Khamis, 14 Oktober 2010

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Tahanan Israel di Jempol N.Sembilan 16 Okt 2010

Posted: 14 Oct 2010 02:36 AM PDT


PENGALAMAN TAHANAN ISRAEL
Bersama Tn Hj Jamaludin Elias sukarelawan ke Gaza kapal Mavi Marmara , Timbalan Presiden Yayasan Amal Malaysia http://www.amalmalaysia.net/
16 Okt 2010 , SABTU
Jam 9 malam
di Muassasah Darul Syarif, Batu Kikir, Jempol, N.Sembilan

Maklumat lanjut hubungi 019-3941353

Bekas Pelatih PLKN mabuk, rasuk, belasah orang kampung

Posted: 14 Oct 2010 01:28 AM PDT


REMAJA MENGAMUK DIRASUK, BELASAH 15 PENDUDUK
SEORANG remaja lelaki 18 tahun, bekas pelatih PLKN yang tidak lagi bersekolah mencetuskan gempar dan kekecohan di kalangan penduduk di Kampung Bintawa, Sarawak awal pagi semalam apabila mengamuk dan mencederakan 15 penduduk yang cuba mententeramkannya.

Menurut laporan The Borneo Post, remaja itu pada mulanya dikatakan mabuk dan meracau sekembalinya ke rumah pada awal pagi. Dia merosakkan beberapa peralatan di dalam rumah keluarganya, menyebabkan bapanya meminta bantuan beberapa penduduk untuk mententeramkannya.

!5 penduduk dan jirannya segera membantu dan berusaha untuk memegang dan memujuknya namun remaja itu tiba-tiba menjadi semakin agresif. Dia menendang dan menumbuk penduduk yang datang, menyebabkan sebahagian besar cedera di muka dan bahagian lain badan.

Walaupun ramai yang cedera dibelasah remaja itu, penduduk tetap berusaha dan selepas hampir sejam mereka akhirnya berjaya memegang dan menahan remaja itu sebelum dimaklumkan kepada pihak polis mengenai tindakannya yang mengamuk dan membahayakan keselamatan orang lain.

Difahamkan, remaja itu memiliki kekuatan luar biasa walaupun cuba dipegang oleh 15 penduduk. Dia kemudian dibawa polis ke hospital sambil ditemani keluarganya untuk mendapatkan rawatan.

Sumber : http://singalautmetro.blogspot.com/2010/10/remaja-mengamuk-dirasuk-belasah-15.html

Teenager goes on drug and alcohol-fuelled rampage
Posted on October 14, 2010, Thursday

KUCHING: A school leaver and former National Service trainee single-handedly fended off a group of 15 villagers during a drug and alcohol-fuelled rampage before being subdued early yesterday.

OUT OF CONTROL: A neighbour helps a policeman carry the boy to a patrol car to be taken to hospital.

The 18-year-old boy was believed to have consumed alcohol and other illicit substances with his friends prior to returning to his house at Kampung Bintawa Tengah around 1am where the incident took place.

According to a neighbour, he was awoken by the shouts of the boy's father calling for help and immediately rushed over together with around 15 other men.

Upon reaching the house, they found the teen in a state of uncontrollable rage as he went about smashing furniture and other items in the living room while his helpless family members could only stand back and watch.

The men then went about apprehending the boy, but found their task tougher than anticipated when the latter succeeded in punching and kicking them away which resulted in several of them sustaining bruises to their faces and bodies.

Describing the teen as possessing near superhuman strength, the neighbour told reporters that it took them close to an hour before they finally managed to subdue him.

They then called the police to take the teen into custody and, together with the boy's father, took him to the police station.

With the boy's rage showing no immediate signs of abating, a decision was made to send him to the hospital for medical attention prior to locking him up for questioning.

http://www.theborneopost.com/?p=68507

Ir Khalid Samad 24 Okt 2010 di Port Dickson

Posted: 13 Oct 2010 11:21 PM PDT


CERAMAH PERDANA
YB Ir Khalid Samad
che'GuBard
Nazree Yunus , Mantan Pengerusi GERAK
24 Oktober 2010 , AHAD
Masa : 8.30 malam
Di MTD Teluk Kemang, Port Dickson

Maklumat lanjut hubungi Eja 010-3428260

Poster program di http://dacsarc.blogspot.com/2010/10/ceramah-umum-dacs-arc-telok-kemang-akan.html

Semua dijemput hadir

YB Ust Zaki Ibrahim 18 Okt 2010 di Seremban

Posted: 13 Oct 2010 08:27 PM PDT


CERAMAH UMUM
YB Ust Zaki Ibrahim, Timbalan Speaker DUN Kelantan
Shamsul Iskandar Mat Akin
Zulkefly Mohamad Hj Omar

Tarikh : 18 Oktober 2010 , ISNIN
Masa : 9 malam
Tempat : Lot 13051, (sebelah Surau Hitam), Ampangan, Seremban

Semua dijemput hadir

Majlis Perbandaran, Polis contohilah Jabatan Agama

Posted: 13 Oct 2010 07:48 PM PDT


Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) sedang giat menjalankan operasi menyelamatkan umat Islam dari gejala ketagih judi hingga lupa anak bini. Majlis Perbandaran dan Polis pula bila pula nak jalan operasi begitu banyak kedai siber kafe yang dijadikan pusat perjudia internet , tumbuh macam cendawan ? MPS jangan sibuk nak turunkan banner ucapan raya je !

Hotline 23 Jam Penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan
06-7672756 , 067672757

Tukar agama elak ditahan
Sinar Harian 14 Okt 2010

SEREMBAN – Seorang lelaki sanggup mengaku beragama Kristian bagi mengelak daripada ditahan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dalam 'Ops Judi' yang dijalankan di premis perjudian, sekitar bandar Seremban dekat sini, semalam.

Bagaimanapun, identiti lelaki terbabit yang juga warganegara asing, berumur 30-an dan beragama Islam itu berjaya dibongkar sepasukan penguat kuasa JHEAINS yang diketuai Ketua Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan JHEAINS, Ahmad Zaki Hamzah.

Dalam operasi yang bermula jam 12 tengah hari dan berakhir jam 3 petang itu, penguat kuasa turut berjaya membawa penangkapan enam lagi lelaki berumur lingkungan 40-an hingga 60-an di premis berasingan.

Jurucakap JHEAINS berkata, semua mereka ditahan ketika leka membeli nombor ekor dan ada antara mereka ditahan kerana berada di dalam premis perjudian.

"Malah, ada juga antara 'kaki judi' yang ditahan dalam operasi ini menunjukkan 'sikap sedikit hormat' apabila mengenakan topi keledar ketika masuk membeli nombor ekor bagi mengelak identiti mereka daripada dikenali.

"Bagaimanapun, taktik mereka tidak berjaya. Mereka tidak serik walaupun mengetahui aktiviti perjudian salah di sisi agama," katanya.

Menurutnya, mereka semua dibawa ke bahagian penguatkuasaan JHEAINS untuk siasatan lanjut.

"Mereka akan didakwa di bawah kesalahan berjudi Seksyen 79 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1992 Pindaan 2003.

"Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.

Sementara itu, menurutnya, seorang daripada lelaki yang ditahan itu akan didakwa atas satu kesalahan lain iaitu dengan mendakwa diri sebagai bukan Islam untuk mengelak daripada diambil tindakan dan akan disiasat di bawah Seksyen 48 Enakmen yang sama.

Pengarah JHEAINS, Johani Hassan ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu.

Menurutnya, operasi seumpama itu akan dijalankan dari masa ke semasa sepanjang tempoh 'Kempen 1Malaysia 1Halal' sebagai usaha membanteras aktiviti perjudian di negeri ini.


http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story8289814.asp

Tiada ulasan: