Jumaat, 15 Oktober 2010

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA


Skandal Pembinaan Istana Negara Baru

Posted: 15 Oct 2010 02:00 AM PDT


Hanya didaftarkan sebagai syarikat pembinaan pada Ogos 2008 setelah mendapat kontrak pembinaan Istana Negara pada Oktober 2007.

Kontrakor utama – MAYA MAJU (M) SDN BHD

A. KONTRAK

1. Cadangan kos pembinaan yang ditawarkan oleh Maya Maju (M) Sdn Bhd di bawah konsep penswastaan ialah – RM394,803,200.00

2. Harga yang di tawarkan oleh JKR secara rundingan terus – RM 649,995,507.51

3. Letter of Intent di keluarkan pada – 30 Mei 2006

4. Kontrak di tawarkan pada – 26 Oktober 2007

5. Jangkaan tarikh siap asal – 29 November 2010 dipinda ke Februari 2011

6.. Kos meningkat kepada RM811.2 juta apabila kerja tambahan pembinaan flyover yang menyambung Jalan Duta ke Istana Negara dan kerja "upgrading" di Jalan Changkat Semantan yang diberi kepada Syarikat Ahmad Zaki.

B. PERIHAL SYARIKAT

  1. Semasa kontrak ditawarkan syarikat ini di takrif sebagai "DORMANT" oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Ini bermakna syarikat ini tidak menjalankan apa-apa kegiatan perniagaan, tidak mempunyai 'track record" dan pengalaman dalam pembangunan dan pembinaan.
  2. Hanya didaftarkan sebagai syarikat pembinaan pada Ogos 2008 setelah mendapat kontrak pembinaan Istana Negara pada Oktober 2007.
  3. Syarikat dikuasai oleh Dato Hj. Man bin Mat. Bekas Bendahari UMNO Merbok.

C. TIDAK BERDAFTAR DENGAN CIDB DAN TIDAK ADA LESEN PKK

1.Syarikat ini tidak mempunyai lesen "PKK" yang wajib untuk dipertimbang kontrak dari JKR.

2. Syarikat ini juga tidak berdaftar dengan "CIDB" sebagai syarat wajib kepada semua kontraktor pembinaan.

Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994 menjelaskan
Bahagian VI
Pendaftaran Kontraktor
25. (1) Tiada seorang pun boleh mengaku janji untuk menjalankan dan menyiapkan apa-apa kerja pembinaan melainkan jika dia berdaftar dengan Lembaga dan memegang suatu Perakuan pendaftaran yang sah yang di keluarkan oleh Lembaga

Atau bahasa Inggeris
Part VI
Registration of Contractors
25. (1) No person shall undertake to carry out and complete any construction works unless he is registered with the Lembaga and holds a valid certificate of registration issued by the Lembaga.

D. ADA DUA SYARIKAT YANG MEMPUNYAI NAMA SAMA

  1. MAYA MAJU (M) SDN BHD – Kontraktor Istana Negara
  2. MAYA MAJU SDN BHD

- Kedua syarikat ini tidak ada kaitan langsung dan di kuasai oleh orang yang berlainan.

- Semua pengumuman oleh kerajaan baik dari Menteri Kerja Raya, media maupun portal kerajaan menyebut hanya Maya Maju Sdn Bhd.

- Begitu dengan permasaalahan dan tindakan undang-undang yang diambil terhadap kontraktor pembinaan Istana Negara menyebut Maya Maju Sdn Bhd

- Ini menjejaskan imej, prestasi dan persepsi syarikat Maya Maju Sdn Bhd

- Pada 23 Januari 2009, satu Perintah Injunksi telah dikenakan terhadap MAYA MAJU (M) SDN BHD dan pengarah2 nya daripada menggunakan nama "Maya Maju". Walaubagaimanapun Mahkamah Rayuan "overrule" keputusan ini.

F. MASAALAH-MASAALAH LAIN.

1. Pada 18 Disember 2008, pihak Abd Mohd Rejab/JR Design Works keluarkan notis menggulung/winding-up MAYA MAJU (M) SDN BHD atas kegagalan membayar fees kerja rekabentuk artitek,

2. Dalam akhbar The Star 27 Jun 2010 di laporkan ramai buruh asing digunakan untuk bina Istana Negara Baru tetapi TIDAK DIBAYAR UPAH.

3. Pada 6 July 2010 SUHAKAM dilarang masuk tapak pembinaan Istana Negara Baru ketika cuba menyiasat dakwaan pekerja asing dilayan dengan teruk dan ada juga dikatakan tidak menerima gaji bagi tempoh 3 bulan


Sumber: Malaysia Today

SPR Umum PRK Serentak Bagi Galas, Batu Sapi

Posted: 15 Oct 2010 01:59 AM PDT

sprPUTRAJAYA 15 Okt - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 4 November sebagai hari pengundian bagi pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi, Sabah manakala 26 Oktober sebagai hari penamaan calon.

Dengan keputusan itu, pilihan raya kecil kerusi DUN Galas di Kelantan dan Parlimen Batu Sapi, Sabah akan diadakan serentak sebagaimana diamalkan awal tahun lalu membabitkan tiga kawasan.

Pada minggu lalu, SPR menetapkan pilihan raya kecil kerusi Galas akan diadakan 4 November.

Tarikh pilihan raya kecil yang ke-13 ini diumumkan oleh Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof selepas mesyuarat khas hari ini.

Kerusi Batu Sapi kosong ekoran kematian penyandangnya, Datuk Edmund Chong Ket Wah pada Sabtu lalu.

Chong yang juga Bendahari Agung PBS meninggal dunia selepas motosikal berkuasa tinggi yang ditungganginya terlibat dalam nahas jalan raya dengan sebuah kereta di Jalan Coastal, Tanjung Aru, Kota Kinabalu.

Parlimen Batu Sapi mempunyai dua DUN iaitu Sekong diwakili Datuk Samsudin Yahya daripada BN dan DUN Karamunting oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Peter Pang En Yin yang kini wakil rakyat Bebas menyokong BN selepas keluar daripada Parti Liberal Demokratik bulan lepas.

Pada pilihan raya umum 2008, Chong memenangi kerusi tersebut setelah menewaskan calon Bebas Chung Kwong Wing dengan majoriti 3,708. Mendiang memperoleh 9,479 undi manakala Chung meraih 5,771 undi.

Sumber: Suara Keadilan

Kantong Kering, Umno-BN Terpaksa Naik Harga Rokok Diluar Bajet

Posted: 15 Oct 2010 01:58 AM PDT

azan15SHAH ALAM 15 Okt - Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail meminta kerajaan Umno-Barisan Nasional mengharamkan rokok dijual daripada terus menaikkan harganya yang ternyata membebankan rakyat khususnya di kalangan yang berpendapatan rendah.

Katanya, cadangan untuk menaikkan harga rokok memang bagus tetapi apa yang memusykilkan adalah kenaikan itu dilakukan di luar waktu bajet dan ini merupakan luar daripada kebiasaan.

"Biasanya , ia akan dibincangkan di peringkat Kabinet dan akan dibentangkan di Parlimen, tidak kiralah apa barangan pun tapi ini merupakan kenaikkan harga barang.

"Kalau betul tidak mahu, baik haramkan sahaja. Ini tidak, kerajaan juga yang kutip cukai hasil daripada penjualan rokok.

"Kalau betul hendak haramkan, buat sahaja pengisytiharan. Dalam kes ini bukannya tentang kerajaan tidak mahu menggalakkan rakyat merokok tapi pasal nak kutip cukai. Ini menunjukkan kerajaan mahu pendapatan lebih daripada hasil tersebut," komen Azan kepada Suara Keadilan.

Berhubung isu judi yang dibangkitkan oleh Ketua Pemuda Pulau Pinang, Datuk Reezal Merican Naina Merican, Azan berkata beliau amat berterima kasih kerana menyedarkan rakyat tentangnya.

"Kerajaan Persekutuan tanpa hasil judi sebenarnya tidak ada duit yang secara tradisi dibayar oleh tauke judi. Baguslah isu ini di bawa oleh Umno, rupa-rupanya yang amat bergantung kepada hasil judi adalah mereka sendiri.

"Agenda beliau adalah membantu Pakatan Rakyat yang akhirnya membawa kesedaran kepada rakyat," ujar beliau.

Katanya lagi, beliau akan membangkitkan isu hasil perjudian semasa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membentangkan bajet nanti.

"Isu ini akan membawa Umno tersungkur dalam Pilihan Raya Kecil DUN Galas sehinggalah Pilihan Raya Umum ke-13 nanti," tambah Azan.

Sumber: Suara Keadilan

KEADILAN Tonjol Barisan Kepimpinan Muda Dalam Pemilihan 2010

Posted: 15 Oct 2010 01:56 AM PDT

pkr1PETALING JAYA 15 Okt - Pemilihan KEADILAN 2010 telah saksikan kemenangan pimpinan muda dan berkebolehan di peringkat Cabang.

Ini meneruskan tren pimpinan muda yang muncul sebagai Ahli Parlimen dan ADUN Keadilan pada Pilihan Raya umum 2008.

Dalam satu kenyataan media hari ini Parti Keadilan rakyat mengatakan apa yang menarik pimpinan ini pelbagai kaum dan latar belakang di seluruh Malaysia.

Antara pimpinan muda yang menang:

1. Darell Leiking
§ Ketua Cabang Penampang, Sabah
§ Umur 39 tahun
§ Berkelulusan sebagai peguam dari United Kingdom
§ Rakan kongsi firma guaman


2. Rafizi Ramli
§ Ketua Cabang Kemaman, Terengganu
§ Umur 33 tahun
§ Berkelulusan jurutera kimia dan akauntan bertauliah dari United Kingdom
§ Aktivis mahasiswa di United Kingdom
§ Pengurus di Petronas dan Pharmaniaga, kini CEO Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor


3. Nurul Izzah Anwar
§ Ketua Cabang Lembah Pantai, Wilayah Persekutuan
§ Umur 29 tahun
§ Berkelulusan jurutera daripada Malaysia dan sarjana pengajian antarabangsa daripada Amerika Syarikat
§ Ahli Parlimen Lembah Pantai


4. Sim Tze Tzin
§ Ketua Cabang Bayan Baru, Pulau Pinang
§ Umur 34 tahun
§ Berkelulusan jurutera daripada Malaysia dan sarjana dari Amerika Syarikat
§ Pernah bekerja sebagai jurutera di Amerika Syarikat
§ Aktivis mahasiswa di Malaysia
§ ADUN Pantai Jerejak


5. Chang Lih kang
§ Ketua Cabang Ipoh Timur, Perak
§ Umur 30 tahun
§ Berkelulusan jurutera daripada Malaysia
§ Aktivis mahasiswa dan hak asasi masyarakat
§ ADUN Teja


6. S. Kesavan
§ Timbalan Ketua Cabang Bagan Datoh, Perak
§ Umur 38 tahun
§ Pakar motivasi
§ ADUN Hutan Melintang


7. Nik Nazmi Nik Ahmad
§ Timbalan Ketua Cabang Kelana Jaya, Selangor
§ Umur 28 tahun
§ Berkelulusan peguam daripada United Kingdom
§ Aktivis mahasiswa di United Kingdom
§ ADUN Seri Setia


8. Amirudin Shari
§ Timbalan Ketua Cabang Gombak, Selangor
§ Umur 30 tahun
§ Berkelulusan daripada Malaysia
§ Pernah bekerja bersama Institut Kajian Dasar
§ Aktivis mahasiswa di Malaysia
§ ADUN Batu Caves


"Selain mereka, juga wujud pimpinan muda sedia ada di bawah 40 tahun seperti Shamsul Iskandar Mohd Akin (Ketua Angkatan Muda KEADILAN Malaysia / Ketua Cabang Jasin, Melaka), Badrul Hisham Shaharin (Ahli Majlis Pimpinan Pusat / Ketua Cabang Rembau, Negeri Sembilan), Amran Ghani (Ketua Cabang Tanah Merah, Kelantan / Ahli Parlimen Tanah Merah), Abdul Yunus Jamsari (Ketua Cabang Parit Buntar, Perak / ADUN Kuala Kurau), Hasmi Hashim (Ketua Cabang Parit Sulong, Johor) dan Jason Ong Khan Lee (Ketua Cabang Bukit Bendera, Pulau Pinang / ADUN Kebun Bunga)," kata kenyataan itu.


Sumber: Suara Keadilan

KEADILAN Ingatkan Umno-BN Jangan Jadikan Isu Gaji Minima Angan Mat Jenin

Posted: 15 Oct 2010 01:55 AM PDT

NNPETALING JAYA 15 Okt - Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) menyambut baik berita bahawa Kabinet akan membincangkan cadangan gaji minima untuk golongan pekerja di Malaysia hari ini.

KEADILAN juga mengalu-alukan sokongan Pemuda BN terhadap gaji minima.

Menurut Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad, KEADILAN berharap cadangan ini bukan satu lagi angan-angan Mat Jenin, tetapi wujud keazaman politik untuk Kerajaan melaksanakan dasar ini.

"Sekian lama pekerja-pekerja terutamanya menerusi Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) telah memperjuangkan dasar gaji minima bagi membela kebajikan pekerja.

"KEADILAN telah menjadikan gaji minima sebagai antara 5 manifesto utama pada Pilihan Raya Umum 2008. Komitmen melaksanakan gaji minima juga telah dimeterai oleh Pakatan Rakyat menerusi Dasar Bersama yang diluluskan Konvensyen Pakatan Rakyat pertama pada tahun lepas," kata Nik Nazmi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia.

Kata beliau, masalah kadar upah yang rendah adalah masalah utama yang membelenggu pekerja dan keluarga mereka.

Ini kerana ekonomi Malaysia telah sekian lama bergantung kepada kadar upah rendah dengan kebanjiran pekerja asing.

"Ekonomi negara tidak meningkat dalam rangkaian nilai dan rakyat Malaysia berhadapan kos sara hidup yang tinggi. Kesannya, semakin ramai pekerja dan keluarga mereka dibebani hutang di sekeliling pinggang.

"KEADILAN tidak berkongsi pandangan Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S Subramaniam yang seolah-olah berat hati untuk melaksanakan dasar gaji minima. Ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan jika kita memeriksa rekod Barisan Nasional yang gagal membela golongan pekerja selama lebih 50 tahun memegang kuasa," tegas beliau.

Tanbah Nik Nazmi pengalaman negara-negara luar membuktikan dasar ini boleh berjaya seiring pengenalan dasar-dasar lain yang memacu pertumbuhan ekonomi.

Isu meningkatkan pengangguran mahupun mengurangkan pelaburan asing tidak timbul jika kerajaan membina keyakinan untuk meningkatkan pelaburan asing dan swasta serta pada masa yang sama melabur dalam sektor pendidikan, latihan dan infrastruktur.

Ini sekaligus dapat meningkatkan kemahiran dan produktiviti pekerja. Kerajaan juga mesti serius mengurangkan pergantungan terhadap pekerja asing.

"Keyakinan pelabur hanya dapat diperoleh dengan mengembalikan kewibawaan institusi-institusi kerajaan berserta memerangi gejala rasuah. Isu-isu ini yang telah menjejaskan kebolehan Malaysia menarik pelaburan hari ini meskipun belum melaksanakan gaji minima.

"Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menjanjikan pendapatan minimum isi rumah sebanyak RM4,000 menjelang 5 tahun Pakatan Rakyat memegang tampuk Kerajaan Persekutuan ketika mengulas pencapaian separuh tahun ekonomi negara yang hambar Ogos lalu," ujarnya lagi.

Nik Nazmi berkata sasaran ini dapat dicapai dengan iltizam untuk memerangi ketirisan serta rasuah, melakukan reformasi terhadap sistem kehakiman serta institusi awam lainnya di samping mengembalikan kredibiliti, ketelusan dan pertanggungjawaban untuk menarik pelaburan asing secara langsung .

KEADILAN berpendapat gaji minima akan benar-benar bermakna hanya jika dilaksanakan bersama perubahan menyeluruh tersebut dengan keikhlasan membela hak pekerja dan rakyat Malaysia.

Sumber: Suara Keadilan

Amaran Anwar Kepada Opportunis, "Jangan Perlekeh Kemampuan Nurul Izzah"

Posted: 15 Oct 2010 01:54 AM PDT

AI25KUALA LUMPUR 15 Okt - Ketua Oposisi, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan usaha pihak tertentu yang cuba memperalatkan anak beliau yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah supaya bertanding jawatan Timbalan Presiden dalam Pemilihan 20101 Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) tidak memperlekehkan kemampuannya.

Anwar yang juga merupakan Ketua Umum KEADILAN berkata Nurul Izzah sudah matang dan cerdik dalam menentukan kedudukan dan halatujunya di dalam parti.

"Biar beliau tentukan, jangan memperkecilkan kebolehannya, dia pun tahu, ada orang betul-betul sokong, ada orang cuba memperalatkan, itu perkara biasa.

"Bagi pihak yang cuba membayangkan Nurul Izzah tidak mengetahui apa-apa, beliau dari masa ke semasa sememangnya tahu dan sedar, tidak kiralah dalam apa bentuk motif sekali pun.

"Saya bangga dengan beliau dan saya percaya dengan pertimbangan yang beliau tentukan.

"Walaupun saya ayahnya tetapi beliau turut mempunyai pendapatnya sendiri. Biarlah beliau sendiri yang menentukan, ia tidak mudah tetapi saya bangga dengan pendirian beliau," tegas Anwar dalam sidang media di lobi parlimen, semalam.

Katanya, sememangnya, sebagai ayah kepada Nurul Izzah, beliau sudah tentu mahukan anaknya Izzah mendengar cakapnya tetapi cara tersebut bukanlah perkara baik untuk dilakukan.

Semalam, Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan Nurul Izzah layak bertanding jawatan Timbalan Presiden setelah Biro Politik memutuskan menerima pencalonan dari Cabang Semporna yang lewat diterima berdasarkan alasan munasabah yang diberikan.

Ujar Saifuddin, beliau layak bertanding selepas melepasi had pencalonan minimum iaitu sebanyak dua pencalonan bagi jawatan tersebut.

Satu lagi cabang yang mencalonkan beliau adalah daripada Keningau, Sabah.


Sumber: Suara Keadilan

KPI KDN Selesai Kes Orang Hilang Dipertikai

Posted: 15 Oct 2010 01:52 AM PDT

KS29KUALA LUMPUR 15 Okt - Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad kesal dengan sikap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang berbangga kononnya pihak polis berjaya menyelesaikan kira-kira 21,000 kes orang hilang daripada jumlah keseluruhan iaitu seramai 35,000 kes yang dilaporkan.

Beliau merujuk kepada jawapan kepada soalan yang diajukan mengenai statistik yang dikeluarkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung kes orang hilang.

Pada sidang media yang diadakan di lobi Parlimen Isnin lalu, Khalid berkata beliau khuatir dengan Hishammuddin yang seolah-olah berbangga dengan pencapaian walaupun jumlah yang masih lagi dikategori kes orang hilang berjumlah 14,000 orang.

"Ini hanya baru 60 peratus daripada jumlah keseluruhan kes tersebut dan ini bukanlah tahap pencapaian yang boleh dibanggakan.

"Kemungkinan daripada 21,000 kes yang selesai itu, bukan semuanya diselesaikan oleh pihak polis sebaliknya orang yang hilang itu sendiri yang kembali selepas tiga hari. Tapi polis mengaku mereka yang selesaikan.

"Kita khuatir kalau inilah tahap pencapaian yang dibanggakan oleh pihak KDN, dan merupakan satu KPI yang boleh diisytiharkan dengan penuh bangga dalam Parlimen, kita khuatir prestasi polis akan semakin merosot kerana tidak ada satu standard atau tahap pencapaian yang lebih tinggi ditetapkan," katanya.

Beliau turut melahirkan kebimbangannya sekiranya pencapaian sedemikian menjadi kebanggaan KDN, prestasi pihak polis akan terus merosot.

Sumber: Suara Keadilan

ISA Terus Diguna Umno-BN Untuk Tujuan Politik

Posted: 15 Oct 2010 01:51 AM PDT

isaSHAH ALAM 15 Okt - Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) mengecam tindakan kerajaan Umno-Barisan Nasional berhubung penahanan terbaru di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sambil menyifatkan adalah menjadi hak setiap warga Malaysia untuk mendapat pembelaan yang adil.

Kedua-dua badan itu berkata walaupun terdapat undang-undang spesifik bagi mengatasi gejala pemerdagangan manusia dan menentang aktiviti ini namun menafikan seseorang mendapat keadilan tidak boleh diterima.

"Suaram dan GMI memprotes dan berasa amat kesal berhubung penahanan tujuh pegawai imigresen dan dua rakyat asing yang didakwa terlibat dalam aktiviti pemerdagangan manusia. Penahanan sembilan individu tersebut di bawah ISA membuktikan satu lagi usaha melegitimasi penahanan tanpa bicara walaupun Perdana Menteri mengaku ISA perlu dirombak.

"Kami berpendapat penggunaan ISA terhadap individu terbabit melanggar prinsip hak asasi manusia, keadilan dan piawai hak asasi antarabangsa terutamanya di segi penyeksaan atau tindakan tidak berperi kemanusiaan terhadap tahanan," kata badan itu dalam satu kenyataan semalam.

Kedua-dua badan itu menegaskan kerajaan mesti memastikan tahanan terbabit mendapat bantuan guaman segera.

"Disatu pihak kerajaan menyarankan ISA dipinda tetapi pada masa yang sama menggunakannya secara senyap apabila tidak ada pengumuman dibuat mengenai penahanan.

"Ini menunjukkan kerajaan menggunakan akta ini dalam konteks keselamatan negara untuk tujuan politik.

"Kami mendesak tahanan tersebut dibebaskan dengan segera dan memansuhkan akta warisan penjajah. Selama 50 tahun ISA telsh menjadi simbol kezaliman di Malaysia," tegas badan itu.

Sumber: Suara Keadilan

Tahan Pegawai Imigresen Bawah ISA Untuk Lindungi 'Jerung Besar'

Posted: 15 Oct 2010 01:49 AM PDT

CB5SHAH ALAM 15 Okt - Ahli Majlis Pimpinan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Pusat, Badrul Hisham Shaharin aka CheGuBard mendakwa tindakan kerajaan Umno-Barisan Nasional menahan tujuh pegawai Jabatan Imigresin di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) merupakan taktik melindungi rangkaian jenayah korupsi dalam jabatan tersebut yang lebih besar dan parah melibatkan 'jerung besar'.

CheGuBard berkata Umno-BN terpaksa bertindak sedemikian setelah amalan rasuah yang bermaharajalela sejak sekian lama di dalam jabatan itu berkaitan kemasukan tenaga kerja asing telah diketahui oleh orang ramai dan menjadi rahsia umum.

"Tindakan ini juga adalah disebabkan kerajaan takut dengan tekanan negara luar khususnya Amerika Syarikat kerana Malaysia sudah tersenarai sebagai penyeludup utama perdagangan manusia.

"Boleh dikatakan majoriti rakyat Malaysia berpendapat kegiatan haram yang beroperasi sekian lama sehingga negara tersenarai sebagai 'negara penyeleludup manusia' pasti didalangi oleh orang-orang besar," kata beliau dalam blognya semalam.

Laporan media menyebut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein memaklumkan serami tujuh pegawai Janatan Imigresen termasuk seorang berpangkat Timbalan Penolong Pengarah serta dua individu warga asing telah ditahan di bawah ISA kerana didakwa bersekongkol dengan ketua-ketua sindiket yang sangat berbahaya serta boleh memudaratkan keselamatan negara.

"Ini adalah masalah yang serius kerana itulah ia perlu siasatan terbuka dan pendakwaan di mahkamah. Tindakan meletakkan mereka di bawah ISA dilihat lebih kepada melindungi 'jerung besar' apabila pegawai biasa ditahan. Jika disiasat terbuka dan didakwa sudah pasti banyak lagi akan 'terlambak dan terdedah' di depan rakyat.

CheGuBard memberitahu ketika lawatan ke Sabah beberapa bulan lalu beliau berjumpa dengan seorang kakitangan Jabatan Pendaftaran Sabah yang pernah ditahan di bawah ISA kerana terlibat dalam kegiatan memberi kad pengenalan kepada pendatang Filipina dan Indonesia.
"Mangsa yang ditemui mendedahkan bahawa apa yang dilakukan adalah atas arahan sulit pihak atasan yang terlibat dalam sindiket memberi kad pengenalan yang membolehkan penerima mengundi dengan segera dalam pilihan raya pada ketika itu.

"Namun apabila perkara ini terdedah beberapa pegawai terutama pegawai Jabatan Pendaftaran ditahan di bawah ISA untuk mengelakkan penyiasatan dan pendakwaan yang akan mendedahkan perkara sebenar yang berlaku," jelas beliau lagi.

CheGuBard berkata Umno-BN terpaksa bertindak sedemikian setelah amalan rasuah yang bermaharajalela sejak sekian lama di dalam jabatan itu berkaitan kemasukan tenaga kerja asing telah diketahui oleh orang ramai dan menjadi rahsia umum.

"Tindakan ini juga adalah disebabkan kerajaan takut dengan tekanan negara luar khususnya Amerika Syarikat kerana Malaysia sudah tersenarai sebagai penyeludup utama perdagangan manusia.

"Boleh dikatakan majoriti rakyat Malaysia berpendapat kegiatan haram yang beroperasi sekian lama sehingga negara tersenarai sebagai 'negara penyeleludup manusia' pasti didalangi oleh orang-orang besar," kata beliau dalam blognya semalam.

Laporan media menyebut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein memaklumkan serami tujuh pegawai Janatan Imigresen termasuk seorang berpangkat Timbalan Penolong Pengarah serta dua individu warga asing telah ditahan di bawah ISA kerana didakwa bersekongkol dengan ketua-ketua sindiket yang sangat berbahaya serta boleh memudaratkan keselamatan negara.

"Ini adalah masalah yang serius kerana itulah ia perlu siasatan terbuka dan pendakwaan di mahkamah. Tindakan meletakkan mereka di bawah ISA dilihat lebih kepada melindungi 'jerung besar' apabila pegawai biasa ditahan. Jika disiasat terbuka dan didakwa sudah pasti banyak lagi akan 'terlambak dan terdedah' di depan rakyat.

CheGuBard memberitahu ketika lawatan ke Sabah beberapa bulan lalu beliau berjumpa dengan seorang kakitangan Jabatan Pendaftaran Sabah yang pernah ditahan di bawah ISA kerana terlibat dalam kegiatan memberi kad pengenalan kepada pendatang Filipina dan Indonesia.
"Mangsa yang ditemui mendedahkan bahawa apa yang dilakukan adalah atas arahan sulit pihak atasan yang terlibat dalam sindiket memberi kad pengenalan yang membolehkan penerima mengundi dengan segera dalam pilihan raya pada ketika itu.

"Namun apabila perkara ini terdedah beberapa pegawai terutama pegawai Jabatan Pendaftaran ditahan di bawah ISA untuk mengelakkan penyiasatan dan pendakwaan yang akan mendedahkan perkara sebenar yang berlaku," jelas beliau lagi.

Sumber: Suara Keadilan

Tiada ulasan: