Jumaat, 20 Ogos 2010

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Press Statement YB Azmin Ali On Racism

Posted: 20 Aug 2010 05:09 AM PDT

PRESS STATEMENT

20 August 2010

Parti Keadilan Rakyat (Keadilan) views with grave concern the continuing occurrence of incidents where racial hatred is incited, the latest being the statement made by the Johor school headmaster during a school assembly.

It is unacceptable to suggest, as stated by the Department of Education that it considers the matter closed and that the matter has been settled between the said principal and the students and/or their parents.

This incident has been widely publicized and is a matter that affects the whole nation. It is also irresponsible to suggest that it is merely a misunderstanding.

Keadilan demands that the said Principal be suspended pending an investigation and if found true that she did indeed make such remarks, she should be immediately removed.

These recurring incidents of incitement of racial hatred and racial insults are a manifestation of a bigger problem i.e the Barisan Nasional Government's tacit encouragement of incitement of racism and lack of real political will to curtail such behaviour.

As long as draconian laws such as the ISA and Sedition Act exists and used to stifle healthy discussions and openly allowing extremist groups to continue inciting racism with impunity, this problem will fester.

Keadilan’s view is that statements such as that made by the Johor principal are not isolated incidents and must be dealt with a holistic and comprehensive approach.

Our answer is to provide a genuine multiracial political paradigm based on principles of fairness, respecting human rights, democracy and justice to all and to reject race based politics.

Further, we and Pakatan Rakyat are committed to the enactment of a Race Relations Act to deal with such instances of incitement of hatred, to provide mechanisms for resolution of such problems when they occur and to safeguard unity and harmony of the rakyat.

Azmin Ali
Vice President
Parti Keadilan Rakyat

Karpal Fail Aduan Terhadap Ketua Hakim Negara

Posted: 20 Aug 2010 03:24 AM PDT

Dari Malaysiakini

Ahli parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh hari ini memfailkan aduan terhadap Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi – kes pertama di bawah Akta Kod Etika Hakim 2009 dan Akta Jawatankuasa Etika Hakim 2009 yang mula berkuatkuasa Mac lalu.

Dalam aduan yang dihantar melalui tangan ke pejabat Ketua Hakim Negara di Putrajaya hari ini, Karpal kata kenyataan Zaki berkaitan dengan rasuah pada 11 Jun lalu, menunjukkan “kecacatan watak’ yang mmbolehkan tindakan disiplin diambil mengikut akta berkenaan.

Katanya, di majlis penyampaian anugerah khidmat cemerlang Mahkamah Persekutuan, Zaki telah berkata: “Saya tidak akan bersimpati dengan mereka yang terlibat dalam rasuah, baik dalam bentuk keuntungan kewangan atau telefon bimbit, tiket kapal terbang, baucer hotel atau atau apapun.

“Ada yang mengatakan jika tidak ada pemberi, tidak akan ada rasuah lain tapi saya mengatakan jika tidak ada penerima, tidak akan ada pemberi.”

Aduan tersebut merupakan lanjutan kepada usaha Karpal untuk memecat ketua hakim negara, yang bermula dengan satu laporan polis pada 2008, diikuti dengan pengakuan Zaki yang beliau telah menyuap pegawai mahkamah ketika dia menjadi peguam pada 1987.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini, Karpal menyifatkannya sebagai satu sikap hipokrit dan kecacatan watak.

Katanya, Zaki sepatutnya menjadi orang terakhir memberi amaran mengenai rasuah kerana Karpal mendakwa Zaki sendiri korup.

Umno Terus Menabur Fitnah dan Menyemarakkan Kebencian Kerana Terdesak

Posted: 20 Aug 2010 02:06 AM PDT

Kenyataan Media:

Kami memandang serius fitnah terbaru yang dimainkan pimpinan Umno untuk menyemarakkan api kebencian di negara ini. Tuduhan yang dilemparkan kepada Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang bahawa nama Yang Di Pertuan Agong telah digantikan dengan Ketua Menteri Pulau Pinang Saudara Lim Guan Eng telah terbukti merupakan satu pembohongan semata. Saya sendiri memantau perkembangan tersebut, membaca teks khutbah yang diedarkan dan menerusi rakan-rakan di Pulau Pinang mendapati tuduhan tersebut tidak berasas bahkan ianya merupakan satu fitnah demi laba politik pemerintah yang kian hari kian terdesak.

Pimpinan Umno menerusi akhbar Utusan Malaysia berterusan menggunakan aksi politik perkauman sempit yang usang. Kegagalan pentadbiran Dato Sri Najib memahami nurani rakyat Malaysia keseluruhannya yang mahukan sebuah negara yang kekal aman dan sejahtera dizahirkan oleh kenyataan berunsur fitnah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tersebut.

Kita yakin usaha pimpinan Umno ini tidak akan berhenti di situ sahaja. Mereka pasti menganyam fitnah yang lain pula demi memecah belahkan muafakat masyarakat di negara ini yang mahu hidup dalam kerukunan dan sejahtera. Mereka menyedari rakyat Malaysia mempunyai keyakinan yang teguh untuk terus beriltizam dengan Perubahan dan demi Malaysia yang Adil. Oleh demikian saya menyeru rakyat Malaysia untuk perteguh keazaman bersama Pakatan Rakyat dan mara mengharungi serangan yang tidak akan kunjung diam dari pimpinan Umno itu. Hanya dengan melakukan Perubahan, politik perkauman sempit akan berjaya dihalang.

ANWAR IBRAHIM
AHLI PARLIMEN PERMATANG PAUH
KETUA PEMBANGKANG MALAYSIA

Guan Eng Tak Tahu Nama Disebut Dalam Doa Khutbah

Posted: 19 Aug 2010 09:18 PM PDT

Dari Harakah Daily
Oleh Dzulfikar Mashoor

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengaku bahawa beliau sendiri tidak mengetahui yang namanya disebut dalam doa dan khutbah Jumaat menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

“Saya tidak sedar dan tidak mengetahui wujudnya penggunaan nama saya dalam khutbah kedua (sebelum) solat Jumaat sebagaimana didakwa, maka sudah tentu nama saya tidak harus (atau) tidak boleh digunakan,” ujarnya petang tadi pada majlis berbuka puasa bersama wartawan media-media alternatif di sebuah restoran di sini, malam ini.

Baginya, dakwaan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang bermotif politik provokasi.

“Saya pun hairan bagaimana hanya masjid tertentu di Kepala Batas dan Tasek Gelugur saja yang berlaku demikian,” soalnya sambil tidak menolak kemungkinan isu tersebut sebagai provokasi pihak tertentu.

Bagaimanapun, beliau mengarahkan Abdul Malik Kassim, Exco kerajaan negeri untuk menyiasat isu yang ditiupkan oleh Ahmad Zahid dan Umno itu.

“Saya pun baru tahu, saya sudah menghubungi YB Abdul Malik dan saya diberitahu bahawa memang tidak tahu perkara seperti yang didakwa Datuk Zahid Hamidi,” ujarnya yang juga Setiausaha Agung DAP.

Sehubungan itu, beliau mencabar Ahmad Zahid mengemukakan bukti ekoran dakwaan berunsur provokasi itu.

Beliau turut menasihatkan Ahmad Zahid kembali bertaubat sempena kemuliaan bulan Ramadhan ini sekiranya dakwaannya itu adalah tidak benar.

Terdahulu, Bernama melaporkan Umno negeri memprotes penggunaan nama Ketua Menteri Pulau Pinang pada bacaan doa dan khutbah Jumaat bagi menggantikan penggunaan nama Tuanku Mizan.

Ahmad Zahid sendiri menuduh, penggunaan nama Guan Eng itu dikesan di beberapa masjid tertentu sejak beberapa minggu lepas.

Dijangkakan Guan Eng bakal menghadapi pelbagai cabaran lagi ekoran komitmennya mahu melihat rakyat tanpa berbilang kaum menikmati hidup yang lebih baik berbanding era Umno BN memerintah Pulau Pinang.

Jadual Ramadhan DSAI,21 Ogos 2010,Sabtu

Posted: 19 Aug 2010 08:25 PM PDT

Dato Seri Anwar Ibrahim akan menunaikan solat Isya dan bertarawikh serta Tazkirah bertempat di:

Tempat:Surau Insaniah(Surau Papan)
Berdekatan Blok 7, Taman Bukit Angkasa,
Pantai Dalam, Kuala Lumpur

Tarikh:21 Ogos 2010 (Sabtu)

Kenyataan Balas Nurul Izzah Anwar

Posted: 19 Aug 2010 07:10 PM PDT

KENYATAAN BALAS NURUL IZZAH ANWAR TERHADAP MENTERI PERTAHANAN MALAYSIA

19 Ogos 2010

Kenyataan saya dalam temubual bersama KOMPAS adalah berdasarkan jawapan rasmi Menteri Pertahanan pada 17 Mac 2010 bahawa kapal KD Tunku Abdul Rahman tidak dibenarkan menyelam kerana mengalami masalah teknikal.

Justeru, saya sedia disiasat oleh pihak polis dan saya berharap permulaan siasatan ini akan membawa kepada isu-isu berkait lain terutamanya dalam soal pembelian yang diberi kepada syarikat pilihan serta penyelenggaraan kapal selam tersebut dan siasatan yang sedang dilangsungkan oleh pihak perundangan Perancis terhadap kapal selam yang sama.

Menyebut tentang imej dan keselamatan Negara, yang kononnya terjejas daripada kenyataan saya, ingin saya bangkitkan kenyataan Menteri di parlimen pada hari yang sama yang menyatakan bahawa masalah teknikal sebegini juga dihadapi oleh banyak negara lain di seluruh dunia. Kalau maklumat tentang status selaman mana-mana kapal selam di seluruh dunia dapat diperolehi secara terbuka, di manakah rasionalnya bahawa kenyataan saya menggugat keselamatan Negara?

Pada hemat saya, kenyataan yang menggugat keselamatan Negara adalah kenyataan seperti dibuat pada 6 Ogos 2010 bertajuk Kapal selam sertai latihan terbitan Bernama, di mana diakui bahawa Latihan Kemahiran Laut yang lazimnya dilakukan tiga kali dalam setahun telah dikurangkan kepada hanya sekali setahun bagi menjimatkan perbelanjaan.

Bercakap tentang imej dan keselamatan yang menjadi asas Laporan Polis Tentera Laut Diraja Malaysia, apakah mungkin reaksi musuh-musuh Negara apabila diketahui umum bahawa TLDM hanya melakukan latihan sekali setahun atas alasan berjimat cermat? Sedangkan prinsip dasar pertahanan adalah persediaan, dan persediaan ini merangkumi latihan yang mencukupi.

Saya bimbang, sebagai negara yang mempunyai sempadan laut yang luas, Malaysia hanya menjalankan Latihan Kemahiran Laut setahun sekali. Saya percaya kebimbangan saya ini turut dikongsi pegawai-pegawai TLDM khususnya dan juga seluruh pasukan keselamatan.

Di dalam hasrat untuk berjimat cermat, saya desak Kementerian Pertahanan untuk melakukan kajian menyeluruh kepada skop perbelanjaan dan pembelian yang dilakukan oleh Kementerian, seperti lawatan-lawatan ke luar Negara, dan acara-acara dan pembelian-pembelian yang tidak berkaitan dengan latihan diteliti supaya penjimatan sebenar dapat dibuat demi memastikan latihan TLDM, khusunya Latihan Kemahiran Laut tidak dikorbankan.

Bukankah penderhaka sebenar adalah mereka yang menggunakan dana negara untuk membayar kos penyelenggaraan tinggi untuk syarikat anak emas pilihan dan pembelian alatan ataupun kos projek yang berganda demi memenuhi poket-poket mereka yang terpilih? Kalau benar Menteri Pertahanan seorang patriot, kenapa beliau tidak menyokong siasatan SPRM terhadap bayaran komisyen lebih RM500 juta kepada Perimekar Sdn Bhd untuk pembelian kapal selam Scorpene seperti yang dinyatakan oleh Speaker Dewan Rakyat pada 2 Julai lalu?

Tiada ulasan: