Sabtu, 28 Ogos 2010

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Kerajaan gagal tangani jenayah semakin berleluasa

Posted: 28 Aug 2010 08:00 AM PDT

Pihak berkuasa gagal tangani jenayah semakin berleluasa
Berita Harian 28 Ogos 2010 - PADA pagi Jumaat 11 Jun 2010, buat kali kedua rumah saya di sebuah taman perumahan di Tasek Gelugor dipecah masuk setelah kami sekeluarga pulang bercuti ke Kelantan.

Kali ini kumpulan pecah rumah yang sama yang memecah masuk rumah saya pada 20 Oktober 2007 bukan saja melarikan telefon bimbit, kamera digital dan peralatan rumah tetapi mereka semakin berani memecah dan ingin melarikan kereta MyVi serta melarikan kunci pendua kereta Toyota Innova saya.

Saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana mereka gagal melarikan kereta MyVi saya. Pada 19 Jun 2010 pula mereka memecah masuk sebuah rumah di pekan Tasek Gelugor. Sebelum itu mereka telah memecah masuk satu-satunya pasar raya yang ada di pekan Tasek Gelugor. Sekali lagi saya terkejut apabila mendapat tahu dua minggu lalu, satu-satunya sekolah menengah di pekan Tasek Gelugor juga dipecah masuk buat kesekian kalinya dan beberapa komputer dilarikan.

Walaupun laporan demi laporan dibuat tetapi polis Tasek Gelugor dan Bertam, Kepala Batas nampaknya masih dengan jawapan standard "kami masih menyiasat dan ingin terus menyiasat".

Walaupun suspek dikenal pasti, jawapan yang diberikan polis Bertam, Kepala Batas yang suspek tidak berada di rumah ketika mereka pergi menyiasat adalah jawapan yang terlalu dangkal, remeh dan menimbulkan pelbagai persoalan.

Bahkan dalam kes pecah masuk rumah saya, walaupun polis Bertam berjaya mendapatkan kesan cap jari suspek yang memecah masuk rumah, yang amat mengecewakan saya, setelah dua bulan berlalu maklumat daripada bahagian forensik masih belum diperoleh. Di mana perginya moto PDRM "Sedia Berkhidmat, Cepat dan Betul atau Tegas, Adil dan Berhemah?"

Tidak hairanlah jika akhbar baru-baru ini melaporkan PDRM adalah satu-satunya agensi kerajaan yang paling banyak mendapat aduan daripada rakyat.

Kalau beginilah cara polis Tasek Gelugor dan Bertam bekerja, sia-sialah saranan yang sering diperkatakan Perdana Menteri kita, Datuk Seri Najib Razak "Rakyat Didahulukan Pencapaian diUtamakan".

ARIEF CASTELO,
Tasik Gelugor.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Pihakberkuasagagaltanganijenayahsemakinberleluasa/Article

Tiada ulasan: