Ahad, 1 Ogos 2010

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!


Rakyat Perak Diseru Buka Mata, Minda Terhadap Kebobrokon Umno-BN

Posted: 01 Aug 2010 03:35 AM PDT

Oleh Faizal Ezzany

KUALA KANGSAR - Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta seluruh rakyat Perak buka mata dan minda serta menilai kegagalan pentadbiran Umno-Barisan Nasional selepas mereka merampas kerajaan negeri pakatan Rakyat Perak secara kotor dan keji.

Anwar menyeru rakyat Perak supaya menimbang dan melihat sendiri bagaimana setelah rampasan kuasa yang melanggar lunas Perlembagaan Negara, Umno-BN telah merosak ekonomi dan memiskinkan negeri itu.

"Buka mata dan minda serta lihat kegagalan pemerintahan BN di Perak ini, kita tidak boleh membiarkan mereka terus menekan rakyat dengan segala permasalahan. Kita kena tahu rakyat di negeri ini akan lebih selamat berada di bawah Pakatan Rakyat, saya tidak mahu Perak menjadi negeri yang miskin disebabkan kegagalan Umno-BN memerintah.

"Saya katakan perjuangan Pakatan Rakyat jika dibandingkan dengan Umno amat jauh bezanya, sehinggakan dasar yang kita laksanakan hanya meletak kepentingan rakyat bukannya kepentingan siapa yang memegang tampuk pemerintahan. Kita patut lihat negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat, adakah Menteri Besar mahupun Ketua Menteri mempunyai kepentingan individu atau mengambil saham serta tanah rakyat?" tanya Anwar kepada penyokong pada ceramah perdana di Markaz Tarbiyyah PAS Kawasan Kuala kangsar Jumaat lalu.

Anwar menegaskan Pakatan Rakyat berkonsepkan kepelbagaian kaum serta menjaga hak dan kebajikan semua rakyat tanpa mengira kaum, agama atau warna kulit.

"Ini sahaja yang boleh membezakan Pakatan Rakyat dengan Umno, kita berjuang untuk semua rakyat tidak kira kaum atau agama. Kita tidak pernah meletakkan kaum itu untuk sesebuah parti, dalam KEADILAN, DAP dan PAS semua kaum boleh menyertainya. PAS dengan kelab bukan Islam, tetapi Umno hanya untuk orang Melayu maka masalah Melayu Umno yang urus manakala MIC dan juga MCA untuk kaum Cina serta India, jadi hanya parti mereka sahaja boleh uruskan masalah mereka.

"Pemerintahan yang dilakukan oleh Umno jelas bersikap kuku besi, mereka akan melakukan apa sahaja jika mendapati tindakan yang kita lakukan mengugat kedudukan mereka. Sekarang lihat kebebasan media serta maklumat, sepatutnya BN tampil untuk beri penjelasan tentang isu Felda bukannya menutup kepincangan dengan membatalkan permit penerbitan Suara Keadilan serta mengambil tindakan saman.

"Umno takut untuk tampil berikan penjelasan kerana kita cukup bukti mengesahkan apa yang disiarkan itu dan kerana terlalu takutlah mereka bertindak sedemikian," jelas beliau lagi.

Menyentuh mengenai kenaikan barangan keperluan dan penarikan subsidi, Ketua Pembangkang berkata langkah menaikkan harga adalah disebabkan kesilapan Umno mengurus tadbir negara ini.

Justeru mereka hanya tahu mengurangkan subsidi rakyat tanpa mengambil langkah pertama meneliti terlebih dahulu subsidi yang telah diberikan kepada syarikat kroni yang kaya raya.

"Umno-BN bila terdesak dengan soal kewangan negara, mereka hanya tahu mengambil duit rakyat dengan alasan mengurangkan subsidi. Rakyat sepatutnya sedar bahawa subsidi itu adalah milik rakyat dan duit rakyat. Kita tidak boleh sewenang-wenangnya membiarkan Umno-BN mengambil duit kita.

"Sepatutnya Umno-BN mengambil langkah pertama mengkaji subsidi yang diberikan kepada syarikat besar seperti Penjana Tenaga Bebas (IPP). Sepatutnya subsidi mereka dikurangkan terlebih dahulu, ini tidak untuk melindungi orang kaya dan kroni maka rakyat menjadi mangsa.

"Negara ini bukannya miskin, kita memiliki telaga minyak yang banyak dan bernilai untuk menampung pembangunan negara tetapi sikap bodoh pemimpin Umno menyebabkan kita kehilangan dua telaga minyak yang bernilai tinggi, apa yang pasti pemberian dua telaga blok L dan M tersebut kepada Brunei tanpa kita mendapat keuntungan mahupun konsep kerjasama.

"Kejadian yang sama berlaku di Singapura apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang melawat Singapura hanya satu hari dapat menyerahkan tanah milik kita di Tanjung Pagar kepada Singapura. Ini apa punya Perdana Menteri yang tidak tahu menilai aset negara serta dengan mudah menyerahkan tanah tersebut.

"Saya ingin jelaskan perjanjian yang dibuat dengan Singapura dahulu menjelaskan selagi keretapi hak milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berjalan di atas landasannya hingga ke Tanjung Pagar maka tanah itu akan menjadi milik Malaysia. Umno tidak tahu berniaga mereka hentikan perkhidmatan atas sebab rugi kerana tiada penumpang tetapi mereka tidak tahu berapakah nilai tanah tersebut pada masa sekarang," kata Anwar lagi.

Gambar Yang mengambarkan UMNO semakin terdesak

Posted: 01 Aug 2010 03:01 AM PDT

FRU berbaris menghalang orang ramai masuk memenuhi ruang bangunan PAS

Peguam PR - En Hassan Karim dan Latefa koya di tapak lokasi ceramah Markas Pas Sungai Tongkang,Rengit.

Suasana kelam kabut di tepi jalan lokasi ceramah

Dato Dr Chua Jui Meng turut hadir berbincangan dengan pihak polis di markas

Banner di rentap oleh polis

Ratusan Polis berkumpul di pentas Pakatan Rakyat

Trak FRU Berada Di Masjid Rengit


Sumber: http://ntvirus.wordpress.com/



FRU Serbu Ceramah Pakatan Rakyat, Sembilan Ditahan

Sekurang-kurangnya 50 anggota unit simpanan persekutuan (FRU) dan puluhan lagi anggota polis menyerbu pentas Ceramah Pakatan Rakyat di Rengit, Batu Pahat malam tadi.

Serbuan dibuat sebelum Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual berceramah di pentas itu malam tadi.

Polis bertindak mengosongkan pentas, merampas pembesar suara dan menghalau penyokong dari tapak ceramah.

Akibat sebuan itu sehingga jam 12.30 pagi tadi difahamkan sekurang-kurangnya sembilan ditangkap terdiri dari tujuh lelaki dan dua wanita.

Kesemua yang ditahan kini dibawa ke balai polis Rengit.

Polis juga didakwa bertindak mengoyakkan backdrop penganjur yang digantung di pentas utama.

Turut ada ketika serbuan adalah Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali dan Ketua Penerangan PKR, Latheefa Koya dan Pengerusi Perhubungan Negeri johor, Datuk Chua Jui Meng.

Sehingga berita ini ditulis, Lathefaa yang juga peguam masih berada di balai polis menguruskan mereka yang ditahan.

Penyokong juga difahamkan mula memenuhi perkarangan balai polis, dan tidak mahu berganjak walaupun diarah bersurai oleh pihak polis.

Sumber: http://www.harakahdaily.net/v2/

KETEGUHAN & KEUTUHAN DAYA JUANG SEORANG WIRA

Posted: 01 Aug 2010 01:21 AM PDT

Menuduh dan membuat tohmahan tanpa bukti pada seseorang yang belum pasti akan kesalahannya sememang mudah. Kalau hendak dikira rasanya sudah beribu kutukan dan ejekan telah dituju kepadanya namun sehingga kini beliau tetap dan masih bertahan bagaikan seorang wira yang sentiasa menjadi sebutan di bibir rakyat bawahan khususnya.

Itulah Sdr Anwar Ibrahim, yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) merangkap Ketua Pembangkang di Parlimen Malaysia. Tanpa mahu mengulas sejarah dan kehebatan beliau ketika berada didalam Kabinet Malaysia sejak 1982 sehinggalah beliau di pecat dan di aibkan oleh pimpinan UMNO pada 02 September 1998, tetapi itulah hakikatnya akan 'kehebatan' beliau miliki.

Usaha pihak-pihak tertentu terutamanya daripada pimpinan UMNO-Barisan Nasional (BN) tetap berterusan untuk memalukan dan mengaibkan keperibadian beliau. Terkini bagaimana pendedahan yang cuba dimanipulasikan oleh akhbar Utusan Malaysia (UM) dengan menyiarkan di muka utama akhbar berkenaan kononnya Anwar sedang berusaha untuk memujuk kembali Yahudi ketika lawatan beliau ke Amerika Syarikat baru-baru ini.

Sejak sekian lama, usaha pihak media seperti akhbar-akhbar utama milik pemerintah yang berterusan untuk mengutuk serta menghina Anwar terus berlaku walhal akhbar sepatutnya bertindak sebagai penyebar maklumat yang tepat demi kebaikan rakyat haruslah berjuang untuk rakyat dan bukannya menjadi alat pemerintah untuk melakukan fitnah serta cerita yang tidak masuk dek akal!

Alangkah malang rasanya apabila akhbar seperti Utusan Malaysia terus memainkan isu kononnya Anwar memiliki hubungan yang 'rapat' dengan Yahudi sebagai berita utamanya untuk dimomokkan kepada masyarakat kampung dan desa terutamanya orang Melayu agar mempercayai kononnya inilah perangai anwar yang sebenarnya!

Kalau diimbaskan kembali disepanjang perbicaraan Anwar di mahkamah didalam kes salah laku seks liwat kali pertama dahulu, akhbar ini adalah 'penyumbang' utama yang menceritakan segala keburukan serta 'menelanjangkan' setiap inci tubuh badan Anwar dengan pelbagai cerita yang meloyakan untuk dibaca oleh rakyat kononnya itulah perbuatan Anwar!

Sesungguhnya kita hanya merancang tetapi yang menentukan perancangan kita hanyalah ketentuan Illahi.

Justeru itu amatlah tidak menghairankan kita sekiranya usaha memburuk Anwar tetap diteruskan lagi oleh akhbar ini demi menjayakan cita-cita pihak tertentu agar segala kebobrokan pemerintah yang cuba didedahkan oleh Anwar tidak akan berjaya.

Sumber: http://ingeniur.blogspot.com/

Tiada ulasan: