Isnin, 27 September 2010

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Anwar: UMNO Played Up Diplomatic Row

Posted: 27 Sep 2010 01:04 PM PDT

From Jakarta Post

Malaysian opposition leader Anwar Ibrahim blamed the Malaysian media and ruling party UMNO for adding to the political tension between Indonesia and Malaysia.

Anwar, speaking at a forum in Jakarta on Sunday, said the tendency of Malaysians to hold negative views of Indonesians was attributable, among others, to negative coverage by the Malaysian media of events occurring in Indonesia or involving Indonesians.

"When we look at Malaysian media, we see negative reports [about Indonesia]: riots, poor Indonesian migrant workers being dumped. [There is] no positive coverage at all," he said.

"When [Malaysian media] report on [Indonesia's] Constitutional Court and the Corruption Eradication Commission, it's covered as if all Indonesians are corrupt, although I know Malaysia is very corrupt too."

The former deputy prime minister of Malaysia said the negative coverage was part of the reason why "understanding and affection" between the neighbors were not as strong compared to during his youth.

Although Indonesia's first president Sukarno had at the time declared the "Destroy Malaysia" campaign, Anwar said he observed that negative sentiment toward Malaysians was not widely shared as it was now among the Indonesian public. "This is really not healthy for the long term."

Anwar was speaking at a lecture organized by the Soegeng Sarjadi School of Government titled "Political Reform and Democratization in Malaysia: Toward Equal Friendship Between Malaysia and Indonesia".
In the following press conference, he said the Malaysian ruling party UMNO also played a part in raising tensions by warning of threats to Malaysians because of Indonesian anger.

"Are our domestic politics or UMNO playing up the situation? Yes, they are. [UMNO] act as if Malaysia is under threat of being attacked by the boiling rage in Indonesia, which is not true. The sentiment is not that terrible in Indonesia, although yes there is anger that has spread among the people," Anwar said.

The bilateral relationship between Indonesia and Malaysia is on a thin, with many, if not almost every incident involving the two countries quickly sparking renewed tension.

The issue of poor treatment of Indonesian migrant workers in Malaysia, border disputes and cultural claims are among the key points of disagreement.

Last month's arrest of three Indonesian Maritime Affairs and Fisheries Ministry officers by Malaysian authorities in disputed waters, however, raised tensions to new high, with leaders of the two countries forced to deliver speeches to specially address the issue.

Prasyarat Pelabur Ke Malaysia, Kes Anwar Jadi Rujukan Dunia

Posted: 27 Sep 2010 10:52 AM PDT

Dari TV Selangor

Kes konspirasi kedua terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi penanda aras tahap kepercayaan masyarakat dunia terhadap institusi kehakiman di negara ini.

Ini, kata Pengerusi Biro Antarabangsa dan Biro Latihan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mustafa Kamil Ayub mendorong pelabur asing menjauhi negara ini lantaran kes berkenaan membukti ketidakbebasan institusi kehakiman Malaysia.

Sehubungan itu, beliau mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya memberi pertimbangan serius terhadap kenyataan pengasas kumpulan Virgin, Sir Richard Branson.

“Itu gambaran, persepsi dan hakikat yang ada hari ini. Apabila seorang ahli perniagaan masyhur membuat kenyataan sebegitu rupa, ia adalah pandangan yang serius dan harus diterima Perdana Menteri.

“Sistem undang-undang dan perjalanan kes yang adil adalah prasyarat penting di kalangan pelabur asing untuk datang ke Malaysia tetapi pelabur asing meragui perjalanan undang-undang di Malaysia,” katanya kepada TV Selangor hari ini.

Pengasas Kumpulan Virgin, Sir Richard Branson hari ini menyifatkan perbicaraan kes konspirasi kedua terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai “duri” dalam reputasi Malaysia yang secara keseluruhan boleh dianggap baik.

Bercakap pada persidangan antarabangsa di Kuala Lumpur, jutawan popular yang terkenal kerana berani memberi pandangan tegas, Najib untuk campur tangan bagi memastikan keadilan untuk Anwar.

“Jika anda pemimpin berani, anda harus tegas untuk mengatasi hal yang hanya merosakkan nama baik anda. Hal ini (Kes Anwar) dah lama berlarutan. Ia memberi kesan buruk kepada imej negara ini di kaca mata dunia,” kata Branson.

Mustafa berkata, pengamal undang-undang, ahli perniagaan mahupun ahli politik yang mengikuti perjalanan kes konspirasi kedua itu, pasti menganggap ia sebagai satu konspirasi.

Beliau menyedari ramai pelabur berpotensi mengalih modal ke negara lain kerana tidak yakin dengan sistem pentadbiran dan perundangan bagi menjamin kepentingan perniagaan mereka.

“Jikalau berlaku pertikaian undang-undang perniagaan, mereka akan merujuk kes ke mahkamah Singapura atau Hong Kong. Ini membayangkan ketidakyakinan mereka terhadap perjalanan dan sistem undang-undang di Malaysia.

“Jadi, kerajaan Barisan Nasional dan Najib harus mempertimbang kenyaraan Richard bagi memulihkan keyakinan pelabur kepada Malaysia. Mereka seharusnya bertindak berani tanpa mengutamakan kepentingan politik,” katanya.

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Jangan Halang Peneroka Felda Tuntut Hak Di Mahkamah

Posted: 27 Sep 2010 10:47 AM PDT

Dari TV Selangor

Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda (Anak), Mazlan Aliman berkata, tindakan membawa kes ke mahkamah adalah hak peneroka, bukannya dipengaruhi mana-mana pihak sebaliknya, satu keperluan supaya mereka tidak terus ditindas Felda yang terbukti memanipulasikan Kadar Perahan

Gred (KPG).

“Mereka menuntut hak mereka. Peneroka mengambil pendekatan mahkamah sebagai saluran, jadi apa salahnya? Peneroka sudah menggunakan pendekatan berunding tetapi tidak diendahkan Felda, jadi mereka gunakan kaedah

perundangan,” katanya kepada TV Selangor.
Bernama hari ini melaporkan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan mendakwa ada pihak menghasut peneroka supaya mengambil tindakan saman di mahkamah berhubung isu Felda memanipulasi isu perahan minyak.

Ahmad juga tidak mahu peneroka menjadikan kes saman Felda Kemahang 3 sebagai rujukan kerana Felda kini lebih bersedia untuk berhadapan dengan kes saman seumpama itu.

Menyelar kenyataan itu, Mazlan berkata, ia secara terang-terangan menunjukkan pendirian Felda dan kerajaan yang tidak mahu mengaku kesilapan mereka sebaliknya cuba menidakkan hak peneroka.

“Apabila Ahmad mengatakan ada dalang atau penghasut, saya fikir dia menidak dan meremehkan keupayaan kira-kira 800,000 anak peneroka di negara ini dalam memperjuang hak mereka.

“Ini lahir dari kesedaran peneroka yang merasakan sudah sampai masanya mereka membawa kes mereka ke peringkat perundangan dan ia bukan sahaja isu kadar perahan tetapi juga isu lain,” katanya.
Mazlan juga menganggap Felda sebagai angkuh kerana enggan mengaku kesalahan dalam isu perahan minyak sedangkan hakim mahkamah sudah menyatakan wujud komplot menipu peneroka.

“Adakah kenyataan Ahmad itu sebagai cubaan untuk memaksa supaya kes mahkamah melibatkan Felda, sentiasa berpihak kepada kerajaan,” katanya.

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Tiada ulasan: