Selasa, 14 September 2010

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Demokrasi Menjadi Benar-Benar Segar!

Posted: 14 Sep 2010 07:57 PM PDT

Alhamdulillah, dengan berlakunya pemilihan didalam Parti Keadilan Rakyat di peringkat Cabang dan di peringkat Pimpinan Pusat benar-benar mematangkan keanggotaan parti didalam amalan mereka memertabatkan demokrasi.
Sistem yang dijalankan oleh Parti berbentuk two-tier system, iaiatu dengan pemilihan yang berbeza dari peringkat Cabang dengan peringkat Pusat, mengingatkan saya kepada sistem Pilihanraya di zaman Tunku Abdul Rahman dimana berlangsung Pilihanraya yang berlainan waktu diantara pemilihan diperingkat Negeri dengan peringkat Federal.
Calon-calon berkempen mengikut keperluan dengan meletakkan kepentingan parti mengatasi kepentingan peribadi.
Diakhirnya, sesiapa yang menang dan sesiapa yang kalah tidak semestinya menang semua dan tidak semestinya kalah semua, kedua-dua pihak bertaut kembali untuk memperkukuhkan parti bagi berhadapan dengan PRU-13.
Yang menang dan yang kalah adalah terdiri daripada pemimpin-pemimpin parti yang mempunyai kewibawaan masing-masing, dan diantara yang menang dengan yang kalah akan ada yang akan menjadi calon parti.
Maka, semasa berkempen untuk memegang jawatan ini, amatlah tidak wajar berlaku fitnah-memfitnah dan membuat character assisination sehingga berlaku keadaan yang tidak boleh bertaut kembali.
Saya ingin mewakili golongan anggota yang besar yang menyatakan bahawa bagi kami bukanlah senang untuk kami membuat pilihan. Contohnya: Antara Sdr Azmin dan Sdr Datuk Zaid. Kedua-duanya tokoh besar yang boleh memainkan peranan berkesan untuk parti. Kedua-duanya kami sayang dan kalau boleh kedua-duanya kami mahu jadikan Timbalan Presiden. Perlembagaan parti hanya melayakkan seorang sahaja menjadi Timbalan Presiden.
Azmin adalah seorang tokoh yang telah berkorban melalui naik turunnya PKN dan PKR dan berjaya merentasi ujian pahit getir mempertahankan parti. Jangan ada yang tidak mengenang jasa ini; sedangkan ramai dari anggota-anggota awalan didalam parti yang telah meninggalkan parti dan kini menentang parti.
Datuk Zaid pula, walaupun orang baru, mempunyai pengorbanan tersendiri kerana sanggup meninggalkan jawatan Menteri untuk mempertahankan sesuatu keyakinan. Peranan Zaid amatlah besar yang boleh dimainkan didalam parti dan anggota-anggota yakin bahawa Zaid boleh meningkatkan perjuangan parti kesuatu lapis yang lebih tinggi.
Memang sukar untuk membuat pilihan. Memang salah seorang darinya akan menjadi Timbalan dan seorang lagi kalah.
Jika sekiranya Dato Seri Anwar Ibrahim bersetuju menjadi Presiden dan Dato Seri Wan Azizah bersetuju menjadi Timbalan Presiden, alangkah selesa dan mudahnya untuk anggota-anggota meletakkan kedua-dua Azmin dan Zaid di jawatan Naib Presiden.
Dato Seri Anwar telah menolak sebarang pencalonan untuk Presiden, dan saya sangat yakin bahawa DS mempunyai peranan yang jauh lebih besar jika tidak bertanding selaku Presiden, dan anggota-anggota wajar akur dengan keputusan DSAI tersebut.
Maka Dato Seri Wan Azizah akan kekal sebagai Presiden, dan melalui proses demokrasi yang lohor, kita akan mempunyai seorang Timbalan Presiden melalui kertas undi dan demokrasi yang menguji kewibawaan anggota-anggota.
Mana-mana Timbalan Presiden yang menang adalah pilihan anggota-anggota dan proses demokrasi itu dihormati dan yang menang memikul amanah yang dibebankan oleh anggota-anggota namun yang kalah janganlah diketepikan kerana bebanan kepemimpinan perlu dilebarkan kepada semua yang mampu.

Tiada ulasan: