hati penduduk setempat. Majlis penyerahan borang keahlian sedang diatur dan dijangka akan diadakan tidak berapa lama lagi. |
ISU PENCEROBOHAN MAJLIS HARI RAYA KEADILAN JOHOR Posted: 12 Oct 2010 01:39 PM PDT ![]() Sekalung tahniah kepada OCPD Kulaijaya yang sekali lagi berjaya merosakkan program Keadilan di tempat yang sama cuma lokasi yang berbeza. Ketika Datuk Chua Jui Meng memulakan ucapan alu-aluan untuk majlis, OCPD Kulaijaya hadir dan terus meluru ke arah Datuk Chua. Datuk Chua mengalu-alukan kehadiran OCPD Kulaijaya sambil menjemput OCPD tersebut bersama beberapa anggota Polis yang mengiringi beliau untuk menikmati juadah yang ada. Layanan mesra Datuk Chua (berbangsa cina) terhadap OCPD Kulaijaya (melayu/islam) tidak mendapat reaksi positif oleh OCPD tersebut. OCPD Kulaijaya mendakwa bahawa Majlis tersebut telah melanggar seksyen 27 akta Polis. Namun Sdr. Hassan Karim yang merupakan seorang peguam menerangkan bahawa seksyen 27 akta Polis tidak terpakai jika perhimpunan itu dilakukan ditanah persendirian. Penerangan dari Sdr. Hassan Karim membuatkan OCPD Kulaijaya terpingga-pingga. ![]() ![]() ![]() ![]() Penulis percaya bahawa OCPD Kulaijaya mendapat tekanan dari Umno Kulai yang sudah mulai gusar dan goyah apabila rakyat di Kulai sudah mulai condong kepada Pakatan Rakyat. Penulis juga percaya jika Umno yang menganjurkan majlis tersebut, sudah pasti OCPD Kulaijaya tidak berani menegur apatah lagi bertindak kasar walaupun majlis tersebut diadakan tanpa permit. Datuk Chua Jui Meng telah mengarahkan beberapa peguam yang di ketuai oleh Sdr. Hassan Karim untuk membawa isu ini ke mahkamah seperti mana yang dikehendaki oleh OCPD Kulaijaya. Sdr. Hassan Karim juga menegaskan bahawa Keadilan Negeri Johor juga akan menuntut ganti rugi teladan atas pencerobohan dan provokasi yang dilakukan oleh pihak polis yang di ketuai oleh OCPD Kulaijaya, Supt. Zulkefly Yahya. Kita berjumpa di mahkamah... |
You are subscribed to email updates from Angkatan Muda Keadilan Gelang Patah, Johor Darulta'zim To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan