Ahad, 1 Ogos 2010

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Sampul Duit Raya, Beli sambil menyumbang

Posted: 01 Aug 2010 06:06 AM PDT



Sampul Duit Raya edaran Dewan Muslimat PAS Negeri Sembilan

Satu pek hanya RM 1

Kepada yg ingin membeli sampul ini bolehlah menghubungi AJK DMPNS iaitu Pn Masita Ali 019-2655059 atau Pn Wani 013-3851202

Maklumat lanjut di http://muslimatpasn9.blogspot.com/

Membeli Sambil Menyumbang

Loya bau sampah setiap hari

Posted: 01 Aug 2010 03:57 AM PDT


Sinar Harian 1 Ogos 2010

PERINGGIT - Penduduk Pangsapuri Peringgit Indah bersebelahan Poliklinik Kesihatan Komuniti setiap hari terpaksa menghidu bau busuk disebabkan tempat pembuangan sampah dikatakan tidak terurus.

Mereka mendakwa masalah tersebut hanya berpunca daripada tong sampah disediakan pihak berwajib tidak mencukupi malah saiznya tidak sepadan dengan kuantiti sampah setiap hari.

Berikutan itu, sebagai jalan singkat mereka terpaksa membuang bungkusan sampah di tepi di tepi jalan berdekatan ruang khas sampah yang hanya dibiarkan kosong tanpa tong.

Tinjauan Sinar Harian ke kawasan terbabit mendapati, bau sampah menusuk hidung sesiapa sahaja yang menghampiri.

Penduduk, Jaafar Sani, 45, mendakwa, walaupun ada satu tong sampah besar disediakan tetapi ia tidak mampu menampung jumlah sampah dibuang kira-kira 1,000 penduduk di situ.

"Masalah ini bukan baru berlaku sehari dua tetapi sudah berlarutan sehingga setahun dan masalah ketiadaan tong sampah itu menyebabkan penduduk terpaksa mencampakkan bungkusan sampah di ruang khas sampah dibiar kosong.

"Longgokan sampah dibuang penduduk turut mengundang kedatangan haiwan seperti anjing, kucing dan tikus yang menyelongkar sampah untuk mencari sisa makanan," katanya.

Pelajar, Mohd Afiq Zakaria, 21, berkata, dia sendiri tidak mempunyai pilihan lain dan terpaksa membuang sampah di tepi jalan berhampiran kerana tong sampah yang ada sudah penuh.

:Menurutnya, dua tahun lalu memang ada dua tong sampah besar disediakan, tetapi ia tidak digantikan dengan baru apabila satu daripada tong berkenaan sudah rosak.

"Sehingga sekarang jumlah sampah dibuang penduduk tidak mampu ditampung oleh satu tong sampah besar yang diletakkan di sini sehingga mengundang kedatangan haiwan liar seperti anjing dan kucing.

"Kesannya membuatkan jalan berhampiran menjadi kotor dan lebih membimbangkan saya ia boleh mengundang sebarang penyakit berjangkit yang dibawa haiwan ini," katanya.

Pekerja swasta, Hashim Jaafar, 49, berkata, walaupun kerja mengutip sampah oleh pihak terbabit biasanya tepat pada hari tertentu dan tidak pernah terlambat, tetapi mereka perlu memikirkan keadaan kebersihan di kawasan berkenaan.

"Sampai bila penduduk akan terus membuang sampah di tepi jalan dan keadaan ini bertambah buruk apabila ada kereta atau motosikal yang terlanggar sampah ketika lalu di jalan berkenaan malah pernah ada yang terseret sampah itu.

"Saya berharap pihak yang bertanggungjawab dapat menempatkan lebih banyak tong sampah besar bagi kemudahan penduduk di sini membuang sampah dan mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story8015592.asp

Tiada ulasan: