Khamis, 26 Ogos 2010

.

.


Gambar Latihan Jatidiri SKS Amk @Hotel Singgahsana Pada 21&22 Ogos 2010

Posted: 25 Aug 2010 03:26 PM PDT









Cikgu Bad minat tanding ketua AMK

Posted: 25 Aug 2010 03:23 PM PDT


Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPT) Badrul Hisham Shaharin tidak menolak kemungkinan bertanding jawatan ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) "sekiranya terdapat isyarat yang jelas yang mahukan beliau bertanding jawatan tersebut".

"Saya percaya dan yakin ahli-ahli AMK di peringkat cabang akan membuat keputusan. Terpulanglah kepada mereka," katanya.

"Saya akan terus bekerja untuk parti, terpulang kepada ahli untuk membuat keputusan. Saya bukan jenis orang, bila tiba masa pemilihan, baru (hendak) turun ke bawah," tambahnya.Jawatan ketua AMK kini disandang oleh Shamsul Iskandar Md Akin.

Malaysiakini menghubungi Badrul Hisham untuk mengulas desas-desus yang menyebut bahawa beliau berminat bertanding ketua AMK.

Difahamkan, beliau berpeluang memenangi jawatan tersebut kerana dipercayai mempunyai sokongan kuat di Johor, Negeri Sembilan, Kedah dan Perlis.

Beliau yang lebih dikenali sebagai 'Cikgu Bad' berharap anak-anak muda dalam AMK supaya "meraikan demokrasi, dan bukannya menyerang individu-individu tertentu" dalam pemilihan parti kali ini.

"Kita memberi tawaran yang terbaik. Orang tanya saya mengenai (kepimpinan) Shamsul Iskandar, (maka) saya jawab beliau telah melakukan sedaya-upaya dan terbaik (untuk AMK)," katanya.

Ditanya mengenai tokoh AMK lain yang mungkin menawar diri bertanding jawatan itu, Badrul Hisham berkata, beliau tidak tahu.

Malah, tegasnya, sekiranya dicalonkan untuk bertanding bagi jawatan tersebut, beliau cenderung untuk tidak memilih regunya.

"Biar bertanding atas kapasiti (individu) masing-masing. Kalau tidak (AMK) berpecah macam kapal," katanya yang juga ketua PKR cabang Rembau.

PKR bakal mengadakan pemilihan parti secara langsung bermula dengan proses pencalonan di peringkat cabang (bahagian) lewat bulan ini, sebelum mengundi memilih pucuk pimpinan tertinggi parti itu pada November depan.

Tiada ulasan: