Isnin, 27 September 2010

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


PKR menjadi parti "focus" di Malaysia

Posted: 27 Sep 2010 08:23 PM PDT

Bukalah mana-mana akhbar beberapa hari ini. PKR menjadi parti focus surat-surat khabar tu, berita tv tak usah kiralah, Awani sungguh ghairah mengeluarkan berita keburukan PKR, dan jangan kira lagi TV 1 dan 3.
Kalaulah berita-berita ini boleh dipakai, PKR sudah pun hancur. Tidak ada lagi PKR. Apa yang berlaku didalam PKR seolah-olah parti itu sudah ditalqinkan oleh TV dan surat-surat khabar ni.
Wah, bukan main Muhyiddin Yassin, berbicara tentang demokrasi, kononnya PKR tak mengerti demokrasi, Menteri-Menteri lain dan MB Perak nampak begitu puas kononnnya apa yang berlaku didalam PKR adalah kemusnahan PKR dan dengan sini memperli PKR.
Inilah kekuatan PKR sebenarnya. 1 anggota 1 undi, dan pemimpin berhak menawarkan diri sebagai calon. Mereka tegak diatas kekuatan sendiri, mereka tidak bertanding diatas imej orang lain, mereka bukan kroni mana-mana pemimpin.
Kalau dilihat didalam pertandingan ke jawatan Timbalan Presiden, 7 nama pemimpin sudah dicalonkan, ini menunjukkan bahawa tidak ada arahan dari mana-mana pihak untuk penentuan calon dan akar umbi di seluruh Negara membuat pencalonan mengikut selera mereka. Kita tidak macam UMNO, arahan supaya orang yang tidak menurut kehendak pimpinan tidak boleh dicalonkan sehingga Tengku Razaleigh yang popular diperingkat akar umbi tidak mendapat pencalonan kecuali dari Bahagian Gua Musang sahaja.
Mahathir yang pernah menawarkan diri untuk menjadi perwakilan didalam Mesyuarat Agung Tahunan Bahagiannya pun gagal mendapat tempat kerana adanya arahan supaya Mahathir tidak menjadi perwakilan didalam Mesyuarat Agung Perwakilan parti itu di Kuala Lumpur.
Pencalonan untuk jawatan-jawatan didalam PKR adalah terbuka. Datuk Zaid Ibrahim bukan sahaja dicalonkan untuk Timbalan Presiden bahkan beliau dicalonkan untuk jawatan Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden dan Anggota MPP. Kalaulah dikatakan ada arahan, takkanlah Datuk Zaid boleh dicalonkan oleh akar umbi sebegitu sekali.
Azmin Ali juga dicalonkan untuk Timbalan Presiden, Naib Presiden dan Anggota MPP. Zuraida Kamaruddin dicalonkan untuk Ketua Wanita, Naib Ketua Wanita dan AJK Wanita. Fuziah Saleh dicalonkan untuk Timbalan Presiden, Naib Presiden dan Anggota MPP. Rodziah Ismail dicalonkan untuk Ketua Wanita, Timbalan Ketua Wanita dan Anggota MPP.
Anwar dicalonkan untuk Presiden dan Wan Azizah dicalonkan untuk Presiden dan Timbalan Presiden.
Itulah budibicara akar umbi yang membuat pencalonan mengikut pertimbangan mereka melalui roh demokrasi yang berteras didalam PKR.
Selepas ini terserah kepada pemimpin-pemimpin itu samada mahu bertanding ke jawatan-jawatan yang mereka dicalonkan atau menolak sebarang pencalonan, itu bererti dia menggunakan haknya sebagai anggota, bermakna sesiapa saja anggota PKR boleh mencalonkan, boleh dicalonkan, boleh menerima pencalonan dan boleh menolak pencalonan. Itulah roh demokrasi kalau Muhyiddin Yassin mahu belajar erti demokrasi yang lohor.
Mengenai kekecuhan di beberapa cabang, ini membayangkan bahawa memang ada "teething problem" kerana inilah parti politik pertama di Malaysia yang memberikan hak satu anggota satu undi.
Dan apa yang mahu dilakukan oleh PKR untuk membenteras politik wang jelas berjaya, tidak seperti UMNO hingga hampir ribuan pemimpin dipelbagai peringkat terlibat dengan rasuah politik.
Pengalaman pertama pemilihan secara "direct" ini mematangkan anggota-anggota PKR, dan juga mematangkan organisasinya. Kelemahan yang ada sudah dikenalpasti, pindaan-pindaan tertentu memperbaiki perjalanan pemilihan agar dapat mengatasinya sedang dikaji dengan aktifnya oleh Setiausaha Agung parti, dan PKR akan menjelma sebagai parti politik yang kukuh, kuat, berdisiplin dan mengamalkan demokrasi yang lohor dan tulen.
UMNO akan kekal sebagai parti yang mundur dari segi roh demokrasinya.

Aktiviti Bergambar

Posted: 27 Sep 2010 07:38 PM PDT


sebahagian dari hadirin di majlis rumah terbuka PAS/PKR Kota Gelanggi 2 pada 26.9.10

Jamuan yang menyeronokkan

Haji Suhaimi Said berucap di Majlis jamuan rumah terbuka PKR/PAS Kota Gelanggi 2
Perjuangan Peneroka Felda - itulah maudho' ucapan Haji Suhaimi Said
Selepas jamuan di rumah terbuka Kota Gelanggi 2, rombongan dari Kuala Krau pergi berhari raya di Rumah Sdr Rosli Ahmad, Timbalan Ketua PKR Cabang Jerantut di Kota Gelanggi 2
Apa kurang kanak-kanak, mereka berhari raya sakan
Anita Karim, Setiausaha Wanita PKR Kuala Krau dan Zaida Mat Husin, AJK Wanita Kuala Krau
bersama anaknya yang baru
Ini tempat duduk kelamin anak Man Kadir
Inilah pengantin perempuan, anak Man Kadir
Pengantin perempuan
Panas agaknya, anak Zaida tak selesa
Wanita Kuala Krau memandang kepada perjuangan dihari muka
Anita dan Zaida
Hafez Harun, Ketua AMK Cabang Kuala Krau (kiri) dan Man Kadir dihari kenduri kahwin di rumah Man Kadir (26.9.10)















Akar umbilah penentuannya

Posted: 26 Sep 2010 11:47 PM PDT

Saya adalah diantara orang bawahan yang tidak bersetuju berlakunya sebarang halangan untuk mana-mana pemimpin dari bertanding. Di peringkat awal saya pernah nyatakan bahawa jika Datuk Zaid Ibrahim sukar mendapat pencalonan untuknya bertanding jawatan Timbalan President, saya akan usahakan agar PKR Cabang Kuala Krau akan mencalonkan beliau.
Ini tidak bererti bahawa Cabang Kuala Krau menyokong Datuk Zaid atau sebaliknya menentang beliau. Ini hanya bermakna bahawa Cabang Kuala Krau mahu membukakan pentas untuk Datuk Zaid bertanding sebagai Timbalan Presiden.
Didalam pada itu ramai pula dari kalangan anggota Cabang Kuala Krau yang menyatakan bahawa mereka mahukan Azmin Ali untuk bertanding sebagai Timbalan Presiden, dan ini juga tidak bererti bahawa keseluruhan anggota menyetujui dengan Azmin.
Tetapi beberapa event yang berlaku menjadikan pemikiran saya (pemikiran saya, bukan akar umbi di Kuala Krau) menetapkan sokongan kepada Azmin Ali. Saya tidak begitu senang dengan teguran halus Zaid terhadap Dato Seri Anwar Ibrahim dan teguran sinisnya terhadap kepimpinan Dato Seri Wan Azizah.
Sebagai manusia, Anwar dan Wan Azizah, juga melakukan kesilapan, bukan tak boleh ditegur atau dikritik. Tetapi takkanlah teguran itu berbentuk terbuka sehingga mencalarkan sedikit sebanyak imej parti di luar.
Datuk Zaid Ibrahim adalah anggota Majlis Pimpinan Pusat. Yang kita tahu MPP sentiasa bermesyuarat. Hemburkanlah apa juga teguran dan kritik didalam mesyuarat, dan jika hemburan dibuat, maka bincangkanlah diperingkat itu, dan putuskan diperingkat itu. Belum tahu apa yang Zaid ingin hemburkan itu ditolak. Bab kata orang sekarang, belum cuba belum tahu. Tetapi Datuk Zaid tidak menggunakan kesempatan itu.
Datuk Zaid juga adalah Anggota Biro Politik, suatu biro yang berkuasa keatas dasar dan perjalanan parti, dan merupakan organisasi yang penting apabila MPP tidak bersidang. Di sana pun Datuk Zaid tidak menyuarakan apa-apa, malah Datuk Zaid sendiri tidak menghadiri perjumpaan-perjumpaan Biro Politik.
Maka tidak adalah perbincangan serius yang dilakukan oleh Datuk Zaid untuk memperbaiki parti jika itulah hajatnya bertanding jawatan Timbalan Presiden.
Tidak menghadiri mesyuarat dan mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang bertentangan dengan keputusan mesyuarat adalah kesilapan besar membelakangkan organisasi, membelakangkan keputusan kolektif. Mana bisa seseorang individu itu mengatasi organisasi.
Idea yang dibawakan oleh Datuk Zaid mungkin baik, tetapi idea yang baik pun perlu dibawa kepada perbincangan dan keputusan kolektif samada didalam mesyuarat MPP atau mesyuarat Biro Politik.
Takdirkanlah Datuk Zaid berjaya didalam pemilihan untuk jawatan Timbalan Presiden ini, dan beliau dilantik mengetuai biro-biro tertentu, dan apa katanya jika ada seseorang atau beberapa orang daripada Bironya nanti tidak menghadiri mesyuarat biro dan kemudian mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang bertentengan dengan keputusan mesyuarat biro itu? Kalau beliau berdiam diri dan membiarkan sahaja keadaan itu berlaku, maka organisasi kita akan rosak.
Didalam sistem berorganisasi, sesuatu pandangan/cadangan itu dibawakan untuk perbincangan, pandangan/cadangan itu mungkin diterima atau ditolak oleh anggota mesyuarat, dan kalau diterima Alhamdulillah, semua akan terikat dengannya, dan kalau ditolak, itu juga mengikat semua, individu kena patuh kepada keputusan kolekif.
Jadi, Datuk Zaid kena insaf bahawa PKR mempunyai organisasi dan peraturan yang mesti diikuti. Pandangannya mungkin baik, tetapi tetap tertakluk kepada keputusan kolektif didalam mesyuarat.
Didalam pada itu kita menghormati pandangan Datuk Zaid untuk kebaikan parti dan luahkanlah pandangan itu didalam organisasi parti melalui badan-badannya seperti MPP, Biro Politik dan sebagainya.
Kita juga kena memberi hormat kepada pandangan pemimpin-pemimpin lain terutamanya mereka yang sudah berkorban untuk parti, berjuang dikala orang lain masih mempunyai kepentingan duduk diluar parti.
Orang yang berjuang itu mungkin tidak dipandang tinggi tetapi orang itulah yang menghidupkan parti selama ini. Maka untuk menerjah orang seumpama itu sebagai "nyanyuk" adalah perkara yang tak dapat kita maafkan melainkan merendah dirilah dan ucapkan "Saya Mohon Maaf".
Salahkah kalau kita sudah terlanjur, kita mohon maaf. Ini adalah adat orang Timur.
Saya hanyalah mengemukakan satu pandangan, dan pandangan saya ini tak semestinya cocok dengan pandangan orang lain, dan kalau pandangan saya ini tidak betul dan menyalahi, maka dari awal lagi saya mohon maaf.
Datuk Zaid adalah kenalan saya sejak lebih 20 tahun lampau. Dan tidak menjadi hajat saya untuk menentang beliau bahkan saya sendiri mahu lihat pertandingan untuk jawatan Timbalan Presiden ini berjalan dengan roh demokrasi yang sihat. Biarlah akar umbi menentukannya.

Tiada ulasan: