Ahad, 29 Ogos 2010

.

.


Surat Sokongan Daro AMKLP

Posted: 28 Aug 2010 10:04 PM PDT

PARTI KEADILAN RAKYAT
ANGKATAN MUDA KEADILAN
CABANG LEMBAH PANTAI

Ruj. Kami : PKR/AMKLP/TAD/10
Tarikh : 28hb Ogos, 2010

Kepada,

Ketua Protem
Parti Keadilan Rakyat
Cabang Lembah Pantai
59200 Kuala Lumpur.

Tuan,

PER: PENCALONAN UNTUK BERTANDING JAWATAN KETUA CABANG LEMBAH PANTAI BAGI PARTI KEADILAN RAKYAT

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas;

2. Seluruh Ahli Jawatankuasa Angkatan Muda keadilan (AMK) Parti Keadilan Rakyat Cabang Lembah Pantai telah bersetuju sebulat suara untuk mencadangkan Tuan Hj Md Zaman Bin Md Tasi bertanding atas jawatan Ketua Cabang Lembah Pantai yang akan di adakan pada 26hb September 2010 ini.

3. Keputusan bersama ini telah dibuat semasa Majlis Berbuka Puasa dan Sumbangan Ramadhan di PPR Seri Cempaka, Pantai Dalam, tempohari. AMK Lembah Pantai telah menilai dari pelbagai sudut reputasi dan komitmen calon ini sebelum mengemukakan nama beliau.

4. Calon adalah Mantan Ketua AMK Lembah Pantai dan sekarang Ketua AMK Wilayah Persekutuan. Beliau mempunyai semangat tinggi dan tidak mudah mengalah apabila diserang UMNO/BN, mempunyai latar belakang agama yang tinggi serta berpengalaman luas dalam bidang politik. Banyak membantu rakyat khususnya di Lembah Pantai sewaktu rakyat menghadapi masalah. Calon ini juga mendapat sokongan dari ramai ahli PKR semua ranting atau dalam 15 JDM. Pernah menjadi Pengarah Operasi Piihanraya semasa PRU12 sehingga menumbangkan Gergasi Manusia, iaitu Dato Seri Shahrizat Abdul Jalil.

5. Oleh yang demikian, AMK Lembah Pantai amat bersetuju dan tidak ragu-ragu lagi meletakkan Tuan Hj Md Zaman Md Tasi bertanding sebagai Ketua Cabang dan berharap dapat memberi tumpuan dalam usaha kita supaya dapat mengekalkan kemenangan pada PRU13 kelak.

6. Sekian, Dimaju untuk tindakan pihak tuan selanjutnya.
Sekian, Terima Kasih



(Mohd Fadzlie Bin Mohd Hassan)
Pemangku Ketua
Angkatan Muda keadilan
Lembah Pantai

Tiada ulasan: