Rabu, 18 Ogos 2010

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


A Mosque Has No Door

Posted: 18 Aug 2010 02:00 PM PDT

By M.J Akbar

Can there be any rational reason for such subliminal fear of a house without a door? A mosque has no door; it is always open to anyone. Submission is the guiding force of its spirit and simplicity is its objective. There is equality in the lines of prayer. Servant stands beside master to bow, at the same moment, before the Lord. Divisions and pretensions dissipate.

The whole world, as the great Indian theologian and mass leader Maulana Abul Kalam Azad used to say, is God’s mosque. Nations may claim to act in the name of God, but God does not need nations. A mosque is neither factory nor fortress: why should it arouse either envy or fear?

The opposition of some sections of the American right, led by politicians like Newt Gingrich and Sarah Palin, to a mosque at the site of the 9/11 tragedy is bewildering, at the very least.

A war memorial is not built to perpetuate war. Its relevance lies in the promise of peace. It honours heroes who have given their lives, but this sacrifice, in the words of a famous testament, is ennobled by the promise that they gave their today so the living might have a better tomorrow. A war memorial is a symbol of conflict resolution, not conflict enhancement.

A mosque near the World Trade Center will epitomise the partnership necessary for a common struggle against the horror of terrorism and its evil masterminds, wherever they might live.

Is ignorance a reason for the right-wing campaign against the mosque? I was at the East-West Center in Hawaii a few years ago for a faith-media seminar. On Friday, our very considerate hosts offered Muslim participants a chance to join a local congregation for noon prayers in a small room where the minute local community gathered regularly for namaaz and fraternity.

Some non-Muslim colleagues came along because they had never seen a Friday prayer. We are all convivial, but I daresay at least one or two of them were relieved that the imam had not declared war on the West and we had not unsheathed scimitars as part of ritual.

Ignorance is too generous an alibi for Gingrich and Palin. They have been candidates for the most powerful job in the world. It is foolish to dismiss them as fools.

A mosque at Ground Zero will interfere with their politics, in which the Muslim must be etched as an irredeemable zealot with manic eyes and foaming mouth; the mosque must be distorted into a fountainhead of hatred; and every Muslim be blamed for the sins of the few bigots and terrorists who perpetrated 9/11. A range of political forces has a vested interest in the myth of the mad Muslim as the last evil standing between civilisation and chaos.

The irony is that Palin and Gingrich do not represent the idealism and philosophy of America, a nation that is liberal, open, democratic and secular. Gingrich is a false American; Palin is a falsetto American.

The true American patriot is Michael Rubens Bloomberg, the mayor of New York, who has supported the idea of a mosque. I use his full name deliberately: he is of the Jewish faith, from a family of Russian émigrés. Bloomberg reflects the idealism of America as well as the anguish and wisdom of his own heritage, of a people who have suffered the trauma of bigotry and threat of extinction for two millennia. He knows prejudice when he sees it; he understands the poison it injects into the human psyche; and he is willing to set aside the prospect of political advantage from hysteria in order to stand on the side of justice.

Those who gave Barack Obama a Nobel Peace Prize without much reason might want to consider Bloomberg for much better reasons. He has, in the process, also exposed organisations like the Anti Defamation League, who seem to have sold their principles for politics. Fareed Zakaria deserves our respect for returning the honorarium and First Amendment award given by the League.

Bigotry is not the exclusive property of any denomination; Muslims offer their share in the long list of self-appointed leaders who spawn the culture that leads to terrorism from pulpits which desecrate the meaning of a mosque. But it is utterly self-defeating to blame Islam, or the vast majority of peaceful Muslims, for the sins of a few. Terms like “Islamo-fascism,” George Bush’s intellectual contribution to this debate, are meaningless gibberish.

Islam is 1,400 years old; fascism entered the dialectic only with Benito Mussolini. So whatever else Islam might be it cannot be fascist. True, there are some Muslims who are fascist, but why blame Islam for the tyranny of despots? No one blames the Roman Catholic Church for Mussolini.

Terrorists conspire. A conspiracy is hatched behind closed doors. A mosque has no door.

The columnist is editor of The Sunday Guardian, published from Delhi, and India on Sunday, published from London.

Source: www.thedailystar.net

Dr Pornthip: Beng Hock Tidak Bunuh Diri

Posted: 18 Aug 2010 04:51 AM PDT

Dari TV Selangor

Teoh Beng Hock tidak membunuh diri tetapi besar kemungkinan menjadi mangsa kekerasan sebelum beliau dijumpai mati di perkarangan bangunan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Shah Alam pada tahun lalu.

Rumusan itu dibuat oleh peguam Malek Imitiaz Sarwar, yang mewakili kerajaan Selangor, berasaskan ketegasan keterangan pakar patologi Thailand Dr Pornthip Rojanasonand pada inkues untuk menyiasat punca kematian mendiang.

Pornthip mengekalkan keterangan awal bahawa tidak ada bukti untuk menyokong dakwaan Beng Hock membunuh diri.

Malah kesan luka pada leher Beng Hock adalah akibat kekerasan yang digunakan ke atas dirinya dan tidak konsisten dengan kecederaan mangsa jatuh dari paras tinggi.

Seperti yang dijangka, inkues terhadap punca kematian Beng Hock bertumpu kepada keterangan Pornthip yang terpaksa diberi kawalan keselamatan.

Ini kerana beliau menerima ancaman keselamatan selepas memberi keterangan pada Oktober tahun lalu.

Pakar patologi yang mempunyai pengalaman lebih 25 tahun ini memberitahu sidang inkues bahawa beliau yakin Beng Hock tidak membunuh diri setelah hadir pada bedah siasat mayatnya untuk kali kedua hujung tahun lalu.

Ketika itu beliau mengesan tanda- tanda luka pada leher mendiang yang menyokong hujah bahawa Beng Hock besar kemungkinan telah dikasari.

Tanda- tanda luka itu juga dikesan oleh pakar patologi kerajaan Dr Shahidan Mohamad Noor.

“DR Pornthip telah beri keterangan. Beliau tegaskan memang terdapat kecederaan- kecederaan sebelum jatuh. Beliau sahkan perkara itu. Kedua beliau pasti kes ini bukan kes bunuh diri. Kita akan menunggu keputusan daripada majistret,” kata peguam mewakili keluarga mandiang, Gobind Singh Deo.

Dalam pada itu Pornthip juga ditanya mengenai nota bunuh diri yang kononnya ditulis oleh Beng Hock.

Nota itu hanya didedahkan oleh pejabat peguam negara 10 bulan selepas Beng Hock dijumpai mati pada Julai tahun lalu.

Beng Hock dijumpai mati setelah disoal siasat sepanjang malam oleh pegawai SPRM berhubung penggunaan wang lebih RM2000 oleh pejabat majikannya iaitu ahli EXCO Selangor, Ean Yong Hian Wah.

Peguam keluarga Beng Hock, Gobind berkata Pornthip menegaskan sebarang nota yang berkaitan dengan kes kematian mencurigakan harus diserahkan untuk pelbagai ujian seperti DNA bagi mengesahkan kesahihannya.

Namun pejabat peguam hanya bertindak untuk mengeluarkan dokumen itu apabila sidang inkues memasuki babak- babak terakhir.

“Tiba- tiba ia muncul. Ini tidak adil dan ia sungguh mencurigakan. Kita sudah jalankan inkues ini setahun, tiba- tiba kamu datang dan bawa nota baru. Bagi saya ia langsung tidak adil,” kata Gobind.

DAP’s Proposals Discussed ‘in General’

Posted: 18 Aug 2010 03:35 AM PDT

‘Perang Besar’ Malaysia, Umno Tiup Sentimen Kaum

Posted: 18 Aug 2010 03:32 AM PDT

Dari Malaysiakini
Oleh Hazlan Zakaria

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menolak laporan Utusan Malaysia kononnya ‘perang besar’ boleh berlaku di Malaysia sekiranya kerajaan gagal menangani isu perkauman yang bebas diperdebatkan secara terbuka sekarang.

Katanya, ia tidak lain daripada percubaan terakhir Umno yang kini sudah tenat untuk meraih sokongan rakyat terutamanya orang Melayu.

“Saya tak mahu layan Utusan,” katanya kepada wartawan pada sidang media di ibupejabat PKR di Tropicana Petaling Jaya hari ini.

Menurut Anwar Umno yang sekarang kehilangan pengaruh untuk memerintah negara, mula dilihat memainkan sentimen perkauman.

“Kita berhadapan dengan satu parti yang sudah tenat dan tahu kehilangan dukungan dan pengaruh orang Melayu dan rakyat.

Dalam rencananya yang bertajuk “Benar, ‘perang besar’ boleh berlaku di Malaysia", penolong ketua pengarang I, Kumpulan Utusan Malaysia, Datuk Zaini Hassan menulis ‘perang’ kali ini lebih besar daripada tragedi 13 Mei 1969, kerana itu hanyalah konflik melibatkan kegelisahan kaum atau social unrest yang kecil sahaja.

Menurut Zaini, pelbagai pihak sedang membakar semangat antara satu kaum dengan kaum yang lain, termasuk cubaan untuk menukar perlembagaan Malaysia sekarang kepada satu perlembagaan yang baru.

“Kalau benar ada orang yang mahu buat perlembagaan baru, kita minta perkara itu disiasat kerana ia bertentangan dengan pendirian rakyat negara ini.

“Ini cara ugut, menakutkan orang supaya kes kezaliman, rasuah itu ditutup. Saya tidak percaya ketegangan ini parah melainkan ia sengaja dimainkan oleh orang-orang berkepentingan,” tegas Anwar.

Katanya, sekiranya ada pihak tertentu cuba menghilangkan semua peruntukan orang Melayu-Islam atau hak Raja-Raja Melayu, beliau menggesa supaya pihak polis supaya menyiasat dakwaan tersebut.

“Kalau Pakatan Rakyat, kita ketiga-tiga parti sudah pun tandatangan. Saya, Datuk Seri Hadi Awang dan Lim Kit Siang mengesahkan peruntukan yang ada dalam perlembagaan dengan pendekatan baru untuk rakyat Malaysia lebih yakin," kata Anwar lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, ketua penerangan PKR, Latheefa Koya yang juga hadir pada sidang media itu berkata surat tuntutan sudah diserahkan kepada akhbar Utusan Malaysia berhubung laporan yang dianggap berniat jahat yang mendakwa Anwar membayar agensi berita luar negara, Cable News Network (CNN) untuk liputan berita.

Latheefa berkata surat tuntutan itu diserahkan oleh Tetuan Edwin, Lim & Suren yang bertindak bagi pihak Anwar.

“Kita meminta pihak Utusan dengan segera menarik balik dan meminta maaf kepada Anwar. Permohonan maaf itu harus dipaparkan sebesar artikel yang disiarkan itu dan berjanji tidak akan mengeluarkan apa-apa artikel seperti itu lagi.

“Sekiranya pihak defendan gagal berbuat demikian dalam masa tujuh hari yang diserahkan hari ini, pihak peguam akan membawa kes ini ke mahkamah untuk saman fitnah RM50 juta,” kata Latheefa.

Pada 10 Julai lalu Utusan menyiarkan artikel bertajuk “Anwar Didakwa Bayar CNN” yang menjadi asas kepada tindakan undang-undang yang diambil Anwar terhadap akhbar tersebut.

Sidang Akhbar Program Transformasi Ekonomi

Posted: 18 Aug 2010 01:39 AM PDT

Dijemput hadir ke sidang akhbar Dato’ Seri Anwar Ibrahim berhubung data ekonomi terbaru dan ulasan Program Transformasi Ekonomi. Sidang akhbar tersebut akan diadakan pada:

Tarikh: Hari Khamis, 19hb Ogos 2010

Tempat: Aras 1, Ibu Pejabat PKR, Merchant Square, Tropicana.

Masa: 1 petang

Kerjasama pihak tuan amatlah dihargai. Sekian, terima kasih

Pejabat Dato’ Seri Anwar Ibrahim

Cops Quiz Anwar Over ‘Jui Meng Next MB’ Banner

Posted: 18 Aug 2010 01:12 AM PDT

From Free Malaysia Today

The police have recorded a statement from Opposition Leader Anwar Ibrahim over a controversial banner in Johor.
The banner depicted photographs of PKR supreme council member Chua Jui Meng and the Sultan of Johor. It said that Chua would be the next menteri besar of the southern state.

Umno Youth members lodged a report after denouncing the banner as seditious.

Chua claimed to be in the dark about the banner, and had accused Umno of attempting to rile up the Malays against him.

Three police officers, led by investigating officer DSP Che Mahazan from the Batu Pahat district headquarters in Johor, met Anwar at the PKR headquarters in Tropicana here.

Chua, who had already been questioned by the police, and several other party leaders were also present.

Anwar told a press conference later that he had his statement recorded under Section 112 as a witness as an image of him was also depicted on the controversial banner.

“I told them that I have no knowledge at all about the banner. We were only informed of the banner’s existence later. I hope the police will investigate the matter immediately, responsibly (and) look for those responsible for a libellous action such as this,” he said.

He said the matter important as it involved the Johor ruler, adding that the motive behind the move was clearly aimed at casting aspersion and embarrassing the party.

But while Chua insists the banner was Umno’s work, some PKR officials alleged that it could be the work of the former MCA leader’s rivals in PKR.

The former MCA vice-president, an influential grassroots leader, is said to be a direct threat to an ambitious national level leader. It is understood that Chua, who was also a former health minister, will be keen on contesting for the vice-presidency post at the party polls scheduled to be held by year-end.

Anwar, however, claimed it is unlikely that the banner debacle was the work of internal sabotage and is never the practice of their party supporters to play dirty politics.

“It cannot be done by those who support us. For example, putting banners at Malay areas, provoking the Malays so as to suggest that we are promoting Chua as the mentri besar of Johor. The matter does not arise, never even discussed”.

Banner fiasco a failed attempt

C hua said the incident started immediately after he was appointed as PKR’s Johor chief and this was a clear attempt to smear his name.

“As a lawyer, just as many other Chinese people know, a Chinese can never be a menteri besar in a state ruled by a Sultan. I am not as stupid or my supporters are not as stupid to endorse me as the Johor menetri besar. It doesn’t make sense,” said Chua.

He also called on the police to investigate immediately and arrest the cuplrit.

“Their attempt failed. Not many believe what was written on the banner be it Malays, Chinese or Indians. This is disgusting,” he said.

On his request to seek audience with the Johor ruler, Chua said it is now up to the State Palace Council.

“I am not on the council. We have requested an audience with the sultan and we are still waiting for an answer. As we are not involved in this banner issue, we want to seek an audience with the sultan to honestly explain the situation,” he said.

BN Pentaskan ‘Opera Cina’ Dibintangi Muhyiddin, Chua

Posted: 18 Aug 2010 01:06 AM PDT

Dari Malaysiakini

PAS menyifatkan ‘pertelingkahan’ antara Umno dan MCA dalam isu ekuiti bumiputera umpama bangsawan Melayu dan Opera Cina menjelang Operasi Lalang 1987 yang menyebabkan pemimpin pembangkang dikambinghitamkan.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar (kiri) berkata selepas 23 tahun,ia dipentaskan semula dengan ‘pelakon’ yang berbeza.

“Kalau dulu (antara) Datuk Seri Najib dan (bekas timbalan presiden MCA) Datuk Lee Kim Sai, kini (giliran) Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin dan (presiden MCA) Datuk Seri Dr Chua Soi Lek,” kata Mahfuz yang juga ahli parlimen Pokok Sena.

“Apakah selepas ini ada operasi lalang kedua? (Akan ada) pemimpin pembangkang yang akan dikambinghitam (oleh) Umno/BN.

“(Mereka) akan terus berkuasa untuk meratah rakyat dan khazanah negara,” katanya.

Najib ketika itu berkhidmat sebagai pemangku menteri beliau dan sukan.

Dalam satu kenyataan hari ini, Mahfuz yang juga ahli parlimen Pokok Sena berkata sejak tragedi berdarah 13 Mei 1969 lagi, pentas “politik bangsawan Melayu dan opera Cina” sentiasa menjadi tarikan untuk dipersembahkan.

Katanya, seperti pada tahun 1987, sandiwara itu dipentaskan ketika Umno dan MCA mengalami krisis kepercayaan daripada kaum masing-masing.

Ketika itu, tambahnya, orang Cina melihat MCA gagal melindungi bangsa merekam sebaliknya pemimpinnya dilihat membina kekayaan; manakala pemimpin Umno pula dilihat mengamalkan kronisma dan nepotisma demi mengumpul kekayaan.

“Dihunuskan keris bangsawan Melayu dan pedang opera Cina bergegak gumpita seluruh negara. Datuk Lee Kim Sai lantang memperlihatkan keberaniannya mempersoalkan hak Melayu.

“Umno pula berlagak seperti Hang Jebat pembela ketuanan Tuah. Umno mencadangkan himpunan umat Melayu di Stadium Jalan Raja Muda, Kuala Lumpur.

“Jelajah mereka seluruh negara berpesan pada Melayu jangan lupa bawa mancis api dan senjata tajam keperhimpunan Melayu di Kuala Lumpur untuk bakar rumah Cina dan basahkan Kuala Lumpur dengan darah orang Cina,” kata Mahfuz.

Setelah politik negara menjadi tegang, polis mengumumkan perhimpunan tersebut tidak dibenarkan dan berlakulah penangkapan beberapa pemimpin pembangkang bawah akta kontroversi ISA.

“Pelakon watak utama sandiwara bangsawan Melayu dan Opera Cina Datuk Seri Najib dan Datuk Lee Kim Sai diberi cuti ke Australia. Pemimpin pembangkang dan NGO diberi cuti rehat di Kem Kemunting,” katanya.

Pornthip Pertahan Teoh Beng Hock Cedera Sebelum Jatuh

Posted: 18 Aug 2010 12:52 AM PDT

Dari Harakah

Pakar patalogi Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand mempertahankan pandangannya sebelum ini bahawa Teoh Beng Hock telah cedera sebelum jatuh dari Plaza Masalam dan bukannya membunuh diri..

Katanya, ia mungkin "seseorang meletakkan sesuatu di tengkuk Teoh atau menekan kepalanya ke atas sesuatu" sebelum beliau jatuh di bangunan Plaza Masalam, Shah Alam yang menempatkan pejabat SPRM Selangor.

“Saya mempertahankan pendapat saya sebelum ini bahawa kecederaannya berlaku sebelum jatuh. Saya tidak dapat sahkan dia sedar atau tidak semasa jatuh,” kata Pornthip dalam keterangannya.

Beliau bagaimanapun tidak mahu lagi memberikan peratusan pendapatnya itu sebagaimana sebelum ini tetapi berkata, “Saya yakin ia bukan bunuh diri.”

Pornthip juga berkata, kecederaan pada dubur mangsa adalah akibat dari benda tumpul yang dimasukkan ke dalamnya.

Pornthip memberikan keterangan di mahkamah koroner dalam inkues kematian setiausaha politik kepada Exco kerajaan negeri Selangor itu.

Penegasan ini dibuat Pornthip selepas bedah siasat kedua ke atas mayat Teoh Beng Hock selepas membuat keterangan sebelum ini yang mendakwa 80 peratus kemungkinan mangsa itu dibunuh dan hanya 20 peratus kerana bunuh diri.

Ekoran kenyataan pertamanya, mayat Teoh Beng Hock telah dibedah siasat sekali lagi. Hari ini adalah sessi penerangan oleh Pornthip selepas bedah siasat kedua itu.

Beliau mula memberi keterangan di bangunan mahkamah Shah Alam, jam 9.30 pagi di hadapan koroner Azmil Munthapa Abas. Mahkamah hari ini penuh sesak.

Penyokong berkumpul

Kehadirannya pagi ini disambut dengan sokongan meriah dan tepukan bergemuruh oleh penyokong Teoh yang memenuhi bilik perbicaraan.

Mereka berkumpul bukan sahaja untuk menyokong Pornthip tetapi juga membantah Peguam Negara ekoran ‘nota misteri’ yang baru ditemui.

(Gambar: Pornthip tiba di bangunan mahkamah Shah Alam dengan diiringi peguam dan disambut dengan tepukan dari penyokongnya – gambar Themalaysianinsider)

Koroner memulakan prosiding pagin ini dengan memanggil Pornthip sebagai saksi pertamanya.

Pornthip mula disoal oleh peguam, Malek Imtiaz Sarwar, yang mewakili kerajaan negeri Selangor dengan meneliti laporannya dan beberapa gambar yang diambil pada bedah siasat kedua.

Pornthip berkata beliau mendapati pendarahan berlaku di tengkuk mangsa sehingga ke bahagian otot. Kesan ini , katanya lebih besar daripada kesan dicekik kerana cengkaman fizikal di bahagian leher adalah lebih kuat.

Menurut Pornthip berdasarkan 34-35 kes kajiannya hasil jatuh daripada tempat tinggi sebelum ini, tidak ada yang mempunyai kesan seumpama itu. Katanya, dia berpendapat tidak mungkin lebam adalah kerana impak akibat jatuh.

Pornthip juga menolak kemungkinan lebam itu disebabkan keretakan tulang belakang. Beliau mempertahankan pemerhatiannya sebelum ini bahawa ia adalah kecederaan sebelum jatuh yang dilakukan dengan "tekanan dan kuasa yang lebih besar" berbanding dicekik.

Merujuk laporan bedah siasat pertama, pakar patologi Thailand itu berkata dia tidak boleh menolak kemungkinan Teoh tidak sedarkan diri semasa jatuh kerana laporan menunjukan berlaku ‘cerebral edema’.

Ia menunjukkan Teoh mengalami hypoxia, di mana otak tidak menerima oksigen untuk tempoh sekurang-kurangnya 5 minit. Hypoxia berlaku akibat salur darah, arteri atau trakea yang tersumbat.

Pornthip tidak bersetuju dengan Dr Peter Vaneziz bahawa tanda pendarahan di tengkuk adalah akibat keretakan pada dagu.

(Gambar: Peguam keluarga mendiang Teoh, Gobind Singh Deo diserbu para wartawan ketika mahkamah koroner berehat tengahari)

Katanya, keretakan dagu hanya membabitkan pendarahan di kawasan kecil dan tidak merebak hingga ke dada. Juga tidak terdapat salur darah besar di dagu yang boleh menyebabkan pendarahan berlebihan.

Pada keterangannya itu, Pornthip juga memberitahu inkues bahawa tiada keretakan pada pergelangan tangan, yang lazimnya berlaku dalam kes apabila seseorang cuba melindungi diri mereka daripada kejatuhan dengan tangan.

Terdapat keretakan dan luka di atas satu daripada pergelangan kaki Teoh tetapi tiada dikesan pada dasar tengkorak mangsa. Justeru, Pornthip berkata dia tidak bersetuju dengan Vaneziz bahawa Teoh mendarat dengan kedua-dua kakinya dan mangsa sedar semasa jatuh.

Tiada ulasan: